Cerpen : Hati yg degil

19 Januari..
Petang ini aku menghabiskan masa dengan mengenang kisah lama yang dah lama berlalu..terasa begitu sia-sia masa yang aku buang begitu saja..kenapa kenangan silam masih menghantui sedangkan ia telah lama berlalu..? persoalan yang tiada jawapan…
Hai hati yang degil..mengapa kau begini..?
Aisya bangun. Melihat-lihat sekeliling biliknya yang berwarna kuning cair…apa yang aku nak? Dan apa yang aku cari? Hatinya bertanya sendiri..laptop ditutup..catatan harian juga ikut tertutup sama. Okey..nak buat apa ni? Hatinya masih tertanya-tanya sendiri.
******
"Kita dah tak serasi..Man memang dah lama nak cakap benda ni..harap Aisya terima..kita bawa haluan masing-masing ye.." tenang raut Aiman saat mata kokonya menatap anak mata hitam milik Aisya. Aisya terkaku di bangkunya. Bunyi kicauan burung seakan-akan mengejek dirinya yang kini ditinggalkan sang kekasih.
"Apa Aiman cakap ni?" bergetar suaranya saat menuturkan ayat tersebut. Dadanya berkocak hebat.
"Aisya pun tahu kan..kita memang tak boleh bersama dah..Man minta maaf sebab kecewakan Aisya". Ah! Senangnya lelaki.
"Man tak boleh buat Aisya macam ni..Kita dah nak rancang nak bertunang dah pun..sampai hati Aiman cakap macam ni?" Airmata yang ditahan-tahan mengalir jua.
"Man minta maaf." Aisya bagaikan terkaku saat melihat lelaki yang dicintai sepenuh hati itu berlalu meninggalkan dirinya.
"Aiman..!" Tidak diendahkan.
"Aiman..!" Aisya mengejar langkah pemuda itu. Aku takkan maafkan kau!
*******
Aisya melangkah meninggalkan pejabatnya bila jam menunjukkan angka 5. Bosannya hidup ni.Entah kenapa semenjak pemergian Aiman, Aisya bagaikan hilang pedoman. Terasa hari-hari yang dilalui sunyi dan kaku. Mujurlah ada Shima. Shima yang setia. Shima yang memahami. Shima yang memberi inspirasi. Aku sayangkan kau Shima. Kaulah sahabat aku dunia akhirat!

"Cik.."
"Cik.." Aisya terkejut saat bahunya terasa disentuh. Dia mengangkat mukanya dan kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam besar sedang memegang ranting kayu.
"Kenapa ni sentuh-sentuh orang macam ni?" Aisya berang apabila dia menyedari lelaki tersebut menyentuh bahunya dengan ranting itu. Huh, mujur aku tak tolak kepala kau! Lelaki itu juga menggumam dalam hati.
"Apa?!" Aisya menyoal kasar. Menyampahnya muka dia ni. Apa ingat hensem sangat?? Kenapa la rasa nak marah sangat ni?
"Apa apa?" Hai, bahasa minah ni macam longkang. Kecoh! Si lelaki mengajuk percakapan Aisya membuatkan Aisya kaget.
"Awak ni kenapa?"
"Awak tanya kenapa? Ni..nampak ni?" Lelaki tersebut mengambil buku dari tempat duduk Aisya tadi.
"Eh! Sejak bila ada buku kat situ?" Aisya hairan.
"Ha..tu la..berangan la lagi..duduk atas buku orang pun tak perasan". Amboi!
"Wah2..suka hati saya la..sibuk apa?" Aisya semakin berang.
"Awak ni nak marah-marah saya ni kenapa? Period erk?" sejurus menuturkan ayat itu, lelaki tersebut melangkah selamba meninggalkan Aisya terkebil-kebil. Kurang ajar!
"Hei cermin mata besar!" Automatik lelaki tersebut berpaling. Dihampiri Aisya dan direnung lama mata gadis itu dari sebalik cermin mata hitamnya. Aisya serba salah apabila direnung begitu. Apahal mamat ni?
"Yer..kenapa panggil saya?" Soalan tersebut diiringi dengan si lelaki itu menanggalkan cermin mata besarnya.
"Err…tak de apa.." tanpa disedari, Aisya berlari meninggalkan jejaka itu.
