Cerpen : Gelora dihati lina

" I miss u syg"
lina zahira hanya tersipu-sipu di talian.
" Abang dimana? Malam ni sayang masak lauk kegemaran abang. Ketam masak lemak. Kita makan sama dengan anak-anak okay. Sayang ada ‘something special for u'"

arman mematikan telefon bimbitnya. Sambil memandu untuk pulang ke rumah, dia terkenangkan lina zahira yang di kenalinya 12 tahun yang lalu. Sepanjang 12 tahun itu jugalah dia bergelar suami kepada lina zahira. Pelbagai pahit manis kehidupan berumah tangga bersama lina dilaluinya. Kasih sayangnya juga tidak pernah luntur dari hari pertama mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga sekarang.

Lina zahira,
Kecantikannya tidak pernah luntur walaupun dia kini bergelar ibu beranak dua. Cuma penampilannya sahaja berubah, jika dahulu dia akan memakai apa yang di sukainya tetapi sejak bergelar isteri kepada arman, dia amat menjaga penampilannya dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Memiliki rambut ikal mayang yang amat rapi, kulit yang mulus walaupun hitam manis, bibir yang munggil dan yang paling memikat, lina mempunyai sepasang mata yang bisa menggoda sesiapa saja yang memandangnya. Walaupun berumur 31 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata, tetapi tubuhnya seperti wanita yang pernah melahirkan anak. Kecantikan itulah yang mengikat dan membuatkan arman amat menyayangi isterinya. Tetapi kerana kecantikan itu jugalah kadang kala membuatkan rumah tangga mereka di landa badai. Walaupun begitu, baik arman mahupun lina zahira mereka berdua tetap cuba mempertahankan perkahwinan yang telah lama dibina atas dasar cinta.

Arman iskandar,
Seorang usahawan yang amat berjaya dipentas perniagaan yang penuh pancaroba. Nama arman juga cukup gah dikalangan usahawan-usahawan terkenal di Malaysia. Zexseas holding, syarikat perkapalan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan ke Negara-negara luar. Berusia 40an tetapi mempunyai penampilan yang amat kemas, sesuai dengan jawatan yang di pegangnya sekarang. Mempunyai paras yang sederhana.bermula dengan bertatih dari bawah untuk mengecap kejayaan seperti sekarang. Kejayaan arman juga adalah hasil daripada lina yang tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap suami tercinta. Lina zahira juga menjadi sumber inspirasi kepada arman iskandar.

********************************

bau hidangan yang di hidangkan oleh lina menarik perhatian seisi villa kaseh. Arman berjalan menuju kearah lina. Lalu memaut pinggang isteri yang dikasihinya.
" wah, nampak sedap semua lauk-lauk yang sayang masak" dikukupnya belakang leher lina zahira.bau haruman hugo woman yang dipakai lina amat menusuk hidung arman. Cukup untuk membangkitkan ghairah seorang lelaki. haruaman itu jugalah yang mengulit malam-malamnya.

"ehem" deheman iman suhaila, kehadiran anak kedua kepada lina dan arman sedikit sebanyak meleraikan suasa romantik sebentar tadi.

" erm, ila mana kak ana? Kenapa tak ajak kak ana turun makan sekali?"

iman suhaila menarik kerusi menghadap lina dan arman

"alah mama, ila dah ajak tadi, tapi kak ana tu asyik sangat dengan homework dia."

" erm. Okaylah mama pergi tengokkan ana dulu ye. Abang makanlah dulu dengan ila"

arman hanya memandang dengan perasaan tidak puas hati.

**********************************

"sayang, kenapa tak turun makan. Kan tak elok makan lewat-lewat. Jom kita turun. Papa dengan adik sedang tunggu kita. Kan tak elok biar orang menunggu kita"

iman suzanna mengangkat punggung dengan lemah. Dia membontoti mamanya menuju ke bawah. Perutnya tidaklah menunjukkan tanda-tanda mahu makan. Tetapi dia tidak mahu menghampakan permintaan mamanya.

Iman suzanna mengambil tempat di sebelah iman suhaila mengadap mamanya. Makan malam mereka seperti hari-hari yang lain. Diam tanpa suara. Hanya bunyi sudu yang berdentingan dengan mangkuk-mangkuk kaca di atas meja. Selesai makan malam arman bangun lalu mengambil tempat di ruang tamu. Iman suhaila juga membontoti papanya. Manakala lina mengemas meja makan sambil dibantu oleh iman suzanna. Itulah rutin mereka sekeluarga. Bukan arman tidak mahu mengambil pembantu rumah, lagipun, sejak kebelakangan ini kesihatan lina tidak menentu. Dia juga sering keletihan dan pening-pening. Mungkin kesibukan menguruskan rumah tangga menjadikan lina zahira begitu.Tetapi lina zahira yang mahu melakukan semua kerja rumah sendiri. Lina zahira memang seorang wanita yang amat rajin. Apa jua masakan yang di masaknya tidak pernah dirungut oleh suami mahupun anak-anak. Dia juga seoarang yang lemah lembut dan juga penyabar melayan kerenah suami dan anak-anak.

Selesai berkemas iman suzanna menapak ke tangga menuju ke biliknya. Banyak lagi tugasan yang diberikan gurunya mahu disiapkan.

