Cerpen : Tidak sempurna

Jauh fikiran aku melayang, sehinggah aku tersedar tatkala sepasang tangan melingkari leher aku dan mencium pipi aku. Aku memadang seraut wajah itu dengan sebuah senyuman yang terukir indah dibibirku. Bagiku walaupun betapa beratnya masalahku atau bebanku dengan memandang seraut wajah ini dan sebuah pelukan erat cukup membuat semua masalah aku hilang. Aku terus bagun dan berjalan kearah keretaku, sambilku berjalan tanganku digengam kemas, langkahku dan langkahnya seiring hidupku kelihatan lengkap walaupun hakikatnya ia tidaklah seindah yang diharapkan.
Sesampai aku dihalam rumahku aku terlihat sekujur tubuh bersandar di pintu pagar rumahku. Sebuah senyuman yang hambar terukir diwajahnya. Aku hanya melihat sambil menahan sebak. Aku gagahkan diriku untuk membuka pintu pagar rumahku dan menjemput masuk jejaka yang pernah mencuri hatiku itu. Sambil itu aku membolosi diriku kedalam keretaku dan memakirnya dihalam rumahku. Aku keluar dan berjalan kearah lelaki itu sambil memimpin tangan buah hatiku. Namun semakin dekat aku melangkah pada lelaki itu dapat aku rasakan dengupan jantungku fikiran aku melayang tiba-tiba aku terasa tangan aku direntap kelihatan buah hati aku sedang memeluk jejaka dihapanku ini. Haikal Najmi buah hati yang telah mewarnai hidup aku selama 5 tahun.
Segaris senyuman terukir pada wajah Amirul Naim tatkala sepasang tangan Haikal Najmi melingkari lehernya. Aku hanya mampu tersenyum. Kelihatan Haikal Najmi gembira bila bertemu dengan jejaka ini. Amirul Naim sebuah nama yang telah mengajarku erti cinta. Aku duduk dihadapan menlihat kedua beranak ini melepaskan rindu. Setelah beberapa minit aku meminta diri untuk masuk kedalam dengan alas an untuk membuat air tetapi pada hakikatnya aku hanya melarikan diri daripadanya.
Malam itu seusainya aku bersolat isyak aku melipat sejadah aku melihat Haikal Najmi telah lena dibuai mimpi mungkin letih bermain petang tadi. Aku duduk dibirai katil dan mengusap rambutnya tiba-tiba air mataku mengalir dengan sendirinya. Kelihatan wajah comel itu hatiku dicucuk sayu. Alangkahnya peritnya hidup sicomel ini. Bunyi deringan telefon bimbit aku menhentikan lamunan aku. Kelihatan nama Amirul Naim diskrin telefon bimbit aku.
" Assalamualaikum " aku memberi salam..
"Waalaikumsalam" salamku dijawab oleh sidia…
" Arissa, esok kita berjumpa boleh tak ?" tiba-tiba aku diajukan sebuah soalan…
" Eeerrmm boleh kot dimana?" aku menyoal kembali…
" At the DOME, and please come alone don’t bring Haikal Najmi along, we need to talk" sambungnya lagi..
" Without Haikal… eerrmmm can you make it at 1pm"… aku bertanya lagi…
" Tunggu abang at the lobi abang drive" ujurnya lagi…
"But Amirul"…kata-kata aku dipotong laju..
" Arissa Nurhaliz bt Muhammad Aliff there is no but, tunggu di lobi abang drive" dia bersuara tegas.
Malas aku hendak bertengkar dengannya. Aku cukup kenal dengan sifat Amirul Naim jika dia menyebut nama aku dengan penuh maknanya tak guna aku bertengkar kerana fikirannya tak mungkin berubah. Aku member salam dan memutuskan telefon. Aku membaringkan diriku disebelah Haikal Najmi tanpa aku menahan air mata aku berguguran dan aku tidur ditemani oleh buah hati aku dan iringan air mata yang membasahi pipi aku.
Seperti biasa aku menyiapkan Haikal Najmi untuk dihantar ke nursery merangkapi tadikannya. Kemudian aku bersiap untuk ke pejabat. Pagi itu aku dan Haikal hanya bersarapan dengan Cornflakes kerana aku perlu ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat. Sebelum ke pejabat aku menghantar Haikal ke nursery dalam perjalan aku ke pejabat.
Aku melangkah lesu ke lobi bangunan dimana terletaknya pejabat aku. Sedang aku menunggu lift tiba-tiba hidungku terbau wangian Polo disebelahku. Dadaku berdengup kencang. Aku hanya melitah lantai tanpa mengangkat kepalaku. Sedang aku menunggu lift yang mengambil masa yang berkurun lamanya tiba-tiba aku ditolak dari belakang tanpa aku sedari sebuah tangan yang cukup aku kenal memaut tangan aku. Aku mengangkat muka untuk mengucapkan terima kasih namun lidahku menjadi kelu melihat sepasang mata yang merenungku itu.
