Cerpen : Ku Milik Mu

Aku mengetap bibir menahan rasa geram di hati. Tak menarik ke aku ni pada pendangan matanya? Asyik-asyik perempuan yang perasan cantik itu juga yang didekatinya, yang dilayannya dengan sepenuh hati. Tuah Hazril Benjamin....sesiapa yang
melihat wajahnya buat pertama kali pasti akan menoleh to take a second look! Wajah tampan disertakan dengan secebis senyuman menggoda itu bisa menggugat ketenangan mana-mana gadis. Ini belum lagi berbicara tentang bab akademiknya yang turut menonjol! Huh....beruntunglah bagi sesiapa yang menjadi pendampingnya. Dan aku....semestinya hanya mampu menggigit jari memandangkan aku ini hanya tersenarai di dalam waiting listnya sahaja. Itu pun kalau tersenarai!!
Aku menarik rein milik Sapphire menuju ke stablenya. Sejak akhir-akhir ini aku lebih kerap mengunjungi Pusat Equin UTM berbanding dua bulan yang lalu. Semuanya gara-gara Tuah Hazril Benjamin. Pertama kali melihatnya mengendalikan kuda membuatkan aku memujanya di dalam diam. Ternyata dia seorang penunggang yang handal. Barangkali sahaja latar belakangnya membolehkan dia mempunyai peluang yang luas untuk mempelajari teknik-teknik yang betul menunggang kuda dan di pusat equin ini, Red sering menjadi kuda favouritenya. Tapi yang paling tak bestnya pula, sejak beberapa hari ini kelihatan Tuah Hazril Benjamin membawa seorang gadis yang cantik dan seksi menemaninya untuk menunggang kuda dan ini bermakna memang tipislah peluang untuk mengintai ruang di hati jejaka kacukan ini!!

******************
"Err...excuse me?"
Eh, siapa pula yang datang ke stable awal-awal pagi ni? Setahu aku, di dalam buku rekod rider tak ada pun visitor yang hendak menunggang kuda jam 9 pagi ni. Kalau pukul 10 pagi nanti adalah. Alamak....tapi mamat kat depan aku ni pun boleh tahan jugak orangnya. Ganteng bangat! Agaknya semua orang yang hendak menunggang kuda di stable ini semuanya handsome-handsome belaka dan cantik-cantik kot? Kecuali aku inilah. Huhu.....agak familiar tapi entah mengapa aku tidak dapat hendak recall apa-apa pun pada awal pagi ini.
"Min...!!"
Kali ini aku dikejutkan dengan kejutan kedua pula. Apa pulak minah kecoh ni buat kat stable ni? Bukankah dia yang paling tak suka nak datang ke mari. Busuk dan kotor katanya.
"Eh, kau buat apa kat sini? Mengigau ke apa?"
Dengan nada suara yang terkawal aku menyoal Hana. Mana boleh tinggikan suara beb! Saham pun kena jaga juga! Kebetulan pula ada lelaki yang segak dan tampan di sebelah aku tu....
"Aku pun tak nak datang ke sini kalau tak kerana dia ni!"
Hah? Aku hanya boleh menjerit di dalam hati. Apa kaitannya dengan lelaki ini? Siapa dia? Siapa?
"Kau tahu kan dia ni siapa, Min?"
Pertanyaan Hana membuatkan keningku berkerut. Siapakah gerangan lelaki ini? Dan sewaktu dia tersenyum. Aduh....cair aku!! Namun sebuah tekaan yang bermain-main di kepalaku serta merta membuatkan dadaku berdegup kencang.
"Come on, Min...takkanlah kau tak kenal dengan orang jauh ni."
Aku masih tidak berani hendak mengiyakan mahupun menjawab pertanyaan Hana biarpun telahan yang sudah aku buat ini bakal merupakan sebuah kenyataan.
"Sayalah ni, Min....Zamer.....awak dah tak ingat ya?"
Aku menghela mafas panjang, kalau ikutkan perangai biasa aku ingin sahaja aku melopongkan mulut namun hari ini, aku sedaya upaya hendak menyembunyikannya! Zameer? Syed Zameer....jejaka yang hanya aku kenali melalui friendster!! Kini dia menzahirkan dirinya betul-betul di hadapan aku! Ternyata...dirinya aku kira lebih tampan berbanding dengan dirinya di dalam friendster!