" ana nak pergi mana sayang, sinilah borak-borak dengan mama"

" tak mengapalah ma, banyak lagi kerja yang belum siap."

lina menganguk tanda faham. Kadang-kala terdetik juga naluri keibuannya apabila sikap suaminya yang acuh tidak acuh kepada anak sulung mereka. Arman lebih rapat dengan iman suhaila berbanding iman suzanna. Layanan arman amat dingin terhadap iman suzanna. Sejak kehadiran iman suhaila ke dalam hidup mereka, kasih arman seperti beralih kepada iman suhaila. Walhal sebelum kehadiran iman suhaila, iman suzanna di tatang bagai minyak yang penuh. Kasih sayangnya hanya tertumpah kepada iman suzanna.
************************************
" nak kiss baby" dengan sepantas kilat iman suzanna mencium adik kecilnya yang baru 7 hari. Tiba-tiba iman suhaila menangis.Iman suzanna tidak dapat mengawal imbangan badannya lalu kepalanya terhantuk ke atas kepala iman suhaila. Arman yang melihat kejadian itu tiba-tiba naik berang. Lalu di sentap tangan iman suzanna dan menolaknya ke tepi dengan kasar. Iman suzanna yang ketika itu berumur 4 tahun terdiam, mungkin terkejut dengan tindakan papanya. Arman mendukung iman suhaila yang menangis lalu di tinggalnya iman suzzanna yang terduduk apabila di tolak oleh arman.

Lina yang melihat kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa. Setelah arman berlalu lina mendapatkan iman suzanna.

"itu la, kan mama sudah pesan. Jangan kasar-kasar dengan baby. Kesian anak mama, meh sini mama tengok" lina cuba memujuk anak kecilnya itu. Apalah yang di tahu oleh anak sekecil itu. Mungkin bagi mereka itulah cara mahu mengekspresikan kasih sayang.

"cori mama, ana..." tutur iman suzanna dalam loghatnya
" tak mengapalah, lain kali ana jangan buat macam tu lagi k. sudah, sayang tolong mama masak hari ni"

"yeyeye" sorak iman suzanna seolah-olah kejadian tadi tidak berlaku.

************************************

" ila, dah lewat ni. Esokkan nak ke sekolah. Sudah, pergi tidur ye. Papa ada hal nak di bincangkan dengan mama."

iman suhaila menurut perintah. Lagipun matanya juga sudah dihambat kantuk. Dahi papa dan mama di cium
" selamat malam ma, pa"
"selamat malam sayang" jawab arman dan lina serentak

arman mengangkat tangannya lalu di letakkan di atas bahu isterinya.
" erm, apa benda yang special sangat sayang hendak beritahu abang ni?" tanya arman walaupun dia sedang asyik menonton rancangan di televisyen.

dengan penuh kasih sayang arman mengusap-usap rambut isterinya.lina hanya membiarkan arman melakukan demikian. Dia amat selesa dan selamat apabila arman melayannya begitu.

" abang.... sebenarnya....." kata-kata lina terhenti di situ. Tidak tahu bagaimanakah hendak mengkhabarkan berita yang baginya satu berita yang amat gembira. Tetapi bagaimanakan penerimaan arman nanti. Gembirakah dia bila mengetahui duduk perkara sebenar.

" sayang... cakaplah" arman mengucup dahi isteri yang dicintainya. Sambil menggenggam erat jari jemari lina. Dia mengalih pandangannya kearah wajah lina zahira

" abang... tadi pagi lina ke klinik. Doktor cakap 6 minggu bang...."

arman bagaikan tidak percaya. Dia faham apa yang di maksudkan isterinya. Dia tersenyum. Kali ini berkali-kali dia mengucup dahi dan tangan isterinya. Lina amat gembira kerana berita itu di terima baik oleh arman. Cuma sebelum ini arman pernah menyuarakan kapadanya yang dia tidak mahu lina mengandung lagi. Ini kerana arman kasihan melihat isterinya memboyot membawa perut ke sana sini.

" selepas ni bertambah meriahlah rumah kita"

arman tersenyum dengan penuh makna. Lina amat lega dengan penerimaan arman. Lina melentokkan kepalanya ke bahu arman. Tanpa sedar lina telah terlelap di situ. Arman mengendong isterinya ke dalam kamar beradu mereka. Perlahan-lahan arman membaringkan lina di atas katil. Takut-takut isterinya terjaga. Arman memadamkan lampu lalu menempatkan dirinya di sebelah isterinya. Tiba-tiba seperti ada tangan yang memeluknya.

" erm, nakal ye. Pura-pura tidur. Kesian abang terpaksa angkat isteri abang yang berat ni"

" lina sayang abang..." tiada apa yang lebih membahagiakan lina daripada berada di sisi suaminya yang di kasihi. Bagi lina malam itu adalah malam yang amat membahagiakan.
Kehidupan mereka akan diserikan oleh kehadiran bakal cahaya mata mereka berdua.

*********************************

hari itu arman lewat ke pejabat. Sengaja dia berbuat demikian. Sebelum ke pejabat arman sempat membantu lina membuat kerja rumah. Lina zahira hanya tersenyum melihat gelagat suami kesanyangannya itu.

"abang ingat, selepas ni lina tak payah nak buat kerja rumah. Nanti abang bawakan seorang pembantu untuk membantu sayang di rumah"

"abang... kan lina boleh uruskan sendiri. Buat apa nak bazirkan duit.lina sudah biasa buat semua ni. Lagipun tak adalah banyak sangat."

