Cerpen : Kau Juga Yang Ku Mahu

Perkahwinan bukan perkara remeh-temeh yang boleh dibuat alat permainan. Ramai generasi masa kini menjadikan alam perkahwinan sebagai tempat persinggahan sementara, semata-mata untuk memuaskan nafsu. Baru sahaja kahwin satu atau dua tahun dah pula timbul isu cerai... Jangan kata tak sehaluan sahaja puncanya, mesti ada sebab-sebab yang lain. Walaupun bukan semua pasangan sebegitu. Namun, tidak dapat dinafikan ada juga yang kahwin hanya kerana dipaksa, tak pun untuk menutup kesedihan di tinggalkan buah hati. Macam tu jugalah kisah cik kak dan cik abang kita ni. Si teruna namanya Shahril manakala si gadis sunti namanya Zulaika... Dua-dua sama padan. Shahril kacak lagi segak. Manakala Zulaika cantik menawan. Boleh cair siapa yang memandang mereka berdua. Tetapi masing-masing mempunyai keegoan diri yang tinggi. Hinggalah mereka diketemukan jodoh oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Mula-mula tu memanglah dua-dua pun memberontak. But what to do, ketegasan keluarga lebih hebat berbanding dengan perasaan mereka. Macam mana mereka nak hidup bersama padahal masing-masing dah ada yang berpunya. Di sebabkan pertunangan paksaan itu, masing-masing menaruh dendam yang teramat sangat. Kalau di beri peluang pasti bertumbukkan mereka tu. Si Zulaika ni pun tak kurang hebatnya... Dia dulu pengerusi kelab Karate di UMS. Nampak je gaya macam ‘perempuan melayu terakhir’.. sekali melenting.. mak oiii mengalahkan Jeniffer Lopez...! Si Shahril.. lagilah... tak payah nak cakap... Dia tu memang sememangnya ganas. Kalah Hulk Hogen kalau mereka berlaga....

Akhirnya, di Ijab-kabulkan jugalah kedua-dua insan tersayang tu. Dah adat, lepas bertunang tu mesti kena disatukan. Tapi, tak jugalah kan? Kalau dah tak de jodoh, berpisah juga. Waktu majlis mereka berdua, para hadirin yang terdiri daripada sanak-saudara nampak sangat ketegangan pada wajah mempelai. Mereka pun satu, kenapa tunjuk kat depan orang lain? Ramai dah mula tanya macam-macam. Naik rimas juga mereka nak jawab. Padan muka... Siapa suruh tak Cover Macho. Malam ni first night pasangan tak romantik. Tengok apa mereka buat....????

"Assalammualaikum, can i speak to Mr. Shahril?" suara seorang wanita memecahkan kesunyian malam. Zulaika terfikir-fikir nak panggil ke tak. Segan pun ada. Maklumlah malam pertama dia bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali hati budinya lagi. Kalau nak serahkan diri dia macam tu je... minta maaf banyak-banyaklah. Disebabkan tiada pilihan lain... bersuara jugalah si Zulaika tu.

"Phone!" jeritnya ringkas. Malas nak berbahasa-basi dengan lelaki dingin tu. Dahlah sebelum kahwin lagi mereka berkelahi, tuduh-menuduh antara satu sama lain. Kau tarik aku tolak... kau tolak aku tarik... Macam tulah jadinya.

"Dah, kau tu pergi main jauh-jauh. Jangan nak curi dengar perbualan aku. Aku tak suka," arah Shahril. Kasar semacam je bunyi suara dia. Kecut perut Zulaika tu. Segera dia melangkah keluar dari bilik tidur barunya yang sedikit pun tidak dapat menandingi bilik tidur kesayangannya. Zulaika duduk merehatkan minda di ruang rehat yang memang tersedia bersebelahan dengan bilik bacaan. Yang tak bestnya, berdepanan dengan bilik Shahril.

"Ayang, janganlah macam ni. Abang bukannya nak sangat kahwin dengan budak bangang tu. Sabar-sabar jelah dulu, ayang. Abang janji akan ceraikan dia secepat yang mungkin. Percayalah cakap abang. Hanya ayang yang abang cinta. Tiada yang lain." Puas juga Shahril memujuk kekasihnya, Mirah. Lain yang di harapkan lain pula yang jadi.

"Dahlah, abang. Mirah menyampah nak cakap dengan abang lagi. Lepas abang ceraikan perempuan tu, baru datang cari Mirah. Kalau tak jangan mimpi Mirah nak layan abang. Mirah nak letak ni. Malas nak cakap panjang. Hari ni kan abang nak happy. Teruskan niat abang tu." Belum pun sempat Shahril nak pujuk buah hatinya, dah dicancelkan panggilan. Tengah-tengah hot macam ni... of course Zulaikalah yang akan jadi mangsa. Tengah syok-syok dia melayan perasaan, disergah pula tak pasal-pasal.

