Cerpen : Cinta dan persahabatan

Hari ini, satu perlawanan bola jaring akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Hanna selaku ketua pasukan bola jaring mewakili seolah tersebut berasa sungguh bersemangat untuk turun beraksi di padang. Masakan tidak, pasukan bola jaring sekolah ini boleh dikatakan jaguh di dalam sukan ini di daerah Alor Setar. Tambahan pula, kali ini perlawanan akan diadakan di sekolahnya sendiri. Hanna merasa yakin pasukannya dapat menjuarai perlawanan peringkat daerah ini. Sahabat baik Hanna, Aida juga mempunyai minat yang sama dalam sukan ini. Mereka telah bersama- sama di dalam sukan ini sejak tingkatan 1 lagi. Mereka selalu bersama tak kira waktu.
"Aida, kau rasa kita boleh menang tak kali ini?", soal Hanna menduga Aida.
"Apsal pulak tak menang. Mesti menang punya lah. Kita kan hebat, terkenal seantero dunia. Hahahaha", jawab Aida dengan bergurau. Hanna tahu akan sikap teman baiknya itu yang suka bergurau tidak kira masa. Kadang- kadang dalam masa terdesak pun dia boleh bergurau lagi.
"Hehehe aku saja je nak test kau. Mana lah tau kalau- kalau kau kecut perut hari ni kan", kata Hanna mengusik Aida.
"Eh tolong sikit. Ni Aida tau. Pantang menyerah sebelum mula..", jawab Aida dengan yakin.
"Dah la tu. Jom kita masuk padang. Diorang dah panggil tu..", kata Hanna pada Aida sambil menarik tangan teman baiknya itu masuk ke padang. Aida terlihat seorang lelaki berbaju biru sedang memerhatikannya dari jauh. ‘Ah, dia pandang orang lain kot. Aku je yang perasan’, bisik hati kecil Hanna. Dia terus memberikan fokus kepada perlawanan yang akan berlangsung itu. Seperti yang diduga, pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum sekali lagi menjuarai perlawanan kali ini. Hanna merasa sungguh gembira kerana dapat membanggakan nama sekolahnya sekali lagi.
"Eh Hanna, kau perasan tak ada seorang mamat tu asyik tengok kau je dari tadi. Aku tengok boleh tahan jugak rupa dia. Handsome. Kau kenal ke? Kenalkan la kat aku.", pinta Aida.
"Aku tak kenal la Aida. Aku pun perasan gak, dari tadi sebelum game start lagi dia asyik tengok. Siapa eh? Nak kena pergo tegur ke?", soal Hanna.
"Entah la. Ikut kau la. Tapi kalau aku la kan, aku mesti pergi tegur punya. Mamat handsome macam tu mana boleh lepas. Mana la tau lepas ni boleh berkawan", kata Aida sambil tersenyum.
"Kau teman aku eh. Segan la", pinta Hanna sambil menarik tangan Aida. Mereka berdiri di hadapan lelaki tersebut. Lelaki itu agak terkejut.
"Assalamualaikum. Boleh saya tanya, kenapa dari tadi lagi awak asyik tengok saya saja. Ada apa- apa yang tak kena ke? Atau kita pernah kenal ke sebelum ni?", soal Hanna berani. Dia tidak senang diperhatikan sebegitu.
"Waalaikumussalam. Maaflah kalau awak tak suka. Saya tak ada niat apa- apa pun. Saya cuma berminat nak berkawan dengan awak. Saya Ariff. Ariff Syazwan. Saya datang ni pun sebab nak tengok game adik saya, Arianna. Dia satu pasukan awak juga kan", terang Ariff. Dia risau Hanna tersalah anggap mengenai dirinya.
"Oh Arianna.. A ah dia sama pasukan dengan saya. Saya Nur Hanna Emilia. Panggil saya Hanna cukup lah. Ni kawan saya, Aida", kata Hanna sambil menunjukkan tangan kea rah Aida.
"Hai.. ", kata Aida tersipu- sipu.
"Kau ni kenapa Aida? Tersipu- sipu. Karang dia cakap kita gatal pulak. Kau jangan nak buat hal pulak", bisik Hanna. Lantas muka Aida terus berubah masam.
"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?", soal Ariff apabila melihat Hanna berbisik pada Aida.
