Cerpen : Noktah Kasih

"Nama saya Nur Aisya Humaira bt Muhammad Muhaymin. Saya berasal dari Petaling Jaya. Salam perkenalan pada semua,"gadis berwajah bujur sirih itu memperkenalkan dirinya. Gadis itu sangat menjadi perhatian ramai jejaka di kolej itu. Maklumlah, dia memiliki rupa paras yang cantik sekali, terutamanya di bahagian mata dan alisnya yang melentik itu. Gadis itu juga amat mudah mesra dengan semua orang di sekelilingnya.

"Maira, jom kita pergi dating malam karang!"ajak Shah yang terkenal dengan sikap buaya daratnya tu. "Ok Shah my darling.. We meet tonight ya.."jawab Humaira pula dengan aksi manjanya. Eloklah tu, sorang playboy and sorang lagi playgirl.

"Maira, kau ni bila la nak berubah? Dari zaman kita sekolah dulu sampai la sekarang ni tak pernah berubah-ubah,"nasihat Aleeya, kwn baik Maira. "Ala, aku mude lagi la, enjoy la dulu.. Lagipun diorang yang nak kat aku, aku nak buat macam mane."jwb Maira membela diri. "Maira..aku tau kau memang cantik gile, tapi takkanlah kecantikan yang kau ada tu kau nak guna untuk sakitkan hati lelaki-lelaki yang tulus sayangkan kau? Aku bagi nasihat ni pun untuk kebaikan kau jugak. Kalau ditakdirkan suatu masa nanti kau betul-betul jatuh cinta, kau akan tahu betapa sakitnya ditinggalkan insan yang kita cinta.."begitu mendalam maksud kata-kata Aleeya itu. Kata-kata penuh ikhlas itu turut meresap ke dalam lubuk hati Maira namun cuba ditepisnya jauh-jauh. "Ala, takpela Leeya, pasal tu nantila aku fikirkan.. Sekarang aku nak bersiap nak pergi jumpa Shah yang perasan tu dulu.."kata Maira sambil bingkas bangun dan menuju ke almari pakaiannya di sudut bilik. Aleeya hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dalam hati dia berdoa agar sahabat baiknya semenjak sekolah rendah itu akan berubah suatu masa nanti.

Sementara itu, di kediaman 3 jejaka di Pelangi Damansara, hal mengenai Aisya Humaira di bicarakan. "Weyh..cantik la Maira tu kan.. Aku suke je tgk muka dia.."kata Ikhwan kepada dua lagi sahabatnya. "Tau takpe.. Tapi macam social je aku tengok. Korang tak rasa macam tu ke?"ulas Zamri pula. "Mestila social kan, cun tu.. Mesti la ramai yang jatuh cinta macam kawan kita yang sorang ni..hehehe.."jawab Ikhwan sambil menyiku Faridz yang sedang asyik mengelamun. "Woit! Apa siku-siku ni.."marah Faridz apabila disiku begitu. "Kau tu la, asyik berangan nak jadi awek Maira je.."usik Zamri pula. "Ish, diamla korang.. Nanti aku dapat tackle die baru korang tau.."balas Faridz dengan wajah serius. "Tapi kan Faridz, aku rasa better kau lupakan jela hasrat kau tu.. Dia tu social, tak mustahil dia just nak main-mainkan kau je kalau dia terima kau pun.."nasihat Zamri. "Korang ingat aku tak cukup handsome ke ha? Dah la, aku nak pergi tidur, malas nak layan korang. Dah la esok kelas aku pukul 8pagi dengan Mr Rayman yang punctual tu.."jawab Faridz tanda malas melayan rakan-rakannya itu. Dalam hatinya, memang ada cinta sedang bertunas dan dia akan pastikan bahawa gadis itu miliknya.

Di dalam kuliah subjek Farmaseutik itu, Faridz gelisah tak menentu kerana hari ini dia berhasrat untuk mengajak Humaira keluar lunch dan sekaligus cuba membina persahabatan dengan gadis yang sungguh menawan itu. Di dalam dewan yang mempunyai pendingin hawa itu pun Faridz masih berpeluh-peluh.Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diterangkan oleh Mr Rayman. Fikirannya melayang-layang memikirkan reaksi yang bakal diterimanya apabila dia mempelawa gadis itu keluar nanti. "Dia akan terima pelawaan akukah? Kalau dia terima seronoknya.. Tapi kalau dia tolak macam mana? Malu la aku nanti.."dia meneka-neka sendiri bagaimana agaknya reaksi Humaira.

