Cerpen : Ku Pendam Sebuah Cinta

Lagu Just Dance nyanyian Lady GaGa itu mengejutkan Ayu Nadiah dari tidurnya.. "Ishhh… siapa pulak yang kacau aku pagi- pagi buta ni?" kata Ayu sambil mencari handphone nya.
"Hello, assalamualaikum.. siapa ni?" kata Ayu tanpa membuka sedikit pun matanya. Dia terlalu mengantuk selepas pulang dari kuliah petang tadi.
"waalaikumussalam sayang.. Awal sayang tidur malam ni?" kata Joe kehairanan. Selalunya Ayu lah yang selalu tidur lewat tetapi malam ini lain pulak halnya..
"ermm Ayu ngantuk la bang.. lepas siap semua assingnment tu baru la rasa tenang.. kalau tidak, asyik tidur lewat aje la. Dah berapa hari dah Ayu tak cukup tidur tau. Abg ni kenapa telefon Ayu tengah- tengah malam ni? Ada apa- apa hal ke?" Tanya Ayu. Pada masa ini dia seakan- akan mahu mematikan sahaja talian itu. Matanya terasa pedih sangat dan kepalanya terlalu berat.. tetapi bila difikirkan perbuatannya itu akan mengecilkan hati Joe, dia mematikan hasratnya itu..
"saja je nak dengar suara Ayu.. Tak boleh ke?" jawab Joe dengan suara yang lembut. Ayu tau Joe telah berkecil hati dengan katanya tadi..
"maaf la abang.. Ayu bukan tak nak berborak dengan abang tapi Ayu betul – betul mengantuk sekarang ni bang. Ayu harap abang faham. Ermm esok Ayu janji Ayu akan telefon abang balik ye. Tak pun esok petang kita keluar sama-sama. Boleh kan bang?" pujukAyu.. Dia tidak mahu Joe berkecil hati lagi. Tetapi pada waktu ini dia betul- betul mengharapkan Joe memahami keadaannya.
"tak pe la sayang. Sayang tidur la dulu. Esok kita jumpa ye.. Abang datang jemput sayang esok. Maaf la kacau sayang tidur. Goodnight sayang. Love you and miss you so much" kata Joe sebelum mematikan talian. Ayu mengharapkan Joe tidak lagi berkecil hati dengannya. Selepas meletakkan handphone nya dia atas meje di sisi katilnya, Ayu kembali tidur selepas melihat jam yang menunjukkan jam 10 malam. ‘Awal lagi rupanya’, bisik hati kecilnya. Malam itu dia tidur dengan lenanya tanpa sebarang gangguan lagi

************************************************************************
Pagi itu, usai solat subuh dia kembali tidur di katilnya. Hujung minggu seperti ini sememangnya Ayu merehatkan dirinya sepuasnya. Selepas bangun dari tidurnya, Ayu melihat jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
"MasyaALLAH.. lamanya aku tidur.." jerit Ayu.. Dia bangun dan mengemaskan katilnya. Selepas siap mengemas dia melangkah masuk ke kamar mandi.. Dia mandi sepuasnya dan menyegarkan badannya yang telah tidur terlalu lama ini.. Sebaik saja melangkah keluar dari kamar mandi itu, handphone nya berbunyi. Skrin menunjukkan nama Hazim, sepupu yang paling rapat dengannya.
"assalamualaikum Hazim.. ada apa kau telefon aku ni?" kata Ayu.
"waalaikumussalam. Amboi kau ni, aku nak call pun tak boleh ke. Nak harap kan kau call aku? Huh.. jangan harap la. Kalau tak ada hal tak kan kau call aku punya. Asyik mesej aja. Kedekut betul.." bebel Hazim panjang.
"alaa.. kau ni macam la tak tau. Aku ni kan student lagi. Mana ada budget banyak nak topup call kau. Kau tu yang dah bekerja la kena call aku. Aku mesej tu pun kira ok la tu kan?" jawab Ayu sambil ketawa. Dia dapat mendengar tawa Hazim di sebelah sana.
"kau ni mesti baru bangun tidur kan? Apa la anak dara bangun tengah hari. Tak elok tau. Tak ada lelaki nak datang meminang baru kau tahu." Usik Hazim. Usikan Hazim itu disambut dengan tawa Ayu.