"Eh tak ada apa- apa lah.. Ermm tak pe la ye.. Kami ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi ye. Bye", kata Hanna sambil menarik tangan Aida meninggalkan Ariff.
Selepas Hana dan Aida meninggalkan Ariff, Arianna datang menghampiri abangnya.
"Kenapa bang?", soal Arianna kehairanan.
"Tak ada apa la. Eh Hanna tu kawan kau ke?", soal Ariff pada Arianna.
"Kenapa? Abang berkenan ke? Hehehehehe", soal Arianna pula.
"Tak ada la.. Tapi kalau dapat berkenalan pun ok jugak", kata Ariff sambil ketawa. Dah la, jom kita balik. Dah lewat ni",ajak Ariff.
"Yela, jom. Yana pun dah letih ni", balas Arianna sambil berjalan menuju kea rah kereta abangnya itu.

*********************************************************************
Esoknya di sekolah, Arianna datang berjumpa dengan Hanna dan juga Aida. Niatnya hanya lah untuk mmberitahu hasrat abangnya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Hanna.
"Hanna.. Kau sibuk ke?",soal Arianna memulakan bicara.
"Tak la. Duduk la Yana", jemput Hanna.
"Hanna, kau mesti dah kenal dengan abang aku tu kan semalam. Sebenarnya, dia berminat nak berkawan dengan aku. Dia suruh aku tanya kau boleh ke tak. Dan kalau boleh dia nak minta nombor telefon kau sekali", terang Arianna panjang. Dia malas nak berbunga- bunga bahasa. Just straight to the point. Itu lah sikap Arianna yang disenangi ramai.
"Aku tak kisah nak berkawan dengan abang kau. Berkawan biar beribu kan, bercinta biar satu. Tapi aku tak berapa suka la nak bagi nombor telefon aku kat lelaki", jelas Hanna. Dia tidak mahu sesiapa pun berkecil hati dengan prinsip hidupnya ini.
"Tak pe lah Hanna. Aku faham. Tapi satu lagi soalan. Kau dah ada boyfriend ke? Soalan ni bukan abang aku yang suruh tanya tau. Aku yang nak tanya", soal Arianna.
"Tak ada la. Belum ada lagi. Aku malas nak nak fikir pasal lelaki ni. Lagipun hujung tahun ni kan kita dah nak exam SPM. Ku tak nak fokus aku pada pelajaran terganggu. Tu aje. Belum sampai masanya lagi untuk aku bercinta", terang Hanna tentang prinsipnya itu.
"Tak pe la. Aku sokong kau. Ermm Aida, kenapa kau diam aje ni. Aku ganggu kau dengan Hanna ke? Maaf la", kata Arianna serba salah. Dia risau kedatangannya ini mengganggu perbincangan Hanna dan Aida tadi.
"Tak la Yana. Cuma tiba- tiba aku rasa tak sedap badan pulak. Tak tahu la kenapa. Korang berdua borak- borak la dulu ye. Aku nak pergi tandas kejap", kata Aida sebelum berlalu pergi. Hanna agak hairan melihat perubahan air muka Aida itu. Pelik. Kenapa tiba- tiba saja dia berubah perangai sedangkan baru tadi mereka bergurau senda. Namun Hanna membiarkan saja persoalannya itu. Dia terus berborak dengan Arianna.

********************************************************************
Setelah tamat waktu persekolahan, seperti biasa Hanna dan juga Aida akan pulang bersama dengan menaiki basikal. Hanna menunggu Aida di hadapan pintu pagar sekolah kerana Aida ingin berjumpa dengan cikgu sebentar. Tiba- tiba Ariff muncul di hadapan matanya. Dia menjadi agak kaget. ‘Kenapa dia boleh muncul kat sini pulak’, bisik hati Hanna. Ariff tersenyum melihatnya yang seperti kegelisahan itu.
"Seorang je ke?", soal Ariff setelah merapatinya. Dia agak segan dengan keadaan sebegitu. Semua murid yang lalu- lalang di situ memerhatikannya.
"Tak la. Saya dengan Aida. Dia pergi jumpa cikgu kejap. Tengah tunggu dia la ni",jawab Hanna sopan.
