Cerpen : Double Z

"Apa ni?!" Panas hati Zul melihat sebuah buku di tempatnya. Zul menyelak, hah? Apa ni? Si Skematik maner pulak yang tulis mutiara kata, ayat- ayat falsafah ni? Hmm.. Interesting…. Zeno, Plato, Confucius, aiiii al-Ghazali pun ada. Skema maner buat buku ni?
"Woi, Zul! En. Syafiq panggil kau!" Tanpa sedar Zul membawa buku itu bersamanya.
"Cengkodok!!! Mana buku aku? " Zu berang. Ini kali pertama dia datang ke kelas tutorial itu. Atas alasan mahu menghantar assignment kembar tak seirasnya yang tertinggal di rumah pagi tadi. Zu melilau mencari hartanya. "Aiseh… siapa pula yang curi buku aku. Takkan buku macam itu pun ada orang nak sapu? Ni Muaz punya pasal lah ni!" Geram Zu memikirkan perangai adiknya yang lewat seminit darinya. Zu mencapai nsetnya dan suara operator tambah menyakitkan hatinya. "Cengkodok!!!!" Tiba-tiba Zu terdiam, alamak kelas…….
Zul terpaku. Aku kenal tanda ni. Aku kenal. Zul terpaku melihat simbol bunga matahari. Dia menyelak helaian seterusnya. Sekonyong-konyong gambar lukisan bunga matahari digam di situ. Tanpa disedari air matanya....... inilah yang aku cari selama ini.
………………………………………………………………………

Zul bermain-main dengan pennya. Huh, sunflower ni. Sejibik dengan yang ini. Zul merenung sebuah buku nota kecil. Gambar yang sama!
"Abang, Izat nak abang cari akak ni!" Tengku Aizat mengeluarkan sebuah buku. Zul mencapainya. Sunflower?
"Siapa punya ni?"
"Nilah akak yang tolong Izat punya. Akak bunga matahari. Dia cantik! Baik pulak tu " Zul membelek buku tersebut. Tiada nama, cuma penuh dengan lukisan. Cantik... Zul merenung pula adiknya, Tengku Aizat yang berusia 10 tahun yang baru sahaja mengalami kemalangan jalanraya. Menurut cerita Aizat, seorang kakak sunflower telah menolongnya dan membawanya ke hospital dan mendermakan darah kepadanya. Memang kebetulan, Aizat berdarah Bombay, satu jenis darah yang sukar ditemui. Dan gadis sunflower itu turut mempunyai darah yang sama. Zul terus menyiasat siapakah gadis misteri itu dan malangnya pihak hospital tidak mengetahui siapa gadis itu.
"Woit!" Zul tersentap. Sengal punya kawan. Kalau aku ada sakit jantung tadi!
"Kenapa?"
"Ni good news untuk kita. Huhu.. dah lama aku impikan saat-saat macam ni. Inikan detik yang aku nantikan selama ni…" Kamal dah mula dah…….. non-stop talking!
"Apanye?!"
"Hehe.. Kalau kau nak tahu, nama kita terpilih untuk Kem Bakti. Dan yang paling bestnya tunang aku Kamalia pun pergi sekali. "
"Eh, bukan dia dari fakulti lain ke? Dia akaun kan?"
"Loh, bukan ke ni program universiti, setiap fakulti akan hantar 4 wakil je. Fakulti kita, aku, kau , Muaz dengan Syaza."
"Muaz?" Zul menarik muka masam. Geram dia dengan budak itu. Berlagak bagus. Program terbaru yang dia uruskan dan Muaz adalah AJK pengangkutan, tapi mamat tu sibuk-sibuk pula menyibuk kerja orang lain last-last kerja sendiri terabai. Geram.....
"Ala, rileksla bro. Mesti ada hikmahnya kau kena dengan dia. Maybe ini cara kau nak rapatkan silaturrahim dengan dia.. Mesti best kan!"