Dalam pada itu, Humaira juga sedang asyik memerhati gelagat lelaki yang kian mencuri hatinya sejak akhir-akhir ini. "Faridz.."dia menyebut perlahan nama itu. Lelaki itu agak terkenal di kolej pengajiannya kerana dia amat aktif dalam sukan. Namun dia juga dikenali dengan sikapnya yang dingin dengan perempuan. Hanya bercakap yang perlu sahaja dengan mana-mana perempuan. Banyak juga pelajar perempuan di kolej itu yang meminati Faridz, namun tidak pernah dilayannya. Namun begitu, sikap itulah yang membuatkan hati gadisnya tertarik. Lelaki yang tak mudah jatuh cinta! Ciri-ciri lelaki idamannya. Tapi pastinya lelaki itu juga tidak akan jatuh cinta padanya. "Nampaknya tengok dari jauh jela.. Dapat tengok dari belakang pun jadila.."Humaira mengomel di dalam hatinya.

Selesai kuliah tersebut, Faridz masih termangu di tempat duduknya. Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk menegur Humaira. Memandangkan Humaira sering keluar lambat dari dewan kuliah, jadi mudahla untuk dia menyapa gadis manis itu. Apabila seluruh isi dewan hampir kosong, Faridz segera menapak keluar dari barisan tempat duduknya lalu menuju ke arah barisan tempat duduk Humaira yang agak terkebelakang sedikit. Peluh dingin mula membasahi wajahnya.

"Err..Assalamualaikum.."Faridz memulakan salam dengan gugup sekali. Humaira menoleh ke kiri dan kanan bagi memastikan benarkah dirinya yang disoal oleh Faridz. "Em, Wa'alaikumsalam..Awak cakap dengan saya ke?"Humaira juga berdebar-debar. "Ya, saya Faridz..Sebenarnya saya nak menjalinkan persahabatan dengan awak.. tu pun kalau awak tak kisah.."kata Faridz lalu menghulurkan tangannya. "Saya Maira.. Of course la saya tak kisah.."jawab Humaira sambil menyambut huluran tersebut dan melemparkan senyuman manis kepada Faridz. "Terima kasih Maira.. Mulai hari ni kita jadi kawan ye.."Nafas Faridz kembali teratur. Tidak disangkanya Humaira mudah sekali menerimanya. "Sama-sama Faridz. Ok, kita jadi kawan.."balas Humaira dengan hati yang girang sekali. "Em, jom kita pergi makan sama-sama Maira.. Nanti boleh la kita berbual panjang tentang diri masing-masing. Faridz pun nak mengenali diri Maira dengan lebih rapat lagi.."ucap Faridz sambil tersenyum. "Ok Faridz! Maira pun da lapar jugak ni. Tapi kan Faridz, siapa yang nak belanja ni? Faridz la yang belanja ea.."usik Maira sambil tertawa. "Eh, kenapa Faridz pulak yang kena belanja ni. Maira la yang belanja Faridz!"Faridz menjawab sambil turut sama tertawa. Dia gembira melihat kemesraan yang cepat benar bercambah antara mereka berdua. "La, mestila Faridz yang kena belanja sebab Faridz yang ajak Maira makan.."ujar Maira tidak mahu mengalah. "Ok..ok..Farid surrender.. Faridz belanja tengah hari ni.. Tapi Maira nak makan kat mana?"akhirnya Faridz mengalah. "Kita makan dekat Restoran Sri Pinang yang dekat depan kolej ni jela ye.. Nak tak?"Humaira mengusulkan. "Ok Maira.. Faridz ikut saja.."Faridz menjawab sambil berjalan beriringan bersama-sama Humaira menuju ke arah restoran yang dimaksudkan itu. Hati mereka sama-sama bernyanyi riang.

Selepas daripada kejadian pada hari itu, Faridz dan Humaira menjadi semakin rapat. Ramai yang terkejut dengan perubahan mendadak Faridz yang selama ini seperti tiada perasaan kepada perempuan tetapi kini setiap hari bersama-sama Humaira. Tidak kurang juga ada pelajar yang cemburu dengan keakraban mereka. Namun Faridz dan Humaira sekadar mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang orang lain fikirkan.. Humaira juga sudah jarang sekali menghabiskan masa di luar bersama dengan lelaki lain melainkan hanya bersama Faridz.