*******
"Apa? Hahahaha…hahaha.."
"Wei buruk la gelak..macam apa dah muka kau aku tengok." Aisya menjeling Shima yang masih ketawa berdekah-dekah.
"Serius la wei!"
"Ok2..sori..hehe..alahai Aisya..kenapa la kau jadi macam ni"
"Apa pulak?" Aisya masih teringat bagaimana dia terkejut melihat mata lelaki tersebut.
"Yelah..takkan sebab dia juling kau lari..teruklah kau ni..hahaha" Shima gagal mengawal ketawanya. Aisya hanya memuncungkan mulutnya melihatkan gelagat teman baiknya itu.
Aisya tak menyangka di sebalik cermin mata hitam besar lelaki itu, rupanya-rupanya dia juling. Juling yang bukan sebarang juling. Tapi memang tahap kronik punya juling. Adoi..apalah nasib aku ni. Aisya menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal!.
*******
8 februari..
Petang tadi aku terjumpa ngan sorang mamat..kecoh! mulut macam pompuan..benci aku tengok..tapi aku paling terkejut dia juling..tak sangka dia pakai spek hitam tu rupa-rupanya nak tutup kekurangan dia..kesian jugak..tapi bila ingatkan mulutnya yang kepoh tu aku jadi langsung tak kesian. Padan muka kau mamat!
Aku benci bila aku duk sedap-sedap berangan ada orang kacau..selama ni aku duk situ takde pun orang ganggu..hai..malang sungguh nasib aku..tiba-tiba aku jadi teringatkan kenangan lama..
Hati yang degil..stop it!!
********
Faris leka menyiapkan kerjanya apabila telefon bimbitnya berdering.
"Hello.."
"Hello..Ris.."
Faris mengerutkan keningnya. Macam pernah dengar.
"Siapa ni?" Faris seperti dapat mengagak siapa pemanggil itu.
"Ris..i ni..Syuhada.." Gemersik suara pemanggil itu menggetarkan jantung Faris. Untuk apa lagi??
"Hmm..you..ada apa ye.." seboleh-bolehnya dia mahu melupakan sengketa lama.
"I nak jumpa you boleh..i tunggu tempat biasa sekarang.."
Faris terdiam. "Ok."

"Ada apa..macam penting aje.." Faris berlagak tenang menatap wajah bersih Syuhada. Wajah yang pernah menjadi igauan mimpinya. Namun, wajah itu jugalah yang menghancurkan impiannya dengan memutuskan pertunangan yang telah diikat. Ah! Untuk apa kau kembali, Syuhada.
"Su dah balik duk kat KL.." Lembut tutur kata dengan renungan yang memikat pandangan Faris. Namun, kosong terasa di hati saat kenangan lalu menjengah sanubari.
"Su tak boleh teruskan lagi Ris..Su tak sanggup." Faris meraup wajahnya yang tegang.
"Apa masalah Su ni? Cuba cakap..kenapa tiba-tiba Su jadi macam ni?" Faris bingung memikirkan sikap tunangnya itu yang semakin menjauh saat tarikh pernikahan mereka semakin hampir.
"Su…Su nak kita putuskan pertunangan ni." Senyap.
"Su jangan nak buat lawak ok!" Faris terpaku seketika saat matanya menatap airmata Syuhada yang mengalir jernih.
"Su dah tak cintakan Faris..Su..cintakan Aiman.." Airmata Syuhada masih mengalir membasahi pipi mulusnya. Dah tak cintakan aku?? Andai cinta tiada untuk apa tangisan!!

"Faris.." Faris tersentak apabila namanya dipanggil. Mengelamun rupanya aku. "Err..hm..ye..ada apa awak nak jumpa saya ni?" Syuhada tunduk apabila soalan itu tercetus dari bibir Faris.
"Su nak minta maaf pasal dulu.."
"Takpe lah..benda dah lama..dah 2 tahun dah pun..saya dah tak ingat." Faris malas. Malas untuk memikirkan lagi peristiwa yang terlalu pahit untuk ditelan. Luka hatinya parah. Langsung tiada penawar melainkan masa. Dan kini bila hidupnya semakin tenteram, kenapa harus muncul semula?!