"Kamal!!! " Zul mencampak pennya ke muka Kamal. Tengku Zulqarnain , entah keturunan kerabat diraja mana entah. Loaded tapi bukan spesies mamat kaya yang lain. Jenis family first, simple and outstanding! Anak sulung daripada 2 beradik tetapi sejak kematian adik bongsunya, Zul terpaksa menjaga ibunya yang trauma dengan kehilangan itu. Zul sendiri tidak menyangka yang Izat akan meninggalkan mereka secepat ini. Izat, budak nakal yang suka menyakitkan hati, apa yang dia nak mesti dia dapat, kalau tak….. merajuk… Tapi, cuma satu benda yang Zul tidak dapat tunaikan, mencari kakak sunflower.

…………………………………………………

"Ok, saya nak semua orang berpecah ikut kumpulan yang sudah diberi!" En. Meor menamatkan taklimat.
"Zulqarnain, Faridah, Zurina dan Muaz?!!" Zu menjerit. Ape halnya dalam punyala ramai orang aku dengan Muaz juga! " Zurina membebel. Tiba-tiba bahunya ditepuk.
"Hi, sayang!" Zu memandang ke belakang. Muaz dan seorang lagi mamat.
"Kenapalah dalam dunia ni kau juga muka yang nak menempek. Boring betullah! Aku tahulah kau minat aku tapi tak payahlah sampai rasuah AJK kem ni supaya satu group dengan aku." Zu menempelak. Muaz tersengih melihat kakak kembar tak seirasnya itu. Tak tahulah kenapa, asal apa –apa aktiviti je mesti diorang satu kumpulan. Memang tak boleh dipisahkan langsung.
"Banyaklah kau! Kau ni beruk pun tak ingin,heh! Ha, ni Zulqarnain! Dia satu group dengan kita tau, darling! " Zu terus mengetuk kepala Muaz. Cengkodok punya adik. Depan-depan oranglah kau nak buat ‘sumbang mahram’! Dari ekor matanya Zu dapat melihat Zulqarnain mencebik. Apahal jantan ni…. Belum apa-apa nak cari gaduh!
Apa kenalah perempuan cam ni! Nampak je cam baik, bertudung, t-shirt labuh huh, siap pakai stoking lagi. Tapi selamber je pegang anak teruna orang. Geli aku perempuan macam ni! Menyampah betul. Budget alim ke apa hah?
"Assalammualaikum, saya Zul! Budak Law"
"Salam, saya Zu! Amik medic."
"Hai, kita Ida! Amik Ekonomi."
"Aku Muaz! Law boy!"
"Ok, untuk tugasan pertama, saya nak semua orang duduk dalam kumpulan masing-masing dan cari seberapa banyak sumber yang anda boleh dapatkan dan khemah siap dipasang. Saya beri masa dalam 2 jam. Dan ingat, ini sahaja waktu yang awak ada, cari seberapa banyak daun kering dan kayu untuk unggun api. Tapi ingat jgn pandai-pandai petik daun dari pokok. Ingat, Tuhan melihat apa yang awak lakukan. Selepas ini kamu tak dibenarkan meninggalkan kawasan khemah."
Zul menilik jamnya. Perkhemahan selama 3 hari. Setiap kumpulan mesti mendirikan khemah dan mencari sumber. 2 buah khemah dan sumber?
"Saya nak pasang khemah!" Zu mengangkat tangan. Zul tersentak. Minah budget ni biar betul, budget tahu je. Karang roboh khemah tu karang. Muaz dan Faridah tersenyum.
"Pandai ke?" Zul meningkah.
"Aloo.. See the handla. Org yg skilful macam saya ni takkanla…"
"Hish, aku tak percayalah minah ni tahu pasang khemah. Nanti kumpulan kita dapat markah tercorot sebab khemah tak siap!" Zul terus memotong percakapan Zu.
"Kau ni pehal ha?! Ada masalah dengan aku ke? Dari tadi macam tak puas hati je!" Zu mula berang. Muaz mengundur. Jarang Zu gunakan perkataan aku ni.
"Aku cuma risau kalau tuuuut.... paham-paham la...." Zul membuat gaya khemah jatuh.