"Em, Maira.. Aku nak tanya sikit kat kau boleh tak?"soal Aleeya dengan tiba-tiba sewaktu Humaira baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Faridz. "La, tanya jela.. Sejak bila pulak kau kena tanya dulu before tanya aku ni? Leeya.. Leeya.."kata Humaira apabila Aleeya seperti teragak-agak mahu bercakap dengannya. "Kalau aku tanya ni kau jangan marah ye. Kau ikhlas ke berkawan dengan Faridz tu Maira?"tanya Aleeya mahu meminta kepastian. Humaira yang sudah menduga bahawa persoalan itu yang berlegar-legar di benak sahabat karibnya itu hanya tersenyum manis. "Aku bukannya apa Maira.. Faridz tu baik sangat tau.. Dia pun susah nak berkawan rapat dengan perempuan. Ni dia dah buka hati untuk kau, aku harap kau janganla main-mainkan perasaan dia."luah Aleeya kepada Humaira yang masih lagi tersenyum. "Maira! Aku tengah cakap dengan kau ni.. Yang kau senyum tak habis-habis tu kenapa?"kata Aleeya separuh menjerit lalu membalingkan bantal ke muka Humaira. "La, aku dengar la apa yang kau bebel tu..hehe.."jawab Humaira sambil tersengih.. "Habis tu yang kau senyum kambing dari tadi tu kenapa? Aku ingat aku cakap dengan dinding tadi.."perli Aleeya pula. "Aku nak bagitahu kau yang aku dengan Faridz dah couple! Yahoo!"jerit Humaira dengan riang sekali. "Kau dah couple dengan dia? Maksudnya kau memang serius dengan dia?"soal Aleeya bertalu-talu. "Ye Cik Aleeya ku mucuk..Aku sangat-sangat serius dengan Faridz tu. Aku betul-betul dah jatuh cinta.. Aku sayang dia Leeya…"ucap Humaira dengan tulus sekali. "Alhamdulillah.. Aku ingat kau still nak main-main dengan dia.. Apa pun aku sentiasa mendoakan agar kau bahagia selalu..Sekarang dah ada cik abang sayang jangan lupa dekat aku pulak..hehe.."kata Aleeya dalam nada bergurau. "Tak mungkin la aku lupa dekat 'kekasih pertama' aku ni..hehe.."kata Humaira sambil mengekek ketawa.

"Faridz! Kau tak takut ke couple dengan Maira tu? Dia tu playgirl tau dulu.."kata Ikhwan tiba-tiba. "Takla, aku tak takut pun.. Aku yakin sekarang dia dah berubah. Sekarang mana ada dia keluar dengan budak lelaki lain sangat. Aku percaya yang dia memang betul-betul sayang aku.."balas Faridz meyakinkan teman serumahnya itu. "Sekarang memang la dia kata dia sayang dekat kau, nanti dia tinggalkan kau macam tu je..Baik kau hati-hati dengan dia.."Zamri pula cuba menasihati sahabatnya itu. Dia tidak mahu Faridz dipermainkan oleh Humaira yang sudah pun mengecewakan ramai lelaki. "Zamri.. Ikhwan.. aku percaya dengan apa yang aku rasa. Korang tak payah la risau. Aku yakin dia memang dah berubah..Dah la, jangan fikir yang bukan-bukan.. Cubalah korang doa yang baik-baik sikit kat aku ni.."jawab Faridz kembali lalu menutup topik perbincangan mengenai Aisya Humaira yang amat dicintainya itu.

Kini sudah hampir 2tahun kisah kasih mereka berlangsung. Banyak suka duka yang mereka lalui bersama. Namun hubungan mereka masih belum tergugat. Namun begitu, siapalah yang tahu andainya ada badai yang kan melanda. Lily yang sememangnya sudah lama menyimpan perasaan cinta buat Faridz berasa amat sakit hati melihat kemesraan antara Faridz dan Humaira. Dia juga sudah lama mengintip pergerakan Humaira dan mengumpul maklumat mengenai Humaira sejak gadis itu bersekolah lagi. Dan segala-galanya mengenai Humaira kini berada di dalam genggamannya. Dia bakal menjalankan misinya untuk menghancurkan hubungan pasangan kekasih itu. "Kalau aku tak dapat Faridz, jangan harap kau pun akan dapat dia Humaira!"jerit hatinya penuh kebencian. Kalau dahulu rancangannya gagal kerana tiada bukti yang mencukupi, kini dia yakin dia akan berjaya.

