Cerpen : Selamat Hari Bapa, Papa

Immanaty sedikit terkejut pabila bahunya dipaut kasar.

"Imm, tu papa kau lah"
suara Adelia serta merta membuat dada Immanaty tiba2 berdebar kencang serta merta.

Immanaty mengalih pandangannya kepada arah yg ditunjukkan oleh Adelia.

Kelihatan papa nya sedang makan berdua dengan seorang wanita yg tidak dikenalinya. Immanaty terus berjalan laju menuju ke arah papa nya.

"Imm, kau nak pergi mana??"
Adelia sedikit resah, bimbang terjadi sesuatu yg tidak diingini di restoran itu.

"Hye papa, mintak sepuluh ringgit"
tegur Immanaty selamba sambil matanya merenung tajam ke arah wanita yg sedang duduk berhadapan dengan papa nya.

Wajah papa nya berubah serta merta kerana tidak menyangka kehadiran anak bongsunya di situ.

Dengan tergesa-gesa papa nya mengeluarkan note sepuluh ringgit dari dalam dompetnya sambil di perhatikan oleh wanita itu.

Setelah dapat wang yg diminta, Immanaty terus mengajak kawan2nya keluar dari restoran itu.

Arggh,, itu cuma kenangan masa lampau. Kejadian itu berlaku 5 tahun lepas ketika dia berada di tingkatan lima.

Sejak dari kejadian itu, Immanaty jarang langsung bertegur sapa dengan papa nya. Bercakap bila perlu dan tamat sahaja tingkatan lima, Immanaty terus menyambung pelajaran di kolej swasta. Boleh dikira dengan jari beberapa kali sahaja dia pulang.

Mama pula kalau terlalu rindu, mama sendiri yg akan datang menziarahinya di kolej.

Abang2 nya pula mengecop nya sebagai anak durhaka. Biarlah. Dia tidak peduli apa yg org nak kata tentang dirinya, asalkan dia masih berada di landasan yg betul.

Setelah tamat belajar, dia cuba untuk pulang tetapi gagal menyesuaikan diri di rumah sendiri. Immanaty sendiri tidak tahu mengapa.

"Immanaty, cuba tengok along tu, belajar tinggi, dapat kerja bagus. Kamu ni pilih course yg bukan2, apa nak jadi dengan kamu ni? tak ada taste langsung"
kata2 papa itu sentiasa bermain di fikiran Immanaty sehingga menjadi racun sehingga kini.

"Papa, taste papa lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan taste Immanaty"

Papa nya terdiam saat kata2 itu keluar dari mulut Immanaty.

Sesungguhnya di antara ahli keluarganya, tiada siapa pun yg tahu apa masalah yg berlaku di antara Immanaty dan papa nya.

"Eh, kau nak biadap dengan papa ke Imm?"
soal along tiba2.

Immanaty memandang sebal wajah papanya. Hilang sudah wajah seorang yg amat disanjunginya satu masa dulu.

"Memang betul ape yg Imm cakap. Nanti jangan kata Imm tak bagitau pulak"

Sejak dari kejadian itu, Immanaty memutuskan untuk mencari kerja di ibu kota. Risau juga di hatinya jika keadaan sebegitu berlarutan, dia akan menjadi lebih kurang ajar.

"Imm, jom show nak mula dah"
Rita menarik tangannya.

Immanaty membetulkan bajunya sebelum berjalan di atas pentas.

Immanaty sendiri tidak tahu mengapa dia menceburkan diri di dalam dunia modelling ini sedangkan dia bukanlah seorang yg berjiwa lembut. Mungkin di situ telah tertulis rezeki untuknya.

*************************

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Immanaty.

"Imm, Imm tak nak balik ke?"
kedengaran sayup suara mama di talian.

"aa... nanti Imm balik, kenapa mama? ada apa2 yg berlaku ke ?"
Immanaty sedikit curiga.

"Balikla dulu ok"

Immanaty menjadi serba tidak kena. Apa yg terjadi sebenarnya?

Dalam hati nya mengharapkan agar tiada sesuatu yg buruk menimpa keluarganya. Pabila dihitung, hampir setengah tahun juga dia tidak pulang menjenguk keluarga.

Tapi, bukan bermakna dia melupakan keluarganya. Walaupun dia seringkali bercanggah pendapat dengan papa nya , itu juga bukan bermakna dia tidak menyayangi papa nya.

Keadaan di dalam rumah ketika itu suram dan tidak ceria seperti selalu. Ketika anak2 along sedang berlari berkejar-kejaran di dalam rumah, segera along mengarahkan mereka beredar dari ruang tamu.