"Oit! Sudahlah.. Dah 5 minit kita buang masa ni. Ida dengan Muaz pergi cari bahan. Zu dengan Zul pasang khemah. Bila dah siap, korang terus cari bahan ye!" Ida memutuskan, kalau dibiarkan setahu tak berhenti ini.
Zu memandang Zul dengan hati yang bengkak, rasa dah bernanah. Hisy, mamat ni! Dah la tadi tadi asyik cebik kat aku. Ingat aku tak nampak! Kita tengoklah siapa pasang khemah lagi pandai! Zu terus melangkah ke tapak dan mula memasang khemah. Zul juga begitu. Minah ni! Nasib baiklah kau tu perempuan, harap khemah yang kau pasang tu hancur! Budget pandai sangat.
"Siap!" Zu mengemaskan pasak khemahnya. Di sebelahnya, Zul sedang ‘bergelut’ dengan khemahnya yang separuh siap. Zu ketawa kecil. Hampeh punya mamat, siapa yang rosakkan khemah sebenarnya ha?! Tulah, ingat perempuan tak pandai ke? Ni Zurinalah, tak payah panggil aku Zu kalau khemah pun tak boleh pasang.
"Need help?"
Zul mendongak. Zu tersengih memandangnya. Biar betul minah ni. Superb, 10 minit dah siap? Aku? Malu…… malu… Muka Zul berubah merah. Zu terus meneliti khemah yang dibuat Zul."Bak sini penukul tu." "Apahal kau ni? Ni kerja akulah!"
"Hish, budak ni! Aku tak nak kumpulan kita dapat markah tercorot sebab khemah tak siap. Bak!" Sengaja ditekankan perkataan tercorot itu. Bertambah merah muka Zul. Apalah mamat ni, berlagak tak tentu hala.Blushing pulak tu.. hahaha, tapi jambu jugak.
"Siap!" Serentak Zu dan Zul berkata. Tak sampai 5 minit khemah dah siap. Syukur. Zul memberi senyuman kepada Zu. Zu tersentak. Ohh, tahu pun mamat ni beradab. Zu membalas senyuman. Zul terpaku, dia senyum? Kenapa dia senyum? Alamak, aku yang senyum dulu, apa yang aku dah buat ni! Zul mencubit pipinya.
…………………………………………………

"Saya harap anda semua dah faham. Dalam tempoh 3 hari ni, handset anda semua akan disimpan. Kita takkan gunakan teknologi dalam tempoh 3 hari ni. Apa sahaja yang kamu mahu mesti kamu cari sendiri di dalam hutan. Kami akan berada di mana-mana sahaja dan jika ada penipuan berlaku, awas. Penyertaan kamu akan dibatalkan. Semoga berjaya!"
Muaz menyalakan unggun api. Muaz dan Zu memang biasa dengan kegiatan outdoor seperti ini. Setiap kali cuti, pasti mereka meneroka. Itulah untungnya kembar tak seiras lelaki dan perempuan. Umur sama, muhrim pun muhrim. Tambah lagi hobi sama, memang gempaklah! Kadang-kadang kasihan Zu mendengar cerita teman-temannya yang tak dibenarkan keluar atas alasan tak ada muhrim. Yelah, parents mana yang sanggup lepaskan anak dara keluar berkhemah dengan kawan-kawan. Risau…. Bab ini memang Zu sangat bersyukur, tapi entah kenapa dia lebih cenderung dengan kegiatan outdoor. Malah , Zu lebih hebat dalam beberapa hal berbanding Muaz. Zu handal bersilat dan berenang berbanding Muaz.
"Ok, kita dah tahu tujuan kem ini kan. Mengajar kita camne nak adapt di hutan. Sebelum apa-apa, saya nak tahu dalam group kita ada tak sesiapa yang berpenyakit, asma ke?" Zul bertanya.
Semua menggelengkan kepala. Zul menarik nafas lega. Selesai satu masalah.
"Esok kita ada tentatif kat sungai. Agak-agak apa ye?" soal Ida.
"Maybe nak lawan selam ke?" Muaz buat lawak bodoh.