"Faridz! Tunggu sekejap. Saya nak cakap dengan awak sekejap."kata Lily apabila Faridz melewatinya. "Awak nak apa lagi Lily? Saya tak nak tahu apa-apa dah mengenai perangai buruk Maira yang nak awak sampaikan pada saya.. Saya percayakan dia, dan akan tetap percayakan dia.."ucap Faridz. Dia sudah bosan mendengar perkataan yang seringkali diucapkan oleh Lily mengenai Maira. "Maira tu tak setia.. Maira tu ramai lelaki simpanan.. Maira tak pernah pun sukakan awak.. Maira curang.. Maira itu.. Maira ini.."itulah yang acapkali keluar dari bibir perempuan bernama Lily itu. Faridz sudah muak mendengarnya. Dia takut lama-lama dia akan terpedaya dengan apa jua yang diberitahu oleh Lily. "Awak.. Hari ni saya ada bukti yang kukuh mengenai perangai buruk kekasih hati awak tu."kata Lily dengan yakin sekali. "Sudah! Cukuplah.. Saya ada janji temu dengan Maira ni.. Tolonglah jangan ganggu saya lagi!"balas Faridz dan mahu segera berlalu dari situ. "Saya ada ni!"Lily mengunjukkan beberapa keping gambar ke hadapan wajah Faridz lalu membantutkan perjalanan jejaka itu. Faridz merampas gambar tersebut dari tangan Lily dan menelitinya satu-persatu. Merah padam wajahnya apabila melihat gambar-gambar yang berupa aksi-aksi daring Maira dengan banyak lelaki. Ada yang menunjukkan gambar Maira mengucup pipi seorang lelaki muda, ada juga gambar mereka berjalan berpelukan. Semuanya amat mencarik-carik hati lelakinya. "Aku tak percaya! Kau tipu Lily!"sudah tiada lagi bahasa lembut dalam tutur katanya. "Mungkin kau taknak percaya dengan apa yang kau lihat sekarang, tapi itulah hakikatnya Faridz. Kalau kau tak percaya, kat bawah gambar tu ada tarikh bila gambar diambil.. Cuba kau tengok bila tarikhnya tu.."jawab Lily sambil tersenyum sinis. "Shit! Time ni dia dah couple dengan aku!"jerit Faridz sambil berlalu pergi dari situ untuk menyelesaikan segala-galanya dengan Maira hari itu juga. Dia tidak mahu menjadi mainan yang diguna oleh Maira untuk memuaskan hatinya. Hati Faridz benar-benar sakit dan berdarah. Dia juga berasa bahawa cinta sucinya telah dikhianati oleh perempuan yang amat dia sayangi.


Dari jauh, Maira melihat Faridz mampir kepadanya. Namun tiada riak ceria di wajah itu. Pasti dia sedang berdepan dengan masalah. "Hai Faridzku sayang.. Kenapa muram je muka hari ni?"kataku kepada Faridz cuba menggembirakan hatinya. "Siapa kata muka aku muram? Aku gembira sangat hari ni.. Aku ada benda penting nak bagitahu kau hari ni Nur Aisya Humaira!"terkejut Humaira mendengar kata-kata kasar dari Faridz. "Kau dengar sini! Mulai hari ni hubungan kita putus!"kata-kata itu lah yang amat digeruni oleh ku. Namun mengapa kata-kata itu juga yang aku dengar hari ini. Kata-kata Faridz yang seterusnya semakin merobek jiwa ini. Semuanya menyakitkan. Menghancurkan segala angan-angan yang pernah bermukim di sudut hati. Mengapa ini kesudahannya?

"Leeya..Tolong aku Leeya..Tolong aku.."rintih Humaira sebaik sahaja kakinya menjejak lantai rumah. Aleeya terkejut melihat wajah Humaira yang pucat dan matanya yang bengkak itu. "Maira, kenapa ni? Kenapa menangis macam ni?"ucap Aleeya bagi menenangkan hati sahabatnya itu. "Faridz..Leeya..Faridz tak pernah cintakan aku.. Tak pernah Leeya.. Dia cuma mahu mempermainkan aku Leeya.. Leeya tolong aku.. Aku rasa macam nak mati.."tangis Humaira lagi. Jelas sekali kekecewaan yang dialami teramat dalam. "Ya Allah! Betul ke apa yang kau cakap ni Maira? Takkan Faridz sanggup buat kau macam tu?"Aleeya berkata tidak percaya. "Leeya.. Aku dah tak ada apa-apa lagi kat sini.. Cinta aku dah pun didustai.. Betul cakap kau Leeya, akhirnya perbuatan aku yang selalu mempermainkan hati lelaki terbalas kembali pada aku.."kata Humaira tersedu-sedan. "Maira..dah la.. Janganla menangis lagi.."pujuk Aleeya cuba mengusir kesedihan di hati Humaira. "Takpe la Leeya, aku masuk bilik dulu."Humaira terus berlalu.