Immanaty sedar, pasti telah berlaku sesuatu yg serius ketika ini.

Di renung wajah tenang mama, Immanaty gagal mencari jawapan dari reaksi wajah mama.

"Papa dah melampau. Sy tak setuju dengan tindakan papa"
bentak along keras.

Angah dan abg Uda cuma diam. Selalunya pun begitu. Segala keputusan semua di putuskan oleh along. Along anak kesayangan papa. Belajar tinggi dan menjawat jawatan yg bagus. Tentunya yg lain hanya diam dan menganggukkan kepala walaupun di dalam hati tidak setuju dengan tindakan along.

Cuma Immanaty, yg sering berlaga angin dan bercanggah pendapat dengan along hanya kerana dirinya tidak sehaluan dengan papa.

"Imm tak faham dengan apa yg along katakan ni"

"Itulah kamu. Selalu sangat buat haluan sendiri sampaikan masalah keluarga pun kamu tak pernah ambil tahu. Hanyut dengan dunia glamour"

"Siapa kata Imm tak ambil tahu? setiap kali Imm call mama, selalunya takde pun cakap ada masalah kat dalam umah ni."

"Sudahla, sekarang bukan masanya untuk bertengkar begini"
suara mama sedikit tersekat.

"Begini Imm, papa kamu... dia dah kahwin lain"

Immanaty tidak menunjukkan reaksi terkejut. Dia sudah lama tahu.


************************

"Imm kena faham, papa pun tak sangka boleh jadi macam ni"

"Imm bukan tak faham or tak nak faham. Tapi sikap papa ni buat Imm jadi tak faham. Kalau dibandingkan dengan mama, mama lagi perfect papa. Imm tak tau apa yg papa pandang pada perempuan tu. Entah2 dia cuma nak kan duit papa je. Papa mcm dah tak waras dah buat keputusan mcm ni. Sampai bila papa nak tipu family kita?"

"Dia bukan mcm tu Imm, dia cuma nak menumpang kasih je"

"Menumpang kasih?? beza umur dia dengan papa hampir 20 tahun papa?? banyak lagi lelaki sebaya dengan dia kenapa dia pilih papa?? apa yg papa tabur kat dia?? sampai dia tak nak lepaskan papa?"

"Imm, sudahla, papa taknak persoalkan hal ni lagi dengan Imm"

Immanaty memang menemui jalan buntu apabila memilih untuk berdepan dengan papa nya secara bersendirian di luar.

"Auntie, sory Imm ganggu auntie. Imm nak tanya auntie tentang hubungan auntie dengan papa Imm"

"I tak nak komen. I dengan papa u dah kahwin. U tak da hak nak campur urusan kami."

Immanaty tersentak di situ. Perempuan beginikah yg papa tergila2 kan selama ni. Bukan kerana hartakah kalau dengan begini sekali tingkah laku penuh angkuh?? Immanaty cuma menggelengkan kepala.

Lamunan Immanaty tersentak dengan deringan telefon bimbitnya.

"Hello, Imm, kau nak cuti lagi ke?? banyak show ni"

"Rita, aku cuti panjang la. Ada family matters yg kena selesaikan. Apa2 nanti aku call lah , ok"

"Jangan2 kau nak kahwin ni tak?? family dah carikan jodoh untuk kau ke?? hehehehhe?? kalau dah ada jodoh untuk kau, kau pass kan Tengku Amyrul tu kat aku ok"

"Hahahha,, amiklah Rita. Kalau dia berkenan kat kau, aku pasrah je"

Immanaty segera mematikan talian setelah terperasankan wajah tidak puas hati along.

Immanaty terus mendengar dengan khusyuk penerangan dari wakil yg dipilih bagi urusan tukar nama harta2 sepencarian antara mama dengan papa.

Setelah mama mendapat tahu yg papa telah berkahwin lain, serta merta segala harta yg dimiliki bersama bertukar tangan kepada mama sepenuhnya.

Mama pula menyerahkan segalanya ke atas nama anak2nya. Baginya, kini hanya tinggal masa dia menghabiskan sisa hidupnya bersama anak dan cucu bukan lagi menghitung harta.

*****************************

Walaupun Immanaty telah kembali ke Ibukota untuk menjalani tugasan seharian seperti biasa tetapi hatinya masih tidak keruan memikirkan masalah yg menimpa keluarganya kini.

Kalau dahulu along sangat menyebelahi papa tapi sekarang along bermati2 an menentang papa kini.