"Ok lah..saya ada banyak kerja nak buat..awak janganlah susah hati..saya dah lama maafkan awak.." Faris bangun namun langkahnya tersekat apabila dirasakan tangan Syuhada menggamit telapak tangannya.
"Ris..beri i peluang kedua.." Faris terkedu.
"Peluang? Peluang apa?"
"Peluang untuk menjadi suri hidup Faris.." Faris hampir tak percaya mendengar permintaan Syuhada yang dirasakan keterlaluan.
"Peluang dah tiada sejak 2 tahun lepas Syuhada. Teruskanlah kehidupan masing-masing." Sayu hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Rindu masih berbekas. Sayang masih berbaki. Cinta masih bertakhta. Namun, hampa, kecewa, marah, benci..semua bersatu lantas mematikan segala hasrat.
"Ris.."
"Sudahlah..anggap sahaja kita tiada jodoh." Faris memalingkan tubuhnya untuk meninggalkan Syuhada.
"Aduh!"
Faris terkejut apabila matanya melihat seorang gadis jatuh terjelepuk di lantai restoran itu akibat terlanggar bahunya.
"Aduh.."
"Eh..awak tak apa-apa?" ingin sahaja Faris ketawa kerana merasakan cara gadis itu jatuh sangat melucukan. Macam nangka busuk. Bibirnya tersenyum sedikit menahan tawa. Hilang sudah kesedihan yang dirasakan tadi.
"Apa awak senyum-senyum!?" Hati Aisya panas apabila matanya menangkap senyuman di hujung bibir lelaki itu. Shima disebelahnya membantunya bangun semula. Sebenarnya Shima juga hampir tertawa namun sempat ditahan apabila mengenamgkan panas baran Aisya.
"Tak de lah.. saya minta maaf lah..bila pulak saya senyum?" Faris segera menafikan. Aik..macam pernah nampak. Sape erk..hmmmm….ooohhh! minah kerek hari tu!
Aisya mengecilkan matanya apabila melihat raut wajah lelaki di hadapannya. Si juling tu ker? Opss! Astaghfirullah..mulut aku..tapi macam dia.
"Ris.." Serentak ketiga-tiga pasang mata menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan Syuhada merenung Faris dan Aisya bersilih ganti.
"Ok lah..i pergi dulu..hmm.awak..sori yer buat awak jatuh. Lain kali hati-hati jalan tu." Faris menghadiahkan senyuman sinis yang menyakitkan hati Aisya.
"Hei.." Belum sempat Aisya menghabiskan ayatnya, kedengaran lagi suara Syuhada.
"Cik..kan dia dah minta maaf. Janganlah panjang-panjangkan pulak."
"Yang awak masuk campur ni kenapa?" Aisya semakin bengang.
"Sya..jom lah.." Shima menarik tangan Aisya apabila dirasakan gadis itu akan mengeluarkan kata-kata kasar.
"Kejap.." Dia berpaling mengadap Syuhada. "Saya rasa saya tak kenal awak..jadi awak tak perlu lah nak masuk campur urusan saya. Jaga tepi kain sendiri sudah!" Aisya berlalu meninggalkan Syuhada yang terkebil-kebil. Huh! Puas hati aku!
********
"Hai..Sorang aje ker?" Aisya terkejut apabila disapa dua orang lelaki sewaktu berjalan menuju ke tempat letak kereta. Segera terbayang kisah pembunuhan perempuan di kawasan parking. Ya Allah..selamatkan aku. Aisya meneruskan langkahnya dengan laju namun telinganya menangkap derap kaki kedua-dua pemuda itu. Tiba-tiba laluannya dihalang. Peluh dingin memercik di dahi. Mak! Hatinya hanya mampu menyebut perkataan itu.
"Sayang nak pegi mana? Boleh abang temankan?" Hampir termuntah Aisya mendengar kata-kata itu. Muka macam sampah. Memang sampah la korang ni!!
"Jangan ganggu la." Aisya masih cuba mengawal emosinya.
"Ala..malu-malu pulak.."
"Eh..apa ni.. janganlah.." Aisya meronta-ronta apabila lengannya dicekup kemas salah seorang dari lelaki itu. Yang seorang lagi hanya ketawa. Macam setan! Aisya menyumpah dalam hati.
