Cerpen : Di mana hadirnya cintaku

Aku tersentap saat terpandang sepasang jam tangan kekasih yang diletak rapi di atas meja antik kakaknya itu. Jam itu adalah pemberianku kepada kakak sempena perkahwinannya dengan Abang Fazlan. Dahulu, aku begitu menyayangi jam yang unik itu dan aku berhasrat untuk menghadiahkannya kepada kekasih hatiku, Izat sebagai tanda kasih antara kami namun rupanya aku yang bertepuk sebelah tangan.

Izat kini sudah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan keluarganya yang paling menyedihkan gadis yang menjadi pilihan keluarganya itu adalah adik tiriku sendiri. Teramat kecewa bagiku saat ibuku sendiri sudah tidak menghiraukan perasaanku demi menuruti hasrat ayah tiriku.

"Hani tak nak pulang jumpa mama ke?,"soal Kak Husna saat kami sedang asyik menonton televisyen seusai makan malam. Aku terkedu saat panggilan mama disebut. Bukan tidak ku rindu Cuma luka di hati masih belum hilang. Aku sendiri takut andai bertemu Izat kembali. Aku ingin melupakannya! Cinta pertamaku!! "Kak, lets not talk about this ok.Not now," Kak Husna hanya mengangguk memahami pintaku itu.

"Hani,izat minta maaf.Ni semua bukan hasrat Izat. Kalaulah Izat berdaya, Izat nak sangat halang hasrat ibu dan ayah Izat tp izat tak mampu.Tapi sumpah, hanya hani di hati Izat," kata-kata Izat itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Setiap kali teringat akan Izat pasti air mataku mengalir.

Sudah hampir 5 bulan aku berada di tanah airku,Malaysia namun belum sekalipun aku menziarahi orang tuaku. Entah kenapa hari tu, aku tergerak untuk menziarahi ibuku yang pastinya kini begitu merinduiku. Masakan si ibu tidak merindui anak kandungnya yang sudah hampir tiga tahun tidak berjumpa.

Ternyata mama menyambut baik kehadiranku.Begitu juga papa tiriku. Namun rupanya bukan aku sahaja tetamu mama dan papa pada hari itu. "Hani,lama tak jumpa. Sihat ke?,"soal Izat mesra namun Fify tidak langsung menghiraukan kehadiranku di situ. Tidak dapat ku bayangkan andai Fify mengetahui hubungan aku dan Izat. Mujurlah rahsia itu masih disimpan kemas antara aku,mama,Izat dan Kak Husna. Hari itu, aku hanya mampu memandang kemesraan antara Fify dan Izat namun sejak dulu aku sudah berazam untuk melupakan jejaka hipokrit itu. Dan aku yakin perasaan cinta aku terhadap Izat kian pudar dan aku yakin aku mampu menghapuskan segala perasaan lampau.

"Hani,jom la keluar malam ni," pujuk Faizul. Jejaka itu sememangnya tidak pernah berputus asa dalam menarik perhatianku. Sememangnya aku amat menyenangi kehadiran jejaka itu di sisiku. Mungkin pintu hati akan terbuka?? "Ok..Jumpa kat Secret Recipe k," ujarku sebelum mematikan talian. Hatiku berbunga untuk keluar bersamanya. Mungkinkah wajah tampan jejaka itu yang mencairkan hatiku?? Ah, mustahil. Hafiz lebih tampan berbanding Faizul namun jejaka itu langsung tidak mendapat tempat di hatiku dek perangainya yang tidak menghormati insan lain.

XXXXX

Hubungan aku dan Faizul ternyata serius dan kami telah telah bercinta selama lebih setahun dan mama tahu mengenai percintaan kami begitu juga Kak husna namun jauh di sudut hatiku aku masih keliru tentang perasaanku. Ternyata kekeliruanku itu semakin mendalam saat Faizul datang ke rumah untuk melamarku. Tanpa kebenaran dan persetujuan dariku, papa terlebih dulu menyetujui lamaran itu dan aku buntu tentang apa yang akan berlaku.

"Zul, Hani rasa terlalu awal untuk kita terus berkahwin. Kenapa tidak kita bertunang dulu?," pujukku. Sebenarnya aku kaget dengan keputusan faizul untuk menikahi secara tiba-tiba tanpa berbincang dahulu dengan diriku. "Perlukah bertunang? Saya tak nak awak di rampas," Dirampas? Aku langsung tidak mengerti kata-kata yang diluahkan Faizul itu.

"Hani,tolonglah jangan teruskan pernikahan tu. Izat sayangkan Hani.Izat akan pinang Hani,"rupanya deringan telefon yang diterima malam itu adalah panggilan yang langsung tidak diharapkan. Aku hanya berdiam diri sebelum mematikan talian tanpa sepatah kata ku ucapkan pada Izat. Kenapa harus aku mempercayai jejaka itu. Mustahil untuk aku menerimanya kembali tapi kenapa seakan masih ada ruang di hatiku buat Izat,cinta pertamaku. Ah! Sukarnya melupakan dia.