"alaa.. Kalau tak ada yang nak, kau la kena masuk meminang aku. Hehehehe" jawab Ayu pula. ‘Kalau la Hazim tahu aku menyimpa perasaan padanya, mampus aku. Tak berani aku nak bergurau sebegitu’ bisik hati kecil Ayu.
"Boleh. Aku tak ada hal. Cuma buah hati kesanyangan kau Si Joe tu kau nak letak kat mana?" jawab Hazim. Jawapan Hazim itu membuatkan hatinya berbunga- bunga. Dia tidak tahu kenapa hatinya senang sekali dibuai rasa indah setiap kali mendengar suara Hazim sedangkan dia tahu Hazim mempunyai ramai teman wanita. Sepupu yang dikenalinya 23 tahun dahulu itu mempunyai sifat yang amat dibenci nya. Playboy. Itu lah yang dapat diklasifikasikannya terhadap hazim. Meskipun dia tahu sikap Hazim yang sebegitu, dia tidak tahu kenapa hatinya tetap menyintai lelaki yang bernama Hazim Huzairy itu.
"ermm dah la. Jangan nak merepek pulak. Ada apa hal kau telefon aku sebenarnya ni Hazim?"Tanya Ayu mengubah topik perbualan mereka. Dia tak mahu mereka terus berbicara hal itu. Dia tahu Hazim hnaya bergurau dengannya sedangkan dia pula serius. Dia tahu akhirnya dia sendiri yang akan makan hati.
"sebenarnya aku nak ajak kau keluar la Ayu. Dah lama kita tak lepak sama- sama kan? Kau pun dah jarang mesej aku. Kau tak rindu aku ke Ayu?" Tanya Hazim. Soalan Hazim itu membuatkan dia terkejut. ‘Rindu? Masakan tidak Hazim. Aku memang rindukan kau tapi aku tak nak terus bermain dengan api. Aku tau bagaimana persaan kau terhadap aku. Sebagai sepupu dan tak mungkin lebih dari itu. Lagi pula aku telah menerima kehadiran Joe sebagai kekasih aku. Aku perlu jauhkan diri dari kau Hazim. Untuk kebaikan kau, aku dan juga Joe’. Tapi bicara hati Ayu itu tidak terluah di mulutnya. Hanya didalam hati. Dia tidak berani.
"aku sibuk sikit la Hazim sejak akhir- akhir ni. Ada assingnment yang nak kena buat. Semalam baru siap and dah submit dah pun. Sekarang baru la free sikit. Pasal ajakan kau tu, aku minta maaf sangat-sangat sebab aku dah berjanji dengan Joe nak keluar dengan dia hari ni. Kalau aku batalkan apa pulak katanya nanti. Aku harap kau tak kisah kan?" panjang lebar jawabnya. Dia tidak mahu membuat Hazim terasa hati. Ajakan Hazim itu terpaksa ditolaknya padahal hatinya melonjak- lonjak gembira untuk menerima ajakan itu. Tapi dia tak sanggup mungkir janji pada Joe. Walaupun dia tak menyintai lelaki yang bernama Johan Asyraf itu, dia tidak boleh senang- senang melukakan hati lelaki yang betul- betul menyintainya itu. Dia telah meminta Joe memberinya waktu supaya perasaan cinta untuk Joe itu hadir secara semula jadi bukan dengan paksaan dan disebabkan itulah juga dia terpaksa menjauhkan diri dari Hazim.
"tak habis – habis dengan si Joe kau tu. Tak pe lah Ayu. Aku tau siapa lah aku ni kan. Tak penting pun bagi kau. Si Joe tu lagi penting kan. Tak pe lah. Have a good weekend with him. Bye." Jawab Hazi lantas mematikan talian. Dia tekejut dengan kata- kata Hazim itu dan juga perbuatannya mematikan talian begitu saja. Dia benar- benar tidak mengerti mengapa sejak dia meberitahu Hazim tentang hal dia dan juga Joe, Hazim selalu bersikap panas sebegini. Setiap kali dia menyebut nama Joe, pasti Hazim akan menamatkan perbualan mereka. ‘Tak kan lah dia dah mula sukakan aku. Mustahil lah.. kan dia banyak girlfriend. Arghh.. pedulikan je la’ Ayu bermonolog sendirian.