Keadaan menjadi sunyi seketika namun ketibaan lift itu telah menyelamatkan aku dari dibuai perasaan. Ramainya manusia yang berebut-rebut untuk menaiki lift hendak tidak aku terpaksa juga naik kerana aku tidak mahu terlewat untuk mesyuarat yang akan berlangsung tepat pada jam 9 pagi. Dalam lift yang sesak itu ada sahaja makhluk-makhluk Allah yang sentiasa menolak-nolak aku. Tanpa aku sedari aku berdiri betul-betul membelangkangkan Amirul Naim. Sepasang tangan lelaki itu memeluk pinggang aku dengan kemas. Aku terkesima, dada ku bergetar hendak melarikan diri tak mungkin kerana lift sesak dengan orang ramai. Hendak menjerit suara aku tidak terkeluar. Hatiku menjadi lega apabila lift itu berhenti pada tinggat 22. Tiba-tiba sepasang tangan itu menjadi longgar dan aku mengambil kesempatan itu untuk membolos diriku keluar. Tatkala aku keluar sebuah senyuman sinis terukir pada wajah Amirul Naim. Sebalnya hati aku melihat senyumnya. Geram sungguh.
Mesyuarat aku habis pada pukul 11 pagi. Aku melangkah masuk ke pejabat aku. Sedang aku sibuk membuat kerja sebuah sms masuk kedalam inbox telefon bimbit aku. Terus aku mengambil telefon bimbit aku dan membaca sms itu. Terus wajahku berubah bila aku membaca sms itu. Wajahku berpaling melihat Amirul Naim dipintu pejabatku. Terus aku mencapai tas tanganku dan melangkah keluar kerana aku terlupa temu janjiku dengannya. Jam di tangan ku menunjuk pukul 1.20pm. Ini bermakna dia telah menungguku selama 20 minit di lobi dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk naik keatas untuk mencari aku dipejabat. Aku sempat memohon maaf sebelum jalan melepasinya kearah lift.
Dapatku lihat wajahnya bertukar rupa melihat aku jalan tanpa mempedulikannya. Segaris senyuman terukir dibibirku. Ini kerana aku cukuo kenal dengan attitude Amirul Naim dia cukup pantang apabila aku jalan mendahuluinya. Apabila kami sampai dikereta dia terus memandu. Aku hanya membisu kerana bagi aku tiada apa-apa yang bolehku bualkan dengannya. Tiba-tiba aku sedar yang sebenarnya dia tersilap jalan. "Aaarr if I’m not mistake this is not the way to the DOME" aku bersuara. Aku memandang mukanya. Dia memandangku kemudian menjeling padaku. Aku terus diam memandang kedepan. Namun hatiku tertanya-tanya kemana dia membawa aku. Dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Rumah yang cukupku kenali. Dia menarik aku kelaur dengan kasar. Dia menarik aku masuk kedalam rumah itu dan menolak aku duduk disofa. Aku hanya menurut. Dia berjalan mundar-mandir kekanan dan kekiri seperti cacing kepanasan.
Akhirnya aku bersuara " What are we doing here Amirul Naim?" suara aku kedengaran tersekat-sekat. Dia memandang wajahku dengan sebuah pandangan yang tajam. Kemudian dia berjalan kearahku dan duduk ditepiku. Jarinya mengegan jariku. Aku hanya biarkan. Tiba-tiba dia mula meranaik aku dekat padanya. Aku cuba menolak dia namun kudarat aku tidaklah seberapa. Dia mencium wajahku, menarik tudungku. Aku cuba sedaya upayahku meronta namun cengkamannya yang kuat membantut pergerakanku.
" Amirul Naim please don’t do this" aku bersuara…
Dia memandang wajahku dan kemudian bersuara " Arissa you are still my wife.. Arissa masih halal bagi abang, and I have all the rights."
Aku hanya terdiam mendengar dia bercakap begitu. Ya memang benar katanya aku masih halal buat lelaki didepanku ini. Dia memandang wajahku kemudian dia memberhentikan segalanya dan kembali duduk di atas sofa. Aku mengambil kesempatan ini untuk bergerak jauh darinya. Tiba-tiba dia menarik aku dan memeluk aku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku dapat merasakan blouse aku basah. Aku menjadi kaget suami aku yang penuh dengan keegoan sedang menitis air mata. Aku hanya mendiamkan diri.Tanpa aku sedari aku memuluknya.Tangan aku mengusap badannya.
" Arissa can you please forgive me? " dia bersuara…
Aku hanya mendiamkan diri.
" Arissa I want you and Haikal Najmi back in my life please don’t leave me" dia menyambung kata-katanya.
Aku terus membatukan diri.
"Please Arissa if I have to knee to you I will do it please come back to my life" dia mula merayu .