"Gila ah, tak survivor langsung. Saya rasalah macam buat rakit kot." Zu mencelah.
"Rakit? Huh, serius susah. Macam mana nak buat? " Ida mengeluh.
"Rileks, saya pernah buat rakit waktu satu program dulu. Boleh kot.." Zul mencelah.
"Korang ni, budget macam betul je rakit. Dah, tidurlah! Esok mesti macam-macam aktiviti kan. Ok, assalammualaikum! Chow!" Muaz mengingatkan.
"Muaz!" Zu memanggil.
"Nape? " Muaz berpaling. Zul mula mencebik.’Pasangan bahagia’ ni memang buat aku menyampah.
"Jangan lupa taw!" Zu mengingatkan sambil menadah tangan. Muaz mengangguk dan memegang tangan Zu.
"Thanks… Akak juga taw,jangan lupa baca al-Mulk.." Zu cuma ketawa kecil sambil menggosok kepala Muaz. Huh, adik aku yang manja ni. Tapi yang aku cukup sayang dengan dia, tak pernah lupa ingatkan aku buat ibadat. Huhu… insap…
…………………………………………

"Ok, hari ni kita akan buat aktiviti di sungai ni. Dan aktiviti hari ini adalah anda semua perlu membuat satu rakit dan rakit siapa yang paling lama bertahan dalam air dan sampai ke garisan penamat paling cepat akan menang cabaran ini... "
"Zul!" Serentak Zu dan Zul memandang Ida. "Ya?!" Memandang satu sama lain, mereka tunduk malu. Siapa yang perasan ni? Ida ni pun, panggil gunalah makhraj yang betul. Zu ke Zul?
"Tulah, saper suruh nama dekat-dekat sama. Tukar namalah! Susah nak panggil! " Ida merungut.
"Panggil mamat ni Nain lah!" Zu menunjukkan jarinya kepada Zul.
"Apahal aku pula kena tukar nama?! Kaulah, tukar nama jadi Ina ke, Rina ke?" Zul membentak.
"So feminine…. Ina, Rina. Oh, supposed Rina better!" Muaz ketawa.
"Shut up Muaz! Aku tetap nak jadi Zu. Kau je tukar nama. Qar ke, Qarna ke, Arna ke, Nain ke?"
"Weh, mangkuk. Aku pun nak jadi Zul je! Hai,Rina!"
"Woi, kuali bontot hitam! Selamber je panggil aku mangkuk! Aku Zu lah! "
"Kau ni kan!!"
" Oit!!!! Stop! Stop! Korang tak boleh berhenti bergaduh ke? Bila nak buat rakit ni? En. Zulqarnain! Cik Zurina! Baik kita buatkan kerja sekarang! Karang aku pulak meledak ni." Muaz mula naik angin.. Over pula kakak dengan bakal ‘abang ipar’ aku ni. Zu dan Zul memandang keliling. Tinggal mereka sahaja kumpulan yang belum berganjak. Tanpa memandang satu sama lain mereka bergerak.
"Aduh! " Zu menggaduh kesakitan. Dia jatuh terjelepok. Sakitnya! Muaz, Zul dan Ida sudah ke depan. Zul menoleh ke belakang. Pehal minah ni! Senggugut ke? Zul patah balik. Ya ALLAH!
"Kenapa ni?"
"Jatuh! Tersadung tadi!" Zu bangun dan pelik apabila Zul secara tiba-tiba memalingkan kepalanya. Zul terus membuka sweaternya dan memberi kepada Zu. Zu memandang tubuhnya dan Ya ALLAH. Bahunya terdedah. Berdarah. Patutlah rasa sakit semacam je tadi. Mungkin tercarik dek pokok tadi. Zu tunduk malu dan terus memakai sweater Zul. "Thanks" Zu mengangkat buluh yang terjatuh tadi.
