Cerpen : Jangan Kau lepaskan

Huh! Bosannya aku menapak seorang diri untuk pulang ke kolej kediamanku. Kalau ada Ayu, boleh juga nak berborak,nak bergosip. Tapi sebaik sahaja tamat kuliah, abang angkat Ayu sudah menunggunya untuk keluar makan tengah hari. Ayu ada mengajak aku, tetapi segan pula aku nak kacau pasangan yang sedang hangat bercinta. Abang angkat Ayu ini pun satu, hari itu pula dia nak dating dengan adik angkat dia.

Cakap pasal abang angkat, tiba-tiba aku teringat kepada seorang abang senior di sini. Suka sangat dia membuli aku semasa minggu orientasi dua minggu yang lalu. Mentang-mentang aku budak baru, suka-suka je nak kenakan aku. Dek kerana itu, aku jadi populare di kalangan pelajar baru. Apa taknya, setiap aktiviti yang dijalankan pleh seniors, pasti abang senior itu memilih aku untuk mengambil bahagian.

Aku memang bengang betul dengan abang senior itu dan bila tiba satu permainanwaktu akhir minggu orientasi, aku nekad untuk membalas dendam. Aku tergelak seorang diri bila mengenangkan insiden aku membaling telur tepat pada mukanya. Habis wajah hensemnya dilumuri telur. Kesian abang…

Pin! Pin! Sebuah kereta MyVi putih berhenti di sebelahku. Cermin kereta diturungkan. Lalu aku menunduk sedikit melihat gerangan pemandunya.

"Abang Aliff?" kataku sebaik melihata abang senior yang aku fikirkan tadi. Aku terus menapak ke hadapan.

"Abang nak apa lagi? Tak puas-puas lagi nak buli saya?" kataku marah.

"Alin! Tunggu dulu. Abang nak belanja awak makan dekat luar sebagai tanda abang minta maaf dengan perlakuan abang dekat awak dulu," kata abang Aliff merayu pada aku. Aku mendengus perlahan. Nak terima atau tidak? Argh! Aku kena berkeras.

"Tak payah! Saya dah maafkan," kataku ringkas.


"Alin, please! Abang akan rasa bersalah kalau tak dapat belanja amak makan. Please!" rayu abang Aliff lagi. Aduh, kenapa lah hati wanita ini lembut sangat nak menerima ajakan abang Aliff? Lalu aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya dengan wajah serius. Abang Aliff tersenyum lebar lalu memulakan perjalanan.

"Awak budak sains hayat ke?" tanya abang Aliff memulakan perbualan.

"Ha'ah,"jawabku pendek.

"Duduk kat kolej 12?" tanya abang Aliff lagi.

"Ha'ah,"kataku lagi.

"Alin ni, jawab pendek-pendek je. Tak best la macam ni,"ujar abang Aliff.

"Habis tu nak jawab macam mana? Jawapan pada soalan abang tu memang kena pendek pun,"kataku dengan tegas.

"Alin taknak pun tanya abang ni budak course apa? Tinggal dekat mana? Umur berapa?" kata abang Aliff dalam nada merajuk.

"Okeylah. Saya tanya ya. Tanya panjang-panjang. Abang course apa? Student tahun berapa? Umur berapa?" tanyaku tak ikhlas.

"Haa.. macam itu lah. Abang budak engine. Last year student. Umur baru je 23. muda lagi," kata abang Aliff sambil tersengih-sengih.

"So?" kataku.

"So, abang taklah tua sangat nak kawan dengan budak 18 tahun kan," kata abang Aliff pula. Aku senyap. Abang Aliff pun kelihatan ketandusan idea unuk bersembang dek keranan sifat pendiamku yang datang tiba-tiba.

Beberapa minit kemudoan,kami pun sampai ke Restoren Syed yang terletak di Bangsar. Setelah pelayang restoren mengambil pesanan makanan, aku menghalakan pandangan ke luar restoren. Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan abang Aliff .

"Alin nak tahu kenapa abang selalu suruh awak waktu orientasi?" tanya abang Aliff.

"Kenapa?" tanyaku semula.

"Abang suka tengok cara awak, reaksi awak. Kelakar gila abang rasa,"jawab abang Aliff lalu tergelak kecil.

"Oh, suka lah tengok saya macam tu. Ingat saya suka?" kataku sedikit marah.

"Abang rasa suka sebab abang suka awak kot. Alin kenalah bangga. Juniors lain beriya-iya suruh abang pilih dia orang waktu orientasi. Tapi, abang pilih awak juga," ujar abang Aliff lagi.