***********************************************************************
Petang itu, seperti yang dijanjikan dia keluar bersama Joe. Joe datang menjemputnya di rumah. Setiap kali mereka ingin keluar, Joe akan memastikan dia berjumpa dahulu mama dan papaku untuk meminta izin. Aku tahu joe seorang lelaki yang baik tetapi cinta tak boleh dipaksa. Aku pun tak tahu kenapa hati aku tidak dapat menyintai Joe seperti aku menyintai Hazim. Hatiku telah ku berikan kepada Hazim sejak kami di tingkatan 1 lagi. Aku sangkakan itu hanyalah cinta monyet dan persaan itu akan hilang apabila kami dewasa nanti. Tapi sangkaan aku itu tidak menjadi. Semakin akmi dewasa perasaan itu makin menjadi- jadi menyebabkan aku telah menolak cinta ramai lelaki. Walaupun cintaku itu tidak disambut oleh Hazim, aku tetap setia menanti.
"kita nak ke mana ni bang?"Tanya Ayu apabila melihat Joe yang hanya diam itu. ‘Aku ada buat salah ke?’ Tanya Ayu didalam hati.
"Kita ke Putrajaya la ye. Abang ada hal nak bincang dengan sayang. Lepas tu boleh la kita terus pergi makan malam. Sayang tak kisah kan?" Tanya Joe. Dia benar- benar ingin berbincang tentang hubungan mereka ini.
"Bincang? Hal apa abang? Boleh Ayu tahu?" soal Ayu pula kebingungan. Dia hairan melihat perngai Joe yang sedikit pelik hari itu. Selalunya dial ah yang paling banyak berbicara. Tapi hari ni agak diam. ‘tak kan lah dia masih marahkan aku pasal semalam. Kan aku dah explain kat dia aku letih. Aku tak salah apa- apa pu rasanya’ gumam Ayu didalam hati.
"Tak pe lah sayang. Nanti sayang tahu la. Dah la. Jangan fikir bukan- bukan pulak. Macam mana semalam tidur lena tak? Abang telefon awal pun sayang abang ni dah tidur. Letih betul la tu." Jawab Joe setelah dia melihat Ayu yang kehairanan. Dia tak mahu Ayu memikir perkara yang bukan- bukan.
"A ah.. letih betul. Assignment tu susah betul. Tak pernah lagi Ayu rasa tension sampai macam tu sekali nak siapkan assignment. "balas Ayu acuh tak acuh. Dia tahu Ayu merajuk sebab dia tak nak menceritakan tentanh hal yang ingin Joe bincang itu.
Mereka berdua hanya mendiamkan diri. Keadaan dalam kereta itu hanya dimeriahkan dengan suara DJ radio. Setibanya di destinasi yang dijanjikan, Joe memakirkan kereta. Mereka mencari tempat yang agaksunyi supaya perbualan mereka tidak menggangu orang ramai.
"Ada apa yang abang nak bincangkan tu. Cakap je la. Buat Ayu suspen je tau" kata Ayu memulakan perbualan mereka.
"Sebenarnya macam ni sayang. Abang Cuma nak tau tentang perasaan sayang pada abang sekarang. Dah hampir 5 bulan kita bersama tapi abang tengok sayang macam masih tak dapat menerima diri abang seperti abang menerima diri sayang. Abang harap hari ni sayang dapat lah berterus terang. Apa saja jawapan sayang abang tak kisah. Sayang jangan la risau. Abang hanya nak jawapan yang sejujurnya dari sayang. Jangan disebabkan nak jaga hati abang, sayang tipu tentang perasaan sayang sendiri." Kata joe panjang lebar.. Ayu Nadiah telah dapat mengagak tentu perkara ini yang akan dibicarakan mereka. Dia harus berterus terang hari ini. Dia tak mahu memainkan hati Joe dan juga hatinya sendiri.