"abang tak nak dengar alasan lagi. Hari ini abang akan ke agensi mencari pembantu rumah. Dalam minggu depan insyaallah abang akan bawa ke sini. Kali ini abang mahu sayang berehat sahaja. Jangan buat kerja berat-berat. Abang risaulah. Linakan tengah bawa budak. Okay sayang?" pujuk arman.

lina zahira hanya menganggup setuju. Biarlah kali ini dia dibantu melakukan kerja rumah. Lagipun sejak pembawakan budak, dia sering muntah-muntah dan pening-pening.
Pagi semalam dia jatuh pengsan. Ketika itu arman tiada di rumah, manakala kedua-dua buah hatinya juga ke sekolah. Mujurlah ketika itu azman sampai ke villa mereka. Dialah yang membantu lina zahira dan membawa lina zahira ke klinik untuk melakukan pemeriksaan. Ketika itulah lina mengetahui yang dia mengandung. Pada waktu itu azman turut berada di dalam bilik doktor

" tahniah encik dan puan bakal menimang cahaya mata" azman hanya tersenyum. Bangga benar dia ketika doktor mengucapkan tahniah.
Lina zahira seakan tidak percaya patutlah sejak kebelakangan ini dia sering muntah dan pening-pening. Tetapi ketika mengandungkan iman suzanna dan iman suhaila tidak pula dia mengalami loya-loya seperti ini.

**********************************

Azman iskandar,
adik ipar lina zahira iaitu adik kepada arman iskandar. Masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Azman amat rapat dengan kedua-dua anak buahnya, terutama iman suzanna. Dari segi fizikal iman suzanna mirip kepada lina zahira. Azman berusia 24 tahun. Pernah juga uminya menyuarakan hasrat untuk mencari jodoh untuknya. Tetapi di menolak cadangan itu mentah-mentah. Sebenarnya azman mahukan wanita seperti kakak iparnya, lina zahira. Dia amat tertarik dengan penampilan lina zahira. Baginya lina zahira adalah seorang wanita yang sempurna. Baik dari segi fizikal mahupun tingkah laku dan tutur kata yang lembut amat menarik perhatian sesiapa sahaja. Kadang- kala azman berasa cemburu apabila melihat kemesraan lina zahira bersama abangnya. Azman juga sering bertandang ke villa arman. Walaupun begitu, azman hanya bertandang ketika arman ataupun kedua-dua anak buahnya ada di rumah. Ini kerana dia masih lagi sedar dan hormat akan lina zahira dan abangnya. Cuma pada hari dia terjumpa kakak iparnya terbaring di ruang tamu itulah tiada sesiapa di rumah. Tetapi niatnya cuma untuk mengambil buku yang mahu di pinjam. Tetapi di sebabkan salamnya tidak di sambut dia memberanikan diri untuk masuk ke villa tersebut. Ketika itu lah dia melihat lina zahira terbaring dilantai tidak sedarkan diri. Lalu di kendongnya lina zahira ke kereta lalu membawanya ke klinik.

*********************************

tok...tok...
"coming"
" kat sini ada semua fail yang u minta. Anything yang tak cukup just let me know k. i\'ll be here for u dear" farrah adiba tidak pernah berubah. Seorang wanita yang tidak pernah putus-putus mengharapkan kasih daripada arman iskandar. Seorang gadis yang boleh dikategori fashionable. Sentiasa berpakaian seksi. Lenggoknya amat mengiurkan dan menggoda. Sudah enam tahun dia berkhidmat untuk arman sebagai setiausaha. Bukan tidak mempunyai tawaran yang lebih lumayan daripada syarikat lain. Tetapi hatinya telah terpaut kepada karisma yang dimiliki oleh arman sebagai seorang lelaki. Tetapi hati arman masih kukuh terhadap isterinya. Walaupun farrah adiba sering menggodanya dengan lenggok dan rengekannya. Pernah juga farrah menyuarakan isihatinya untuk menjadi isteri arman. Walaupun dia tahu arman tidak akan melepaskan lina zahira tetapi dia sanggup menjadi isteri kedua arman iskandar. Tetapi arman iskandar bukanlah seperti lelaki-lelaki lain yang mungkin akan menerima cadangan farah adiba. Baginya lina zahira tiada galang gantinya. Dia sudah berjanji akan menjaga isterinya hingga ke akhir hayat. Namun begitu farrah tidak akan berputus asa untuk cuba merebut kasih arman.

" 8 malam u ada majlis makan malam bersama dato kaiser di rumahnya.let me temankan u tonight?" farrah adiba memberikan cadangan. Dengan senyuman yang menggoda.

" no no, I akan bawa isteri I ke sana. Kalau u nak pergi u ajaklah orang lain k. i\'m so sorry, next time maybe"

" come on lah arman. Tak kan isteri u tu asyik nak ikut bontot u jer. Sekali sekala apa kata I yang temankan u. u ni kenapa? Selalu menolak kalau I yang ajak. Takkan u ni pun tergolong dalam laki yang takut bini." farrah senyum sinis seakan mengejek arman. Arman hanya menggeleng. Malas mahu bertekak dengan farrah adiba.

arman memang sudah merancang untuk membawa isterinya ke majlis tersebut. Kalau lina zahira keberatan untuk pergi sekali pun dia tidak akan mengajak farrah menjadi temannya.

" kalau tak ada apa-apa lagi u boleh keluar. Thank you so much"

farrah mencebikkan mukanya, lalu berlalu pergi. Sakit hatinya apabila arman menolak pelawaannya untuk ke majlis di rumah dato kaiser.

Dato kaiser adalah seorang usahawan yang sememangnya berjaya. Beliau juga merupakan pelanggan penting kepada syarikat arman. Dato kaiser amat di segani walaupun kadang kala perangai kaki perempuannya tidak dapat di bendung. Datin faridah, isteri kepada dato kaiser juga sudah lali dengan mata keranjang suaminya. Di sebabkan anak-anaklah yang membuat datin faridah kuat menjalani kehidupan sebagai isteri kepada lelaki yang mata keranjang.