"Ermm saya nak ajak awak keluar petang ni boleh tak?", soal Ariff. Dia teringin benar untuk berkawan lebih rapat dengan gadis bernama Nur Hanna Emilia ini. Hatinya telah terpaut suka pada gadis di hadapannya ini.
"Saya minta maaf sangat. Saya tak biasa keluar dengan lelaki la Ariff. Lagipun saya ada tuition petang ni. Maaf la", Hanna memberi alasan. Dia tidak mahu ariff salah anggap mengenainya tetapi dia tidak biasa keluar bersama lelaki melainkan bersama ayah atau abangnya.
"Kalau macam tu, hari lain pun tak pe. Saya tak kisah asalkan awak sudi keluar dengan saya. Please.. jangan hampakan saya. Kalau awak nak bawak Aida sekali pun saya tak kisah", rayu Ariff bersungguh- sungguh.
"Macam ni lah. Bagi saya fikir dulu. Nanti saya bagi keputusan. Tapi awak jangan berharap sangat pulak", kata Hanna lembut.
"Esok saya datang lagi ye. Nanti awak bagi lah jawapan awak tu", jelas Ariff pula.
"Eh tak perlu la awk datang ke sini. Nanti saya cakap lah kat Arianna. Dia boleh sampaikan kat awak kan. Tak perlu la susah- susah tunggu kat sini", jawab Hanna.
"Yela.. Tapi saya harap sangat awak setuju. Tak pe lah, saya balik dulu ye. Nanti bising pulak Arianna dalam kereta tu. Assalamualaikum..",kata Ariff sebelum melangkah pergi. Sebaik Ariff pergi, Aida datang kepadanya.
"Hoi.. Apsal si Ariff tu datang?",soal Aida dengan muka hairan.
"Kau ni.. tak reti bagi salam ke. Dia datang nak ajakaku keluar la. Segan la aku. Dia suruh kau temankan aku", terang Hanna tanpa berselindung.
"Habis tu kau jawab apa?",soal Aida ingin tahu.
"Aku cakap la nanti aku bagi jawapan. Tapi aku malas la Aida. Aku tak pernah pun keluar dengan lelaki sebelum ni. Lagipun aku tak berminat",terang Hanna. Jawapan Hanna itu membuatkan Aida berasa sedikit lega. Sebenarnya, Aida menyimpan perasaan pada Ariff Syazwan. Sebelum ini, dia pernah terserempak Ariff ketika menjemput Arianna pulang dari sekolah. Sejak itu, dia mula memasang niat untuk mendampingi Ariff. Tetapi secara tiba- tiba Ariff muncul pada perlawanan bola jaring tempoh hari. Ariff menunjukkan minat utuk berkawan dengan Hanna, bukan dengannya. Dia berasa sungguh kecewa dan agak cemburu pada Hanna.
"Aku rasa baik kau tak payah la keluar dengan dia Hanna. Kau bukan kenal dia sangat. Nanti dia buat apa- apa kat kau macam mana? Lagipun bukan ken anti akan melanggar prinsip hidup kau tu kalau kau keluar dengan dia", kata Aida cuba memujuk Hanna supaya tak menerima pelawaan Ariff sebentar tadi.
"Nanti la aku fikir dulu", jawab Hanna ringkas. Mereka mula mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dalam fikiran Hanna hanya memikirkan sama ada harus menerima atau menolak pelawaan Ariff itu. Dia serba salah.

********************************************************************
Esoknya di sekolah, Hanna berjumpa dengan Arianna untuk memberitahu keputusannya itu. Mereka berjumpa pada waktu rehat di kantin sekolah kerana mereka tidak berada di kelas yang sama.
"Yana, boleh tak tolong sampaikan pada abang kau aku minta maaf sangat- sangat sebab tak dapat terima pelawaan dia untuk keluar sama- sama tu", jelas Hanna kepada Arianna sambil diperhatikan oleh Aida.
"Boleh aku tahu kenapa kau tak boleh keluar dengan abang aku?", soal Arianna ingin tahu.
"Sebenarnya aku dah ada boyfriend. Aku tak nak dia salah anggap kalau dia tahu aku keluar dengan abang kau. Aku minta maaf sebab tipu kau hari tu cakap aku tak ada boyfriend lagi. Aku minta maaf Yana. Kau tolong sampaikan pada abang kau ye", pinta Hanna. Dia terpaksa berbohong untuk mengelak dari keluar dengan Ariff. Dia tidak mempunyai alasan. Lagi pula dia tak nak dianggap sombong kerana tidak mahu menerima pelawaan Ariff itu. Dia juga harus menjaga hati Aida, sahabat baiknya sejak dari kecil lagi.