"Kiera, aku nak keluar. Malam ni kau tak payah tunggu aku la k," pesanku sebelum melangkah keluar dari rumah yang ku sewa bersama rakan sekerjaku, Kiera. Kiera tersenyum memandangku. Gadis itu sudah biasa dengan kebiasaan baru ku yang gemar keluar tidak seperti sebelumnya aku lebih gemar duduk di rumah sambil melayari internet atau menonton drama. Meskipun Kiera membantah persahabatan baruku bersama Izat, namun dia tetap menghormati privasiku. "Hani,malam ni kita tengok wayang nak tak?," soal Izat. Aku mengangguk tanda setuju. Hatiku begitu gembira tatkala bersama Izat. Tambahan pula, aku sendiri sudah memutuskan hubunganku dengan Faizul. Ah!Lelaki itu tidak memahami hatiku. Izat sentiasa bersamaku disaat susah dan senang. Fify? Fify dan Izat kini hidup berjauhan kerana Fify sibuk dengan kerjaya modelnya. Kerana itulah Izat sering bersamaku. Tapi bagiku kami hanya bersahabat. Cukup hanya bersahabat. Meskipun Izat sering melafazkan kata cinta buatku.

"Izat, Hani bukan tak nak terima Izat tapi kan Izat dah ada Fify," jelasku saat Izat melamarku menjadi suri hatinya. "Hani tahukan macam mana hubungan Izat dan Fify," Izat terus memujukku untuk menerimanya dan hati wanitaku akhirnya terpengaruh jua dengan pujukan itu. Segalanya telah ku lupakan. Mama,papa apatah lagi Fify. Kerana ku tahu semua yang terjadi adalah salah Fify sendiri yang terlalu asyik dengan kerjayanya. Izat juga ingin aku membina keluarga bersamaku kerana Fify sememangnya tidak mahu mempunyai anak demi menjaga potongan badan modelnya itu. Malam itu aku dan Kiera keluar untuk makan malam di restoran baru yang dikenalkan oleh teman lelaki Kiera. "Izat? Aku terpaku saat melihat kemesraan Izat dengan seorang wanita yang cukup seksi. Tanpa membuang masa aku terus melangkah ke meja itu dan Kiera langsung tidak menghalang langkahku malah membuntuti aku.

"Izat!!," belum sempat aku menghampiri meja itu Fify terlebih dahulu sampai dan menghadiahkan penampar di muka Izat. Aku kaget dengan kejadian itu. "fify, you salah faham. I cinta you sorang je," ujar Izat sebelum menyedari kehadiranku di situ. Benar, Izat pandai bermain kata. Fify berlari meninggalkan Izat dan aku masih berdiri di situ. "Hani..." "Sudahlah Izat, Izat memang pandai bermain kata. Kenapalah Hani bodoh sangatkan," ujarku sebelum berlari meninggalkan restoran itu dan segala kenangan pahit.

Xxxx

"Kiera, thanks for being such a good friend! ," aku memeluk erat Kiera. Teman sejatiku. Rupanya Kieralah yang telah menyedarkan aku dan dialah yang merancang semuanya agar aku melihat sendiri kejujuran Izat. "Hani,kau belajarlah elok-elok. Kalau kau nak lupakan segala yang telah berlaku di sini aku doakan semoga kau akan pulang dengan Hani yang baru tapi janganlah kau lupakan aku," pesan Kiera dengan titisan air mata. Kamal, teman lelaki Hani yang juga rakan baik Faizul hanya tersenyum memandangku. Ingin sahaja aku bertanyakan tentang Faizul tapi aku tidak mahu pertanyaanku itu disalah tafsirkan dan biarlah aku kembara dengan hati yang tenang.
"Hani, ni surat dari Faizul,"sekeping surat dihulurkan kepadaku sebelum aku melangkah meninggalkan Kiera dan bakal tunangnya itu.

Assalamualaikum Hani,
Maaf Faizul tak dapat hantar Hani. Faizul sekarang sedang sibuk menguruskan syarikat ayah. Faizul tahu segala yang telah berlaku dalam hidup Hani. Semoga Hani tabah. Faizul sayangkan Hani sejak dulu lagi namun, mungkin sayang itu tidak lebih sebagai seorang sahabat. Tak lama lagi Faizul akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan ibu Faizul. Pasti Hani kenal gadis itu, Liyana, anak kepada pak cik Hasrul. Di sini Faizul sertakan kad perkahwinan Faizul meskipun Faizul tahu Hani tidak mungkin dapat menghadirkan diri. Sekian sahaja dari rakanmu Faizul. Selamat belajar ya.

Aku tersenyum selepas membaca surat itu. Cukup tangisan ku! Aku berbahagia dengan pilihan yang di buat Faizul namun aku kesal dengan layananku terhadapnya sebelum ini. Liyana, ya aku kenal gadis itu. Cukup baik dan padan dengan Faizul. Semoga kau berbahagia Faizul. Dan aku akan terus melangkah menjalani kehidupanku yang akan datang dan melupakan segala kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidupku. Hani Fariza pasti akan berjaya biar seribu dugaan melanda!

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.