"Lepaslah..Tolonnngg!" Aisya menjerit sekuat hatinya apabila lelaki itu mula mengheretnya ke bahagian belakang bangunan. Tangannya meronta-ronta menolak tangan lelaki jahanam itu yang mula bertindak kurang ajar.
"Lepassss!" berderai airmatanya saat dirasakan tubuhnya ditolak ke lantai. Sakit bukan kepalang. "jangan apa-apakan aku..tolong.." teresak-esak Aisya menangis apabila dirasakan tiada siapa yang akan menyedari bahaya yang sedang dihadapinya. Dia memejamkan matanya apabila lelaki itu menghampiri tubuhnya.
"Aduh..!"
Aisya tergamam apabila dilihatnya kedua-dua lelaki itu dibelasah oleh seorang pemuda yang tak dikenali. Macam hero Tamil!
*******
"Minumlah..awak selamat sekarang." Terketar-ketar tangan Aisya mengangkat gelas dan meneguk air suam yang dihulurkan kepadanya.
"Lain kali janganlah balik lewat malam..awak tu perempuan.." Aisya hanya membisu seribu bahasa. Dirasakan ingin sahaja dia menangis di depan lelaki itu namun dia malu. Tapi dia lagi malu apabila mengingatkan tindakannya memeluk erat lelaki itu selepas kedua-dua penyangak tadi lari akibat dibelasah. Memeluk dan menangis semahu-mahunya. Malu!!
"Terima kasih sebab selamatkan saya.."
Hehe..comel la pulak..Faris ketawa dalam hati. Namun, pada masa yang sama dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan Aisya. Cuma dia terkilan kerana samseng-samseng tersebut terlepas.
"Sama-sama..oh ya..pasal kat taman dan kat restoran hari tu..saya minta maaf.."
Aisya mengerutkan keningnya. Jadi, si spek hitam besar tu dia ni la?? Kan dia tu juling…yang ni anak matanya elok terletak pulak..hensem pulak tu.
"Kenapa?" Faris sengaja menyoal.
"Kat taman hari tu awak la orangnya?"
Faris ketawa melihat mimik muka Aisya. "Ye la..kenapa?"
"dia tu kan…" Aisya tidak menghabiskan ayatnya.
"Dia tu kenapa? Dia tu macam ni erk?" Terbeliak mata Aisya apabila dilihatnya Faris sengaja menjulingkan matanya. Mak ai..macam betul-betul.
"Hahaha.." Aisya cepat-cepat menekup mulutnya, menahan ketawa dari terus terlepas. Macam pontianak la pulak. Faris ikut sama tertawa melihat gelagat Aisya.
"Hari tu saya sengaja wat macam tu..geram sebab awak duk atas buku saya..dah tu garang pulak tu.." Faris senang melihat wajah Aisya. Semacam ada satu ketenangan singgah di hatinya saat mata bundar itu ditenung lama.
"Saya pun geram jugak sebab awak sebut pasal period..eh..erm..hehe.." hai kenapa la aku ni kalut aje depan mamat ni??
Faris tersenyum mesra..merentap jantung Aisya apabila pandangan kedua-duanya beradu.
*******
"Faris!" Aisya menjerit memanggil nama Faris yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Ajak aku keluar tapi macam ni pulak! Aisya membebel dalam hati apabila Faris meninggalkan dirinya jauh ke belakang dalam kompleks membeli-belah itu.
"Hai..mana pulak mamat ni?" Aisya tertoleh-toleh mencari kelibat Faris. Menyesal hatinya tak terkira kerana menerima ajakan Faris. Penat dah ni. Ni boleh menimbulkan marah ni. Geramnya!!
"Hai!!"
"Opocot mak kau!" Terlepas latah dari bibir Aisya mengundang tawa memanjang dari Faris.
"Jahat la awak ni!" Aisya menumbuk bahu Faris bertubi-tubi.
"Sakitla..ingat saya ni bantal busuk awak ke?" Faris cuba mengelak namun Aisya masih memukul bahunya. Takde la sakit sangat sebenarnya. Hehe..nak menyakat jap..