"Maira..Maira.. Keluar la makan dulu.. Kau tak makan apa-apa lagi sejak tengah hari tadi.. Nanti perut kau masuk angin pula.."panggil Aleeya sambil mengetuk pintu bilik sahabatnya itu yang sedia terkunci. "Aku tak lapar. Kau makan la. Nanti aku cari makanan sendiri kalau aku lapar.."kedengaran suara itu amat lemah sekali. "Maira..janganlah macam ni.. Kau tak boleh macam ni.. Kau kena teruskan hidup kau Maira.."pujuk Aleeya lagi. "Aku cakap aku taknak keluar la! Jangan kacau aku! Pergilah!!!"jeritan Humaira benar-benar mengejutkan Aleeya. Humaira tidak pernah sekasar itu dengannya. Hatinya bertambah bimbang. Mungkinkah keadaan Humaira akan bertambah buruk? Hati Aleeya resah sendiri dan dia berharap agar Humaira akan pulih seperti biasa.

Keesokannya, Humaira tidak ke kolej dan apabila Aleeya pulang dari kelasnya, kelihatan barang-barang milik Humaira sudah siap dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. "Maira! Maira!"panggil Aleeya apabila Humaira tidak kelihatan. "Aku kat dalam bilik ni.."Humaira menjawab seraya menjengulkan mukanya yang mendung itu di muka pintu biliknya. "Maira..kenapa kau pack semua barang kau ni?"Aleeya terus bertanya. "Aku nak berhenti belajar dekat kolej ni la.. Maafkan aku Leeya sebab kena tinggalkan kau.. Aku terpaksa sebab aku tak sanggup nak jumpa dia setiap hari.. Aku tak kuat Leeya.."terang Humaira kepada Aleeya dan airmatanya tumpah kembali. Dia teresak-esak dalam pelukan Aleeya. Aleeya turut tidak dapat menahan sebaknya dan akhirnya mereka sama-sama menangis. "Maira..Kau buatlah apa yang bakal menggembirakan hati kau.. Aku akan sentiasa menyokong kau Maira.. Aku sayang kau…"Aleeya berbisik perlahan sambil menyeka airmatanya. Akhirnya petang itu juga Humaira keluar dari rumah itu.

"Aku dah tak ada apa-apa dengan Maira.."beritahu Faridz dengan lemah sewaktu Ikhwan menanyakan mengenai perkembangan hubungan mereka berdua. "What? Bukan ke minggu lepas korang baru je pergi tengok movie sama-sama?"Ikhwan membalas jawapan Faridz dengan soalan juga. "Dia curang.. Dah la.. Aku malas cakap pasal perempuan tu lagi.. Nama dia diharamkan dalam rumah ni. Aku masuk bilik dulu!"Faridz menjawab tegas dan terus berlalu.

Di kamar bujangnya, akhirnya airmata yang cuba ditahan sejak semalam mengalir jua. Dia juga punya perasaan sedih. Sampai hati Maira memperlakukannya begini. Tidak tahukah Maira bahawa dia benar-benar mencintainya. Selama dia hidup di muka bumi ini, itulah pertama kali dia jatuh cinta. "Kenapa Maira tegar menghancurkan hatiku? Apakah dosaku padanya?"hati lelakinya menjerit hiba. "Hakikatnya aku tak pernah mempermainkanmu Maira. Aku mencintaimu setulus hatiku. Tapi mengapa kau pijak maruah ku Maira? Di mana kedudukanku dimatamu Maira? Aku terpaksa berkata bahawa aku hanya mempermainkan dirimu. Maafkan aku kerana membohongimu.. Aku terlalu memujamu sayang..Namun aku kau khianati.."Faridz berbicara sendiri. Dia cuba melelapkan mata, namun kenangan demi kenangan semakin mengganggu. Apabila jam hampir 5pagi baru lah dia terlelap.