"Tak payah angkat. Biar saya je yang angkat. Kaki awak sakit lagi kan?" Zu mengangguk. Zul tersenyum. Comel gak minah ni. Huh, apa aku cakap ni? Mustahil minah garang ni comel. Tapi memang dia comel. Zul….. jangan fikir jauh…
Hmmm… gentleman gak mamat bontot kuali ni! Hensem jugak dia ni! Hish, aku mengigau ke? Mustahil mamat sengal ni hensem. Tapi, memang dia hensem pun. Hmm.. bau sweater ni pun…. Wangi… Eh, Zu… jangan melalut….
Sesampainya di sungai, Ida dan Muaz terkesima. Hait, pehal pulak kakak kesayangan aku ni pakai sweater Zul ni. Diorang buat apa? Muaz terus memapah Zu dan melihat keadaannya. Zul terkejut apabila Muaz menepuk belakang Zu. Gila apa? Ingat suami isteri ke senang-senang pegang tak muhrim ni. Geram betul aku tengok maksiat ni. "Woit, tak reti nak buat kerja ke?" Zul melaung. Zu menjeling, tak nampak ke aku sakit ni! Tak ada hati perut langsung. Zu terus melangkah laju dan meneruskan aktiviti. Hei, ni Zu lah, takkan sakit macam ini pun aku nak gedik. Baru je aku nak ubah pandangan aku pada dia. Rupanya memang mamat bontot kuali ! Hati hitam!! Sabar Zu….. sabar…
……………………………………………………

Zul tergelak. Memang dia tidak menyangka perempuan budget Miss Kuat itu sanggup menahan sakit semata-mata nak tunjuk betapa kuatnya dia. Paling tak boleh tahan apabila Zu masih boleh berlagak walaupun mukanya jelas menahan sakit. Haru…… Entah kenapa malam ni Zul tak boleh tidur, kebetulan pula malam ini bulan cantik, penuh bintang. Cantik.. Zul teringatkan Aizat, Aizat sukakan bulan purnama.
Hachummm!! Zul tersentak. Siapa tu? Seram sejuk pula Zul. Hish, lelaki macho macam aku mana boleh kuss semangat! Zul meninjau dan terkejut….. kelihatan Zu sedang menulis sambil menghirup secawan kopi.
"Hoi!!!" Zu tersentap. Aiseh, bontot kuali ni! Mengganggu ketenteraman aku je. Zu terus menyorokkan bukunya.
"Nak apa? Tak boleh tengok hidup orang senang ke?" Zu membentak.
"Awak...Cantikkan bulan malam ni?" Zu terkejut. Apasal mamat ni berubah. Jadi-jadian ke? Tetiba romantic semacam. Naik bulu roma Zu.
"Awak tahu tak, adik saya suka sangat malam macam ni. Bulan penuh, bintang banyak… Kalau malam macam ni, mesti kami tidur di pondok je," Zu makin bingung! Apahal ramah semacam je ni.
"Adik?" Zu mula melayan. Layan je lah, kenapa aku rasa sedih je tengok mamat ni. Macam orang tak keruan je. Entah-entah mengigau tak? Sleep walking? Sebab tu tetiba je berubah identity ni.
"Arwah adik saya. Dia meninggal lepas accident. Tapi, bukan sebab accident, rupanya dia dah ada kanser tulang sebelum accident lagi. Dia pesan nak jumpa seseorang sebelum meninggal tapi saya tak dapat tunaikan sebab tak dapat kesan orang tu. Dia kata orang tu yang banyak tolong dia waktu dia accident dulu.. Waktu dia hilang ingatan, orang tu yang jaga dia.. " Zul mula merasakan air hangat mengalir di pipinya. Dia sudah penat menanggung hal ini sendiri. Malam ini tiba-tiba dia ingin meluahkan….
"Lepas Aizat meninggal, mama jadi seriau! Dia tak boleh terima hakikat. Mama tak mahu makan, minum. Mama rasa bersalah sebab tak boleh tunaikan keinginan terakhir Aizat sampailah sekarang.." Zu terpaku, siapa sangka mamat sengal ni ada masalah. Sedih pula mendengarnya.
"Sabarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tak lama lagi awak akan jumpa orang yang awak cari tu.Saya doakan supaya awak berjumpa dengan dia. InsyaALLAH awak akan berjumpa dengan dia. Pasal mama awak, banyakkan berdoa. Percayalah semua yang berlaku ada hikmah."