*********************************

"lina letih lah abang, abang ajak je lah setiausaha abang tu. Tak mengapa saya izinkan."
"erm, kalau sayang tak nak pergi abang pun malaslah nak pergi. Sayang tak takut nanti si farrah tu kebas suami sayang yang hensom nih?" arman cuba berseloroh dengan isterinya

lina menggenggam tangan suaminya.

" abang, lina tahu siapa suami lina. Lina percayakan abang. Abang.. terima kasih sebab abang sudi terima saya dan anak saya bang. Lina tahu, abang sudah banyak berkorban untuk saya. Lina sayang abang" lina tidak dapat membendung air matanya.
Arman juga amat tersentuh dengan pengakuan isterinya. Dia menyeka manik-manik jernih yang menghujani lina zahira.
" sayang"
arman mengangkat wajah lina zahira mengadap mukanya. Naluri lelakinya sedikit sebanyak terusik apabila terpandang wajah lina zahira yang di selubungi sebak.

" abang pun sayang lina sangat-sangat. Pada abang linalah pelengkap hidup abang."

lina zahira yang diam dari tadi membuka mulut

" jom"
"ke mana" tanya arman kehairanan
" siaplah, kan tadi abang ajak lina." lina melemparkan senyum manis kepada arman.
" erm. Nakal ye isteri abang ni, ingat ke mana la nak ajak abang tadi." kata arman tersenyum nakal kepada isterinya
" ingat ke mana bang?" soal lina zahira sambil mengerutkan dahinya.
semakin melebar senyuman arman apabila lina bertanya demikian. Arman mencuit hidung isterinya sambil menggelengkan kepala.

" tadikan sayang cakap taknak pergi. Abang tak kisah, majlis itu pun untuk menyambut anak dato kaiser yang baru pulang dari luar negara sahaja?"
" sekarang sayang rasa macam nak pergi pula.. kita pergi ye. Lagipun baju yang abang belikan untuk saya hari tu pun tak pakai lagi. Sayang siapkan pakaian abang dulu ye. Sudah, sekarang ni abang pergi mandi dulu. Busuk la, dah taknak mengeram lagi" lina zahira segera menarik tangan arman yang masih berbaring di katil.

" sayang temankan abang mandi ek?" senyum arman

"sudah, jangan nak ngada, nanti lambat pulak kita ke sana bang"
"erm, abang macam malas nak pergi la sayang. Kita makan di rumah jelah"

lina zahira menolak arman masuk ke bilik air. Arman cuba menarik lina zahira, tapi lina zahira cepat-cepat mengelak dan berlalu pergi. Dia mahu menyediakan pakaiannya dan juga arman.

*********************************

semua tetamu yang hadir seakan terpukau melihat penampilan lina zahira malam itu. Elegant! Arman juga seakan tahu yang hadirin yang hadir sedang memandang kearah isterinya. Kadang kala dia amat mencemburui wanita itu tetapi dia juga berbangga kerana memiliki isteri secantik lina zahira. Penampilan lina amat ringkas. Cuma berbaju kebaya merah yang di beli arman di medan ketika dia ke sana kerana mempunyai urusan perniagaan. Tetapi potongan baju itu amat sesuai dengan badan lina zahira. Solekan yang nipis juga menyerlahkan kecantikan semulajadi yang di miliki lina zahira.

" wah, cantik betul teman yang u bawa hari ini man! Setiausaha baru u ke? Tak mahu kenalkan dengan I" datin faridah yang berada di sebelah dato kaiser hanya tersenyum. Faham sangat dengan perangan suaminya.
" dato, kenalkan ini isteri I, lina zahira"
dato kaiser seakan termalu dengan apa yang di ucapkannya tadi. Datin faridah menghulurkan tangan ke arah lina zahira sambil tersenyum. Dia mempelawa arman dan lina untuk menjamu hidangan yang di sediakan. Dato kaiser hanya memerhati dari jauh. Beliau seakan kenal dengan isteri arman. Tapi dia lupa di mana dia berjumpa dengan perempuan itu.

*********************************

malam berganjak ke jam 10 malam.

" lina makanlah, saya mahu ke sana sebentar. Jemputlah" pelawa datin faridah. Lina zahira mengangguk.

lina zahira seakan mencari-cari kelibat arman. Sudah lah dia tidak mengenali tetamu yang hadir.

"hadirin sekalian"
" malam ini saya amat gembira sekali kerana anak saya, zaiful arifin telah menamatkan pelajarannya di perth. Dengan itu saya mahu mengumumkan yang anak saya akan menggantikan tempat saya di sinar cempaka holding mulai esok."

semua hadirin menepuk tangan. Dato kaiser memeluk erat anak terunanya sambil menepuk-nepuk bahu zaiful arifin. Dada lina zahira seakan berdebar-debar apabila dato kaiser mengumumkan nama itu. Dia tercegat di situ. Apabila dia ternampak kelibat itu seperti semua darah yang ada di dalam badannya naik ke muka.

*********************************
" sayang"

lina zahira seakan-akan bermimpi.

"abang" penglihatannya seakan berbalam-balam. Kabur. Tetapi dia tahu ada beberapa mata yang memandangnya.

"abang, kenapa dengan lina bang" dia cuba bangun
" aduh" lina zahira mengaduh. Sakit betul kepalanya.berat.
" bang, jom kita balik rumah kita bang."
lina zahira seperti kanak-kanak malam itu. Dia perasan ada sepasang mata sedang merenung tajam ke arahnya. Dia tidak selesa dengan keadaan demikian.

