Cerpen : Komuter Cintaku

Pintu komuter terbuka, lantas meloloskan puluhan manusia yang kelihatan kalut memenuhi ruang komuter. Aku selamba saja berjalan masuk tanpa mempedulikan keriuhan di dalam komuter yang kian membingitkan telinga. Mataku meliar mencari tempat duduk, mujurlah masih ada tempat untuk aku.
Sebaik melabuhkan punggung, komik yang baru kubeli di gerai buku tadi segera kubuka. Bukannya apa, bosan juga kalau duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Maklumlah perjalanan dari Sentul, tempat tinggalku ke Mid Valley, tempat kerjaku mengambil masa 20 minit.
Oh lupa pula nak memperkenalkan diri, aku Nur Ainna Insyirah, seorang jurutera IT di sebuah syarikat di ibu kota. Rutin harianku memanglah agak sibuk hinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri. Masa terluang macam nilah aku gunakan untuk membaca komik atau novel kegemaranku.
"Saudari, boleh bagi ruang sedikit", suara garau tu mengganggu konsentrasi aku yang baru nak mula membaca. Aku mendongak. "Alamak, mamat hensem la…kontrol-kontrol", aku menasihati diri sendiri sebaik melihat jejaka itu. Aku segera memberi ruang padanya. Dalam hati berdebar jugak, yelah, mamat hensem duduk kat sebelah…hehehe…
Aku kembali khusyuk membaca, tapi…aik, nape mamat ni asyik tengok aku je… hadui, hilang konsentrasi. Aku buat-buat selamba. Dalam hati rasa je nak tolak muka mamat tu ke arah lAinna.
"Under 18, Fear No More, eh, ni yang last kan?" , selamba mamat tu bertanya kat aku yang cam dah tak boleh bernafas mengontrol diri depan dia. Aku pandang muka dia, alamak, hensem sangat la, nanti gugur lak jantung aku…
"Ye, kenapa?" , aku menjerat diri sendiri. Alamak, panjang la cerita nanti, aku dah la segan dengan mamat ni…
"Oh, saya suka cerita ni, tapi tak sangka pulak perempuan macam awak pun suka jugak, ingat suka manga cinta je", amboi sedap sungguh dia memerli kaum aku. Nak kene sekeh mamat ni, aku dah geram.
"Awak ingat semua perempuan suka manga cinta je ke, salah ke perempuan nak baca komik ganas sikit?", aku tak puas hati.
"Eh janganlah marah, saya pelik je, tapi kalau awak suka bagusla, minat kita sama."
Aku tenung muka dia, hrmm..perlu ke minat aku ngan die sama, ada aku kesah ke?, aku tanya dalam hati. Dia tersenyum kat aku. Alamak, aku rasa semua geram tu dah hilang la… hadoi…cair lak…
"nama saya Haikal, Muhammad Haikal Hakimi", dia menghulurkan salam tapi aku dengan selamba tak sambut… nak mati apa, tak nampak ke aku ni macam mana? bukan nak berlagak tapi ganas-ganas aku pun aku masih ingat halal haram.
Aku tersenyum. "tak boleh la, bukan muhrim", direct je aku cakap. Muka dia dah merah.
"Oh sorry"
"Takpe, saya Nur Ainna Insyirah, panggil je Ainna…"
Macam tulah episod perkenalan aku dan dia, Haikal Hakimi, selama ni memang aku tak perasan dia walaupun hari-hari aku naik komuter. Tapi bila sekali jumpa dia hari-hari aku terserempak dengan dia. Aku pun pelik camne selama ni aku tak perasan walhal kalau mamat hensem camtu mesti aku perasan punya…hahaha…
~~3 bulan kemudian~~
Hari ni aku buat OT, banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pukul 8 malam barulah aku balik. Takut juga balik malam sorang-sorang tapi aku terpaksa. Aku dengan berhati-hati dan langkah yang pantas, segera ke stesen komuter.
"opocot", sempat aku melatah bila tiba-tiba je telefon bimbitku berbunyi dengan nyaring. Masa suspen macam nilah telefon ni nak bunyi. Huh, terkejut aku dibuatnya.