Faris tiba-tiba memegang tangan Aisya. "Nak pukul lagi sayang?" Serta merta muka Aisya menjadi merah padam. Dia cuba meleraikan pegangan itu, namun gagal. Semakin kuat dirasakan genggaman tangan Faris.
"Apa awak ni..lepaslah.." Faris merenung wajah Aisya yang kemerahan. Seketika dia tersenyum membuatkan Aisya serba tak kena.

Aisya tersenyum mengingatkan peristiwa petang tadi. Tak disangka-sangka Faris menghadiahkan sekuntum bunga ros putih kepadanya. Dicium-cium bunga itu sambil mindanya mengingati saat manis itu.
"Untuk awak.." Faris menghulurkan ros putih itu bersama senyuman setelah melepaskan pegangan tangannya. Terbelalak mata Aisya saat itu.
"Hai..macam tak pernah dapat bunga aje" Faris masih mahu mengusik Aisya. Hatinya senang melihat kemarahan gadis itu.
"Memang pun.." Aisya berlagak selamba dan terus menyambar bunga itu. "Kenapa bagi bunga?"
"Saja..jumpa duit kat tangga tadi..tu yang beli.." Faris tersengeh. Aisya mengetap giginya lantas tangannya mencubit lengan Faris sekuat hati. "aduhh!" pantas sahaja Aiysa melarikan diri sambil tergelak melihat muka Faris yang berkeriut menahan sakit. Haha..padan muka!
Aisya tersenyum lagi di atas katilnya. Pada masa yang sama telefonnya berbunyi.
"Hai..tengah ingat saya erk.." Faris? "Err..tak lah.." Aisya membalas selamba.
"Oo..ingat tengah rindu kat saya..sebab saya tengah ingat kat awak.." Betul ke? Aisya bertanya dalam hati.
"Hehe..gurau aje..sebenarnya saya ada masalah ni.." kedengaran suara Faris yang mengendur. Terbit keluhan dari bibir Aisya..
‘Masalah apa..?"
"Bekas tunang saya..yg awak tengok kat restoran hari tu..dia kata nak kembali semula dalam hidup saya.." Faris sendiri tak mengerti kenapa dengan Aisya dia sudi berkongsi masalah.
‘Habis tu..apa jawapan awak..?" Aisya bertanya bersama debaran di hati.
"Entahlah…saya nak tanya pendapat awak.." Aisya terdiam.
"Kalau awak rasa baik untuk awak, terima aje lah.." Faris ikut terdiam.

"Aisya.." Aisya menoleh ke arah datangnya suara itu. Seketika dia tergamam. Shima di sebelahnya ikut tergamam.
"Hai Shima.." Shima hanya mengangguk. "Err..aku masuk kedai depan tu dulu erk.." Shima melangkah meninggalkan Aisya berdiri mengadap Aiman, si pemuda yang pernah membuat hidup Aisya porak peranda.
"Lama tak jumpa.." Aiman mengamati raut wajah Aisya. Ada sedikit perubahan. Tambah manis apabila rambut yang dulu terbuka telah tertutup di sebalik tudung biru laut.
"Ye..lama tak jumpa..2 tahun.." Aisya seperti dapat mendengar degupan jantungnya saat itu. Aiman yang dirindui selama ini kini berada di depan matanya!
"Kita bincang kejap..dah lama Man cari Aisya." Aisya seperti dipukau. Dia hanya menurut langkah Aiman.

"Man cari Aisya kat tempat kerja dulu..tapi diorang bagitau Aisya dah pindah KL..Man tak sangka akan jumpa Aisya hari ni.." Aiman terus menatap wajah Aisya menjadikan gadis itu serba salah.
"Ada apa cari saya..?" Aisya tak sanggup direnung begitu. Terasa luruh jantungnya apabila anak matanya bertaut dengan anak mata Aiman. Ah! Cinta masih bersemi.
"Man...nak sambung balik hubungan kita dulu.." Aisya terlopong memandang wajah Aiman. Benarkah??
*******
Aisya termenung di birai katilnya. Teringan pertemuan dengan Aiman seminggu yang lepas.
"Saya takut awak akan tinggalkan saya lagi.." mendatar suara Aisya apabila ayat tersebut dituturkan. Dia sendiri tak mengerti mengapa hatinya begitu mudah menerima semula kehadiran Aiman setelah ditinggalkan 2 tahun lepas. Cinta memang pelik! Dan menyebabkan ramai manusia menjadi pelik termasuklah aku..
