Cerpen : Love Kita

Hari ini… aku terasa sangat gembira… Entahlah… aku pon tak tahu apa sebabnya aku jadi begini.. gila ke aku??

(ayu senyum sendirian)

….Tiba di sebuah kedai menjual kek… dipenuhi dengan belon berbentuk LOVE… berwarna merah…

Ayu berhenti seketika.. dia tergamam melihat Sesutu yang benar-benar membuat dia terpegun dan itulah yang dia cari selama ini..

Sebuah kek yang berbentuk bantal dan dihiasi dengan LOVE,,,
Yes!! Great!!!.. this is what I’m looking for!! Jeritnya dengan kuat tanpa menghiraukan orang ramai disekelilingnye.. semua terkejut dan hanya tersenyum sinis melihat watak Ayu yang seakan-akan hilang akal seketika..


"Excuse me... may i know... how much this cake" tanya ayu pada penjual kek
"RM 80… mahu ke cik adik" jawab toke yang berumur lingkungan 50 tahun..
"yup.. give me one and please write this : I LOVE YOU…MUAHXXX….

Di rumah…

Ayu: mami…….mami….mami…. (jerit ayu memanggil insan kesayangannya.. )
Mami: ye sayang… You look so happy… (senyum puan airina)
Ayu: mami… harini ayu gembira sangat…guess why??
Mami: erm.. dah jumpa putera idaman yer??
Ayu: (mencebikkan bibir) Nope… mami selalu macam ni.. takda benda lain la..
Mami: (senyum memandang anak gadisnya yang berwatakkan seperti seorang budak)

Di pintu… "Asslamualaikum…."
Daddy!!!!!! (jerit ayu)
Yes..my princess... (senyum Tun Omar kepada anak tunggal perempuannya itu)
Di tatapnya wajah puteri kesayangannya yang manja itu...

"herm..happy je anak daddy ni..kenapa ye?"

Ayu senyum sendirian.. seperti sedang berfikir sesuatu
(nak bagitahu ke tak??....tanya Ayu sendirian di dalam hati nya)

"er...daddy..mami... actually... azmir is coming back..tonight from LONDON....!!"

Serentak mami and daddy "herm…patutla…then?"

Ayu memberi senyuman manis sekali lagi…

"Then.. Ayu happy sangat…. And I plan to celebrate his birthday tonight…surprise party for him…. " Ayu tersenyum riang sambil memandang kedua orang tuanya.

"Ayu…Ayu… ikut Ayu la.. mummy and daddy tak bangkang… we’re happy when u’re happy…." Jawab Tuan Omar melihat keletah anak gadisnya yang separuh matang…Ops!! PRAMATANG…hihihi

---------------------------------------

Jam Rolex Ayu menunjukkan tepat pukul 10 malam, Ayu menjengketkan kakinya melihat penumpang yang melalui "passenger gate". Suasana KLIA terlalu hingar ketika itu, maklumlah, masing-masing yang hadir di situ menunggu kepulangan tersayang.
Ada yang berbual kuat seperti jarak berbatu-batu, sedangkan sebelah-menyebelah aje (kata orang Perak)….

"Mana Azmir ni… " Ayu resah menunggu buah hatinya….
Malam itu, dia sungguh anggun, dan cukup ayu...sesuai dengan namanya,Ayu... bergaun labuh berwarna pink cair, bertumit tinggi berwarna putih...seperti seorang puteri dari kayangan, sesiapa sahaja yang melintasinya pasti tidak akan melepaskan pandangan melihatnya.Kadang-kadang Ayu tersenyum nakal sendirian merasakan dirinya seperti bintang popular....

"Hallo.....sweet....." sapaan dari suara yang cukup Ayu kenal....Azmir!!
Azmir..Azmir... memang lelaki inilah yang sentiasa bertakhta di hatinya, raut wajah yang seakan-akan Hans Isaac,ketinggian yang sangat ideal dan dia sememangnya macho membuatkan sesiapa sahaja yan bergelar wanita menjadi bisu.....lemah dan arghhhhhhhhhh........ he’s so charming!!!!