Zul menatap Zu. Rasa mendapat kekuatan dari kata-kata itu. Kenapa tiba-tiba hatinya berdebar. Tak boleh jadi ni. Dup Dap! Dup Dap! Rasa macam trakea tersumbat.. Zu blushing. Apahal mamat ni pandang aku macam tu? Tahulah aku ni comel tapi… Zu bingkas bangun. "Saya nak tidur!" Zul turut bangun, "SSa..asasaa… ya puuun nak tidur!" Zul berpura-pura mengeliat dan terus berlari memasuki khemahnya.
………………………………………………………

Ida dan Muaz berpandangan. Kenapa dengan dua orang ahli kumpulan kita ni. Dari tadi diam je.. Pandang pun tak, kalau tak ada je masalah! Zu dan Zul masing-masing tidak berani memandang satu sama lain. Malu… Zul menampar-nampar pipinya apabila bangun pagi tadi. Kenapalah aku ni tolol sangat! Kenapa aku cerita masalah aku pada minah tu. Mengganggu kemachoan aku je, dah la menangis! Depan perempuan pula.. Argh!!!!! Malu.... Zu mengetap bibirnya. Aku ni pun tolol sangat melayan bontot kuali ni kenapa?! Gila betul! Siang itu berlalu tanpa sebarang pergaduhan.
Zu mengedipkan matanya. Betul ke apa aku dengar ni? Kenapa macam dengar suara orang kat semak tu? Zu menghampiri dengan langkah berhati-hati dan YA ALLAH!!!
"Astaghfirullahalazim, apa korang buat ni?" Zu memejamkan matanya apabila melihat satu pasangan yang separuh telanjang.
"Hoi, perempuan!Kau apahal nak sibuk hal kami! Blalah!!" lelaki itu menengking. Dasar jantan bodoh, dah buat dosa boleh berlagak lagi.
"Korang tahu tak yang apa korang buat ni berdosa. Sedarlah diri korang tu Islam. Tahu tak hukuman zina ni, 100 kali sebat tau baru dosa korang terampun. Kalau korang bayar denda atau masuk jail pun tak terampun dosa korang tau."
"Hish, minah ni. Saje je nak menyakitkan hati aku! Tak payah jadi ustazah lah kat sini. " Lelaki itu mula mengangkat tangannya.
"Woi, jgn kurang ajar!" kedengaran suara dari belakang Zu. Tapi belum sempat Zul datang, HIARKH! Satu tendangan tepat di badan lelaki kurang ajar itu. Zu membuka langkah silatnya. Dia terduduk menahan sakit. "Perempuan bodoh!" tangannya diangkat semula dan Zul terus menahan lelaki itu. Kurang ajar, menjatuhkan maruah lelaki je. Adake lelaki nak pukul perempuan? Tak manly langsung.
" Korang sedar tak benda ini berdosa, selamat sempat kami jumpa sebelum korang buat dosa. Bodoh, kalau dah gatal sangat kahwinlah! Janganlan memalukan agama!" Zul menyinga. Panas betul hatinya, sudah buat dosa boleh buat muka toye je. Tambah menyakitkan hatinya apabila lelaki kurang ajar ini main tangan dengan Zu.
"Apahal ni… Even sentuh dengan muhrim pun berdosa, apa lagi dengan benda yang awak nak buat tadi. Fikirlah, muda ni memang nafsu tinggi, semua orang ada nafsu. Tapi gunalah di jalan yang halal. Minta maaf kalau saya singgung hati awak, tapi kenapa awak pakai macam ini? " Zu terkejut apabila mendapati gadis itu hanya memakai tube dan seluar pendek dan sweater disarung di luar tubuhnya.
"Woi,perempuan! Kau siapa ha, nak tegur baju aku? Kau punya duit ke?" perempuan tadi mula meradang. Aku dengar kau ceramah pun da cukup baik, lebih-lebih pula.
