Cerpen : Kasih Mama

"Lisa apa kamu buat tu ? Sini tolong mama buat kerje kat dapur ni."jerit Mak Timah dari dapur.Hari ini adalah hari kepulangan anak sulung Mak Leha.Di atas permintaan anaknya Mak Leha telah menyediakn makanan kegemaran untuk anak sulungnya Aleya.Mak Leha dikurniakan tiga orang anak,yang sulung Aleya Suhani,yang kedua Alisa Amira dan yang bongsu pulak Adib Fakhri.

Kehidupan keluarga Mak Leha tidaklah terlalu kaya tapi rezeki yang ada sudah memadai untuk Mak Leha membesarkan tiga orang anaknya tanpa suami disisi sebagai pembantu.Suami Mak Leha telah meninggl dunia tiga tahun lalu kerana jangkitan penyakit misteri.Segalanya berlaku terlalu mendadak.Mak Leha seperti hilang arah saat itu kerana suaminya pergi begitu sahaja dan dirinya pulang adalah sebagai suri rumah sepenuh masa.Pak Samad dijankiti penyakit misteri itu disaat dia menemani Dato’ Mukhriz pergi meburu di hutan simpan Janda Baik.Pak Samad merupakan pemandu Dato’ Mukhriz yang telah bekerja selama 20 tahun.Namun Mak Leha pasrah diatas dugaan dari yang Esa.

Berbekalkan kudrat yang ada,Mak Leha berusaha mencari kerja di rumah majikan suaminya.Dan di atas ikhsan dari Dato’ Mukhriz, Mak Leha diterima bekerja sebagai pembantu rumah.

"Lisa, cepatlah tolong mama kat dapur ni. Sekejap lagi kak long kamu balik."Lisa masih lagi bertelaku di hadapan komputer ribanya.

"Ya mama, kejap lagi Lisa datang.Lisa nak tutup Laptop ni sekejap."bilik yang tadinya bersepah telah terkemas kembali sebelum Lisa berlalu ke dapur untuk membantu mamanya.

"Kamu ni, kalau mama pangil ada sahaja alasannya. Kejap la itu lah ini lah.kamu buat apa 24 jam duduk menghadap laptop aje. Ada apa-apa ke yang mama patut tahu?"soal mak Leha sambil memandang Lisa yang sedang melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.

"Mana ada apa pun. Lisa ada kerja sikit.Mama janganlah risau Lisa tak nyorokkan apa-apa rahsia pun dekat mama.Kalau ada apa-apa mesti la Lisa bagi tahu mama.Mama kan kawan baik Lisa dan mama yang paling comel sekali dekat dunia ni."jawab Lisa manja sambil mengusik mamanya.Tangannya lincah mematahkan kacang panjang.

"Kamu ni, ada-ada aje tau.Mulalah tu nak kena kan mama.Malas mama nak layan kamu ni.Melayan kamu nanti tak sempat mama nak masak untuk kak long kamu."

"Mama, Lisa nak Tanya sikit boleh tak?"

"Kamu nak tanya apa?’’kedengaran nada Mak Leha seperti terkejut.Kerana sebelum ini anaknya itu tak pernah begitu.Kalau ada yang nak ditanya terus aja dia bertanya tapi lain pulak kali ini siap minta izin dulu.

"Sebenarnya waktu ayah sakit dulu doktor memang tak tahu ke ayah sakit apa.Atau doktor tu yang cuai sewaktu merawat ayah dulu."perasaan ingin tahu Lisa tentang peyakit ayahnya semakin tinggi apabila dia terjumpa sijil sakit ayahnya sewaktu membantu mamanya mengemas rumah minggu lepas.Dalam diam Lisa telah membuat penylidikkan untuk mengetahui cerita sebenar dan selanjutnya.

"Kenapa kamu tiba-tiba tanya pasal benda ni? Tapi setahu mama, ayah kamu demam seminggu selepas dia balik dari ikut Dato’ Mukhriz pergi memburu dulu. Lepas dia demam 3 hari mama bawa ayah pergi hospital tapi doctor cakap keadaan ayah kamu kritikal.Tapi doctor tak dpat nak kesan ayah kamu sakit apa.Cuma doctor cakap saluran penafasan ayah tersekat dan suhu badan terlalu panas. Ayah terus di tempatkan di unit rawatan rapi selama dua hari.