Tapi... penantian Ayu seakan-akan satu penantian yang sia-sia....
Ayu tergamam seketika bila Azmir membawa seorang wanita berkulit putih bersamanya,kelihatan sangat mesra. Ah!!!! Aku mesti positif, tak kan la girlfren Azmir...aku pasti,dia sayagkan aku.....

"Hai... sayang.....you make me surprise..." suara Ayu yang manja menyapa ke cuping telinga Azmir…

"er,… sorry… Ayu.. let me introduce to you..my future wife, Hallen, but her muslim name is Halina…..and…. luv,this is my bestfren,Ayu,,,,"

Argghhh…..Adoi….. tika ini Ayu merasakan satu batu yang besar menghempap dirinya…
Oh My God!!!!!!!! Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Azmir…sampai hati buat Ayu macam ni,,,,,!!!!!!!!!!!!!

Suasana yang pada mulanya bagaikan bercahaya gemilang,kian pudar..pudar dan…
tuppp!!!!

Ayu tidak sedarkan diri… dan bila dia membuka matanya,dia dikelilingi….mummy..daddy….Azmir dan ish….. perempuan lidi ..(girlfren Azmir)

Dia segera bangun,dan berlakon seakan-akan kepalanya pening,dirinya kurang sihat..
"er...mummy..daddy.. what happened?"Tanya Ayu
"haish… Ayu...anak mummy tak da ape ke?itulah mumy suruh makan dulu sebelum keluar tadi, tak nak.. sekarang siapa yang susah?? Nasib baik Azmir ada,kalau tak.. tak tahulah…"

"Ayu… you tak makan lagi ke? Tunggu I? I’m so sorry..menyusahkan you... " celah Azmir,mamat yang digilai Ayu,tapi sekarang cukup dibencinya....

Shut Up you!! Jantan keparat,dasar tak sedar diri, aku tungu kau macam janda mati laki, setia dekat kau, tiba-tiba minah saleh lidi ni kau bawa balik... future wife konon.. pirah!!! Sebab kau la aku pengsan, takda maknanya pasal tak makan,aku dah biasa la diet!!!

"er...it’s ok... I yang salah.. tak sabar nak jumpa you... takut lambat..." jawab ayu dengan sopan,tapi matanya menjeling tajam ke arah Halina,perempuan lidi itu.

"ok guys.... dah la tu.. jom kita makan sama-sama ye... lagipun..Azmir. Ayu got a surprise for you... Ayu.. apa lagi…. Siang tadi beria-ia.." Tuan Omar menceriakan suasana, dia seakan faham dengan anak gadis manjanya.Dia tahu Ayu sedih,dia sendiri tidak memahami Azmir , sebelum ke London lelaki itu pernah menyatakan cinta pada Ayu, Tuan Omar sendiri menyaksikannya.

"Ayu..my princess…let’s go.. ajak Azmir and Halina…" Tuan Omar berlakon seperti tidak memahami perasaan Ayu…

"o… ye.. come,Halina,Azmir… "
"Ayu..it’s ok..she can speak malay… I ajar dia dekat London.." Azmir menyampuk...

Huh!!! Keparat punya jantan!!!

"Hiihihi... ok..Halina jom la..."
"ye..terima kasih...." jawab Halina yng agak sengau berbahasa melayu....

Hihihi.... uwekk... dah lah lidi...sengau...
Tawa kecil Ayu di dalam hatinya.


Malam itu Ayu berpura-pura gembira menyambut hari lahir Azmir yang ke 25, tetapi hirisan kek yang berbentuk love, selebar cintanya pada Azmir, seperti tiada rasa, pahit..sepahit apa yang terjadi malam itu... dia menahan geram.malu dan sedih dengan tindakan Azmir...
Azmir pula... gembira, berulang kali mengucapkan terima kasih, dan paling menyakitkan mata Ayu bila Az meyuap kek ke mulut Halina... cukup bahagia mereka.. seperti mentertawakan kepahitan dan kedukaannya pada waktu ini...

-------------------------------------------------

Tiupan angin yang lembut, menyentuh pipi gebunya, menyapa tubuhnya,menambahkan lagi kesayuan dihatinya. Tidak disangka-sangka, seorang lelaki yang dianggapnya sebagai teman istimewa rupanya hanya menganggapnya hanyalah teman biasa.