"Macam nil ah abang. Ayu minta maaf kalau selama ni Ayu ada kecilkan hati abang. Ayu telah cuba sedaya upaya Ayu untuk menyintai abang tapi Ayu tak dapat paksa cinta itu wujud abang. Ayu mintak maaf bang.." kata Ayu sambil bergenang airmata. Dia tahu kata- katanya itu akan melukakan hati Joe.
"Tak pe lah sayang. Abang dah dapat agak itu jawapan sayang. Sebab itu lah sayang masih tak dapat bahasakan diri sayang ‘sayang’ walaupun setipa kali itu abang memanggil sayang dengan nama tu. Abang tahu sayang panggil abang niabang pun sebab abang ni lebih tua dari sayang. Sebagai tanda hormat, bukan sebab sayang. Tak pe sayang, abang tak salahkan sayang. Abang yang salah sebab terus berharapkan cinta sayang. Dari dulu lagi sayang dah bagitau abang jangan terlalu mengharapkan cinta sayang." Kata Joe perlahan. Ayu tahu dia telah melukakan hati Joe tetapi dia tak sanggup lagi menipu Joe dan juga hatinya sendiri.
"abang, Ayu mintak maaf.. Ayu dah cuba bang. Tapi Ayu tetap tak dapat menyintai abang. Abang lelaki yang baik. Ayu bertuah kerana lelaki sebaik abang menyintai Ayu. Mungkin bukan jodoh kita bersama. Hampir 5 bulan bersama tapi Ayu tetap tak dapat wujudkan rasa itu. Ayu minta maaf. Mungkin ada perempuan lain yang lebih baik dari Ayu yang telah diciptakan untuk abang. Ayu minta maaf.." kata Ayu sambil menyeka airmatanya. Dia tak dapat lagi membendung airmatanya dari melimpah. Sungguh perit rasanya apabila terpaksa melukakan hati seorang lelaki sebaik Johan Asyraf.
"Mesti ada lelaki bertuah yang telah bertakhta di hati sayang tu kan. Boleh abang tahu siapa lelaki bertuah itu?" Tanya Joe selepas Ayu kembali tenang. Sebolehnya dia tak mahu bermasam muka atau terputus hubungan dengan Ayu hanya disebabkan tiada jodoh antara dia dan gadis bernamaAyu Nadiah ini.
"Susah la bang. Cinta Ayu ni Cuma dipihak Ayu seorang saja. Ayu tak berani nak luahkan padanya. Dia telah berpunya bang. Sekalipun ayu bagitau dia tentang perasaan Ayu, Ayu tetap tak dapat memilikinya. Biar la abang.. " jawab Ayu sedih.
"Lelaki tu Hazim kan? Sepupu sayang tu?" soal Joe. Soalan Joe tu benar- benar membuatkan dia terkejut. Bagaimana Joe tahu tentang hal ni. Dia tak pernah beritahu hal ni pada sesiapa pun.
"Macam mana abang tahu?" hanya itu yang terkeluar dari bibirnya.
"Abang dapat rasakan sayang menyintai Hazim. Setiap kali sayang bercerita tentang dia, muka sayang berseri- seri. Sayang macam happy sangat bila bercakap tentang dia. Abang dah dapat agak sayang.. Kalau apa- apa terjadi pada dia, sayang risau sangat. Bila abang tanya, sayang cakap sayang sebagai sepupu. Tapi abang tau sayang sayangkan dia lebih dari seorang sepupu. Tapi abang cuma mampu diamkan diri. Betul kata sayang, cinta tak boleh dipaksa. Abang tak boleh paksa sayang menyintai abang. Dan sebab itu lah abang nak kita bincang hal ni hari ni. Abang harap lepas ni, walaupun bukan sebagai kekasih, sayang boleh menyayangi abang sebagai seorang abang kan? Abang Cuma nak sayang bahagia. Menyintai seseorang tak semestinya kita harus memilkinya. Asalkan sayang bahagia, abang pun bahagia." Jawab Joe bersahaja. Meskipun begitu, Ayu tau Joe terluka.
"Ayu mintak maaf bang." Hanya itu yang mampu diucapkannya..
