Cerpen : Bila Kasih Mula Terbit

Huh...... ngantoknya mata... sudah beberapa kali dia menahan kuap, sampai berair biji matanya, mana taknya hampir 48 jam dia tak melelapkan matanya, semuanya hanya kerana dateline dah nak hampir..Aduyyy kan best kalau aku dapat tidur lepas ni....

Tak boleh tidak.. aku kena lelapkan mata ni juga, hatinya berbicara membuat keputusan, jam loceng di capainya, hurmm.. sekarang pukul 2.15 am, ok aku lelap 30 minit , jap lagi 2.45 aku bangun.. Erry Natasya membuat keputusan, bertugas sebagai kartunis sebuah syarikat penerbitan membuatkan kadang-kadang 24 jam tidak cukup baginya terutamanya kalau menjelang pertengahan dan akhir bulan.. Hai apa nak buat aku yang memilih hidup begini walau berkali-kali umi dan ayah membantah.

Letak je kepalanya atas bantal, lenanya terus bertandang, alangkah nikmatnya tidur itu sehingga jam loceng yang menjerit meminta perhatian terpadam dengan sendirinya, dia betul-betul diulit lena.. tidur mati gamaknya.

************

Danniel Zulaikha menyanyi-nyanyi kecil sambil sesekali tangannya membetulkan kedutan-kedutan yang terdapat pada baju-baju yang bergantungan di butiknya. Kerjaya dalam dunia wanita menyebabkan perwatakannya agak sedikit lembut. Dia memang cerewet, matanya akan terasa sakit jika melihat insan-insan di sekelilingnya tak tahu menghargai fesyen.
Kerjanya sedikit terhenti bila tiba-tiba pembantunya Nivel memanggil.

"boss call from your mum"

"Hello mama, assalamualaikumu.."salam diberi setelah ganggang bertukar tangan.

"Waalaikumussalam, hah Danny apa khabar? ni mama nak tanya ni, bila Danny nak masuk office? papa dah bising kata Danny tak masuk-masuk office lagi, Danny tak kesian ke kat papa? dia dah tua nak rehat.." bertalu suara yang keluar dari mulut Datin Nirmala macam bertih goreng lagaknya.

Danniel menelan liur, adeyyss macam mana ni, memang dahulu dia ada berjanji hendak menggantikan tempat papanya, tapi itu hanya sekadar untuk menyedapkan hati kedua orang tuanya, tak sangka pula mereka kini menuntut janjinya.. aduh terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mak gak yang susah... auww dia menepuk dahinya.

"Err... mama boleh tak bagi Danny masa? Danny mintak seminggu je mama, nanti next week Danny promise Danny masuk office" lembut suaranya memohon ehsan mamanya.

"No, mama tak setuju, Danny bukan boleh percaya sangat, next week nanti jadi next 2 week lepas tu jadi sebulan.... no way.. mama nak esok juga Danny masuk office, takda excuse dah.." keras Datin Nirmala memberi arahan.

"tapi... mama..."

"No tapi-tapi, apalah sangat dengan butik Danny tu? Danny tau tak butik tu kerja orang perempuan, tak sesuai untuk Danny, awak tu kan lelaki" memang dari dahulu dia tak pernah bersetuju dengan minat anak lelakinya itu tapi apa boleh buat untuk menghalangnya, dan sekarang memang dia kena bertegas.

"yelah.. yelah... mama" lemah dia menjawab, mengalah akhirnya

Datin Nirmala tersenyum di hujung talian, lega kali ini Danniel mengikut kehendaknya.

***********

Erry Natasya mengerling jam di pergelangan tangannya...

"Damn...! dekat pukul 4 petang dah" matanya hampir terbuntang, hari ini hari terakhir untuk menghantar kerjanya.

Dia membuka mata perlahan.. menggeliatkan tubuhnya seketika, ah... syoknya tidur, dia mengelamun seketika.. tiba-tiba fikirannya teringatkan sesuatu, jam loceng di sisi di capai, huargggghhh... 5 pagi dah, aku terlajak tidur, dia menjerit kecil, bingkas bangun dengan rambut yang masih serabai tak dibetulkan dia terus mengadap meja kerjanya menyiapkan suntingan-suntingan terakhir lukisannya.