Lepas itu doctor cakap ayah dah takda harapan lagi. Waktu mama rasa dunia ni terlalu gelap tanpa yah kamu.Mama tak tahu macam mana hidup mama dan kamu semua selepas ini.Tapi mama bersyukur sangat, sebab ayah kamu tak menderita lama.Allah itu amat menyayanginya sebab itu ayah kamu pergi dulu sebelum kita."Mak Leha menyeka air mata yang terbit di tubur mata nya apabila mengenankan kisah lama itu.

"Mama, Lisa minta maaf sebab buat mama sedih. Mama janganlah sedih lagi mama sekarang ada kak long, Lisa dengan adik.Kalau ayah takda kite orang semua boleh jaga mama.’’pujuk Lisa.Menyesal pulak Lisa menanyakan perkara itu pada mamanya.Tak pasal-pasal dia dah buat mama menangis.

Setelah semuanya selesai, Lisa bersiap untuk keluar mengambil kak long di perhentian bas.Adib pulak baru sahaja pulang dari sekolah.Kak long sekarang baru sahaja dapat bekerja di firma guamam.Pada asalnya ka long ditugaskan di Kuala Terengganu, tapi baru-baru ni kak long telah di pindahkan dan bertugas di Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur kak long duduk bersama dua lagi kawan yang sama tempat kerja dengannya.
Adib pulak berada di tingkatan lima dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tak lama lagi.Aku begitu kagum dengan kegigihan mama dalam membesarkan kami semua.Aku kini baru sahaja menghabiskan pengajian ku dalam bidang pendidikan.Sekarang hanya menuggu masa untuk posting.Dato’ Mukhriz juga telah berpindah ke Kuala Lumpur setelah membuka syarikat di sana.Mama kini menjadi suri rumah dan mengambil tempahan kuih jika ada.

Setiap sesuatu itu pasti berubah mengikut peredarannya.Begitu juga beredarnya bumi ini.Dari saat kepada minit,minit kepada jam,jam pada hari dan hari pada bulan akhirnya tahun.Besar sungguh kuasa yang maha Esa.

"Mana kak long ni mama?Penatlah nak tunggu.Bukan ke bas dia sepatutnya dah sampai dalam setengah jam tadi?"cuacahari itu sungguh terik hingga membuat Adib kurang selesa dan mula menayakan akan kemunculan kak longnya.Tshirt yang dipakainya juga sudah mula basah dek peluh.

"Sabarlah Adib sekejap lagi sampai la tu.Jalan jem agaknya."pujuk Mak Leha.

"Adik ni, panas sikit je dah bising.Panas kat dunia ni baru sikit tau, kalau dekat akhirat nanti lagi panas.Bawak lah sabar sikit."ngomel Lisa dengan perangai adiknya itu.

Kelihatan sebuah bas Transnasional membelok ke arah hentian bas express yang lain.Su mengatur langkah dengan pantas setelah turun dari bas tadi.Perasaan rindu yang mendalam terhadap keluarga tercipta sudah cukup terpancar di muka Su yang kelihatan begitu berseri-seri.

"Assalammualaikum mama.."tangan tua itu dikucupnya lama.Rindu yang menebal selama berbulan lamanya itu kini melayang pergi.Tanpa sedar air mata mula menjadi teman kepada ibu dan anak ini.

"Waalaikummussalam, rindunya mama dengan kamu Su."Lisa dan Adib hanya memerhati tingkah mama dan kak longnya itu.Terbit juga perasaan sayu melihat mama dan kak long berpelukan untuk melepasi rindu masing-masing.

"Mama, jom sambung peluk dekat rumah pulak ea.Nanti lambat,jalan jem, lauk untuk kak long pun nanti dah sejuk pulak."gurau Lisa.

"Kamu sihat angah? Kamu ni tak pernahnya berubah.Ada sahaja modal dia nak kenekan orang tau, adik kenapa senyap je ni? Kak long tengok adik kak long ni mangkin sihat je.."meraka sudah mula mengatur langkah ke kereta.

"Saya sihat kak long.Adik memang mangkin sihat.Dah makan tidur je kerja dia kat rumah tu.Mcam mana tak sihat pulak."

"Apa angah ni.Mana ada dia tu yang makan tidur kat rumah cakap orang pulak.Adik sihat kak long tapi Cuma tak sihat kalau ada angah.Ada je dia tu nak buat orang sakit hati."ngadu Adib.Teringin pulak bermanja-manja dengan kak long.Rindu rasanya bila hampir setengah tahun tak berjumpa.Namun pertalian mereka ibarat air yang di cincang tidak akan putus.