"Maaflah, bukannya saya lupa...saya hanya ingat wajah Zameer dengan janggut dan misai kat dalam friendster. Dan sekarang ni....."
"Ummi saya pesan, before kembali ke Malaysia saya kena buang janggut dan misai tu."
Ujarnya dengan senyuman dan disertai dengan dengan tawa perlahan.
"Tak cakap pun nak datang ke sini, kalau tidak tak adalah kita nak berjumpa kat stable ni."
Ujarku dengan nada yang sedikit kesal, bukannya apa.....aku ni dahlah tak cun. Inikan pula ditemui di stable yang keadaannya tak berapa selesa.
"Eh, okey apa? Lagipun saya tengok okey dan cool je Min sekarang. Lepas ni bolehlah ajar ajar tunggang kuda pula."
Bagaikan bermimpi dia menyatakan yang aku ni cool? Biar betul....dan selepas itu, semuanya berjalan dengan lancar dan best......
********************
Aku melewati bangunan B11, Fakulti Alam Bina. Aku mengatur langkah dengan perlahan dan berhati-hati. Bimbang kalau-kalau kaki tersasar masuk ke dalam longkang. Masih aku teringat, semasa aku menuntut di dalam tahun dua dan gara-gara sedang asyik bermesej aku tidak menyedari yang kakiku telah tersasar masuk ke dalam longkang. Mujurlah pada masa itu tidak ramai pelajar yang berada di ruang legar fakulti. Namun, teruk juga aku digelakkan oleh Hana. Even sampai ke hari ini pun, apabila aku mengenangkan kembali peristiwa tersebut dan menceritakannya kepada Hana, pasti dia akan ketawa dan seterusnya mengejek aku.
"Min....!!"
Panjang betul umur minah ni. Baru je teringat kat dia, tiba-tiba sahaja kedengaran suaranya melaungkan nama. Aku pantas menoleh.
"Kau ada nak pegi ke mana-mana tak lepas ni?"
Pertanyaan Hana membuatkan aku tersenyum, memang semenjak dia datang menemuiku di stable tempoh hari kami berdua kerap bermesej dan bertanya khabar.
"Ke kau nak pergi jumpa Zameer ni?"
Sikapku yang lambat menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Hana membuatkan aku kembali ke alam realiti.
"Eh, mana kau tahu ni?"
Giliran aku pula yang menyoal dan menunjukkan rasa tidak puas hatiku.
"Alah, tak payahlah kau nak sorok-sorok. Korang berdua nak pergi ke mana pulak ni?"
Aku hanya tersenyum, serasa malas pula hendak menjawab pertanyaan Hana. Minah ni memang boleh tahan juga kecohnya.
"Adalah.....okey lah. Aku nak pergi dulu!"
Ujarku sambil melangkah pergi meninggalkan Hana yan sudah mula mencemikkan bibirnya.
***************

II.
"Tertipu betul aku, Hana!"
Ujar Zameer sebaik sahaja memasuki Satria Neo nya. Hana pula hanya tersenyum, tahu sebenarnya dengan apa yang sedang bermain-main di fikiran sahabatnya itu.
"Pasal Min?"
Zameer mengangguk perlahan, agak indah perasaan yang dialaminya setiap kali dia bersama dengan Nadya Jasmin. Satu perasaan halus yang indah meresap ke seluruh urat sarafnya. Dia akui hatinya yang keras terhadap perempuan selama ini mencair dengan sikap Nadya Jasmin. Ternyata gadis itu jauh lebih comel berbanding dengan wajahnya di Friendster. Sikapnya yang manja dan kadangkala confident betul-betul memikat diri Zameer. Namun yang paling menonjol dan menambat hati Zameer, Nadya Jasmin sememangnya pakar di dalam menunggang kuda apatah lagi setelah dia melihat sendiri gelagat Nadya Jasmin semasa menjadi instructor.
"Eh, kau berangan ek?"
Pertanyaan Hana membuatkan Zameer tersentak. Hana tersengih seolah menyindir.
"Aku tak sangka yang Min tu lebih comel berbanding di dalam gambar. Eh, dia dah ada yang special ke?"
Hana tidak terus menjawab, sebaliknya dia melontarkan pertanyaan.