"Hello Assalammualaikum", salam kuberi pada pemanggil itu. Aku tau Haikal yang telefon, sebab sah-sah nama dia yang tertera kat skrin telefon aku tu…huhu…
"Waalaikumussalam, Ainna, Ainna kat mana?
"On the way ke stesen komuter, kenapa?"
"Eh takde apa-apa, Haikal nak pesan je, hati-hati ye. Ada hantu kat belakang tu"
Eh kenapa mamat sengal ni. Takde keje ke? Nak usik-usik pulak.
"Ye lah, tak takut pun. Hantu kan makhluk Allah jugak. Hanya pada Allah kita patut takut.
"alamak, dah keluar ceramah. Baik ustazah, saya faham."
"Eh oklah, Haikal, komuter dah sampai. Ainna nak naik ni… nanti kita sembang lagi ye… assalammualaikum…" aku menutup bicara sebaik aku ternampak kelibat komuter.
"waalaikumussalam, bye sayang, I love u!"
Aaaa, aku terkedu, apa ayat selepas salam tadi… betul ke apa yang aku dengar ni? Jantung aku macam dah luruh. Aku gagahkan juga kaki untuk melangkah ke dalam komuter.
Masuk ke dalam komuter aku terpana, kenapa aku sorang je yang naik ni? Semua orang hanya menunggu di luar, sampailah komuter bergerak, mereka tetap juga tidak masuk.
Aku memandang sekeliling, aku salah masuk ke ni? aku menggaru kepala. Tiba-tiba cerita-cerita hantu yang pernah kutonton kembali terbayang di mata. Tambah-tambah lagi cerita Ghost TrAinna. Aku termasuk komuter berhantu ke ni…
Aku mengucap panjang, ayat kursi tak henti-henti kubaca.
"Ainna", suara garau itu buat diriku rasa nak pitam.
Aku menoleh. Haikal dengan senyuman manisnya sedang berdiri di depanku.
"Ya Allah, Haikal, apa yang awak buat kat sini? Macam mana komuter ni kosong ? terkejut saya. Apa semua ni?" segala macam persoalan kulontar pada Haikal.
"Ainna", Haikal tak menjawab soalan sebaliknya dia melutut.
"Kali pertama saya lihat awak, saya dah jatuh cinta. Sepanjang kita bertemu, setiap hari saya rasa saya jatuh cinta lagi pada awak. Awak bagaikan penyeri yang datang dalam hidup saya yang selama ni suram", aku tergamam.
"sebenarnya, saya pada hari pertemuan kita, saya baru pertama kali naik komuter kerana kereta saya rosak. Mahu tak mahu saya terpaksa naik komuter walaupun saya tak suka. Tapi saya rasa menyesal, sebab selama ni tak naik komuter, sebab komuterlah telah menemukan saya dengan awak. Awak insan yang istimewa dalam hati saya Ainna. Apa yang saya luahkan di telefon tadi semuanya benar, saya cintakan awak. Sudi tak awak, jadi isteri saya?"
Aku terdiam. Aku sangat terharu. Segera kuangguk dan tersenyum.
"Terima kasih Ainna. Terima kasih. Ku lihat matanya bergenang. Mungkin terlalu gembira. Aku sungguh tidak menyangka, komuter ini mampu menemukan aku dengan Haikal.
"Tapi", aku mula berbicara.
"Tapi apa?", dia terpinga.
Buku komik yang sedang kupegang segera kulibas ke bahunya.
"kalau nak melamar anak dara orang pun kenalah sikit dengan caranya. Ni buat cara omputih tu buat apa, siap melutut-lutut lagi. Buat la cara elok-elok. Pergi jumpa family Ainna, masuk meminang." Aku melepaskan geram.
"Dahle booking habis komuter ni, kesian kat orang lain tak boleh naik", Haikal cuma tersenyum.
"baik ustazah" dia pendek membalas. Aku turut tersenyum, ‘padan muka, sapa suruh suka kat orang yang suka berleter cam aku ni…hahaha…’
"Saya cintakan awak…", ucapnya.
"Saya cintakan awak juga". Aku membalas.
Akhirnya aku menemui cinta, dan ironinya, dalam komuter, tempat yang tak pernah kujangka.Moga jodoh kami berkekalan, aku mengharapkan perhubungan ini diberkati Allah. Amin…hmmm… Mungkin inilah komuter cintaku…

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.