Pejam celik-pejam celik dah hampir tiga tahun aku keseorang di bumi Allah ini.Mama,kak long dan adik dah lama pergi meninggalkan aku keseorang.Segalanya berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang setelah mengambil kak long dari perhentian bas.Kak long yang meminta untuk memandu. Aku duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu,adik dan mama pula duduk di belakang.Tapi malang itu tak berbau.Sewaktu kami berhenti di lampu isyarat sebuah bas kilang telah hilang kawalan dari arah bertentangan lalu merempuh kereta yang dinaiki kami sekeluarga.
Orang ramai membantu kami,aku hanya sedar apabila aku sudah terlantar di hospital.Aku hanya ingat sewaktu itu aku menjerit panggil nama mama,kak long dan adik tapi mereka semua tak sedarkan diri.Apabila aku sedar aku dimaklumkan bahawa ahli keluargaku yang lain telah meninggal dunia.Kak long meninggal di tempat kejadian kerena tersepit dan cedera teruk di badan dan kepala.Mama dan adik pula meninggal dalam perjalanan ke hospital.Aku pasrah dengan ketentuan yang maha Esa.Kesemua mereka yang aku sayang telah pergi dulu sebelum aku.

Kini hanya doa sahaja sebagai penghantaran kasih diriku untuk mereka.Semoga ahli keluargaku ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah, amin.

"Lisa, ada apa-apa lagi ke yang nak di angkat?"lamunannya tersentak dengan pertanyaan yang di ajukan oleh Ayu,kawan baiknya.

"Dah takde dah.Tinggal kotak barang aku je.Ayu thanks ea tolong aku.Kau gerak r dulu nanti aku ikut."

"Betul ni? Kalau macam tu, aku gerak dulu la ea."Lisa menghantar Ayu ke muka pintu.Hari ini adalah hari terakhir Lisa di rumah yang terbinanya begitu banyak kenangan manis dan pahit untuk keluarganya.Rumah itu akan disewakan kerana Lisa kini ditugaskan di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.

Sedang Lisa mengangkat barang-barang yang sudah dikemasnya tadi ke dalam kereta, tiba-tiba dia terjumpa sepucuk surat yang terlipat kemas terbang ke lantai dari dalam kotak.’Untuk anakku’ itulah yang tertulis di luar sampul surat itu.Lisa mengutipnya lalu duduk di ruang tamu untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.


Anakku..
Andai mama pergi dulu ingin mama nyatakan di sini bertapa mama bersyukur di kurniakan anak-anak sebaik kamu.Tidak pernah sekali pun kamu melukai dan melawan kata-kata mama.Kamulah tunggak dalam kehidupan mama setelah kehilangan ayah kamu.Mama terlalu menyayangi kalian semua.Ampunkan mama sekiranya mama tak dapat membesarkan kalian sesumpurna anak-anak yang lain.Hanya ini yang mama mampu lakukan.Tahniah buatmu anak-anakku di atas kejayan yang telah kalian capai.Doa mama untuk kejayaanmu sntiasa bersamamu wahai anak-anakku.
Andai sesuatu berlaku dalam hidupmu anggaplah ia satu dugaan dari yang Esa.Kerana hanya mereka yang dikasihi Allah akan diuji untuk menguji tahap keimananmu..Maka tabahlah kalian di atas dugaannya.Mama tahu, anak-anak mama semua kuat-kuat orangnya.
Cuma satu mama pinta dari kalian.Andai benar mama pergi dulu jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk mama dan ayah kalian.Mama amat menyayangi kalian.
Sambutlah salam kasih dari mamamu yang amat menyayangi mu wahai anak-anakku.
Mama,
15/08/2006

Aku melipat kembali surat itu.Saat itu aku sudah tersedu sedan membaca isi kandungan surat itu.Rupanya mama sudah tahu yang memang dia kan pergi dulu, berdasarkan tarikh yang tentera di hujung surat.Ia telah di tulis pada hari yang sama kemalangan itu berlaku.Patutlah waktu kak long sampai lama mama peluk kak long.Dan tak pernah-pernah mama mngasyakiku tentang apa yang aku buat namun pada hari itu mama mencurigai tingkah lakuku.

Kini aku sendirian.Meneruskan hidup seperti insan yang lain bersama semangat yang ada dan kasih sayang yang di tinggalkan oleh ahli keluargaku terpahat kukuh di hati.Sememangnya kasih mama terlalu untuh untuk aku bagun kembali dalam hidup ini, setelah aku jatuh sebentar tadi.Terima kasih mama.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.