"Kenapa nak rasa bangga pulak?" tanyaku lurus bendul.

"Alin ni. Abang ni famous, lepas tu kacak pulak. Kalu awak nak tahu, kawan-kawan abang panggil abang ni Gambit UM tau!"kata abang Aliff lagi.

"Ye ke?"tanyaku lagi. Perasan betul mamat seorang ini.

"Itulah Alin. Tak sudi nak tengok muka abang ni. Awak lebih rela tengok kereta-kereta buruk kat jalan tu,"kata abang Aliff.

"Seganlah,"kataku ringkas.

"Kenapa nak segan pulak? Sekarang ni, abang bagi green light untuk Alin,"kata abang Aliff lagi. Lalu aku menghadap muka abang Aliff. Matanya penuh misteri. Hidungnya mancung. Bibirnya merah petanda tidak merokok. Kulit wajahnya bersih, barangkali lebih bersih dari aku. Aku terpaku seketika.

"Alin! Alin! Alin!"panggil abang Aliff sambil tangannya melambai-lambai di hadapan aku. Aku lihat ke atas meja. Makanan dan minuman sudah terhidang. Ya Allah! Malunya aku. Macam mana aku boleh langsung tak sedar yang aku merenung abang Aliff terlalu lama. Aku segera menjamah makananku menghilangkan gugup di hati.

***

Seperti hari-hari yang lalu, waktu malam pasti aku peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran. Ayu,rakan sebilikki faham benar dengan tabiat aku. Masuk jam 10.30 malam, barulah dia berani mengajak aku berbual.

"Alin,sekejap je kan masa berlalu. Hari ni aku rase dah sebulan kita duduk dalam UM. So, amacam, dah junpe kekasih hati?"ujar Ayu sambil tersenyum manja.

"Kekasih hati? Kau ingat kita ni dalam akademi mencari cinta ke?"kataku pula.

"Memanglah bukan akademi mencari cinta. Tapi kat sini kita kan jumpa dengan ramai orang. Takkan takde satu pun yang sangkut,"balas Ayu.

"Entahlah Ayu. Siapalah aku ni? Hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Siapa lah nak sangkut dengan kawan kau ni," kataku merendah diri.

"Nak merendah diri pulak. Habis tu yang abang senior yang call kau tiap-tiap malam tu siapa?" tanya Ayu lalu mencubit lenganku. Sakit.

"Oh,tu abang Aliff,"jawabku pendek.

"Itu aku tahulah abanga Aliff. Tapi siapa dia pada kau? Abang angkat ke, boyfriend ke, apa ke?"tanya Ayu lagi.

"Aku dengan dia kawan je lah. Bukan macam orang tu,kata abang angkat, rupanya boyfriend. Uwekkk," ujarku menyindir Ayu. Wajah Ayu berubah masam.

"Sampai hati kau Alin perli aku. Aku merajuk. Baik kau pujuk aku sekarang,"ujar Ayu dalam nada sedih dibuat-buat. Aku bangun dari kerusiku lalu menghampiri Ayu di katilnya.

"Alalala..Buruk tau muka awak tu kalau merajuk. meh sini akak pujuk,"kataku bergurau sambil mengusap rambut Ayu.

"Taknaklah macam ni. Merajuk aku akan hilang kalau esok malam kau teman aku perg tengok konsert. Dia orang kata Gambit UM nak menyanyi esok. Jomlah Alin. Aku teringin sangat nak jumpa dia,"kata Ayu merayu-rayu padaku. Sejenak aku berfikir. Gambit Um? itukan abang Aliff. tak mahulah jumpa dia.

"Malas lah aku. Itu klon Gambit je,"ujarku selamba.

"Alin,jomlah,"

"Taknak!"

"Jomlah,"

"Taknak!"

"Jom,"

"Tak.."telefonku tiba-tiba berdering. Siapa lagi yang akan menghubungi aku pada waktu-waktu begini kalau bukan abang Aliff.

"Hello Alin!"

"Hello,"

"Alin,esok malam jangan lupa datang untuk konsert abang tu tau,"

"Saya tak minat konsert,"

"Alin, abang dah practise sungguh-sungguh tau semata-mata untuk awak. Kalau Alin tak datang, abang nak buat show pun takde semangat. Datang tau!"

"Ya lah,"

Perbualan tamat di situ. Dia terpaksa pergi.

"good news for you," kataku kepada Ayu.