Ayu terkenang kembali detik indah ketika dia dan Azmir bersama ketika zaman remaja mereka, di zaman Universiti, mereka bagaikan sepasang kekasih yang bahagia. Pergi ke mana sahaja pasti ada sahaja mata yang mengerling ke arah mereka. Sehinggakan mereka mendapat gelaran pasangan "paling seSuai...." di kalangan rakan-rakan mereka dan juga turut terkenal dikalangan para pensyarah.

Az... Ayu tak sangka Az dah berubah... cepat masa berlalu, Ayu sentiasa menunggu Az, tapi... Az cepat betul berubah... apa silap Ayu??
Tika ini air matanya menitis laju membasahi pipi, diiringi alunan sedu sedan, sebak sangat rasanya bila dia ingat kembali kata-kata dan janji manis Azmir kepadanya sebeum ke London.

"Az janji Ayu, walau sejauh mana pun, walau selama mana pun ,walau sebesar mana rintangan.... Az tetap setia... hanya Ayu di hati Az.... " luahan Azmir, yang ketika itu membuatkan Ayu seperti seorag puteri yang tuun dari kayangan...

++++++++++++++++++++++++++++


Di pejabat, Ayu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Hanya lelaki itu yang terbayang, dan kadangkala diganggu oleh wajah minah saleh lidi yang cukup Ayu benci.

"Ayu.... " sapa daddy, melihat puterinya yang sedari tadi asyik termenung.
"yup... daddy.... " Ayu tersenyum pahit
"I know what you are thinking bout... but please.. just forget him.. maybe he is not for you…" pujuk Tuan Omar.
"Erm.. I hope so dad, but… makin Ayu cuba.. makin sukar Ayu nak lupakan dia…"
"Takpalah... ambil masa kan... but I believe you can..my princess..." Tuan Omar mengusap kepala Ayu… dia sememangnya seorang ayah yang cukup memahami puterinya itu,sentiasa menyokong dan memberi apa sahaja yang termampu untuk menggembirakan Ayu.


++++++++++++++++++++++++++++

King…kring…
Telefon bimbit N81 ayu berbunyi….
Seraya, hatinya berdebar melihat di skrin telefon terpahat nama Azmir...

Ah!!! Pehal mamat ni telefon aku pulak...
Ko dah clash dengan minah tu ke???
Ayu membebel sendrian…

Tapi.. tangannya laju sahaja memicit butang hijau, menjawab panggilan itu…

"hai… Ayu… it’s me,Az…. "
Tidak sempat Azmir meneruskan perbualan..
"yes.. i know... kenapa?"
Suara Ayu serius menjawab panggilan Azmir.
"Er... nothing, just nak dengar suara you je...."
Azmir tergamam, dia faham kenapa Ayu bersikap sedemikian.
"ok.. thanks.. I busy ni… kalau tak da apa.. bye…."
Ayu meninggikan egonya
"er…oh…ok… takpala.. sorry mengganggu you…ok..bye…"
Oh!!!!!!!!!!! Tak guna punya jantan, aku ingat kau nak pujuk ke, ajak aku makan ke,tapi…
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..

Di rumah…. Azmir hanya termenung, selera kian berkurang, kini hatinya hancur luluh, dia tahu pasti Ayu membencinya kini. Jika dia ditempat Ayu pasti dia juga bersikap begitu.
Dia masih ingat janjinya pada Ayu, untuk menjadikannya suri hidup seumur hidupnya, tapi itu semua dulu. Kini sudah berubah… sudah berubah Ayu… Az bukan azmir yang Ayu kenal dulu….

Air mata lelakinya jatuh…. Tidak dia sangkakan ujian seberat ini. Andai dia tahu, inilah takdirnya, pasti dia tidak akan terima melanjutkan pelajaran ke London. Pasti sahaja dia mengabdikan masanya selama dua tahun itu bersama-sama Ayu.... tapi itu jika dia tahu...

I’m soRry Ayu.....!!!!
Ya Allah,Kau tabahkanlah aku... seraya menitis laju air matanya...