"tak pe lah sayang.. ooppss bukan sayang lagi. Abang kena biasakan diri memanggil Ayu. Ayu bukan milik abang lagi. Kita pergi makan ye. Nak tak?" soal Joe lembut. Dia tak mahu Ayu terus dengan rasa bersalahnya. Ayu tak bersalah. Tiada siapa bersalah dalam soal ni. Cinta memang tak boleh dipaksa.
"Ikut abang la.. Ayu tak kisah" jawab Ayu lembut.
Mereka terus menuju ke restoran berdekatan untuk menikmati makan malam bersama.

***********************************************************************
Handphone Ayu berbunyi. Dia mencelikkan matanya. Jam menunjukkan jam 6.30 pagi. Ayu bingkas bangun mendapatkan handphone nya yang terus- terusan berbunyi. Skrin telefon menunjukkan Hazim.
"Assalamualaikum", Hazim memberikan salam sebelum dia sempat memberikan salamnya.
"Waalaikumussalam. Hazim.. Kenapa kau telefon aku subuh- subuh ni. Ada hal penting ke Hazim?" soal Ayu pelik. Tak pernah lagi Hazim menelefonnya seawall begini.
"Hari ni hari ahad, kau tak ada kelas kan. Aku nak jumpa kau boleh tak? Please, aku ada hal nak cakap dengan kau." Kata Hazim serius. Ayu bertambah pelik. ‘Kenapa pulak dengan Hazim ni. Apa yang penting sangat sampai kena telefon aku subu- subuh ni’, bisik hati Ayu.
"Yelah. Nak jumpa pukul berapa? Kat mana?" soal Ayu tanpa banyak Tanya.
"Nanti pukul 10 pagi aku dating jemput kau kat rumah. Ok?" Tanya Hazim.
"Ok. Aku tunggu kau", jawab Ayu lagi. Usai mematikan talian, dia terus ke bilik air mengambil wuduk untuk bersolat Subuh. Selepas habis bersolat, dia turun ke bawah menolong mama dan orang gajinya menyiapkan sarapan pagi. Dia tidak dapat melelapkan mata lagi.

************************************************************************
Tepat jam 10 pagi, Hazim sampai di rumah aku. Dia berborak- borak dengan mama dan papaku. Sebaik sahaja aku turun, dia meminta izin mama dan papa untun mengajak aku keluar. Mama dan papa mengizinkan. Dahulu, kami selalu keluar bersama. Tetapi sejak aku berpasangan dengan Joe, Hazim tidak lagi mengajak aku keluar. Aku menjadi hairan kenapa dia mengajak aku keluar hari ini. Macam dia tahu plak aku dan Joe telah berpisah.
"errmm kita nak ke mana ni Hazim?" Ayu bertanya pada Hazim. Dia sendiri tidak diberitahu tadi kemana dia akan dibawa.
"kita nak pergi nikah", jawab Hazim bersahaja. Jawapan Hazim itu membuatkan Ayu terkejut.
"Aku tanya betul- betul la. Jangan la main- main", kata Ayu sedikit tegas.
"Aku nak gurau- gurau pun tak boleh ke? Jangan la serius sangat sayang…", jawab Hazim yang membuatkan Ayu benar- benar terkejut. ‘Sayang? Dia panggil aku sayang? Apa yang tak kena dengan budak ni? Demam agaknya’ ,omel Ayu sendirian.
"Apa- apa aja la Hazim. Malas aku nak melayan kau", pintas Ayu. Malas dia nak melayan karenah Hazim. Makin dilayan makin menjadi. Lagi pula, semalam dia baru berpisah dengan Joe. Mustahil dia boleh bersuka ria dengan Hazim pulak hari ni. Wlaupun dia gembira dapat bersama Hazim hari ni, dia tetap berasa sedih dengan apa yang terjadi semalam. Walaupun tidak menyintai Joe, tapi perasaan kasih pada Joe tetap ada. Hazim membawa Ayu jauh dari hiruk pikuk kota. Ke sebuah tempat yang amat damai dan sunyi tanpa ada sebarang gangguan. Dari atas bukit itu, Ayu dapat melihat kecantikan kota Kuala Lumpur dari jauh. Bangunan KLCC dan juga Manara Kuala Lumpur sungguh jauh dimatanya.