Kini sudah genap 2 tahun peristiwa yang menjarakkan dua keping hati berlaku. Humaira masih tidak dapat melupakan Faridz. Lelaki itu teramat istimewa dihatinya dan tak kan pernah bisa diganti oleh orang lain. Hari itu, dia ke Times Square sekadar mahu window shopping. Itulah kegiatannya dihujung minggu sejak dua tahun kebelakangan ini. Berjalan-jalan melihat barangan sambil memerhati gelagat orang ramai. Fikirannya juga sering melayang teringatkan Faridz. "Pasti Faridz sudah menamatkan pengajiannya.. Pasti juga Faridz sudah bekerja sekarang.."hatinya berkata-kata. Rindunya pada lelaki itu membuak-buak. "Sudah pasti Faridz bahagia bersama gadis yang dia cintai.. Kalaulah aku perempuan itu.. Siapalah agaknya yang…Ouch!"tidak sempat dia menghabiskan lamunannya tiba-tiba dia merasakan badannya dilanggar oleh seseorang. Dia terus memandang ke arah seorang lelaki dan perempuan di hadapannya. "Faridz?"Humaira terjerit kecil. Lelaki itu segera memandang apabila dia mersakan seperti pernah mengenali suara itu. "Maira!"seperti Humaira, Faridz juga terjerit kecil. Bibirnya hampir mengukir senyuman namun terus terbantut apabila dia teringatkan peristiwa lama yang pernah berlaku antara mereka. Rindu yang bertamu segera diusir pergi. "Hai Maira! Lama tak nampak kau! Perkenalkan, ni buah hati aku sekarang and kitorang akan berkahwin tak lama lagi. Anyway, nanti jemputlah datang ke kenduri kami. Got to go, banyak lagi yang perlu kami beli. See you!"Faridz berkata tiba-tiba lalu bergerak meninggalkan Humaira yang terkulat-kulat. Humaira terkedu. "Benci sungguh Faridz padaku.. Sampai berbual sebentar pun dia tak mahu.. Tak mengapalah Faridz, akan kusimpan memori indah kita bersama selamanya.. Dia pun bakal berkahwin tak lama lagi..Semoga bahagia selalu sayangku Faridz.."setitis airmata berguguran dipipi mengenangkan kekalahannya dalam percintaan. Aku kecundang jua. Humaira segera berlalu dari situ, mahu segera pulang. Kepalanya semakin berdenyut-denyut dan sebelum dia rebah di situ, lebih baik la dia pulang ke rumah sekarang.

Di satu sudut di mall tersebut, Faridz menghela nafas panjang. Rindunya dia pada insan yang bernama Nur Aisya Humaira itu. Lamunannya terhenti tatkala adiknya, Farzana bersuara. "Abang! Kenapa abang kata kita ni pasangan kekasih pula? Tadi tu siapa abang?"Farzana bertanya bertalu-talu. "Dia tu.. Dia.. Dia bekas kekasih abang.. Dah la Ana, tak payah kita cakap pasal dia lagi.. Abang dah penat menderita sebab perempuan tu.."jawab Faridz. "Tapi kan bang, muka bekas awek abang tu pucat gila tadi, abang tak kesian ke dekat dia?"Farzana masih bertanya soalan mengenai Humaira. "Ana, abang kata stop it! Abang tak nak cakap apa-apa dah pasal dia!" tidak semena-mena Faridz menengking adiknya. "Maafkan Ana abang.."Farzana berkata sayu. "Abang minta maaf sebab marah Ana tadi.. Abang tak sengaja.."Faridz yang baru sedar keterlanjurannya itu segera memohon maaf daripada adiknya. Sesungguhnya dia tidak dapat menafikan bahawa pertemuan tadi kembali membuatkan luka lamanya berdarah semula. Dia hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan pulang.

Beberapa bulan selepas itu, emosinya kembali stabil dan dia dapat menumpukan semula perhatiannya terhadap tugasnya. Lagi pula bulan ini syarikatnya memberi para pekerjanya bonus 2bulan gaji selepas mendapat keuntungan besar. Dia pulang ke rumah keluarganya dengan hati yang sungguh lapang. Dia berniat mahu membelanja ahli keluarganya malam tu.

Setibanya di rumah, dia segera menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Selepas itu dia berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tiba-tiba sahaja kedengaran adiknya memanggil-manggil namanya. "Abang! Abang!"jerit Farzana lagi lalu berlari mendapatkan abangnya. "Kenapa ni Ana? Macam kena kejar hantu je."Faridz menyoal. "Ni abang! Surat!"Farzana segera menghulurkan surat yang diterimanya tadi. 'Buat Faridz yang tidak pernah luput dalam ingatan..Kuharap dikau sudi membaca warkah tulisanku ini..'