"kau pergi konsert tu jugak kan?Yes!"kata Ayu penuh gembira. Aku tersenyum tawar. Hatiku tiba-tiba rasa berdebar.

***

Dataran Perdana Siswa dibanjiri dengan mahasiswa dan mahasiswinya. Ada yang datang bersama rakan, tak kurang juga datang bersama teman. Aku duduk di ruang paling depan dek kerana Ayu yang sibuk-sibuk nak melihat Gambit UM dengan jelas.

"Seterusnya, kumpulan yang akan membuat persembahan ialah, Gambit and the Gang!" kata pengantara konsert mini itu. Riak wajah Ayu jelas menunjukkan dia begitu teruja sedangkan aku rasa tak begitu selesa.

"Assalamualaikum semua!"jerit abang Aliff selaku vokalis bandnya. Aku naik hairan melihat pelajar yang kebanyakannya perempuan menjerit-jerit nama Gambit. Macam orang kena rasuk.

"Trimas untuk semua yang sudi hadir untuk mini concert kami. Okey,saya taknak buang masa. Kami akan meneyanyikan lagu dari kumpulan ALEXA berjudul Jangan Kau Lepaskan. Dan lagu ini saya nak tujukan khas kepada seseorang yang bermakna dalam hidup saya,"kata abang Aliff lalu menuju ke arahku. Abang Aliff menyuruhku berdiri.

"dan insan itu ialah saudari Alin binti Ammar,"sambung abang Aliff. Aku terkesima. Adakah aku sekarang berada di alam nyata atau fantasi? Mahasiswa dan mahasiswi kecoh bertepuk tangan sedangkan aku kaku begitu sahaja.

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Suara abang Aliff sememangnya sedap didengar. Tepukan gemuruh berkumandang. Rasa feeling habis apabila lagu itu ditujukan untuk aku. Benarkah aku bermakna untuk abang Aliff?

Sebaik tamat Konsert itu, abang Aliff datang menemui aku yang ditemani Ayu.

"Alin,terima kasih sangat-sangat sebab datang. Rasa enjoy sangat bila tengok Alin tadi," kata abang Aliff sambil tersenyum. Ayu kelihatan terkejut.

"Abang Gambit ni ke abang Aliff yang call Alin tiap-tiap hari tu?"tanya Ayu kepada abang Aliff. Aku tersengih.

"Yup, Alin tak cerita ya? Baguslah sebab Alin ni tak riak ade boyfriend hensem,"kata abang Aliff membangga diri. Aku menarik muka dengan kenyataan abang Aliff.

"Okeylah, saya dah datang,so saya balik dulu lah,"kata aku mengundur diri.

"Alin,ini untuk Alin. Awak pakailah benda ni bila awak bersedia nak jadi teman saya sampai bila-bila,"kata abang Aliff sambil menghulurkan sebuah kotak kecil berbalut merah. Alamak! Romantik pula abang Aliff malam ini. Aku sekadar mengangguk lalu mengajak Ayu beredar.Ayu beriya-iya meminta aku membuka hadiah itu. Lalu aku membukanya. Cincin?

***

Usia hubungan persahabatan aku dengan Abang Aliff sudah menjangkau 5 bulan. Aku seronok dapat mengenali abang Aliff. Kalau dulu,aku rasa menyampah dengan abang Aliff,kini tidak lagi. Sikapnya yang matang membuat aku rasa selesa. Setakat ini, aku belum pernah perang besar dengan abang Aliff. Mengingatkan kenangan bersama abang Aliff,aku tersenyum seorang diri.

"Eh! Ni apsal senyum sorang-sorang ni?" tegur abang aliff yang duduk di sebelahku di sebuah gazebo menghadap tasik UM.Kami berehat seketika setelah penat berjogging satu kampus.

"Saja-saja. Abang nak tahu tak? Saya kan tak pernah terfikir yang sekarang saya ada seorang sahabat karib lelaki,"kataku ikhlas.

"Really? Awak tak pernah bercinta ke zaman sekolah?"tanya abang Aliff.

"Never. Saya tak minat nak involve dalam bidang macam tu. Memerlukan komitmen dan saya rasa bukan masa nya lagi. Abang pulak macam mana? Mesti ramai girlfriend," tanyaku ingin tahu.

"Wah, bagusnya Alin punya prinsip. Abang macam tu jugak. Ramai yang mengorat abang,but at last abang pilih orang yang tak suka abang. Awak kan tak suka abang kan,"kata abang Aliff.

"Kenapa saya ya?"tanyaku lagi.