"Memang bukan duit aku, tapi kau sedar tak kau tu agama apa? Islam kan? Fikirlah, tutup aurat tu wajib ke tak? Nak tunggu hidayah? Tipulah kalau kata tak dapat seru lagi, ada pernah kau baca termaktub dalam mana-mana tak tutup aurat lepas baligh sebelum dapat seru tu tak berdosa?! Pernah?!" Perlahan-lahan gadis tu menggelengkan kepalanya.
"Saya sayangkan awak, sebagai kawan. Bukan nak condemn, betul saya ikhlas! Tapi kalau awak tak sayang diri sendiri, macam mana saya nak bantu? Saya tak minta awak terus berubah segalanya, tapi sekurangnya buatlah sedikit perubahan. Kita masih muda, even saya tudung litup macam ni pun saya still boleh enjoy. Boleh je survive kat hutan ni. " Zu mula memberi ruang kepada gadis itu berfikir. Semua ada otak, boleh fikir baik buruk.
"Aku nak balik khemah, " tutur gadis itu. Zu tersenyum. Kedua mereka bangun.
"Nita, u nak pergi mana?" lelaki tadi memanggil. Nita meneruskan langkahnya.
"Kalau u pergi, kita........"
"Aku nak clash!!" Nita menjerit sebelum berlari pergi. Ketiga mereka terkejut tambah-tambah Fikri. "Apa kau cakap kat dia ha pompuan?" Sebelum sempat tangan kasar Fikri singgah di pipi Zu, satu tumbukan dihadiahkan Zul. Berani lagi! Zu masih terkejut dari serangan yang tidak diduganya.
"Kurang ajar betul! Hei, anak jantan tak pukul perempuan lah! Pengecut!! Jangan kau berani rosakkan anak dara orang lagi, kalau tak nahas kau!" Zu menengking. Jantan tak guna! Fikri terus berlari pergi dari situ.
Zul ketawa.Garangnya minah ni. Tiba-tiba tawanya mati. "Aku ada benda penting nak tanya kau." "Apa dia?" Zu mula risau.
"Minta maaflah, tapi kau selamber je guna alasan agama tapi kau dengan Muaz tu? Selamber je pegang-pegang. Tolongla jangan hina agama.." Zu menarik nafas lega. Itu je ke? Aku ingatkan apa bendanya. Zu tersenyum. Zul pula pelik. Gila apa minah ni, aku tegur dia boleh senyum badak je.
"Itu adik akulah. Adik kembar aku, Muaz!" Tiba giliran Zul terperanjat beruk. A..Aaa..Diiik??!!
"Kau jangan buat cerita, muka korang tak sama pun." Zul terasa dipermainkan.
"Oit, encik.. takkan tak pernah dengar kembar tak seiras? Buat apa aku nak tipu kau. Takde pekdahnya. Dahla, aku ngantuklah.. ok, bye!"
Kembar???!!!! Biar betul!! Ahhh.. aku pun dah mengantuklah pulak. Eh, apa ni? Mata Zul terbeliak! Lukisan sunflower?
………………………………………………………

Sudah seminggu sejak kem Bakti berlalu. Alhamdulillah kumpulan mereka berjaya mendapat tempat ke-2. Tapi, ada perkara yang mengganggu fikiran Zu. ZUL. Zu pelik dengan Zul. Pada hari terakhir dia perasan yang Zul asyik merenungnya tapi apabila dia memandang, Zul akan mengalihkan pandangannya. Kenapa? Kalau dah tangkap cintan pun bagitaw je la terus terang. Hehehe, perasan pulak aku ni.
"Kakak, sunflower lagi! " Muaz menghulurkan sunflower buat kakak kesayangannya. Pelik, kali ke-3 dia menerima sunflower. Muaz pula langsung tidak mahu menceritakan daripada siapa, cuma senyum kambing bila dia bertanya. Tapi yang lebih pelik lagi kenapa orang itu tahu yang Zu sukakan sunflower,jarang orang hadiahkan bunga ini.
