Cerpen : Ya Allah Ampuni Dosanya

Angin meniup begitu nyaman sekali.Kesejukannya bagai terasa di hati, berkurang juga apa yang telah membebankan diri.Macam ini lah manusia , tak pernah lepas dari berbagai dugaan dan cubaan, sebelum mencapai kebahagiaan sebenar.

Malam itu adik menyampaikan keinginannya untuk berkhawin dengan jejaka pilihannya.

"Ibu, bulan depan Nor akan berkahwin dengan Zul", kata adik pada ibu.
"dah buat persiapan ke?, kat mana nak adakan majlis?"

"ha'ah, dah buat, majlis kat rumah jer, ibu bagitaulah kat papa dan tolong bagi kat papa borang ni, suruh dia tandatangan", adik menyerahkan borang pendaftaran pernikahan pada ibu dengan selambanya.Kami adik beradik memang tak pernah berbual dengan papa, kalau ada sesuatu nak disampaikan kat papa, ibu lah yang akan menjadi orang tengah.

Ibu mengambil borang itu dan diletakkan atas almari, "bila papa dah tandatangan, ibu kasi kat Nor yer". Lepas tu Nor minta diri nak balik, Nor memang tak tinggal kat rumah sejak ibu marah kat dia dan zul. Masa itu ibu tegur Nor kerana Zul selalu tidur kat rumah, sebagai orang tua ibu ada hak untuk melarang selagi mereka belun diijabkabulkan. Sebab teguran ibu itulah hadirnya kebencian zul pada keluarga kami, sampaikan dia membawa Nor keluar dari rumah. Bukan setakat itu saja, Zul tergamak pula menyibarkan fitnah kepada orang lain mengenai keluarga kami.

Kami sekeluarga memang tak merestui hubungan Nor dan Zul. Tapi Nor tetap dengan keputusannya, untuk memilih Zul sebagai pasangan hidupnya. Seperti kata pepatah, orang mudah buta akibat cinta, sebusuk mana pun bangkai itu pasti akan terbau wangi. Nor lebih patuh dengan kata zul daripada kata ibu bapa nya sendiri.Aku dan akak pun dah tak bertegur dengan Nor sejak Nor kenal dengan zul.

Seminggu sebelum majlis itu diadakan, barulah Nor balik ke rumah, untuk membuat serba sedikit persediaan, walaupun aku dan akak tak bertegur dengan dia, kami serba sedikit menghulurkan bantuan kewangan untuk kesempurnaan di majlis itu nanti.

Hari yang ditunggu sudah tiba, kami sekeluarga tolong menolong antara satu dengan yang lain. Rasa gembira pun ada, tapi walaupun tanpa diketahui oleh Nor. Kami ikhlas untuk membantunya.

Bila rombongan lelaki datang, majlis akad nikah pun dijalankan, "aku terima nikahnya Norhani bte Hassan dengan mas khawin sebanyak tiga ratus ringgit tunai", Zul menyebut nya di depan tok kadi sembil di perhatikan oleh kaum keluarga. "sah?", tok kadi bertanya pada saksi, "sah", saksi pun menjawab bagi pihak semua.

Dengan itu sahlah sudah Nor menjadi isteri Zul. Mereka duduk bersanding di pelaminan. Sebagai anak yang hormat kepada orang tua mereka patut berziarah dan memohon restu kepada ibu dan papa, tapi mereka tidak berbuat begitu. Ibu dan papa macam orang asing dibuat mereka. Adik beradik yang lain sibuk melayan tetamu dan sanak saudara yang hadir, ibu pula tiba-tiba rasa pening selepas keluar berziarah dengan para tetamu yang hadir.

"Awak bawalah berehat, tak perlu keluar, nanti sakit lagi", nasihat papa kepada ibu
"Tapi bang, saya nak tengok Nor bersanding"
"Tak apa, mereka faham juga tu, awak tu tak sihat", Ibu tertunduk mendengar kata-kata papa.

Apabila majlis selesai dan para tetamu balik, Nor dan Zul terus saja masuk ke dalam bilik. Zul mengarahkan adik aku Dani untuk mengambil hadiah dan wang pemeberian dari tetamu untuk dibawa masuk ke dalam bilik mereka.

"Dani, kau ambil semua hadiah dan wang yang ada kat ibu kau tu" kata zul "Kau pastikan semua disimpan dalam bilik kami", Zul menambah lagi. Dani seperti kerbau di cucuk hidung terus mengikut kata-kata Zul, tanpa memberitahu pada ibu.

"Ya Allah bang, mana semua wang yang ada di sini tadi?", Ibu sangat terkejut sambil membuka semua almari dibiliknya. "Awak simpan kat mana tadi?, macam mana boleh hilang?", jawab papa pada mama dengan serius.

"Mungkin salah letak ke, atau awak dah bagi kat siapa-siapa ke?"
"tak, saya simpan tadi kat sini, saya ingat lagi", ibu berfikir-fikir dan sangat risau.

"kenapa ni ibu? Apa hal bising-bising ni?", Dani tetiba masuk dan bertanya kat ibu.
"Wang dan hadiah pemberian tetamu semua dah tak ada, tadi ibu letak kat sini", kata ibu dengan penuh kerisauan. "Dani dah ambil la ibu, tadi Zul yang minta, dia suruh Dani bawa semua hadiah dan wang tu untuk disimpan dalam bilik mereka". Dani menerangkan pada ibu.