" lina tidur jelah di sini, lagipun dah lewat sangat. Keadaan lina pun tak berapa baik lagi." datin faridah mencelah. Dia jatuh kasihan dengan keadaan lina zahira.

" terima kasihlah datin. Saya bawa isteri saya ni balik sajalah. Takkan saya mahu tinggal dia di sini. Menyusahkan datin sekeluarga pula."

arman mengangkat isterinya lalu membawa ke kereta. Lina zahira hanya menurut.
ya. dia amat mengenali pandangan itu. Lelaki yang telah meninggalkan kesan yang amat dalam sepanjang hidupnya.

**********************************

"ira, percayalah ira lah wanita yang paling arif sayang. Arif janji, selepas arif tamatkan pengajian nanti kita kawin ye sayang. Arif tak akan lupa pada ira."

ira amat sedih ketika itu. Air matanya sudah tidak terbendung lagi. Lelaki yang telah di serahkan segala-gala yang sepatutnya menjadi milik suaminya sahaja. Mungkin ketika itu mereka berdua tidak dapat berfikir secara matang. Umur baru setahun jagung. Ketika itu ira dan arif sedang menunggu keputusan stpm. Mereka amat menyintai satu sama lain. Ira tidak dapat menahan arif dari menyambung pelajarannya ke luar negara. Itu juga untuk masa depan mereka bersama.

Selepas 2 minggu kepergian arif, kesihatan ira tidak menentu. Dia sering pening-pening dan kadang kala muntah-muntah. Ibu bapanya juga amat hairan dengan keadaan anak kesayangan mereka. Lalu mereka membawa ira ke klinik. Betapa hancurnya perasaan ibunya apabila doktor memberi tahu yang dia bakal menjadi nenek. Sejak hari itu ira di halau oleh bapanya sehelai sepinggang. Sejak itu juga dia tidak pernah lagi ketemu dengan keluarganya.

Pada hari dia di halau ketika itu sudah lewat malam. Dia tidak tahu ke mana mahu di tuju lagi. Dari pagi dia tidak menjamah walau sebutir nasi. Keadaan itu membuatkan badannya lemah. Pandangannya berpinar-pinar. Ketika dia tersedar cuma yang kelihatan seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

" saya kat mana ni? Awak ni siapa? Macam mana saya boleh ada kat sini?"

"boleh tak awak diam. Awak tu bukannya sihat sangat. Awk jangan risau, saya bukan orang jahat. Awak rehatlah dulu. Esok baru kita cakap okay"

keesokkan harinya ira bangun. Dia melihat sekeliling. Cantik sungguh bilik tidur ni. Dia menuju ke tingkat bawah. Perabut di dalam rumah itu juga amat cantik. Mesti mahal harganya. Dia yakin pemiliknya juga bukan dari calang-calang orang. Ada sepasang mata sedang memerhatikan gelagat lina zahira ketika itu.

" dah, mari duduk sini, kita breakfast bersama"

ira hanya menurut perintah. Pemuda itu hanya memerhati gelagat ira yang sedang makan. Walaupun dia amat malu di tenung sedemikian tetapi perutnya yang lapar terpaksa dia membuang perasaan malunya ketika itu. Selepas makan ira membantu lelaki tersebut mengemas meja makan. Selepas itu lelaki tersebut mengajaknya berbual-bual di ruang tamu. Ira hanya menurut.

" saya arman iskandar. Awak?"
" lina zahira" katanya pendek
" owh.. sedap nama awak, macam tuan punya badan juga"
" so,Lina.. semalam doktor yang merawat awak cakap awak memang tak sihat. Awak ada apa- apa nak cakap pada saya pasal tu?"
dengan penuh hemah arman melayan gadis yang berada di depannya. Dari raut wajahnya juga dia yakin yang gadis dihadapannya itu seorang perempuan yang baik. Tetapi fikirannya amat kusut apabila doktor memberitahu masalah lina zahira kepadanya. Pada pendapatnya gadis tersebut terlalu muda untuk berkahwin apatah lagi untuk menjadi seorang ibu. Jadi sekarang dia mahukan penjelasan dari mulut gadis itu sendiri.

Lina zahira tersedu-sedu menceritakan masalahnya. Dia terpaksa membuang perasaan malunya jauh-jauh. Tambahan pula dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi selepas ibu bapanya tidak mahu menerimanya lagi, zaiful arifin pula telah terbang ke luar negara meninggalkannya. Arman jatuh kasihan terhadap gadis di hadapannya. Dia memikirkan apa yang perlu di buat dengan gadis tersebut. Sudahlah dia cuma tinggal seorang diri di rumah tersebut. Buatnya di tangkap bagaimana. Pasti umi akan melenting. Puas dia memikirkan masalah tersebut.

Setelah beberapa hari membuat pertimbangan baik dan buruk dia menyuarakan apa yang terbuku di hatinya kepada lina zahira. Dia mengajak lina zahira berkahwin. Lina zahira amat terkejut. Tetapi apabila memikirkan masalah yang akan mendatang dan apa tanggapan orang selepas anak ini lahir nanti dia pun bersetuju untuk berkahwin dengan arman iskandar. Maka arman memutuskan yang dia dia akan berkahwin dengan lina di thailand kerana lina zahira masih mempunyai wali tetapi bapanya berkemungkinan besar masih tidak dapat menerimanya. Jadi arman menikahi lina zahira di thailand berwalikan hakim. Selepas pulang ke kuala lumpur arman mendaftarkan perkahwinan mereka di jabatan agama islam. Dia juga membawa lina zahira ke rumah papa dan umi. Sewaktu memperkenalkan lina zahira sebagai isterinya uminya seakan tidak dapat menerima lina zahira kerana uminya sudah mempunyai calon menantu pilihannya, ditambah pula mereka berdua berkahwin di thailand. Sebagai seorang ibu, arman faham akan perasaan uminya. Tetapi semuanya berubah apabila lina zahira melahirkan iman suzanna. Uminya sedikit sebanyak mula menunjukkan sayang terhadap menantunya. Kadang kala umi datang ke villa mereka apabila arman sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjenguk papa dan uminya.