Lantas aku rampas isi kandungan surat itu daripada adikku. Aku baca nama di hujung kertas itu, 'yang sentiasa mencintaimu, Maira..' Jantungku mula berdegup kencang dan iramanya sudah tidak senada lagi. Aku amat rindu pada empunya nama itu. Demi Tuhan, aku sangat mencintainya. Namun apakan daya, kasihnya bukan padaku seorang, tetapi ramai sangat manusia bernama lelaki yang mendampinginya. Ya! Maira memang playgirl! Tetapi mengapa diutuskan warkah ini buatku? Lalu kubawa surat itu ke kamarku. Farzana pula berlari-lari ke biliknya semula. Perlahan-lahan aku buka lembaran surat itu kembali setelah tiba di bilikku.

Satu-persatu perkataan kubaca dengan teliti.

'Ke hadapan Faridz yang selalu dalam ingatan.. Pertama sekali, inginku pohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kakiku padamu kerana aku sedar sudah banyak kesalahan aku padamu.. Moga ada ruang kemaafan buatku..

Faridz,
Demi Allah, aku sangat mencintaimu.. Aku sangat merindukanmu setiap saat waktu berdetik dan aku sangat mendambakan kehadiranmu.. Aku tahu kata-kataku ini tidak sepatutnya aku ungkapkan kerana hakikatnya kau sudah berbahagia di samping insan lain. Namun biarlah ini menjadi yang terakhir aku ucapkan.. Hatiku juga sudah tidak tertahan lagi.. Aku mencintaimu Faridz! Tiada lagi selepasmu selamanya..

Faridz kusayang,
Tujuan ku utuskan warkah pilu ini bukanlah semata-mata untuk meminta dirimu memaafkan apa jua kesalahan diriku. Aku ingin sekali menerangkan segala-galanya yang tidak pernah aku berkesempatan memberitahumu..


Sayangku,
Aku tahu aku berdosa kerana pernah mempermainkan hati ramai lelaki sebelummu.. Namun satu yang aku mahu kau selalu tahu, selepas dirimu kutemui, selepas dirimu kukenali, aku tak pernah mampu untuk mencintai insan lain. Setiap hari aku hanya memikirkan dirimu, hanya kau dalam ingatan dan hanya namamu yang bernafas dalam setiap denyut nadiku.. Aku memberi seluruh hati, jiwa dan ragaku hanya untukmu.. Tika itu aku rasakan seolah-olah dunia ini hanya milik kita berdua. Bahagianya sayangku.. Sungguh tak pernah walau sekelumit pun aku melupakanmu.. Aku berharap agar kita akan membina kehidupan dan keluarga kita sendiri dan memiliki anak yang comel-comel..haha.. Alangkah buta dan naifnya aku tika itu.. Tak pernah aku sangka bahawa hakikatnya kau tak pernah mencintaiku, menyayangiku dan mengasihiku.. Tuhan, sakit sungguh ku rasakan kala itu.. dan kesakitan itu takkan bisa hilang seiring waktu yang berlalu. Seolah-olah dunia mahu menenggelamkan aku.. Hidupku terasa kelam, suram dan gelap.. Faridz, aku ingat lagi kata-katamu di hari terakhir hubungan kita.. Sambil ketawa kegembiraan, kau mengucapkan padaku, "Maira, aku sebenarnya tak pernah langsung sayangkan kau. Bodohlah kau ni..hahaha..Aku saja ja nak mainkan kau.. Kau kan playgirl, tak kan sedih kot! Padan muka kau! Aku benci kau! Untuk pengetahuan kau, aku dah ada awek baru and semua hadiah yang kau bagi dekat aku dah lama aku buang! Takde nilai pun dekat mata aku!" Aku ingat lagi Faridz. Betapa bencinya kau padaku.. Hancur luluh hatiku mendengarnya. Seminggu aku tak ke kolej dan akhirnya aku ambil keputusan untuk tukar kolej lain.. Aku tak sanggup melihat kau bahagia dengan insan lain. Jadi biarlah aku pergi membawa diri yang hina ini jauh dari pandanganmu.. Hanya kau yang kusayang.. Tiap hari aku merasakan rindu yang menyesakkan dada, tak tertanggung rasanya.. Faridz, namun aku tak pernah membencimu kerana aku tahu itu adalah balasan buat diriku atas dosa silamku yang selalu menyakiti hati lelaki lain..