"Apa ni? Gila ke?"

"Siapa yang gila? Awak tu... Perempuan yang tak tahu malu. Sedap-sedap nak duduk tumpang kat rumah orang. Boleh blah lah. Ingat awak tu cantik macam Shakira ke?" mulalah si Shahril meluahkan ketidak-puas-hatiannya itu.

"Tolonglah sikit. Awak tu apa kurangnya. Macam muka Popaye... Lagi handsome Mr. Popaye tau. Tak sedar diri. Lagi satu, bukan saya nak sangat tinggal kat sini. Kalau awak dengan family awak tak menghalang sekarang juga saya akan keluar dari rumah ni. Rimas duduk sini lama-lama. Tak tenteram. Lebih-lebih lagi tengok muka awak tu."

"Oii... kalau awak nak... pergi jelah. Buat apa kisah sangat dengan family orang. Apa awak nak tunjuk baik ke? Tak nampak gaya macam baik pun."

"Sedar diri sendiri dulu. Jangan ingat yang bagus semuanya awak.. dan yang buruk semuanya saya. Tolonglah!" Zulaika ni pun memang suka sangat menjawab. Dia tu hanya memburukkan lagi keadaan yang sememangnya dah tak betul tu.

"Kurang ajar ya awak ni. Tak sesuai jadi isteri saya. Perempuan macam awak ni lebih baik tak kahwin. Menyusahkan anak teruna orang aja." Baru je Zulaika nak menambahkan kemarahan Shahril... Tapi, tak sempat apabila tiba-tiba abang sulung Shahril mengamuk.

"Wei, apa bising-bising tu. Tak ingat dunia ke? Kalau ya pun, fikir-fikirlah sikit. Aku tahulah korang punya malam pertama. Tapi, bukan korang dua je ada kat rumah ni. Nak bising, cari honeymood place yang lain." Pucat muka Shahril dan Zulaika. Malu bila ditegur begitu. Siapa tak malu kan???

Tanpa banyak bicara, kedua-dua pasangan pengantin baru melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Mengantuk teramat sangat. Tapi, mereka ni tak pula cerewet nak tidur satu katil. Tiada halangan daripada kedua-dua pihak. Seorang kat sebelah kanan, seorang lagi kat sebelah kiri. Tengah-tengah... bantal bulat. Kononnya benteng pemisah antara mereka. Kalau silap-silap terkena tangan ke atau kaki, penyepaklah hadiahnya... Ada juga pasangan suami isteri macam ni ya???

Sedang enak mereka dibuai mimpi, Zulaika mula merapu-rapu. Tidur Shahril terganggu. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dipandangannya wajah Zulaika tanpa berkelip. "Laa... mengigau... Lagi satu penyakit dia ni. Matilah aku," bisik Shahril. Dicuba hayatinya setiap baris kata yang diucapkan oleh Zulaika.

"Bang San, janganlah tinggalkan Zue. Kan kita pernah berjanji akan bersama walau apa sahaja rintangan yang datang. Tak bermakna Zue dah bertunang dengan mamat sewel tu, bermakna Zue tak kan balik kepada abang. Perkahwinan kami akan terbatal juga abang. Tolonglah jangan tinggalkan Zue... Abangggggg..."

"Pelik! Dah habis ngigaunya. Dah sahlah ni kena tinggal boy friend. Tulah... beriya sangat." Asyik-asyik nak mengata je si Shahril tu... Diri sendiri kena tinggal tak pula dia sedar. Entah apa nak jadi dengan mereka berdua ni. Akhirnya, lentok juga si Shahril kat sebelah Zulaika. Malas nak melayan sikap jahatnya itu. Nanti makin berapi pula jadinya, mengalahkan letusan dari gunung berapi.

Keesokkan paginya, ketika Zulaika melangkah menuju ke ruang tamu... dia terserempak dengan abang dan kakak iparnya. Malunya kembali hadir apabila terlihat mereka tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Mengejeklah tu. Zulaika malas nak layan. Segera dia melangkah keluar ke halaman. Makin lama disitu makin geram jadinya. Adik pun tak betul, si abang pun tak betul. Bukan niat Zulaika nak sombong. Cuma, dia agak kekok sikit. Maklumlah masih baru lagi.

Begitulah saban hari kehidupan Zulaika bersama suami gilanya. Kalau ikutkan hati, nak aja dia lari dari situ. Tapi tak manislah pula kalau jiran-jiran dan sanak-saudara dapat tahu. Kecoh satu bandar. Kesian mak abah dia. Mana nak letak muka. Biarlah si Shahril je yang lari. Kan lagi senang. Tak payahlah Zulaika nak berat-beratkan kepala. Tetapi, mustahil nak mimpikan Shahril hilangkan diri. Dia tu tak suka mengaku kalah.