"Kau suka dia ke?"
Zameer terdiam, memang dia menyukai Nadya Jasmin. Entah mengapa, dia sendiripun tidak tahu. Bukannya tidak ada yang mengetuk pintu hatinya sepanjang dia berada di VMSU. Namun semuanya hanya dipandang sepi. Tetapi berlainan pula kali ini, kepulanganya ke tanah air membuka lembaran baru di dalam kamus hidupnya. Semakin kerap dia menghabiskan masa bersama Nadya Jasmin, semakin dia terasa berat hendak meninggalkan bumi Malaysia.........
****************
"Ummi, Zameer nak bagitahu sesuatu kat ummi ni."
Hajah Zaharah merenung tepat ke wajah anak bongsunya itu. Zameer melepaskan satu nafas yang berat, selama 23 tahun dia bernafas tidak pernah sekalipun dia mengingkari perintah ummi mahupun abahnya. Namun cadangan umminya yang hendak menjodohkannya dengan anak rakan abahnya membuatkan Zameer pening kepala dan serba salah. Mana mungkin dia menerima cadangan umminya lebih-lebih lagi sekarang ini hatinya sudah terpaut kepada seseorang.
"Zameer sudah ada pilihan sendiri, ummi."
Kelihatan Hajah Zaharah mengerutkan keningnya, dia sedar sememangnya sejak dari mula lagi anak terunanya itu tidak setuju dengan cadangannya. Namun dari satu sudut yang lain pula dia tidak pula mahu kehilangan pilihannya. Naluri keibuannya jelas menunjukkan bahawa gadis itu amat sesuai untuk melengkapkan kehidupan Syed Zameer.
"Siapa dia pilihan Zameer?"
Tanpa ragu-ragu Zameer memberitahu umminya mengenai Nadya Jasmin. Segala-galanya....dan Zameer menyedari raut wajah umminya tampak sungguh tenang. Hendak dikatakan membantah tidak pula, hendak dikatakan setuju pun tidak juga.
"Zameer, ummi nak bagitahu sesuatu ni."
"Apa dia, ummi?"
Giliran Hajah Zaharah pula yang berbicara dan sesungguhnya realiti yang kedengaran di telinga Zameer betul-betul membuatkan dirinya terkejut bukan kepalang!!
*******************
Aku berjalan menyusuri kawasan endurance, suasana petang yang kini sudahpun redup betul-betul mendamaikan perasaan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berfikir banyak dengan tesis yang kadangkala membuatkan tidur aku tidak menentu. Mujurlah penyeliaku banyak membantu dan aku kemudiannya tampil bersemangat semula hendak meneruskan dissertasi tersebut.
Di satu sudut, kuda kegemaranku itu dibiarkan meragut rumput di padang sasar. Kuda kelabu tersebut telah aku tunggang sebentar tadi. Sememangnya aku merasa kosong sejak dua, tiga hari ini. Kelibat Zameer langsung tidak kelihatan dan aku tidak pula cuba hendak menghubunginya. Alasannya? Malas....tak ada gunanya hendak menaruh hadapan. Aku sedar yang aku tidak akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya. Bakal doktor itu tampak agak sempurna di matanya. Gayanya, tutur bicaranya, latar belakangnya begitu menyerlah. Amat jauh jika hendak dibandingkan dnegan aku ni......
"Hai...tunggu saya tak?"
Hampir tercabut jantungku apabila terdengar suaranya. Biarpun sekadar berbisik namun cukup membuatkan aku terkejut.
"Awak buat saya terkejut, mujurlah tak pengsan!"
Zameer hanya tersenyum memandangku.
"Kalau pengsan pun saya boleh sedarkan awak semula, tau?"
Aku tahu dia sekadar bergurau namun entah mengapa gurauannya kedengaran agak lain pada pendengaranku. Dapat aku rasanya yang mukaku merona merah lantaran seluruh darah menggebu ke wajahku.
"Nak tunggang kuda ke?"
Zameer menggeleng-gelengkan kepalanya, aku membetulkan saddle dan kemudiannya menanggalkan mask pada wajah Angle dan seterusnya menyarungkan rein pada kuda berbulu coklat tersebut.
"Bawa Angle ke padang sasar. Kejap lagi ada orang nak tunggang."