Bagaimana agaknya kehidupan papa sekarang.

Terdetik pula di hatinya untuk menghubungi papa.

"Assalamualaikum papa, papa sihat ke?"

"Wa'alaikumsalam, ada lagi rupanya anak papa ni. Ingatkan semuanya dah tak mengaku papa"

Immanaty mengucap dlm hati.

"Papa sihat ke?"

"Sihat. Papa dengar rumah tu dah tukar nama pada nama kamu. Rumah tu hasil titik peluh papa, sepatutnya papa dapat hasilnya"

Immanaty mengurut dada.

"Habis papa nak Imm buat apa?"

"Jual rumah tu, duit kita kongsi dua"

"Astaghfirullah'al azim. Mengucap papa! kalau jual mana mama nak tinggal? papa nak pakai duit sangat ke? papa ckp dekat Imm kalau setakat untuk makan pakai tu, insyaAllah Imm boleh tolong tapi takkan la sampai nak jual rumah"

"Papa nak pakai 10k. Boleh Imm tolong?"

"Banyak tu? papa nak buat apa sebenarnya ni? mcm ni lah, Imm tolong apa yg termampu je. Nanti apa2 Imm call papa, jumpa papa, ok. Assalamualaikum"

Immanaty termangu seketika.

Dahulu, papa sangat tidak berkenan dengannya. Katanya, Immanaty tidak pandai belajar, suka melepak, suka pakai pakaian yg season yg koyak2. Papa selalu membebel2 melihat telatah Immanaty yg nakal.

Papa selalu membanggakan along, tapi sekarang papa seolah2 tiada tempat untuk mengadu lagi. Inilah yg dikatakan sendiri mencari masalah.

**********************

"Sayang, u kenapa? fikiran melayang2 layang je?"
Tengku Amyrul sedikit gusar.

"Sejak u balik ni, u macam tak tenteram je. Atau u dah ada boyfriend baru ni??"

"Ish, u ni. Keje mcm i ni, nak cari boyfriend pun tak sempat tau. Takda lah, i segan nak cerita family problem dengan u"

"Kenapa nak segan pulak? kalau i boleh tolong , i tolong ok. I promise. I tak kisah la"

Immanaty bersyukur sangat2 kerana Tengku Amyrul sangat memahaminya.

Walaupun, berbeza darjat, tapi tingkah laku Tengku Amyrul sangat low profile.

"Sayang, i ada good news untuk u"

"Apa?"

"I dah jumpa mana papa u duduk. Nanti i temankan u pergi sana ok"

Wajah Immanaty sedikit ceria.

"Papa?"

"Imm?"

"Kenapa papa tak bagitau Imm, yg papa sakit? auntie mana?"

"Dah sebulan auntie tak balik. Papa tak tau mana dia pergi"

"Imm, bawak papa balik rumah kita ya, rumah mama"

"Jangan Imm, papa malu"

"Jangan macam tu papa, kita balik ya"

Sayunya hati Immanaty melihatkan papa yg semakin kurus.

"Macam mana Imm boleh tau papa ada kat sini?"

"Amyrul yg cari"

"Terima kasih Amyrul"

"Sama2 uncle"

"Terima kasih kerana jaga Immanaty dengan baik sekali. Kalau uncle yg jaga dia, tentu bukan begini jadinya Immanaty."
ada nada kekesalan lahir di situ.

Immanaty memahami maksud papa itu. Papa memaksudkan along sebenarnya. Anak kesayangan papa yg telah membuang jauh dirinya dari lubuk hatinya.

Setibanya di rumah, kelihatan seperti keadaan kembali sediakala. Immanaty terpinga sebentar.

Mama menyambut papa dengan mesra sambil mencium tangan papa memohon ampun, diikuti along, angah dan abang uda.

Immanaty sedikit hairan.

"Sayang, ini hadiah father's day dari i"
air mata Immanaty berlinangan di pinggir kelopak mata.

Tidak sama sekali dia menyangka bahawa Tengku Amyrul melakukan semua ini demi keluarganya hampir musnah dahulu.

"Selamat hari bapa, papa"
ujar Immanaty sambil menyalami papa.

"Papa berdosa pada semua, maafkan papa"

Walaupun hari bapa jatuh dua minggu lagi, tapi bagi Immanaty mereka telah menyambutnya pada hari itu.

Immanaty juga telah melepaskan kerjaya sebagai modelling dan menguruskan perniagaan keluarga dan demi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Matlamatnya sekarang adalah hidup berkeluarga. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Immanaty tidak sanggup.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.