Selepas mendirikan rumahtanggah, mereka berdua cuba menyesuaikan diri untuk bersama. Lina zahira sedikit sebanyak dapat melupakan bapa kepada anak yang dikandungnya. Dengan sifat tanggungjawab dan ambil berat arman membuatnya jatuh cinta dan redha dengan ketentuan illahi. Arman pula, pada hari pertama dia terjumpa lina zahira terbaring di jalan, dia sudah jatuh hati. Tetapi di pendamkan sahaja kerana waktu itu dia mengetahui yang lina zahira mengandung. Pelbagai persoalan timbul di benaknya, mungkin gadis tersebut sudah berkahwin. Pada waktu itu juga dia cuba untuk mengusir perasaan cinta terhadap gadis tersebut. Setelah mengetahui cerita yang sebenar, dia pun membuat keputusan untuk berkahwin dengan lina zahira. Walaupun dia mengatakan yang dia hanya kasihan tetapi dia tidak boleh menafikan perasaan cinta yang mendorongnya membuat keputusan tersebut.

Dia juga cuba untuk menerima anak yang di kandung lina zahira. Setelah anak itu lahir dia menjaga anak itu seperti anaknya sendiri. Tetapi selepas kehadiran iman suhaila, kasihnya seakan hilang terhadap iman suzanna. Arman menjadi semakin dingin terhadap anak sulung mereka. Walaupun begitu arman tetap mengasihi lina zahira. Cuma kadang-kala dia merasa yang dia tidak sepatutnya menyayangi iman suzanna kerana iman suzanna bukanlah anak kandungnya.walaupun begitu, apa jua barang yang dibeli untuk iman suhaila, arman tetap tidak melupakan iman suzanna. Cuma layanannya yang berbeza. Hal ini kerana arman sering merasakan yang iman suzanna hanyalah anak tirinya sahaja.

************************************

2 bulan kemudian.

Keadaan Lina zahira semakin baik. Dia kurang mengalami alahan pembawakan budak. Loya- loya juga sudah kurang. Dia semakin sihat. Villa itu juga telah mempunyai seorang bibik yang di bawa oleh arman untuk membantu lina zahira membuat kerja rumah. Bibik jah seorang yang ramah dan mudah mesra. Tugasnya di dalam villa tersebut hanyalah untuk membuat kerja rumah kerana lina zahira lebih suka memasak sendiri makanan untuk keluarganya. Bibik hanya membantu apa yang patut. Bibik jah juga tidak kekok untuk berada di dalam kelompok keluarga arman kerana mereka semua melayannya seperti keluarga sendiri. Lagipun bibik jah tidak mempunyai sesiapa lagi, suaminya sudah 2 tahun meninggal dunia. Tambahan pula mereka tidak mempunyai zuriat. Selepas kematian suaminya bibik jah datang ke malaysia untuk mencari kerja. Sebelum ini dia bekerja dengan majikan cina. Tetapi tidak bertahan lama kerana majikannya terpaksa bertukar ke luar negara untuk jangka masa yang panjang. Nasib baik dia ketemu dengan arman iskandar yang ketika itu memerlukan pembantu rumah. Jadi tanpa berfikir panjang dia pun membuat keputusan untuk bekerja di rumah arman.

"bibik, kejap lagi saya mahu ke pasar, bibik ada mahu pesan apa-apa?" tanya lina zahira kepada bibik jah. Lina menganggap bibik jah seperti ibunya sendiri. Kadang-kala memikirkan ibunya di kampung air matanya akan tumpah. Rindu. Sudah hampir 15 tahun dia tidak bertemu dengan ibu dan bapanya. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang. Sihatkah mereka. Walaupun sudah lama tidak bertemu lina zahira tetap ingat akan asal usulnya. Doanya setiap kali mengadap yang maha esa, adalah kebahagiaan kedua ibu bapanya. Acap kali itu juga air matanya tidak pernah kering, pasti kerinduan itu sentiasa menerpa terhadap ibu bapanya. Dia belum mempunyai kekuatan untuk pulang ke kampung. Insyaallah, jikalau umurnya panjang pasti dia akan pulang ke kampung untuk bertemu ibubapanya. Cuma dia belum ada kekuatan untuk bertemu orang tuanya.

"enggak buk" balas bibik jah dengan dielek seberangnya. Lina juga tidak banyak soal. Pagi itu dia ke pasar seperti selalu. Segala macam dibelinya. Hari ini dia mahu memasak makanan kegemaran ibu mertuanya. Semalam umi ada menelefon untuk bertanya kesihatannya.umi akan datang bersama azman. Umi amat mengambil berat akan keaadaan lina zahira. Lina zahira amat bersyukur walaupun orang tuanya tiada di sisi, tetapi umi melayannya dengan baik. Tambahan pula umi tidak mempunyai anak perempuan. Walaupun di awal perkahwinan lina dan arman tidak di restui umi tetapi kehadiran iman suzanna telah merapatkan hubungan umi dan lina. Umi tidak tahu yang iman suzanna bukanlah cucunya. Lina zahira mahupun arman iskandar masing-masing cuba untuk menyimpan rahsia tersebut selagi termampu.