Tanpa banyak soal Zameer menuruti kehendakku, tapi tidak lama kemudian dia menyerahkan Angle kepada Jacob dan kemudiannyamenyertai aku yang sedang duduk di anjung stable.
"Dah lewat ni, Min. Jom saya hantarkan Min balik."
Aku hanya menurut kata-kata Zameer, mungkin esok merupakan hari terakhir aku meluangkan masa bersama dengannya, kerana menurutnya dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk urusan Visanya.
"Next week saya dah nak balik dah, Min. Lusa pulak saya ada urusan di KL. Tapi sbelum saya balik saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi temankan saya sepanjang percutian saya di sini dan......."
Kata-katanya tidak dihabiskan sebaliknya Zameer hanya merenungku dengan pandangan yang sememangnya sukar untuk aku tafsirkan maknanya.
"Dan sudi ajar saya tunggang kuda...... thanks a lot, that’s such a wonderful exprerience."
Akun hanya tersenyum mendengar kata-kata Zameer. Perlakuan Zameer yang masih memandang tepat ke arahku membuatkan aku tertunduk segan. Mana tidaknya, anak mata Zameer betul-betul jauh menombak ke dalam mata dan terus ke hatiku.
"Kalau lah awak rasa apa yang rasa saya, Min......"
Kedengaran getaran di hujung ucapannya dan tika itu aku merasakan ada pesta bunga api di dalam diriku!!
***********
"Kahwin? Dengan siapa?"
Dapat aku lihat betapa terkejutnya Hana apabila aku mengkhabarkan berita tersebut kepadanya. Mungkin seandainya tidak dikawal, mahu tersembur minuman yang sedang dihirupnya sebentar tadi. Dalam keadaan seperti ini aku sesungguhnya berada di dalam dilema. Tidak pernah aku menduga bahawa inilah yang akan berlaku kepadaku. Di kala Zameer telah meluahkan perasaannya kepadaku dan apabila terbukti bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan, tanpa diduga ada satu halangan yang bakal kami berdua hadapi.
"Zameer tahu?"
Pertanyaan Hana membawaku kembali semula ke alam realiti. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Perbualanku di antara abah dan mama semalam ternoktah dengan keenggananku. Aku sebenarnya tidak dapat memberikan kata putus. Kadang-kadang sebagai anak sulung aku merasakan yang aku selalu menjadi mangsa keadaan. Memandangkan adik beradikku yang lain masih muda, kiniseolah-olah masa depanku pula yang menjadi galang gantinya! Hanya kerana ingin memenuhi keinginan keluarga ku untuk meneruskan talian persahabatan dengan kenalan lamanya abah dan mama bersetuju menerima lamaran tersebut.
"Aku tidak kenal siapapun gerangannya lelaki tu, Hana. Sekarang ni abah dan mama dah bersetuju degan lamaran pihak lelaki. Aku pula masih tidak dapat memberikan kata putus. Huh, macam mimpi! Aku tak sangka yang semua ini akan terjadi."
Agaknya tidak ada bezanya juga sama ada aku memberikan kata putus atau tidak, kerana pokok pangkalnya keluarga aku pun telah bersetuju menerima lamaran tersebut. Sekarang aku merasa sedikit lega kerana telah meluahkan masalahku kepada Hana. Tanpa sedar air mataku mengalir, tanpa kesal dengan apa yang terjadi. Zameer...bisakah aku melepaskan cinta yang telah dia hulurkan? Argh....!!
*************
"Restu keluarga sangat penting Min, turuti saja kehendak keluarga Min. Zameer tak boleh nak halang kalau inilah takdir kita berdua."
Aku sedar yang aku akhirnya harus tunduk kepada kemahuan keluarga. Mujurlah cinta yang aku punyai buat lelaki yang bernama Syed Zameer ini belum lagi bercambah.
"Maafkan Min, Min harap Zameer faham dengan keadaan Min sekarang."
Wajah tenang yang ditunjukkan oleh Zameer betul-betul meruntun perasaan aku. Seolah-olah dia tidak mengendahkan kata-kata yang telah aku ucapkan sebentar tadi. Hatiku menjadi rawan serta merta.
"Min, sekiranya betul telah tertulis jodoh kita, pasti akan bersama juga akhirnya...."