Begitulah alkisahnya pagi tadi, konon nak lelap setengah jam, tapi jadi berjam-jam... cit! aku ni dalam keadaan genting begini pun sempat lagi mengelamun, beg sandang converse di capainya artworknya dimasukkan dalam perut beg dengan cermat, topi converse warna putih pink dicapainya terus diletakkan di kepalanya, dia menilik wajahnya seketika di cermin, hurmmm comel gak aku ni.. puji hatinya sendirian.. perasan

Dia keluar dari biliknya, mencapai kunci skuter kesayangannya, ok semua ada, tak ada yang tinggal, lengkap, perfect.. sekali lagi jam dipergelangan di kerling.. ada lagi satu jam sebelum pejabat tutup tapi tak apa tada hal, boleh pecut....

**********

Danniel terkial-kial ingin melintas jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus. dahinya sudah dibasahi peluh, hampir 15 minit dia di situ tapi masih tak lepas-lepas melintas jalan, itulah kelemahan dia, takut melintas, tapi kali ini dia nekad...Bismillahirrahmanirrahim..

"hoi...! Lembut nak mati ke?"

"oit mak hang tergolek.." serentak dia melatah, terkejut disergah tiba-tiba.

Erry Natasya memandang tajam wajah mamat lembut dihadapannya, nasib baik aku sempat brek kalau tak dah lama aku dengan si lembut ni arwah, hey tak pasal-pasal esok keluar metro tajuk utama, seorang kartunis arwah kerana bertembung dengan sotong kurita, ops silap mamat lembut...hehe

Daniel terkejut sakan, suka-suka je panggil I lembut, hey mak cili jugak mulut perempuan ni karang... dia membebel dalam hati.

"Dah, ketepilah, yang dok terconggok kat situ lagi kenapa? kau nak kena gilis dengan kereta-kereta tu ke?" dia bertanya bila dilihat lelaki itu masih lagi tak berganjak, wajah merah macam nak menangis.

Danniel pantas menggelengkan kepalanya, cepat langkah di atur untuk berlalu.

"weii lain kali melintas jalan hati-hati..." sempat dia mendengar gadis tadi melaung menasihat untuk kesekian kalinya.

Huh perempuan ke tu...? kasarnya mengalahkan aku je, Danniel mengomel didalam hatinya, fuh.. nasib baik tak kena langgar tadi, kalau tak sure mama meraung gamaknya...dia mengurut dadanya kelegaan, memang tadi sewaktu sebelum melintas dia telah memastikan tiada kenderaan di jalanan tapi entah dari mana boleh pulak muncul gadis itu tadi.

*************

Wah bestnya dapat tengok sunset, dia duduk di balkoni rumahnya, dia paling suka melihat matahari pada waktu mahu terbenam, cantik... subhanallah tulah ciptaan yang Maha Agung tiada tandingan.

"Erry..." terdengar namanya disebut, lantas dia menoleh.

"tak boleh ke duduk elok-elok sikit? kamu tu kan anak dara, aduii cubalah jadi macam anak dara orang lain, lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai sejuk mata umi menengoknya.." panjang leteran Puan Mazni tentang tingkah anak gadisnya.

"Alah umi, Erry tak mau hipokrit, dah memang dasarnya tingkah Erry kasar, takkan Erry nak pura-pura lemah lembut...hey tak kuasa Erry nak cover-cover ni, tapi kan umi, luar kasar didalam Erry maintai wanita sejati tau.." panjang lebar dia membalas.

"Tengok tu...ni yang umi malas nak cakap dengan Erry, ada-ada je jawapannya, dahlah umi masuk dululah, kamu tu bukannya boleh dilayan, kalau dilayan umi jugak yang makan hati..."

"La umi hati goreng bersambal sedap apa..." ekeke saja jea nak bagi umi bertambah bengang.

"tengok tu..." Puan Mazni sudah memasamkan muka akibat diusik dek anak perempuan tunggalnya itu, hai sabar jelah aku dapat anak yang kuat menyakat macam ni, tapi kalau dia tak ada aku gak yang sunyi dan tercari-cari.