Faridz sayang,
Setiap hari aku berdoa semoga kau sentiasa dalam lindungan Illahi, semoga kau sentiasa bahagia dengan kehidupanmu dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu.. Setiap hari juga aku berdoa agar cepatlah Tuhan ambil nyawaku kerana rindu ini semakin memamah setiap denyut nadiku.. Hinggalah akhirnya Tuhan memakbulkan kedua-dua doaku.. Pada hari aku bertemu denganmu bersama bakal isterimu, aku tahu bahawa kau bahagia sayangku.. dan pada hari yang sama juga aku disahkan menghidap barah otak di peringkat akhir dan tiada peluang sembuh.. Doaku agar segera diambil nyawa ini juga termakbul.. Sesungguhnya sewaktu aku mengetahui mengenai penyakit itu, tiada rasa sedih hadir menyelinap..Kerana setelah kau pergi, tiada apa lagi yang tinggal buatku.. Kau pergi membawa sekali jiwa dan semangatku.. Kehilanganmu lebih membuatkan aku derita daripada berita penyakit maut ini..

Faridz sayang,
Demi Tuhan, Maira tak pernah menduakan Faridz.. Selepas mengenali Faridz, Maira merasakan hidup Maira lebih terisi.. Maira bahagia kerana dapat mengenali dan mencintai Faridz.. Seumur hidup Maira, tak pernah Maira rasa sebahagia itu.. Terima kasih Faridz kusayang kerana membenarkan Maira merasai cinta dan kasih sayang Faridz..Maira tetap nak menganggap yang Faridz benar-benar mencintai Maira walaupun hakikatnya Faridz Cuma mahu mempermainkan hati Maira.. Maira sayang Faridz sangat-sangat.. Akan kubawa cinta ini hingga hujung nafasku.. Love u til my last blood.. Maira love Faridz forever..

Akhir sekali, Maira ingin khabarkan berita ini kepada Faridz.. Tika Faridz mendapat warkah titipan Maira ini, sesungguhnya jasad Maira sudah pun kaku tidak lagi bernyawa. Penyakit maut yang singgah itu telah pun membawa pencintamu ini pergi meninggalkan fana.. My dear Faridz, selepas ini Maira takkan ganggu hidup Faridz lagi.. Semoga kau sentiasa tenang dalam rahmatnya..

Akhir kata sekali lagi, puisi indah ini kuhadiahkan buatmu..

Pabila ku lihat langit
Wajahmu sentiasa terukir
Pabila ku pejamkan mata ini
Wajahmu jua yang hadir menemani
Kuratap pemergianmu kasih
Kurintih kehilanganmu dari sisi
Namun kini ku kembali
Menemui yang Maha Suci
Sesungguhnya kasihku abadi
Kunanti dikau di Syurga hakiki
~Ikhlas buatmu sayangku Faridz~

Maafkan aku andai warkah ini mengganggumu dan dia tersayang..

Yang sentiasa mencintaimu, Maira..'


Aku terduduk membaca warkah itu. Maira sudah tiada? Maira aku sudah tiada? Airmata sudah tidak dapat dibendung lagi.. Lily penipu! Aku benci kau! Tuhan..Berdosanya aku.. Aku membuat Maira menderita.. "Maira!!"hatiku menjerit sayu. Kenapa aku tegar melukakan hatinya..Dia tulus mencintaiku. Kenapa aku tak mahu mendengar penjelasan dia dahulu? Aku yang bodoh! Aku yang bodoh! "Maira, Faridz pun sayang Maira.. Maira kekasih Faridz yang pertama dan terakhir! Faridz sayang Maira ! Maira jangan tinggalkan Faridz macam ni! Maira !Maira!"tanpa sedar aku sudah pun berlari menuruni tangga,lalu masuk ke dalam kereta lantas memecut laju tanpa arah tujuan…
Maira! Maira! Maira! Tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat…Satu persatu memori bersama Maira terlayar di hadapan mata.



"Maira,sudi tak Maira jadi kekasih Faridz? Isi segala kekosongan di hati Faridz? Faridz sayang sangat kat Maira…"
"Mestilah Maira sudi! Selama ni, Faridz je yang Maira inginkan…Sayang kat Faridz sangat .."kami tertawa dan berpegangan tangan.."Maira janji ea jangan tinggalkan dan lupakan Faridz sampai bila-bila.." "Maira janji takkan pernah tinggalkan Faridz dan takkan lupakan Faridz sampai Maira mati.."Maira berbisik sambil tersenyum.

"Faridz juga tak pernah melupakan Maira dan takkan lupakan Maira sampai Faridz mati.. Kita bertemu di syurga sayangku Maira.."bunyi ambulans kedengaran sayup-sayup di pendengarannya sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. Berakhirlah sebuah ceritera cinta antara dua insan ciptaanNya..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.