Aku mengerti dengan kata-kata yang dilafazkan olehnya. Namun...apalah gunanya sekarang? Sudah tidak ada maknanya lagi.......
**************
Sesungguhnya kau tidak tahu sama ada betul atau tidak tindakanku ini. Aku sedar yang keluarga mertuaku dari golongan berada. Buktinya? Aku tidak pernah sekalipun mengambil tahu akan hal-hal perkahwinanku. Dari persiapan sehinggalah ke majlis akad nikah yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Begitu juga dengan tempahan pakaian pengantin yang sudah sedia melekat di tubuhku ini. Ukurannya hanya aku nyatakan secara lisan kepada mama dan selebihnya diuruskan oleh pihak pengantin lelaki. Tidak terdetik pun di hatiku untuk membeli belah bersama-sama dengan mama. Lagipun menurut mama, semuanya sudah tersedia oleh pihak lelaki. Kiranya aku ini hanya cuci tangan saja. Nampak bertuah!! Namun jauh di sudut hati aku merasakan satu kekosongan yang nyata.
"Kau cantik, Min!"
Ujar Hana sambil membetul-betulkan selendang organza ungu yang aku pakai.. pujiannya bagaimanapun tidak aku ambil endah, aku merasakan yang ini merupakan pengorbananku yang paling besar. Entah bagaimana secara tiba-tiba pandanganku tertancap pada kad undangan perkahwinan aku yang tidak pernah aku ambil pusing isi kandungannya. Sekilas pandang kad tersebut amat cantik dan nampak elegan. Dan sebenarnya sampai sekarang aku tidak tahu siapakan nama sebenar bakal suamiku! Yang aku tahu mama memanggilnya dengan nama Zam sahaja.
"Hana, boleh tak ambikan kad kahwin aku tu?"
Tidak pun sampai seminit kad berwarna baby blue itu sudah berada di dalam tanganku. Memang cantik, ukiran yang bermotifkan emas menyerlahkan lagi kecantikannya, apatah lagi gambarku semasa zaman kanak-kanak sedang tersenyum manja dan begitu juga dengan gambar pengantin lelaki. Boleh tahan juga kecomelannya semasa zaman kanak-kanak. Gimik yang aku kira menyerlahkan lagi kecomelan kad tersebut Apatah lagi dengan namaku yang dicetakkan menimbul di sebelah penjuru bawah kanan kad. Namun apabila terpandang nama pengantin lelaki, dadaku tidak semena-mena berdegup dengan kencang......Ya Allah, apakah benar semua ini?
"Hana....."
Belum sempat aku menyoal Hana, kelihatan wajah mama masuk ke kamar pengantin dan aku diarahkan keluar ke ruang tamu. Aku teramat yakin yang telahanku tidak salah, degupan jantungku bertambah laju dan dengan cepat aku mencari-cari wajahnya. Benarkah semua ini? Zameer yang nampak tampan berbaju melayu ungu tersenyum manis dan tidak lama kemudian dia sudah berada duduk bersila di hadapanku.
"Assalammualaikum....boleh hulurkan tangan?"
Aku menurut sahaja dan di bawah sedar, satu kucupan hangat singgah di dahiku.
**************
Selepas tiga bulan, Switzerland.
"Sungguh Min tak tahu bahawa diri abanglah yang dimaksudkan oleh keluarga sebagai bakal suami Min."
Zameer memelukku dengan lebih erat, pergunungan Alps menjadi saksi kasih sayang kami berdua. Bulan madu kami berdua sedikit tertangguh. Sehinggalah aku menamatkan pengajian dan kebetulan pula Zameer sedang bercuti sekarang.
"Tapi abang dah lama tahu, ummi yang menceritakan semuanya kepada abang. Sebab itulah abang relaks je bila sayang beritahu yang sayang nak kahwin tu."
"Abang sengaja seksa perasaan Min."
"Min, apa yang Min rasa itu jugalah yang abang rasa......bukankah dulu abang dah cakap kalau ada jodoh kita tak kira apa yang terjadi kita tetap akan bersatu juga....."
Aku kembali mengingati saat itu, tidakku duga rupakan kerawanan hatiku yang terpaksa melepaskan dia pergi dan melenyapkan namanya dari ingatanku merupakan pertemuan jodoh kami berdua yang kekal abadi.......Maha suci Allah........

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.