"Muaz!! Siapa? " Zu hampa apabila mendengar bunyi pintu bilik Muaz ditutup. Menyoroklah tu. Cengkodok basi punya adik! Eh, ada kad? ‘Hope to see u dis Sunday at Café Indah. 9.00 am. Bring Muaz along..’ What?! Tapi inilah kesempatan untuk melihat S.A(Secret admirer) a.k.a peminat misterinya. Huhu.. perasannya aku, ntah-ntah perempuan yang kasi.
Sunday,9.00 a.m…. Café Indah…
"Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam." Zu berpaling dan tersentak. Zulqarnain? Diakah? Muaz tersengih. Apa dah jadi ni? Zul tersenyum.
"Awak ingat tak apa yang saya ceritakan dulu. Pasal adik saya?" Zu mengangguk. Still dalam mode blurr…. Apa kena mengena dengan aku pulak?
"Orang yang dia nak jumpa sebelum meninggal adalah kakak sunflower. " Zu mula teringat. Budak comel berusia 10 tahun yang dia jumpa.
"Akif……."seorang kanak-kanak yang dia jumpa dalam gaung waktu tersesat dalam satu ekpedisi di Sabah. Budak itu cedera parah dan hilang ingatan. Jadi, Zu memanggilnya Akif. Seminggu mereka terperangkap dalam gaung sebelum dikesan dan sewaktu diselamatkan, Akif terhentak pada batu besar dan mengalami pendarahan serius. Mujur darah mereka sama, lalu Zu menderma meskipun Zu hampir mati akibat menderma terlampau banyak dalam keadaan yang sangat lemah. Apabila Zu sedar, dia sudah berada di rumah di Perak dan tidak sempat menemui Akif. Selama ini dia melukis bunga matahari untuk dihadiahkan pada akif tapi.... impiannya hancur.... Akif.. minta maaf, kakaka tak dapat tunaikan janji.
" Akif…….Akif dah mati?" perlahan Zu bertanya. Hatinya sebak. Rasa bersalah kerana tidak sempat menemui Akif. Perlahan-lahan air matanya turun menitik di meja.Akif................ maafkan akak..
"Saya harap sangat awak sudi jumpa mama dan papa saya, mereka sedang tunggu di rumah. " Zul membuka bicara. Zu memandang Muaz dan Muaz mengangguk. Zu mengangguk. Hatinya dipagut sedih.
" Inilah dia orang yang kita cari selama ini!" Tengku Zawiyah terus memeluk Zu seeratnya. Sungguh dia berasa amat gembira bertemu Zu. Tengku Khalid cuma mampu menitiskan air matanya. Harapannya selepas ini Tengku Zawiyah tidak akan menyalahkan dirinya lagi. Tiba-tiba, Tengku Zawiyah bernafas kencang sebelum jatuh pengsan.
"Tengku terkena strok tapi tidak terlalu bahaya. Jangan risau tapi jangan buat sesuatu yang menyedihkan Tengku." Zul mengangguk. Lega hati Zu mendengarnya. Zul dan Tengku Khalid masuk ke dalam bilik itu. Zu serba salah untuk masuk dan menunggu di luar. Tiba-tiba, Zul memanggilnya masuk.
"Mak Cik kena berehat…." Zu memegang tangan Tengku Zawiyah.
"Jangan panggil mak cik, panggil mama.." Zu serba salah dan memandang Zul. Zul mengangguk.
"Mama...." Tengku Zawiyah tersenyum.
"Mama nak Zul kahwin dengan Zurina..." Semua mata terbelalak. Mama betul ke tak ni?
"Ha!!!" Zul dan Zurina tersentap. Apa ni... Tak mungkin! Takkan nak kahwin dengan?
"Mama rasa itu sahaja cara mama dapat hilangkan rasa bersalah ni... Tolonglah setuju Zurina... Tolonglah... Mama merayu..." Dada Tengku Zawiyah mula berombak-rombak. Zu mula panik. Ya Allah, ujian apa yang kau timpakan ini.. perlahan Zu mengangguk lemah. Mengangguk tanpa sebarang keikhlasan. Habislah aku.. termakan sumpah sendiri…
Zul, Tengku Khalid dan Muaz tergamam. Gila ah....

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.