"Aisya.. Man tak tau nak cakap apa..tapi Man menyesal buat macam tu dulu..Man sedar Man dan banyak buat salah kat Aisya..tinggalkan Aisya macam tu aje..mesti Sya benci kat Man kan.."
Aisya cair mendengar kata-kata Aiman. Dia hanya berdiam diri menanti ayat seterusnya dari Aiman. Terbuai rasa hati setelah lama kesunyian merindui lelaki itu. Dan kini lelaki yang ditunggu ada di depan mata meminta semula hati yang lara. Gembirakah aku?
"Man sedar Aisya sorang aje yang sayangkan Man.. Su tak macam Aisya..dia tak ikhlas kat Man.." Aisya tersentak. Su?
"Man masuk meminang Sya boleh?" Hampir tersedak Aisya mendengar pertanyaan Aiman yang sangat tak disangka.
"Aiman..serius ke?" Langsung dia terlupa untuk bertanya tentang siapa Su.
"Yer..Aisya fikirlah dulu..Man tunggu jawapan Sya.."
*******
"So..awak terima?" Soalan dari Faris bersatu bersama angin pada petang itu.
"Saya..yer..kot.." Aisya bingung. Kenapa dengan aku ni? Apa yang aku nak?
"Ooo..ok lah kalu dah macam tu..semoga awak bahagia la nanti yer.." Aisya memandang wajah Faris.
"Awak pulak? Syuhada macamana?"
"Dia ada datang rumah hari tu..entahlah..nampaknya saya masih sayangkan dia.." hening seketika suasana saat itu.
"Aiman kata dia akan hantar rombongan merisik bulan depan.." Faris tersentak. Aiman??
"Aiman?" Dia menyoal Aisya.
"Ye..nama dia Aiman..kenapa?"
"Tak ada apa..Cuma kebetulan.." Faris mengurut tengkuknya perlahan-lahan. Kosong terasa di jiwa.
"Kebetulan macamana tu Ris.." Faris mengangkat wajahnya memandang raut Aisya. Terasa panggilan itu sampai di hatinya. Aisya…
"Erm..nama Aiman tu..dulu Syuhada tinggalkan saya sebab seorang lelaki bernama Aiman." Aisya mengerutkan dahinya. Seingatnya Aiman pernah menyebut nama Su. Adakah Syuhada??
********
"Jadi..betullah Syuhada tu?" Aisya kecewa mendengar pengakuan Aiman. Tak disangka rupa-rupanya Aiman meninggalkan dirinya disebabkan Syuhada..bekas tunang Faris yang merangkap teman baiknya. Teman?
Kenapa aku begitu mudah menerima semula kehadiran Aiman? Kenapa cinta ni selalu membutakan??
Malam itu dia menelefon Faris..mengajak bertemu.
"Saya tak sangka.." Faris hanya mampu mengeluh. Kecilnya dunia ni.
"Awak cintakan Syuhada?" Aisya memberanikan dirinya bertanya tentang rahsia hati lelaki itu.
"Ermm..Awak cintakan Aiman?" Soalan berbalas soalan.
"Yer..saya akan bertunang bulan depan..Aiman dah tetapkan tarikh.." Aisya tunduk menekur lantai.
"Tahniah…nampaknya Aiman bertuah..awak sanggup tunggu dia.." lirih kedengaran suara Faris menimbulkan kehairanan di hati Aisya.
"Awak pun apa salahnya..awak tetap cintakan Syuhada walaupun dia putuskan pertunangan kamu..dan sekarang awak dan dia pun akan bersatu kan…" Aisya menghabiskan ayat terakhirnya tanpa memandang Faris.
"Ya..saya cintakan dia ..sama seperti awak cintakan Aiman.." Faris tersenyum memandang wajah bersih Aisya. Entah kenapa Aisya merasa terpukul.
"Dahla..saya rasa cukuplah pertemuan kita setakat ini saja..tak manis kita jumpa lagi.." Aisya bangun dan mengadap wajah Faris.
"Ok..saya doakan awak bahagia.." Faris turut bangun. "Jom..saya hantar awak balik.." tanpa menunggu Aisya, dia meneruskan langkah menuju ke kereta.