--------------------------------

"Jam tepat menunjukkan 3.15 petang.. hallo all malaysian... semoga semuanya gembira dan berjaya dengan apa dilakukan pada hari ini.... baiklah..kita teruskan dengan pilihan lagu kita yang seterusnya... dari seorang sahabat,yang hanya mahu dikenali LOVE meminta lagu EXIST,JANJI PADAMU... dengarkan... ERA...." tika ini Ayu ditemani lagu-lagu dari ERA,dengar lagu ketika memandu salah satu caranya mengurangkan stress ketika berhadapan dengan kesesakan jalan di Kuala Lumpur ni.


"Andainya dikau mencuri hatiku dengan kejujuran dan tingkahlaku mu,
memberikan aku satu keyakinan..
mendungkan berlalu...
akan ku pertahan cinta ini.
Demi kesetiaanku padamu
akanku tempuhi onak duri,
demi untukmu bidadari.
percayalah...janjiku ini...."

lirik lagu nyanyian kumpulan exist membuatkan Ayu semakin bertambah rindu pada insan yang bernama Azmir. Az selalu menyanyikan lagu ini buat ayu.

Az....I love you... I need you….
I tak kuat hadapi semua ni…
Please Az….

"pin…pin…." Kedengaran hon kereta…
Ayu tersedar,segera melajukan kereta dan mencari ruang bahu jalan. Dia memberhentikan seketika keretanya di tepi. Hatinya benar-benar sedih,jiwanya tidak tenang...

"az.... why me??? Kenapa You kecewakan I?? mana pergi janji You dulu???"
Ayu menangis sekuat-kuatnya. Biarkan pemandu lain yang melihatnya ingin katakan apa pun,yang pasti dia puas,dia perlu melepaskan segalanya...

--------------------------------------------

Di rumah, mummy seperti biasa, hidangan tengahari telah disediakan. Ayu cukup kagum dengan wanita di hadapannya ini, seorang ibu dan isteri yang sangat komited terhadap tangungjawabnya.Dia tidak seperti orang lain, jiran-jirannya yang kebanyakan sentiasa bermegah-megah dengan kemewahan. Tetapi sebalinya,mummy bukan begitu. Walaupun dia seorang isteri pengarah syarikat komunikasi dan multimedia,dia tidak pernah berbangga mahupun bersaing kekayaan. Buktinya, mummy lebih senang jika kawan-kawan Ayu memanggilnya aunty berbanding datin. Seperti daddy juga, hanya menggunakan gelaran Tuan Omar dikalangan para pekerjanya, bukan Dato’.

"Ayu... dah balik pun, come.let’s have lunch together.." sapaan mumy sambil memberi senyuman lembut
"Yes,mummy,,,,ok.... erm.. sedapnya, masak lemak cili api daging.. my favourite... thanks mummy...." seraya memberi satu ciuman terima kasih buat mummynya.

Tengahari itu Ayu makan bersama dengan mummy, cuba berlakon seakan-akan dia gembira, namun hanya Tuhan tahu betapa dia merindui Azmir. Daddy pula minggu ini tidak bersama-sama mereka, kerana ada urusan di Pulau Pinang selama dua minggu.


Di dapur, Ayu termenung, dia segera ke tepi kolam ikan di belakang rumahnya.
Makanan ikan dicapai. Dibalingnya makanan itu ke dalam kolam perlahan-lahan…
Menatap keindahan ciptaan Allah s.w.t, ikan, sejenis makhluk yang hidup di dalam air, hanya bergantung pada oksigen di sekeliling dan mengeluarkan karbon dioksida sebagai pertukaran.
Tika ini dia umpamakan dirinya seperti ikan itu, Az seperti oksigen yang memberikan kehidupan kepadanya. Kini, Az semakin menjauh, dia tidak dapat menerima semua ini.
Ayu masih terfikir, mengapa Az berbuat begitu? Benarkah dia benar-benar sudah melupakan Ayu..... pastikah minah saleh lidi itu,pujaan hatinya??