Tiba-tiba sebuah kereta memintas kereta yang di pandu lina zahira. Lina zahira terpaksa memberhentikan keretanya. Dadanya berdebar. Sekarang ini macam-macam kejadian rompakan dan samseng jalanan di paparkan di dada akhbar. Ada yang cedera, di rogol, juga di bunuh. Lina zahira menjadi seram sejuk apabila memikirkan hal demikian. Dia mula terfikirkan nasibnya, orang tuanya di kampung, papa, umi, arman, juga kedua-dua anak yang paling disayangi. Pemandu yang memintas keretanya mengetuk cermin kereta. Lina zahira tidak berani untuk keluar.

Ahh.... wajah itu. Kenapa tiba-tiba kau muncul balik. Setelah sekian lama. Setelah aku mempunyai keluarga yang boleh dianggap bahagia. Ahh.... lina zahira menguatkan semangatnya. Dia harus menampilkan perwatakan yang berani juga berkeyakinan.

" ira"
lina zahira hanya mendiamkan diri, cermin kereta di bukanya setelah memastikan keadaannya selamat.
" ira, boleh arif bercakap dengan ira sebentar"
setelah lama membatukan diri lina zahira menganggukkan kepalanya. Mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan. Hanya tuhan yang tahu bagaimanakah hati lina zahira ketika itu. Dia takut jika suaminya ternampak dia bersama arif.

" ira, arif minta maaf."
arif cuba mencapai tangan lina zahira yang berada di atas meja. Cepat-cepat lina menarik tangannya.
" arif nak tebus balik kesalahan arif dahulu. Arif mahu ira kembali pada arif."lina zahira nampak riak penyesalan di wajah arif. Namun apakan daya. Dia sudah mempunyai keluarga. Masakan dia mahu meningalkan mereka yang di sayanginya. Tambahan pula arman banyak berkorban untuknya selama ini. Masakan dia mahu meninggalkan lelaki tersebut semata-mata untuk bersama kekasih hatinya. Tidak. Kasihnya hanya pada suaminya.

" arif, ira sudah ada suami dan keluarga sekarang. Masakan ira mahu meninggalkan mereka?"

" ira, arif janji, arif akan terima anak-anak ira. Arif cuma mahu menebus kesilapan arif. Lagipun arif sayangkan ira. Selepas empat tahun berada di england arif pulang untuk bertemu ira, dan mahu mengajak ira kahwin." dia terhenti di situ. Biarlah lina zahira nampak dia menangis. Biar dia tahu sengsaranya apabila ketika dia ke rumah lina zahira tetapi orang tua ira memberitahu cerita sebenar. Mereka juga tidak mengetahui ke mana lina zahira pergi. Arif bagaikan orang gila ketika itu. Ada juga arif mencuba mencari ira di bandar tetapi menemui jalan buntu. Akhirnya dengan perasaan yang kecewa dia menyambung pelajarannya kembali ke luar negara.

"arif yakin ira masih sayangkan arifkan?" dia begitu berharap yang lina zahira menerimanya kembali. Dia juga telah nekad pada malam lina zahira pengsan di rumahnya. Walaupun dia tahu yang lina zahira sudah berkahwin dengan arman iskandar namun dia tidak akan berputus asa untuk merebut cinta wanita yang pernah bertahta di hatinya dahulu kembali. Dia akan cuba sedaya upaya walau apa cara sekalipun.

" arif, ira sayangkan arif. Tetapi ira amat pasti dengan perasaan ira yang kasih ira pada arif hanya sebagai kenalan lama. Mungkin dahulu kita pernah menyulam kasih bersama, tapi tidak semestinya kita dapat memiliki apa yang kita mahukan. Kita kena manerima hakikat itu."

lina zahira bangun lalu menuju ke kereta meninggalkan zaiful arifin di situ. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia telah bertemu dengan zaiful arifin. Tiada apa yang perlu di kenangkan lagi ketika dia bersama arif dahulu. Kini hatinya hanya di penuhi oleh suami dan anak-anak. Kasihnya pada arif juga telah lenyap sejak dia bergelar isteri kepada arman. Namun begitu lina zahira tetap risau jika arman mengetahui hal tersebut. Bagaimanakah penerimaannya nanti. Walaupun sebelum mereka berkahwin arman sudah mengetahui sejarah hitamnya, namun arman tidak tahu yang anak lelaki kepada dato kaiser adalah bapa kepada anak sulung mereka, iman suzanna.

"tunggu" arif berlari mendapatkan lina zahira yang semakin hampir ke kereta.

" arif harap ira berterus terang, yang salah seorang anak ira adalah anak arifkan?" jika benar tekaannya dia mahukan haknya. Dia mahu menggalas tugas sebagai seorang bapa yang sudah lama tertangguh. Jikalau dia tahu yang lina zahira mengandung ketika itu pasti dia tidak akan meninggalkan lina zahira. Dia hanya tahu selepas pulang ke malaysia dan berita tersebut di sampaikan oleh orang tua lina zahira sewaktu dia mencari lina zahira di sana.

Langkah lina zahira terhenti di situ. Dia cuba mengumpul kekuatan. Haruskan dia memberitahu kebenarannya.