*********

"Mama tak kira, mama nak tunangkan kamu dengan anak kawan lama papa"

Masih terngiang-ngiang kata-kata Datin Nirmala di telinganya, aduii mama dah guna kuasa veto susahlah aku... dia memicit-micit dahinya, padahal kepalanya tak sakit pun.

"Mama Danny tak bersedia lagi, bagilah Danny peluang cari sendiri.." mohonnya lagi.

"tak da, kalau nak tunggu Danny cari sendiri alamat kempunanlah mama dan papa nak jadi atuk dan nenek, Danny tu tahun depan dah 29 tahun, bukannya muda lagi.."

Akhirnya dia hanya diam, aduii.. kahwin bukannya benda main-main, dan sanggup ke wanita tu terima aku yang ala-ala sedikit lembut ni?

************

"what...! bertunang umi? umi jangan main-main boleh tak? Erry tak gemar begini..." Erry Natasya terkejut dengan berita yang tak di sangka-sangka, Aduiii umi buat lawak antarabangsa ke ni? takkan nak gantikan tempat pakcik Din Beramboi kot.

"Takda maknanya umi nak main-main..Erry tak nampak ke muka umi yang serius ni?" Kata Puan Mazni sambil menghalakan jari telunjuknya ke wajahnya sendiri.

"No...! Erry tak nak bertunang, no never, kalau umi rasa umi tak nak tengok muka Erry lagi kat rumah ni, umi setujulah dengan pinangan tu" dia mengugut akhirnya, apa jalan yang dia ada? pilihan yang mungkin akan membuatkan uminya kecewa, tapi hatinya lagi terluka, hidup diatur walaupun usia menginjak suku abad.

"Erry kenapa cakap dengan umi begitu?" tersentak dia bila terdengar suara garau milik ayahnya tiba-tiba menegur lakunya.

"tapi ayah...

"Tak ada tapi-tapinya, Erry, ayah dengan umi tak minta banyak, tolonglah setuju dengan pertunangan tu, itu jea, ayah dengan umi tak harap Erry balas segala yang pernah kami beri, tapi kali ini tolonglah..."

Aduiii ni yang aku lemah ni kalau ayah dah mula berdrama tak berbayar ni... hei kalau terima aku gak yang merana jiwa raga.

"oklah Erry ikut jelah kehendak umi dan ayah.." putusnya akhirnya.

"Alhamdulillah..next week hari jumaat majlis pertunangan tu.." berseri wajah Puan Mazni memberitahu.

"what....!! next week? terus pandangannya gelap... toing-toing pengsan terkejut... cepatnya

"Erry...!!" serentak Puan Mazni dan Tuan Asyraf menjerit terkejut

***********

Sudah hampir 3 minggu majlis pertunangannya berlalu, Danniel kini telah meninggalkan dunia fesyen yang selama ini diceburinya, kini dia telah bergelar pengarah urusan Pena Mutiara Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan majalah dan komik. Namun begitu belum sesekali pun dia pernah bersua dengan tunangnya, bukan dia tidak teringin untuk bersua dengan tunang misterinya tetapi mamanya yang tak benarkan sebab kata mama biarlah segalanya menjadi misteri dan biar waktu pernikahan nanti berjumpa lagi bagus.

"Encik Danny kita ada tetamu," lamunannya pecah, Sumayyah setiausahanya sedang berdiri di muka pintu.

"siapa?" dia bertanya

Kartunis pinjaman dari syarikat Happy.."

"hurm...suruh dia masuk.."

Sesusuk tubuh dilihat melangkah santai memasuki biliknya, dengan lolipop di mulut, jeans lusuh yang telah koyak di hujung kakinya, beserta topi yang di pakai terbalik membuat mata Danniel sakit memandangnya. Aduii lelaki ke perempuan ni? hatinya tertanya-tanya, sekali tengok macam lelaki, dua kali tengok macam perempuan, adui khunsa ke apa...dia keliru

Erry Natasya memandang wajah dihadapannya, apahal? tak pernah nampak orang ke apa? macam pernah nampak je lelaki tu... hurmm... la..... encik sotong kurita yang pernah aku nak terlanggar hari tu... fikirannya pantas teringat pada peristiwa yang pernah berlaku hari tu.