"kenapa tak bagitau ibu?, ibu ingat dah hilang"
" Tadi Dani nak bagitau tapi ibu tak ada, lagipun Zul nak minta juga" Dani menerangkan pada ibu untuk menghilangkan kerisauan ibu.

Pada waktu pagi, kami semua terkejut bila Nor dan suaminya dah tak ada di dalam bilik mereka, termasuk semua barang-barang dan pakaian mereka.

"mana Nor?, barang-barangnya pun semua tak ada, mana dia pergi?, ibu terkejut bila dia nak panggil Nor untuk sarapan pagi.

"entah la ibu, mungkin mereka keluar kejap kut", kataku untuk mengurangkan kerisauan ibu.
"Tapi semua barang-barang mereka pun tak ada, mereka pergi mana?"
"Kenapa tak bagitau ibu kalau nak pergi?"

Tiba-tiba bila aku menuruni tangga aku terdengar ibu bercakap sambil menangis, ibu bercakap dengan seseorang melalui talipon. Aku terus masuk kedalam bilik ibu dan aku nampak ibu sedang menangis, aku tunggu saja ibu bercakap dengan orang yang dalam talipon itu.

"sampai hati mereka buat ibu macam ni", ibu meletakkan taliponnya di atas meja. " kenapa ni ibu?, apa dah terjadi? Ibu cakap dengan siapa tadi?" bermacam-macam pertanyaan ku luahkan kat ibu.

"ibu bercakap dengan Nor tadi"
"apa hal" secepatnya aku bertanya, tak sabar tunggu ibu meneruskan kata-katanya.

Ibu terus memberi talipon bimbitnya padaku dan suruh aku baca SMS dari suami Nor.secepatnya aku ambil talipon itu dan ku baca isi kandungan SMS yang di kirim.

"kau gila harta, sampai anak kawin pun kau tak peduli, kau hanya fikirkan harta saja, kau macam mahu menjual anak mu. Aku tak izinkan kau ambil sedikit pun hadiah dan duit yang tetamu bagi. Itu semua hak kami", "kau ibu yang tak tahu mendidik anak, sampai anak pun kau tak ajar agama, ibu apa macam kau ni ha?" "dah lah tak pernah mengerjahkan solat dah tu pergi bomoh pulak untuk mengenakan aku", "kau ingat aku akan jatuh ke bila kau bomohkan aku?"

Aku beristigfar banyak-banyak dan melihat ibu, sakit sangat hati aku bila membaca SMS yang dikirim dari Zul. Kasar betul bahasa yang digunakannya kepada ibu.

"kenapa dengan zul ni ibu?, kenapa dia sanggup kata macam ni?" pipiku terasa basah dan tak ku sedari aku menangis.
"ibu tak tau, kenapa dia buat macam ni" sambil ibu mengesat air mata.
"Sampai hati dia kata ibu begitu, ibu tak pernah pun nak ambil sedikit pun duit mereka"

"Ibu! Ibu! Ibu!" terdengar kakak panggil ibu dari luar.aku dengan cepatnya membuka pintu dan keluar,

"kenapa ni kak?, apa hal terjerit-jerit ni?,"
"Kau tengok la SMS ni, kurang ajar betul"
Aku ambil talipon bimbit akak dan baca SMS nya

"Oi kau ni adaik-beradik macam pelacur, semua lelaki korang layan. Bergaya lebih tapi kereta pun tak ter bayar, mahu saja pakai kereta tapi insuran tak ada" aku baca SMS tu dengan geramnya. SMS tu juga datangnya dari Zul.

"apa hal dia cakap macam ni?, bila masa pulak aku tak bayar kereta?, bila masa kereta aku tak ada insuran ni?. Suka sangat dia nak burukkan orang. Dia ni sakit otak ka apa?, dasar kurang ajar" kakak meluahkan marahnya pada ku.

"Dah lah biarkan saja zul nak kata apa kat keluarga kita, satu hari nanti dia akan dapat balasannya" kata ibu dengan lembutnya.

Hal ini sampai kepengetahuan papa, dia sangat marah dengan kelakuan Nor dan Zul."aku tak kan pernah mengaku mereka anak aku, aku tak ada anak macam tu, mulai sekarang awak jangan berhubung dengan mereka lagi, mereka tak ada pertalian dengan kita" "walaupun mereka mati sekali pun, saya tak akan menziarahi mereka" kata papa pada ibu.

"sabar sajala lah bang, pasti Allah akan membalasnya" kata ibu pada papa sambil mengalirkan air mata.

"tak mengenang jasa betul. Anak seperti apa mereka ni?, sanggup buat macam ni kat ibu bapa?" tambah papa lagi.

Kebencian kakak kat Nor dan Zul semakin tebal. Dia tak nak ambil tahu mengenai mereka berdua lagi.

Setelah setahun berlalu Nor dan Zul pun di kurniakan anak tapi zul tak pernah membenarkan kami sekeluarga untuk melawat Nor dan anak mereka.

"kau cakap kat keluarga kau, tak payah lah ada hati nak tengok anak kami dan juga Nor, kerana Nor sekarang dah bahagia sangat berbanding dulu", pesan Zul kepada Dani.

Kami sekeluarga terpaksa akur dengan keputusan yang Zul buat. Walaupun hati kecil kami membrontak dengan keputusan yang Zul buat namun kami terpaksa akur. Semua ini ujian yang dugaan yang datang dari Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan kesedaran kepada mereka.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.