"Abang takde jawapan untuk soalan Alin. Ianya macam semulajadi. Orang kata macam love at first sight lah. Alin takde rasa macam tu?"tanya abang Aliff pula. Aku menarik nafas sedalamnya.

"Saya memang suka dekat abang Aliff. Tapi saya tak pasti sama ada saya just suka ataupun cinta,"balas ku pula.

"Abang faham situasi Alin. TApi kan, Alin tak rasa ke keadaan kita ni macam orang bercinta?"pertanyaan abang Aliff membuatkan aku menelan air liur. Aku tidak menafikannya. Aku sendiri keliru dengan status hubunganku dengan abang Aliff yang umpama teman tapi mesra.

"Abang, saya kadang-kadang takut nak jadi teman abang,"kataku dalam nada perlahan. Aku berdiri. Membuang pandangan ke arah tasik yang menghijau airnya.

"Takut? Kenapa?"tanya abang Aliff.

"Saya rasa macam tak sesuai je dengan abang. Abang kan famous, hensem, Gambit UM la katakan. Saya pulak budak perempuan biasa-biasa je,"kataku merendah diri. Abang Aliff berdiri di hadapanku dan matanya tepat memandang aku.

"Alin,bagi abang luaran tu tak penting. Abang tengok awak dah cukup sempurna. So, Alin jangan merendah diri,"kata-kata abang Aliff mengubat jiwa aku.

"Tapi, tahun depan abang dah start kerja. Waktu tu nanti mesti jumpa dengan orang lain. Saya pulak kena belajar bertahun-tahun pulak tu,"kataku lagi meluahkan kegusaran di hati.

"Alin,sejak abang mula-mula masuk UM,memang abang berniat nak cari teman bila abang dah belajar sampai tahun akhir.Memang target junior je la. Akhirnya,niat abang tu tercapai jugak. Sebab abang nak,bila teman abang tu dah habis belajar,dia tak payah susah payah nak kahwin. Abang nak kerja kuat,nak kumpul aset,beli rumah,beli kereta,so nanti teman abang tu cuci kaki je masuk rumah,"ujar abang Aliff panjang lebar. Aku tersenyum puas mendengar penjelasan abang Aliff.

"Tapi, abang boleh jamin lah tak cari siap-siapa kalau Alin kahwin dengan abang sekarang,"sambung abang aliff sambil tersengih nakal.

"Taknaklah! Orang lain pergi kelas bawak buku, saya pergi kuliah bawak perut. No way,"kataku pura-pura marah. Abang Aliff tergelak terbahak-bahak.

"Alin ni kelakarlah! abang rasa the main reason abang suka kat awak sebab awak ni penuh dengan sense of humour lah. Jarang tau peempuan kat luar sana tu buat lawak dengan boyfriend dia orang,"kata abang Aliff dalam gelaknya yang masih bersisa.

"Hish abang ni. Suka sangat dia,"kataku pula.

"Okey, Abang serius balik. Bila agaknya abang dapat tengok awak pakai hadiah abang tu?"tanya abang Aliff penuh mengharap.

"Kenapa? Dah tak boleh tunggu dah ke?"kataku lalu tergelak kecil.

"Taklah. Takut tak sempat nak tengok awak pakai. Minggu depan abang ade match hoki. Nanti datang tau,"ujar abang Aliff lembut. Aku mengangguk. Tiba-tiba hatiku rasa tak sedap dengan kata-kata abang Aliff.

***

Aku meluru masuk ke dalam wad dan mencari-cari katil abang Aliff. Itu pun dia. Abang Asyraff,rakan baik abang Aliff pun ada di situ.

"Abang Asyraff, doktor kata apa pasal abang Aliff?"kataku sayu.

"Alin banyak bersabar ya. Tadi doktor bagitahu abang yang abang Aliff mungkin koma seminggu, sebulan, setahun, ataupun selama-lamanya,"ujar abang Asyraff dengan tenang. Tika itu air mataku berjujuran menuruni pipi. Perasaan sedih yang amat menyelubungi jiwa aku.

Aku khuatir kalau-kalau aku tak akan dapat bertemu dengan abang Aliff lagi."Takut tak sempat abang nak tengok,". Ayat abang Aliff tempoh hari bermain-main di benakku. Adakah ini maksudnya? Tidak! Abag Aliff pasti akan sedar!

"Bangunlah abang Aliff. Hari tu abang kata nak tengok saya pakai cincin yang abang bagi. Saya dah pakai. Bangunlah," kataku sambil mengoncang-goncang tangan abang Aliff.Namun abang Aliff masih terbaring kaku.