"Yo mat lembut, amacam? kau dah pandai melintas jalan ke? selamba dia bertanya.

Sumayyah telah liur, mak ai beraninya dia panggil bos macam tu, macam sengaja nak kena pecat je perempuan ni..

"Hah er..err... awak yang perempuan yang hari tu ya? baru dia teringat, patutlah rasa macam pernah tengok je tadi.

"Yup...anyway aku Erry dari Happy Sdn Bhd..kau?"

"saya Danny, selamat bekerjasama," dia menhulurkan tangan untuk bersalam tapi salamnya terbiar sepi tanpa disambut oleh gadis itu dan akhirnya dia termalu sendiri.

Mereka berbincang tentang hal-hal yang berkaitan, sesekali berselang dengan gelak tawa, entah kenapa wujud rasa senang bila berbicara dengan gadis itu, sebab gadis itu terlalu polos langsung tak hipokrit seperti mereka yang lain yang pernah ditemuinya.

********

Danniel Zulaikha...adeyyss macam nama perempuanlah tunang aku ni, tapi apa kurangnya dengan nama aku ni, Erry Natasya... hehe sesuai-sesuai, agaknya memang jodoh kot, getus hatinya sendirian tatkala teringatkan akan tunang misterinya.

Pertunangan mereka hanya 7 bulan, itu yang dia diberitahu...aduiii tak lama lagi kena tukar stylelah gamaknya, umi dah bising suruh pakai baju yang ladies-ladies ni, tapi masalahnya aku tak bersedia lagi, aku selesa dengan gaya begini... aduila pening otak den.

**********

"Danny cuba jalan tu macam lelaki sikit, ni mama tengok jalan lembut semacam, macam takda tulang je, cuba jalan tu macam ni, buka dada tu sikit, tunjukkan dada awak yang bidang tu.." Datin Nirmala menegur.

Aduiii mama dah buat dah... ada jea lah yang tak kena..dia mengeluh dalam hati, dan akhirnya dia hanya menurut, sabar jelah.

"awak tu tak lama lagi dah nak kahwin, sampai bila nak jadi macam ni, lagi satu selaku ketua mestilah tunjukkan sifat maskulin sikit depan staf, barulah orang nak hormat kat kita" sampuk Dato' Darius pula.

Dan akhirnya sepanjang hari dia berlatih atau dengan kata lain dipaksa berlatih berjalan seperti lelaki maskulin lain... adeyyss sakit pinggang mak..ops pinggang aku.

********

Sumayyah terpana melihat tingkah bosnya hari ini, adeyyla pertama kali aku rasa Encik Danny ni kacak, dia mengurut dada beristighfar, nasib baik aku dah kahwin kalau tak, hey tak tau nak cakap apa-apa dah...

Masuk-masuk sahaja pagi tadi dia terus menuju ke bilik bosnya, kemas apa yang patut dan sediakan minuman kegemaran bosnya. Namun kerjanya terhenti tatkala hidungnya terhidu haruman yang selalu dipakai oleh bosnya, dan apabila dia menoleh alangkah terkejutnya dia melihat atur langkah lelaki itu tidak seperti selalu, teratur, terserlah karisma sebagai seorang pemimpin. Hampir seketika dia menjadi seperti patung tegak... sehinggalah lelaki itu berdehem mematikan terus lamunannya.

"apasal awak pandang saya macam tu su? Danniel bertanya.

Pantas dia menggelengkan kepalanya "bos nampak lainlah hari ni" memang betul-betul lain.

Dan lelaki itu hanya tersenyum sebagai jawapan kepada persoalannya, teserlah kedua lesung pipit milik lelaki itu, Aduii sangat kacak.. hatinya berdetup lagi.. oitt ingat sikit kat suami kau... hati kecilnya mengingatkan akan status dirinya.

"Err.... saya keluar dululah En Danny.." baik aku keluar dulu sebelum perasaan aku melalut lebih jauh.

Danniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah Sumayyah... hai macam-macamlah.


***********

Entah apa mimpinya si Danny ajak aku keluar dinner hari ni, kebetulan tak ada benda nak buat jadi aku setujulah.. Dia membelek wajahnya pada cermin, hurm oklah ni, hari ini dia hanya memakai blouse warna merah lembut dipadankan dengan jeans levis, dia hanya memakai sandal, tiada lagi kasut converse yang tersarung di kakinya seperti selalu.