***********************************************************************
Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan hari ini. Sedang mengemas barang-barang ingin pulang, Hanna memberitahu Aida ada hal yang ingin dibincangkannya. Selepas semua orang meninggalkan kelas itu, Hanna memulakan bicara.
"Aida, boleh aku tanya kau sesuatu tak?", soal Hanna memulakan bicara.
"Tanya aje la Hanna. Kau ni kenapa serius sangat?", soal Aida kehairanan.
"Kau sukakan Ariff ye?", soal Hanna inginkan kepastian.
"Tak lah. Merepek je la kau ni. Ariff kan sukakan kau. Tak kan lah aku nak sukakan dia", kata Aida cuba mengelak. Dia sendiri hairan macam mana Hanna boleh bertanyakan soalan sbegitu. Dari mana Hanna tahu dia menyukai Ariff.
"Kau jangan la nak tipu aku Aida. Bukan baru sebulan dua aku kenal kau. Dari kecil lagi kan. Kita membesar bersama. Aku cukup faham dengan perangai kau Aida. Macam mana reaksi kau kalau kau tak suka, semuanya aku tahu. Mengaku aja la Aida. Aku sikit pun tak marah atau terasa hati. Lagipun dia bukannya boyfriend aku. Aku tak ada perasaan langsung pada dia", terang Hanna panjang lebar. Dia tak mahu hanya disebabkan seorang lelaki hubungannya dengan Aida yang dikenalinya sejak kecil terputus begitu saja. Dia menyayangi Aida.
"Memang aku sukakan dia Hanna. Sebelum kita jumpa dia pada hari perlawanan bola jaring tu lagi. Aku selalu terserempak dia masa dia datang jemput Arianna balik sekolah. Tapi kau aje yang tak perasan. Masa dia cakap dia minat kat kau, aku kecewa sangat. Bila kau cakap dia ajak kau keluar semalam, aku rasa sakit hati sangat. Aku tahu bukan salah kau, tapi hati ni.. Aku pun tak tahu la kenapa. Aku mint maaf sangatHanna", jawab Aida. Jawapan Aida itu membuatkan Hanna agak terkejut. Dia tak menyangkakan Aida telah menyimpan perasaan pada Ariff agak lama.
"Begini lah Aida. Aku tak nak disebabkan Ariff kau dan aku bermasam muka. Aku mengaku perasaan suka pada Ariff ada dalam hati aku. Tetapi baru nak bercambah. Masih awal lagi. Sebab tu aku terpaksa bohong Arianna aku dah ada boyfriend supaya Ariff tak lagi kacau aku. Aku lebih ayangkan persahabatan kita dari pada Ariff. Aku tak sanggup kehilangan kawan yang aku kenal 17tahun yang lalu. Kalau kau betul- betul sukakan Ariff, luahkan la pada dia. Mana la tahu dia menerima cinta kau. Kau jangan la fikirkan pasal aku. Aku ok aje", kata Hannasambil tersenyum. Dia sanggup berkorban untuk Aida walaupun terpaksa berkorban kasihnya pada Ariff. Dia mahu Aida tahu bahawa dia betul- betul menghargai persahabatn mereka selama ini.
"Tak pe lah Hanna. Aku dah tak kisah dah pasal Ariff tu. Yang penting sekarang hubungan kita dan juga SPM kan? Kumbang bukan seekor kan? Kalau kau boleh berkorban untuk persahabatan kita, aku juga boleh Hanna", kata Aida penuh semangat.
"Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Sekarang kita tumpukan tumpuan pada exam kita ye. Tak payah la fikir pasal lelaki lagi. Ok?", kata Hanna.
"Betul tu", jawab Aida.

Mereka berdua pulang ke rumah seperti biasa. Hanna mahupun Aida sama- sama menghargai persahabatan mereka. Zaman sekarang, susah untuk mencari sahabat sejati yang sanggup bersama kita susah dan senang. Hanna berasa sungguh gembira kerana mempunyai sahabat sebaik Aida, begitu juga Aida.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.