Setelah mengambil tempat di tempat duduk yang telah disediakan itu, Ayu melihat raut wajah Hazim yang agak kusut itu.
"Kenapa kau ni Hazim? Aku tengok dari tadi lagi kau kusut dan resah semacam aja. Kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku. Mana la tau kalau aku boleh tolong kau." Soal Ayu yang tidak mengerti dengan sikap Hazim yang jauh berbeza dari hari- hari biasa itu.
"Aku.. sebenarnya aku..", kata Hazim tergagap- gagap. Ayu bertambah pelik. Lelaki yang selalu betah berkata-kata ini menjadi gagap tiba- tiba. ‘Tentu masalahnya berat ni’, bisik hati kecil Ayu.
"Cakap je la Hazim. Aku sedia mendengar",kata Ayu untuk member Hazim semangat meneruskan kata- katanya.
"Sebenarnya.. sebenarnya aku sukakan kau", jawab Hazim. Akhirnya segala yang terbuku dihatinya sekian lama terluah juga. Dia tidak kisah andai Ayu dapat menerima cintanya atuapun tidak. Dia harus berterus terang tentang hatinya.
"Apa kau merepek ni Hazim. Kita kan sepupu. Kau jangan lah nak bergurau soal hati dan perasaan ni." Kata Ayu sedikit tegas. Dia takut Hazim sekadar ingin mempermainkannya. Sedangkan hatinya betul- betul menyintai lelaki itu sekian lama. Perkataan sepupu itu sngaja dijadikan alas an. Antara dia dan Hazim hanyalah sepupu dan mereka boleh berkahwin.
"Aku tak merepek Ayu. Dah lama aku sukakan kau. Aku tahu ka mesti anggap aku ni kaki perempuan kan. Sebenarnya Ayu, semua perempuan yang aku ceritakan pada kau dulu hanyalah tipu. Aku saja nak buat kau jeles. Aku nak kau anggap aku ni lelaki yang digilai ramai wanita. Tapi kau buat tak kisah aje. Aku bertambah sakit hati. Sikap ego aku membuatkan aku mereka- reka cerita tentang semua mereka itu. Padahal dalam hati aku terlalu cintakan kau. Tapi aku tak berani nak bagitau kau takut kau tolak cinta aku. Aku selalu cerita kat mak aku tentang perasaan aku pada kau. Dia selalu nasihatkan aku tentang perangai ego aku tu dan suruh aku berterus terang pada kau tapi aku tak nak. Kau mesti ingat lagi masa kita di tingkatan 3 aku pernah bagitau kau aku sukakan kau masa kita di rumah opah dulu kan? Sebenarnya time tu aku memang betul- betul sukakan kau. Bila kau cakap tak percaya, aku terus cakap aku saja gurau- gurau", Terang Hazim panjang lebar. Ayu seolah tak percaya apa yang baru diceritakan oleh Hazim tadi. Dia seolah-olah bermimpi.
"kenapa tiba- tiba saja kau nak beritahu aku semua ni sekarang? Kau tak takut aku tolak cinta kau tu?" soal Ayu untuk mendapatkan kepastian. Dia tak mahu lagi berteka- teki. Dia harus tahu.
"Sebenarnya, mama kau pun dah tahu pasal perasaan aku kat kau ni. Sebelum kau bersam dengan Joe lagi. Tapi mama kau suruh aku bagitau kau sendiri. Aku cuba mencari waktu yang sesuai. Tiba- tiba kau cakap kau dah terima cinta Joe. Hancur luluh hati aku ni Ayu. Aku pendam aje hati dan perasaan aku ni Ayu. Semalam, tiba- tiba mama kau telefon aku cakap kau dengan Joe dah berpisah. Aku terkejut gak. Mama kau suruh aku luahkan perasaan aku kat kau. Lepas tu, aku Tanya pendapat mak aku pulak. Mak aku pun cakap benda yang saama. Aku dapat semangat semula untuk luahkan apa yang aku dah bagitau kau hari ni. Aku tak kisah kau nak terima cinta aku atau tak. Yang penting kau tahu perasaan aku kat kau. Tu je. Dan satu lagi, semalam lepas aku berborak dengan mak aku, Joe telefon aku. Dia suruh aku jaga kau baik- baik. Jangan sakitkan hati kau. Bila aku Tanya kenapa, dia cerita semuanya pada aku. Tapi aku nak dengar semua ni dari mulut kau", kata Hazim.