Danny memandang tak berkelip wajah dihadapannya, dia hanya tersedar bila Erry memijak kakinya..

"aduii sakitlah... apa awak ni.." dia memasamkan muka..marah.

"Kau ni kenapa? pandang aku macam tak pernah nampak aku" tu dia bahasa gadis itu masih seperti selalu walaupun dress up telah bertukar.

"Mana ada saya pandang awak.."

"Hah..yelah tu, cepat lah order, kesian kat budak ni menunggu kau order dari tadi..." katanya merujuk kepada seorang pelayan yang dari tadi setia menanti order dari Danniel.

Suasana makan malam mereka dihiasi dengan pelbagai cerita daripada Erry, sesekali Danniel tersipu-sipu menjadi mangsa usikan gadis itu yang sememangnya sentiasa selamba, memang bukan daripada spesis minah cover. Tapi dia senang dengan tingkah itu, baginya masih belum melampau perangai gadis itu.


************


Menghitung detik demi deti disatukan dengan tunang misterinya, Danniel bertambah gundah, entah kenapa lewat ini terasa hatinya telah terisi dengan kehadiran seseorang, jatuh cintakah aku? tanyanya pada diri sendiri. Hanya tinggal lagi dua minggu.. hurmm cepat sungguh masa berlalu, karakternya juga telah berubah tidak lagi berjalan lagak seperti wanita, suaranya juga sudah tidak seperti golongan lembut itu lagi. Dia memang telah menjadi seorang lelaki semua sebab bantuan mama dan papanya. Thanks mama dan papa.

Erry saya dah jatuh cinta dengan awak, awak memang berbeza dari yang lain, awak tak hipokrit.. bisik hatinya.

Erry kenapalah kita dipertemukan selepas aku bertunang, dia mengeluh, Mungkin takdir kita hanya sebagai kawan.

Erry saya cintakan awak.. kalaulah boleh saya melafazkan ini pada awak..


*********


Uhuk...uhuk...!! dia tersedak-sedak, habis air sirap limau yang di minumnya tersembur mengenai Naila sahabatnya.

"Adeyyss sorry, sorry..." sempat dia memohon maaf pada Naila, dia masih mengusap dadanya, sapalah yang sebut-sebut nama aku ni, kacau betullah.. Erry Natasya merengus.

"Adui Erry habis basah baju aku, jomlah balik kalau macam ni.." ajak Naila, tak selesa berkeadaan begitu, rasa melekit badannya tika itu, karang tak pasal-pasal kena hurung dengan semut aku ni.. sempat lagi dia mengarut.

"Sorry Naila aku tak boleh nak tahan tadi tu yang tesembur kat kau.."

"Jomlah kita balik.." pantas tangannya menggamit pelayan kedai makan itu, hajat hati ingin menghabiskan masa bersama Naila teman baiknya sebelum dia menamatkan zaman solonya tapi.....apa nak buat.


***********


"Erry, ada benda saya nak bagi tau awak... yelah hari ni kan last awak kerja kat company saya kan?" Danny memulakan bicara mengisi ruang senyap antara mereka.

"hurmm...hari ahad ni jemputlah datang ke rumah saya, saya punya majlis perkahwinan hari tu," Danny memberitahu berat...wajah gadis yang mula mencuri hatinya dipandang.

"Hah..! majlis perkahwinan kau?" masih selesa beraku engkau seperti dahulu.

"Yup.." pendek dia menjawab.

"samalah kita, aku sebenarnya baru nak jemput kau ke majlis perkahwinan aku ahad ni, tapi kad jemputan dah habis stock so aku jemput guna mulut jelah.." Erry memberitahu.

Mereka berpandangan sesama sendiri, kebetulan apakah ini? Entahlah....

"Erry mungkin ini pertemuan kita yang terakhir, saya ada sesuatu nak bagi tau awak, saya tau benda ni memang tak patut, tapi saya perlu luahkan agar saya tak terkilan"

"hurmm apa dia?"

"saya cintakan awak"

"what...!!" terkejut beruk dia, rasanya, beruk pun takkan terkejut macam dia.. aku mimpi ke apa..