Ayu terkenang kembali, malam menyambut hari lahir Az, walaupun lelaki itu ceria, tetapi ada satu kelainan yang Ayu lihat padanya. Az semakin kurus, mukanya kelihatan cengkung, dan paling hairan, lelaki itu kini memakai kepiah. Adakah perubahan itu menyebabkan cintanya juga berubah pada Ayu?
Ah!!! Lelaki, sama saja. Mungkin sengaja berpura-pura menunjuk baik kepada Halina, mualaf itu. Mungkin itu juga salah satu cara Az ingin memikat Halina.

Halina??Aku benci kau. Sebab kau, Az curang. Sebab kau, Az jauh dari aku.
Ah!!! Aku tak kan benarkan kau ambil Az, Az milik aku!!

Tiba-tiba kedengaran suara mummy memanggil..

"ayu.... ayu.... Halina telefon...."

Ha??? Apa kes perempuan lidi tu call aku??
Dahla ko rampas Az, nak berbaik dengan aku pula???
Get Lost!!!!!

"ok..mummy...I’m coming..."

"Hello... Assalamualaikum...." Ayu memulakan perbualan.Suaranya yang bergetar marah dikawal sebaik mungkin.
"Wa’kumsalam. Ayu... I’m Halina...."
Aku tahu!!! Cakapla cepat sikit, dahla sengau...
" I nak bagitahu you.... Az....." Suara Halina menggigil seperti menahan sebak..
"Az??? What happened to him??" Ayu menjerit sekuat hati, tidak sabar rasanya igin tahu apa terjadi.
"Az.... tenat... sekarang di hospital.... dia nak jumpa Ayu sangat...." Halina memberitahu diiringi sedu-sedan
"What????"

************************************************************************
Tika ini, Grand Livina memecut laju, seakan-akan tidak dipandu di atas jalan raya, Ayu berdebar-debar, air matanya tidak dapat ditahan, hanya satu di hatinya, dia berdoa agar ada rezekinya untuk bertemu Az.
Mummy sedari tadi cuba menenangkan Ayu, menasihati Ayu agar memandu perlahan sedikit, Ayu seperti orang yang hilang kewarasan.

Kini, Ayu dan mummy memasuki kawasan Hospital Ampang Puteri. Lif ditekan, bila pintu lif dibuka, ayu segera masuk seperti burung yang terbang, susunan langkah ayunya selama ini tiada lagi. Hanya satu bermain difikirannya, untuk bertemu dengan lelaki yang amat dicintanya.

Wad D5 dimasuki, katil Az bernombor 6 dicarinya, dia segera berlari ke arah katil itu.

"Az...... Az... kenapa jadi macam ni?? Jangan tinggalkan Ayu, Az......" Jerit Ayu...
Az membuka matanya perlahan-lahan, ternyata kelihatan letih dan tidak bermaya, mukanya semakin pucat dan cengkung, kepalanya pula berbalut dengan kain putih, seperti melindungi rambutnya.

"Ayu.... I Love You.... I’m sorry....." Az berbicara dengan lemah tatkala melihat Ayu
" I’m still Love You... Andai I pergi... satu permintaan Az…." Az menyambung lagi...
"Az... please jangan cakap macam ni.. Az mesti sembuh... Ayu sayang Az, Ayu boleh jaga Az...." Ayu mencelah, tidak tertahan melihat Az yang kian tenat, seperti tidak ada masa lagi.
" Tak.. Ayu,, Az tak cukup masa lagi... Az harap Ayu maafkan segalanya, Az takda niat buat Ayu sedih….. Az minta, biarlah cinta kita selama ini Az bawa hingga ke sana, izinkan Az menyintai Ayu sehingga hujung nyawa….." kata-kata Az cukup memilukan

Mummy, Halina…berada di sisi, sebak melihat Ayu dan Az…..

Ayu kaget, melihat insan yang selama ini menyemai cinta dan memberi senyuman kepadanya selemah ini.
Az??? Ya Allah.... jangan kau pisahkan kami.. aku sangat mencintainya.....

Kemudian...

"tuttttttt........................"
Mesin yang digunakan untuk memberi sokongan pernafasan kepada Az berbunyi.
Denyutan jantung sudah berhenti.. dan AZ.... kaku, matanya terpejam rapat... gengamannya pada Ayu terlerai perlahan-lahan....