"Ok. Macam ni lah. Sebenarnya memang aku cintakan kau sejak kita di tingkatan 1 lagi. Waktu tu, aku ingat cinta ni hanya cinta monyet dan akan hilang lama- kelamaan. Tapi aku silap. Makin lama, aku menjadi makin sayangkan kau. Tapi bila kau selalu cerita pasal semua girlfriend kau tu, aku dah mula patah hati. Tapi cinta aku tak pernah padam untuk kau. Sikit pun tak. Aku terima cinta Joe sebab aku sangka aku tak kan dapat bersama dengan kau. Dan dengan layanan Joe yang baik pada aku. Aku cuba untuk bercinta dengan dia, tapi perasaan tu tak wujud untuk dia. Aku terlalu sayang dan cintakan kau Hazim", jawab Ayu sambil menangis. Sesungguhnya dia tidak menyangkakan Hazim juga mempunyai perasaan yang sama padanya.
"Aku pun sayangkan kau Ayu. Aku tak nak kau terlepas kat tangan orang lain lagi. Aku betul- betul menyesal sebab tak luahkan isi hati aku pada kau awal- awal sampai kau terlepas ke tangan Joe. Tak pe lah.. sekarang kita dah boleh bersama. Aku harap lepas ni takkan ada masalah lagi dalam hubungan kita." Terang Hazim sambil tersenyum.
Tiba- tiba Hazim memegang tangannya sambil berkata "Ayu, sudikah kau menjadi permaisuri hati aku ni untuk selamanya?" soal Hazim penuh kelembutan. Saat ini, Ayu betul- betul bahagia dan terharu. Dia tidak pernah menyangkakn Hazim akan berbicara sebegitu dengannya.
Sambil memandang mata Hazim, Ayu mengangguk kepala tanda setuju. Airmata Ayu Nadiah tumpah lagi kerana terlalu bahagia.
"Kita kahwin nak tak sayang? Abang tak sanggup lepaskan sayang lagi. Abang takut sayang disambar orang lain pulak. Kita kahwin dulu, lepas tu baru kita bercinta. Ok tak?", soal Hazim yang telah menukarkan ganti nama diri itu. Ayu agak terkejut betapa cepatnya Hazim telah membahasakan dirinya abang dan juga memanggilnya sayang.
"Ermm tapi Ayu kan masih belajar lagi. Mama dengan papa mesti tak bagi kan?", soal Ayu. Dia tidak pasti apa jawapan yang harus diberikan. Dia bahagia dengan ajakan Hazim itu tapi dia tak pasti sama ada mama dan papanya menyetujui cadangan mereka itu.
"Sebenarnya, abang ada berbincang dengan mama dan papa saynag sebelum ni. Abang pernah tany, andai kata sayang teria cinta abang, abang nak kahwin dengan sayang walaupun belum habis belajar lagi. Mereka cakap mereka tak kisah lagipun sayang kan dah semester akhir. Mak dan ayah abang pun tak kisah. Jadi, kita tak ada apa- apa halangan la kan?", soal Hazim bersungguh- sungguh.
"Yela sayang.. Oopss.. Hazim.", kata Ayu yang tersipu- sipu malu. ‘Macam mana la aku boleh terlepas cakap ni’, omel Ayu sendirian.
"Hehehe tak pe.. Abang tak kisah. Abang lagi la suka kalau sayang panggil abang macam tu", kata Hazim sambil ketawa. Malu Ayu dibuatnya.

********************************************************************
Ayu tidak menyangka mama dan papanya tidak membantah hasrat mereka untuk berkahwin. Begitu juga dengan mak long dan pak longnya. Sesungguhnya, dia merasa sunggunh bahagia kerana cintanya selama ini tidak bertepuk sebelah tangan. Hazim juga menyintainya sepenuh hati. Jodoh pertemuan semuanya di tangan TUHAN.

-TAMAT-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.