*******
Aisya mencampakkan tubuhnya ke katil dan menangis semahu-mahunya. Faris..hatinya hanya menyebut nama itu. Syuhada..kenapa kau selalu merampas apa yang aku mahu? Kenapa? Dia masih menangis saat telefon bimbitnya berdering. Panggilan dari Faris tidak dihiraukan. Kau akan berkahwin dengan Syuhada! Jangan cari aku lagi!! Hatinya menjerit nyaring.
Faris resah di pembaringan. Jadi, Aisya akan berkahwin dengan Aiman? Kenapa Aiman selalu dapat apa yang aku nak? Kenapa lidah aku ni tak boleh nak cakap yang aku nak kat kau Aisya??! Agaknya inilah yang dinamakan tiada jodoh.

4 bulan berlalu..
Aisya duduk mengadap mentari petang yang hampir terbenam. Hatinya tenang. Namun, masih ada kocakan rindu pada seorang insan yang kini telah dimiliki insan lain. Selepas berita perkahwinan Faris sampai ke pengetahuannya, dia nekad untuk kembali ke tempat lamanya. Meninggalkan Kuala Lumpur yang meninggalkan kenangan pahit..lebih pahit sewaktu ditinggalkan kekasih pada kali pertamanya! Cinta memang pelik. Aiman juga tidak dihiraukan. Biarlah dia sendiri. Yang pasti Aiman tiada lagi di hati!

"Hai..cik adik.." Aisya terpana. Seraut wajah Faris menjadi tatapan matanya. Tak berkelip matanya memandang raut itu.
"Apa awak buat kat sini?" Faris melontarkan persoalan yang sebenarnya sedang bermain di minda Aisya.
"Oo..awak datang honeymoon erk..?" Aisya hanya diam.
" Mana Syuhada?" hanya soalan itu yang terkeluar dari mulutnya. Faris tersenyum lagi.
"Mana suami awak? Tak takut ke duk sorang aje kat sini?" tersenyum lagi!
"Saya takde suami." Kali ini senyuman Faris mati. Dahinya berkerut. Buntu.
"Saya tak jadi kawin.. Aiman tahu saya tak cintakan dia lagi. Dia lepaskan saya." Faris melabuhkan punggungnya di sisi Aisya.
"Hmm..mana Syuhada, isteri awak?" Aisya cuba berlagak ceria. Faris tentu sedang bahagia sekarang. Biarlah perasaan ini menjadi rahsia hatinya saja.
"Saya takde isteri." Diam. Diam. Diam.
"Saya masih bujang..Syuhada tahu saya cintakan orang lain. Dia tak sanggup merosakkan perasaan gadis itu untuk kali yang kedua. Dia cuba untuk beritahu gadis tu, tapi saya halang dia sebab saya ingat gadis yang saya cinta tu akan kahwin ngan bekas kekasih dia. Saya tak mahu gadis pujaan saya tu susah hati. Saya nak dia bahagia." Ayat-ayat faris membuatkan aisya terlopong. Sesak dadanya menahan perasaan.
"Saya cintakan Aisya Narina tapi tak tahu sejak bila..apa yang saya tahu, saya rasa sangat terpukul bila Aisya Narina cakap dia akan berkahwin dengan bekas kekasihnya."
"Faris.."
"Aisya..masihkah ada peluang untuk saya? Saya mahukan awak dalam hidup saya. Jadilah isteri saya yang pertama dan terakhir." Redup mata Faris menggetarkan sukma Aisya. Airmatanya bertakung lalu mengalir menbasahi pipinya.
"Saya pun cintakan awak, Faris.." dalam getaran suaranya, Aisya masih mampu menuturkan ayat itu dengan jelas. Mata Faris bersinar hebat. Akhirnya kau akan jadi milikku, Aisya! 4 bulan menanggung sengsara. Membuatkan hatinya mati untuk bercinta lagi. Namun kini tanpa disangka-sangka Aisya yang dirindui hadir di depan mata. Dalam cara yang sangat tak terduga!
Ikan di laut, asam di darat.. Kalau dah jodoh takkan kemana jugak. Aisya, aku cinta padamu!!

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.