"Alin,sama-samalah kita berdoa agar abang Aliff cepat sedar. Alin jangan lah sedih-sedih macam ni. Kalau Alin sedih, abang Aliff pun sedih. Jom abang hanatar Alin balik kolej,"ujar abang Asyraff memujukku.

"Alin sayang kat abang,"ucapku perlahan.Sejurus itu,aku mengekori langkah abang Asyraff.

***

Dua minggu sudah abang Aliff terlantar di wad. Setiap kali selepas tamat kuliah,aku pasti datang melawatnya dengan harapan abang Aliff sudah terjaga dari komanya. Entah kenapa,lain macam perasaan aku hari ini.

Sebaik sampai di ruang legar hospital,aku ternampak abang Asyraff lalu segera berlari anak ke arahnya.

"Abang Asyraff! Abang Aliff dah sedar ke?"tanyaku penuh mengharap. Abang Asyraff terdiam lama. Wajah sugul abang Asyraff buat aku jadi tak keruan. Cakaplah!

"Alin, abang Aliff..."

"Kenapa dengan abang Aliff?"teriak aku.

"Dia dah takde, Alin. Dia dah takde. Baru tadi jenazah dia dihantar balik ke Johor,"ujar abang Asyraff perlahan. Aku terkedu mendengar jawapan abang Asyraff. Lemah longlai aku sehingga terduduk di atas lantai. Aku sedih. Aku terkilan. Inikah jawapan yang harus ku dengar?

Abang Asyraff memapah aku yang umpama seperti orang lumpuh yang kurang upaya ke keretanya.

"Abang Asyraff, kenapa waktu saya dah mula sayangkan dia,kenapa dia pergi tinggalkan saya? Kenapa?" kataku tersedu-sedan. Terasa dunia tidak adil untukku. Abang Asyraff menjadi pendengar setia setia luahan perasaanku.

Aku tahu, aku harus kuat menerima takdir ini. Aku harus tabah dan aku redha dengan pemergian abang Aliff.

***

Pejam celik, pejam celik, 6 bulan sudah abang Aliff meninggalkan aku. Aku masih setia mencintai dan menunggu abang Aliff. Umpama orang gila, Ayu sifatkan aku seperti orang yang tidak dapat menerima hakikat. Ayu,kau tak menegrti diri aku. Bukan mudah untuk melupakan insan yang pertama bertakhta di hati ini.

Kalau abang Aliff masih ada,pasti hari ini abang Aliff akan memakai jubah graduasi sempena hari konvokesyennya. Tapi abang Aliff sudah tiada.

Diikutkan hati yang sedih,aku tak mahu menjejakkan kaki di Dewan Canseleri pada hari itu. Tapi atas arahan Presiden kelab,aku ditugaskan menjaga gerai cenderamata bersebelahan dewan gah itu.

"Assalamualaikum Alin,"ucap satu suara yang begitu dekat di telingaku dari arah belakang.Lalu aku segera menoleh.

"Abang Aliff!"jeritku perlahan. Bermimpikah aku melihat abang Aliff yang berdiri dihadapanku lengkap berjubah graduasi? Ternganga seketika aku dibuatnya.

"Alin,abang masih hidup,"ujar abang Aliff.

"Tapi,kenapa abang asyraff cakap abang dah takde?"tanyaku pelik.Aku pasti itu bukan lah roh jelmaannya. Memang itu abang Aliff yang sebenar.

"Alin,Alin. Abang buat macam tu sebab nak tengok sejauh mana awak sayang kat abang. Tak sangka, Alin sayang sangat-sangat lah kat abang ni.Actually waktu match tu,abang tercedera sikit je. Lepas tu,abang pura-pura koma. Rasa seronok pula dengar hari-hari awak cakap sayang kat abang. Abang rindu pulak nak dengar," ujar abang Aliff tersenyum padaku.

"Jahatnya abang ni. Dari dulu samapi sekarang suka nak kenakan saya. Tak sukalah macam ni!"kataku geram.

"Tak suka pun, Alin still pakai kan cincin abang tu,"kata abang Aliff sambil menjeling ke arah cincin yang masih tersemat di jariku. Aku tersenyum malu.

Ya,aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Kematian olok-olok' abang Aliff mengajar aku menjadi insan yang lebih sabar,lebih tabah dan lebih penyanyang dalam mengharungi takdir hidup.Moga hubungan aku dengan abang Aliff sentiasa berada dalam kedamaian..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.