" arif, memang ira mengandung ketika itu. Tetapi ira keguguran. Anak itu tidak dapat di selamatkan" lina zahira menitiskan air mata. Dia tahu yang dia sudah berbohong. Namun hanya itu yang berputar di kepalanya. Suka atau tidak dia tidak mahu arif tahu yang iman suzanna adalah anak mereka.

dengan pantas lina zahira masuk ke dalam kereta lalu bergerak laju meninggalkan arif.
*************************************
arif masih ragu-ragu dengan apa yang di beritahu oleh lina zahira. Dia yakin yang salah seorang anak lina zahira adalah anaknya. Dia amat pasti dengan hal tersebut. Zaiful arifin mengambil keputusan untuk berjumpa arman. Jika benar seperti yang di katakan lina dia tidak akan menuntut apa-apa tetapi jika seperti apa yang di fikirannya dia mahu mendapatkan haknya. Dia mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Keesokan harinya, arif ke rumah lina zahira. Ketika dia sampai di perkarangan villa tersebut dia ternampak seorang anak gadis yang mungkin berumur lebih kurang 13 tahun. Asyik sekali dia dengan bukunya di satu sudut di taman yang ada di hadapan villa tersebut. Arman berjalan menuju ke arah gadis tersebut. Mata, hidung, bibirnya saling tak tumpah seperti lina zahira. Cuma yang membezakan mereka berdua adalah kulit gadis dihadapannya lebih cerah berbanding lina zahira. Terlintas di fikirannya. Mungkin gadis tersebut adalah anaknya, kerana kulit arman tidaklah secerah gadis tersebut. Gadis tersebut juga memakai cermin mata, sepertinya. Bertambah kukuhlah apa yang di fikirkan oleh arif selama ini.

"hello" arif cuba berbahasa terhadap gadis tersebut. Gadis itu senyum. Mirip lina zahira

"assalamualaikum" gadis itu ter senyum lagi. Arif terlupa untuk memberi salam. Dia juga tersenyum

" boleh uncle duduk sini" sambil menarik kerusi lalu arif duduk di hadapan mengadap anak gadis tersebut.
"uncle cari siapa? Uncle kawan papa ye? Papa baru je keluar dengan mama. Tetapi kalau uncle nak tunggu, it\'s ok. Sekejap ana buatkan air" petah sungguh anak gadis di hadapannya bercakap. Tiba-tiba ada seorang budak dalam lingkungan 10 tahun keluar dari rumah lalu menuju ke arah mereka berdua

" kak ana, boleh tolong ila tak. Ila tak fahamlah. Pening kepala ila ni." iman suhaila mendapatkan kakaknya.

" uncle ini adik ana, iman suhaila" arif senyum
" iman suhaila, cantiknya nama, macam tuannya juga" puji arif. Iman suhaila hanya tersipu malu. Iman suhaila mempunyai kulit yg sedikit gelap. Wajahnya juga lebih kepada arman. Cuma matanya sahaja seperti lina zahira. Ahh... mata itulah yang menawan hatinya.
"ana pula?" tanya arif
"iman suzanna" jawabnya pendek.
"uncle duduklah dulu ye. Ana buatkan air"
"tak payahlah ana uncle baru je minum tadi. Uncle nak jumpa papa ana. Ana tahu tak ke mana mereka pergi?" soal arif.
"papa bawa mama pergi klinik"
"mama tak sihat?"
"takdelah uncle. Kiteorang nak dapat adik lagi"balas iman suzanna. Arif bagaikan tersentak. Perasaan cemburu turut menyelubungi perasaannya. Dia berkira untuk pulang sahaja. Baru mahu melangkah sebuah kereta meluncur masuk ke dalam villa tersebut. Arif yakin di dalamnya adalah arman dan lina zahira. Arman keluar dari kereta lantas menghulurkan tangan kepada arif. Dia mempelawa arif masuk ke dalam rumah. Jantung lina zahira berdegup kencang. Apa pula kali ini. Lina zahira mengajak anak-anaknya naik ke atas.

"ada apa encik zaiful cari saya sampai ke rumah ni?" tanya arman kehairanan.
*******************************

lina zahira menanti penuh debaran di kamarnya dengan arman. Dia sudah memesan kepada kedua-dua anaknya supaya tidak turun ke bawah. Debaran makin terasa apabila dia mendengar derap kaki menuju ke biliknya. Lina zahira hanya menunduk. Dia pasti itu adalah arman.

"sayang" arman duduk di atas katil bersebelahan isterinya.
Lina zahira hanya membisu. Air matanya jatuh mencurah-curah, bagaikan tidak di tahan-tahan.
"sayang, kenapa ni?" arman menggenggam tangan isterinya. Arman cuba mententeramkan perasaan isterinya. Dia tahu lina zahira di landa masalah. Zaiful arifin sudah menceritakan hal yang sebenar kepadanya. Semakin kuat sendu lina zahira.

"sssshhh.... sayang. Pandang muka abang ni" pinta arman. Dia tahu hati lina zahira di rundung walang.

"lina minta maaf bang.." arman mengucup dahi lina zahira.
"ssshhh... sayang... abang terima lina seadanya. Abang yakin lina adalah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup abang. Walau apa pun iman suzanna tetap anak abang. Abang tak akan serahkan dia pada arif. Lagipun arif memang tiada hak ke atas ana."

"abang janji tak akan ada sesiapa yang dapat pisahkan ana dari kita" arman iskandar memeluk erat isterinya. Lina zahira yakin dengan suaminya. Walaupun kadang kala sikap arman dingin terhadap anaknya yang seorang itu dia yakin arman masih sayang akan iman suzanna.

Lina zahira yakin esok pasti menjanjikan yang terbaik untuknya dan keluarga. Dia amat memerlukan sokongan arman iskandar dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Amin.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.