Dia menarik aku dan melihat wajahku. Aku terkesima melihat wajahnya. Selama aku menjadi isterinya untuk 6 tahun aku tidak pernah melihatnya menangis. Walaupun kami adalah suami isteri dia tidak tinggal sebumbung denganku selama 5 tahun. Namun setahu aku dia tetap memberiku nafkah zahir walaupun bukan batin. Aku tahu bukan salahnya dia tidak tinggal sebumbung dengan aku. Datin Sofea sebuah nama yang cukup membencikan telah menjadikan diri aku dengan Amirul Naim begini. Mama Amirul Naim telah mengunnakan segala kuasanya untuk membawa Amirul Jauh dari aku dan Haikal Najmi. Anak aku membesar tanpa kasih sayang ayahnya. Setelah sekian lama tiba-tiba dia muncul dalam hidupku kembali. Aku masih tidak mengerti apa yang telah berlaku. Dimana Mamanya? Telinga aku masih terniang-niang kata Datin Sofea "Hey betina aku akan gunakan segala yang ada dengan aku untuk pisahkan Naim dari engakau yang tak ada standard ini". Dia telah kotakan kata-katanya.
Akhirnya aku bersuara "Arissa tak pernah tinggalkan abang… I never leave you, you did leave me"
Amirul memandangku. Dia memegang bahuku bersuara " Mama kata Arissa nak abang ceraikan Arissa, She said that you want a divorce".
Aku hanya memandang wajahnya dengan seribu persoalan. Aku menjadi bisu seketika. Otak aku ligat mencari memori aku bercakap dengan Datin Sofea. Amirul merenung aku meminta jawapan. Aku hanya mengelengkan kepala. Amirul menarik aku naik ke atas. Dia membawa aku biliknya. Tatkala aku melangkah masuk ke biliknya aku terkejut. Di dinding biliknya tergantung gambar-gambar aku dengan Haikal. Aku hanya memandangnya dengan rupa yang terkejut. Dia menarik sebuah beg dan mula masukan baju-bajunya kedalam beg itu. Aku hanya melihatnya. Setelah dia masukan beberapa barang kedalam begnya dia menarik aku menuruni tangga. Apabila kakiku di menjejaki lantai tiba-tiba senuah suara menegur.
" Where are you going dear?"
Aku mengecilkan diri aku dan bersembunyi di belakang Amirul.
" Where do you think I suppose to go mama?" Amirul menjawab sinis.
" What are you trying to tell me Amirul Naim" wanita didepan Amirul bersuara.
Amirul memegang erat tangan aku dan menarik aku kedepan. Kelihatan riak wajah Datin Sofea berubah.. " Why in the hell is this bit…" katanya terputus
" This bitch is my WIFE… and I am going to my house ma.. I never expect you to do this, Amirul terima bila mama pisahkan Amirul dengan Arissa, Amirul terima bila mama pisahkan Amirul dengan Haikal dan Amirul ikut semua rentak mama. Tapi mama dah melampaui batas bila mama cakap yang Arissa minta cerai dari Amirul. You have gone to far mama. Amirul snggup tinggalkan Arissa sebab tak nak jadi anak derhaka tapi mama sanggup hancurkan hidup Amirul. Do you know how much I suffer? Do you know how pain is it to see my own family from far? Or do you know how I feel when I have to see my son as I’m a stranger in fact I am his own father? I love you so much until I hurt her but you never ever appreciate what I did for you. " aku menggengam erat tangan Amirul. Aku tahu pada saat ini dia sememangnya memerlukan sokongan aku.
Wajah Datin Sofea berubah warna. " I did this all because of you"
" Because of me?? Mama Amirul tahu mama pisahkan Arissa dari Amirul disebabkan she is not rich. But mama I want you to know this she is rich mama she is.. Do want to know how?? She is rich with love, attitude and more than that she is rich with my love for her." Dengan kata-kata Amirul itu sebuah senyuman terukir dibibirku. Dia menarik aku keluar dari rumahnya. Dia mengengam kemas tanganku dan berjalan kea rah kereta. Kami dapat mendengar suara Datin Sofea menjerit dan menggilai. Amirul Naim berbisik pada aku " Arissa Nurhaliz from this second no matter what happened I will not leave your hand ever again" Aku hanya memandangnya dan memberi sebuah senyuman yang paling manis. Sambil dia membawa kereta dia mengengam jari-jemariku. Aku dapat melihat sebuah senyuman terukir diwajahnya. Aku tahu kini hidup aku akan berubah. Aku akan pastikan dia sentiasa disisku dan gembira kerana telah memilihku kembali.
Aku tahu hidupku akan berubah kerana aku telah lama sedar yang bukan semua orang sempurna. Amirul mempunyai sebab tersendiri untuk meniggalkan aku.Walaupun perit aku tetap belajar untuk maafkannya dan terus mencintainya kerana dalam kehidupan ini tiada yang sempurna. Begitu juga dengan diriku serta rumah tanggaku. Semua mempunyai cacat-cela oleh itu aku harus belajar cara untuk menerima dan membuang apa yang patut dan apa yang tidak patut. Kerana semuanya tidak sempurna kerana kehidupan ini adalah sebuah realiti.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.