"saya cintakan awak Erry.." luah Danny ikhlas..

"Danny thanks, sebab cintakan aku, aku pun sama macam kau sebenarnya tapi sekarang semua tu tak pentingkan? kita pun bakal ada kehidupan sendiri, bagi aku perasaam aku sekarang tak penting, yang penting sekarang adalah menunaikan harapan, hasrat keluarga aku." panjang lebar dia membalas, memang dia juga punya perasaan pada lelaki dihadapannya, dia pun tak sedar bila perasaan itu wujud tapi baginya sekarang semua tu tak perlu lagi, dia bakal jadi milik orang.

Danny di hadapannya tertunduk, sama sepertinya berserah pada permainan takdir, dan malam itulah pertemuan terakhir mereka, selepas itu tiada lagi lagi mesej atau panggilan daripada lelaki itu...

"sah.." ungkapan itu memecahkan lamunannya kini.

Ah sempat lagi aku mengelamun ingatkan pasal hari tu, dia mengeluh perlahan.

"Natasya duduk elok-elok sikit, kejap lagi Zul nak sarungkan cincin majlis membatalkan air sembahyang" mak andam berbisik perlahan di telinganya menegur lakunya.

Dia perasan dari ekor matanya ada sesusuk tubuh berbaju melayu hijau pucuk pisang melangkah mendekatinya, tapi hanya seketika, sebelum langkah kaki susuk tubuh itu terhenti tidak jauh darinya.

"Eh Zul yang tercegat tu kenapa? cepatlah sarungkan cincin pada Sya ni buat membatalkan air sembahyang" terdengar suara mak andam becok menegur.

Pantas Erry Natasya mendongakkan wajahnya tak sabar melihat siapakah gerangan suaminya itu. Pandangan mata mereka berlaga, mereka terkaku seketika.

"kau...!" jeritnya

"Awak...!" Danniel terkejut teramat sangat...

"Erry apa kau kau ni? panggillah sopan sikit, dia tu suami kamu..." Puan Mazni menegur. Erry Natasya dah tak peduli lagi apa kata orang, terus dia bangun menerpa ke arah Danniel, dipeluknya tubuh lelaki itu dan Danniel pula membalasnya lambat-lambat masih di awangan.

"lah... nampaknya pengantin kita ni macam dah tak sabar-sabar," terdengar suara-suara sumbang mengusik.

Danniel memimpin tubuh Erry Natasya dan didudukkan di birai katil, sebentuk cincin di sarungkan di jari manis kemudian dia tunduk mengucup ubun-ubun isterinya dan Erry membalas dengan mengucup tangannya.

Kenapalah aku tak perasan si Sya ni Erry, kalaulah aku tau tak adalah aku merana begini, bisik hatinya.

Aduiii Danny rupanya si Zul...buang karan je aku kecewa ingat kami takda jodoh.

Alhamdulillah syukur atas nikmat takdirMu tuhan ku...

"aku cintakan kau Danny" dia berbisik lembut pada telinga lelaki itu dan lelaki itu pula tersenyum lebar mendengarnya.


***********


"Sayang cepatlah sikit, kita dah lambat ni, nanti bising pula umi.." Danniel memanggil Erry yang masih lagi tak siap-siap berdandan sedari tadi.

"ok jap abang.... i'm coming.." terdengar suara isterinya dari dalam bilik.

Erry pantas mencapai beg tangannya, terkocoh-kocoh dia menuruni anak tangga.

"Macam ni je?" Danniel bertanya

"Yelah, habis nak macam mana lagi?" dia bertanya kembali.

"No abang tak suka Erry dress macam ni, make up pun tak pakai... pot..pet...bla..bla.." lelaki itu mula membebel menegur dirinya..

Tubuhnya ditarik dan didudukkan di sofa, habis segala jenis alat make up di dalam tas tangannya dikeluarkan oleh lelaki itu, dan mukanya mula disolekkan

Aduii...dia dah buat dah.. ni yang masalahnya dapat suami bekas jurusolek dan pereka fesyen... heyyy dia yang lebih-lebih dari kita, tapi nak buat macam mana kalau hati dah sayang, terima jelah seadanya....

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.