"Az.........................." Ayu menjerit
Dunia bagaikan berputar, dirinya tidak sanggup menerima semua ini.....
Az...tinggalkan Ayu...... sampai hati Az.... Az tak tunaikan lagi janji pada Ayu....
Az...........................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jenazah Azmir selamat dikebumikan.
Ayu tidak berhenti-henti menangis, sebak rasanya. Lelaki yang ditunggu selama ini, pergi begitu sahaja, tidak puas dia berjumpa, bergurau seperti dahulu, tetapi tinggalkan Ayu tanpa rela.

Ayu duduk di kerusi di hadapan rumahnya....
Mummy memeluk Ayu memeri semangat dan meminta Ayu bersabar.

Tiba-tiba Ayu rasakan tangan memegang bahunya.... Halina.
"Ayu... ini surat arwah untuk Ayu... Halina harap lepas Ayu baca.. Ayu takkan salahkan Halina Atau Azmir.... semua yang terjadi bersebab Ayu...maafkan Halina sebab tidak memberitahu Ayu perkara sebenar... Azmir yang minta disorokkan.... Halina pergi dulu..." Halina menghulur sekeping surat dan memeluk Ayu

Halina melangkah meninggalkan Ayu, Ayu tetap membatu, rasa benci pada Halina semakin menebal. Dia menganggap Halinalah punca semua ini.

Surat yang digenggamnya dibuka perlahan-lahan....

Assalamualikum,
Buat Ayu tersayang...
Az minta maaf terlebih dahulu sekiranya kepulangan Az membuatkan Ayu bersedih, dan Az pasti Ayu membenci Az kerana ingin mengahwini Halina. Ayu, tika ini, Az tidak ada masa lagi, jangka hidup hanya tinggal lagi sebulan. Az tidak mahu melihat Ayu bersedih kerana Az. Az minta maaf kerana tidak berterus terang perkara yang sebenar. Dua tahun Az di London, Az sebenarnya menghidap Leukimia. Selama itu, Halina dan keluarga yang banyak menjaga Az, mereka adalah keluarga angkat Az di sana. Keluarga mereka sangat baik, banyak membantu Az jika ada masalah. Selepas Az mengetahui Az takkan hidup lama lagi, hanya tempoh sebulan, Az meminta Halina supaya menemani Az ke Malaysia, Az ingin sangat bertemu Ayu, biarpun kita tidak serapat dulu, tapi cukuplah dapat mendengar suara dan wajah Ayu. Halina hanyala kakak angkat Az. Az buat semua ini agar Ayu tidak bersedih menempuhi hari-hari terakhir bersama Az. Biarlah Ayu menatap wajah Az hanya seketika dan tidak perlu kenangan menjaga Az. Ayu, Az harap Ayu dapat menerima Halina seperti keluarga. Ayu, Az nak Ayu tahu, Az amat mencintai Ayu. Cinta Az pada Ayu tak pernah pudar. Janji Az pada Ayu sememangnya ikhlas, tapi sebagai hambaNya, Az tidak dapat melawan takdir. Izinkan Az mencinta Ayu selamanya.
Hanya kenangan LOVE kita yang selalu menjadi kekuatan Az selama ini. Az harap Ayu juga tabah menghadapi semua ini. Izinkan dan redhakanlah segalanya Ayu.
I LOVE U.... AYU..., AZ.


Sekeping duit sepuluh ringgit berbentuk LOVE terselit di dalam surat. Ayu memegang dan genggam sekuat hatinya. Dia masih ingat itu pemberian terakhirnya buat Az sebelum berangkat ke London. Ternyata Az amat setia. Segala yang berlaku hanyalah lakonan agar dirinya tidak mengharapkan Az dan tabah.

"Maafkan Ayu Az.... I LOVE YOU TOO.... Ayu akan simpan cinta kita, LOVE kita….. "
Mummy memeluk Ayu....

Ayu mengabdikan LOVE mereka didalam frame pemberian Az kepadanya sebelum ke London.Frame yang juga dihiasi LoVe disekelilingnya.

Sekian.. harap anda terhibur, segala kekurangan..sorry... still baru buat novel.. thanks for reading.... =)

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.