"Oii, awak! Jaga rumah. Saya nak keluar. Jumpa Mirah."

"Tak tanya pun. Nak pergi... pergi jelah. Buat apa sibuk-sibuk nak khabar. Sakitkan hati je." Semua ni sebenarnya hanya bisikkan hati Zulaika. Tak berani nak dilontarkan ke arah Shahril. Setakat ni, belum lagi mereka bermain kasar. Sekadar perang-perang mulut je. Tak nak pula Zulaika mengundang masalah.

Lega rasanya Zulaika apabila ditinggalkan keseorangan macam tu. Aman dan tenteraman rasa jiwa. Tak perlu rimaskan kepala bergaduh dengan mamat gila tu. Suami yang tak bertanggungjawab. Macamlah dia tu bertanggungjawab sangat. Sikit pun tak layan suami. Menyemak adalah... Lama juga Zulaika duduk lepak kat luar rumah. Tak tahu nak buat apa. Nak sembang pun tak de kawan. Asal je Zulaika dah kahwin, semua menghilangkan diri. Mungkin takut dengan sikap Shahril yang ganas tu kot. Tak pelah.. apa nak buat.

Setiap hari Zulaika ditinggalkan bersendirian. Naik jemu dia duduk kat rumah tu. Sebelum ni sedap-sedap je dia duduk kat rumah mertuanya. Kecoh dengan gelagat anak-anak buahnya.... Taklah bosan sangat. Boleh juga layan mereka-mereka yang sekepala dengannya. Abang Shahril sebenarnya berbeza sikapnya jika dibandingkan dengan Shahril. Dia lebih prihatin dan suka benar mengambil berat akan isteri tersayangnya. Hubungan Zulaika bersama keluarga mertuanya dah baik. Si Shahril tu tak suka tengok keluarganya lebih-lebihan Zulaika, sehingga sanggup dia mengambil langkah untuk berpindah ke banglonya sendiri. Mak dan abahnya tak pula menghalang.

Kini, dah genap tujuh bulan Zulaika dan Shahril hidup tanpa pedoman. Masing-masing dengan haluan tersendiri. Kalau nak keluar dengan siapa-siapa pun boleh. Tak de yang nak masuk campur. Sehinggalah apabila suatu hari tu, Shahril bergaduh besar dengan Mirah. Dilepaskannya pula pada Zulaika. Malang betul nasib Zulaika kerana mempersuamikan lelaki seperti Shahril. Harapkan pangkat je besar. Kepala otak kecil nak mampus. Tak pernah berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa.

"Pasal kau... Pasal kau... Pasal kaulah... semua ni berlaku. Perempuan jahanam. Kau menyusahkan hidupku." Shahril menyemburkan kata-kata durinya buat Zulaika tanpa memikirkan perasaan dia ketika itu.

"Awak fikir diri awak sorang je. Pernah tak awak fikirkan diri saya. Saya pun merana juga tau. Dahlah saya kena tinggal oleh kekasih saya. Nak balik semula kat dia pun dah tak boleh. Dia dah kahwin lain," Zulaika begitu sayu menerangkan keadaannya.

"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa lagi," tempik Shahril. Sahlah ada yang tak kena. Emmm... memang pun. Dia ternampak Mirah dengan jejaka lain. Mestilah naik angin bila tengok orang yang dipujanya dah ada yang lain. Dia dah jadi macam orang tak betul je. Zulaika memang takut tapi cuba juga nak pujuk Shahril. Tak nak besarkan pergaduhan.

"Awak..."

"Aku cakap diammmmm."

"Tak. Saya bukan apa..." belum pun sempat Zulaika nak meneruskan kata-katanya.

"Pang!" pipi gebu milik Zulaika menjadi mangsa. Habis merah dek terima tamparan daripada Shahril. Sampai hati dia. Zulaika hilang sabar. Matanya dah mula mengeluarkan rembesan jernih. Sakitnya tak payahlah nak kata lagi. Zulaika tanpa banyak cerita terus naik ke kamar. Lama juga dia menghilang. Shahril dah mula cool sikit. Dia menyesal tak sudah-sudah kerana berkasar dengan Zulaika. Memang ada niat nak minta maaf tapi... ego... Selepas dua jam lamanya Zulaika mengurung diri, turun juga dia akhirnya. Tapi, kali ni dia bukan keseorangan. Dia di temani oleh beg pakaiannya. Shahril melihat sahaja dengan riak muka selambanya.

"Awak, saya tak nak ganggu hidup awak lagi. Saya nak pulang semula ke rumah mak saya. Kalau saya ada buat apa-apa yang salah, minta maaf. Tolong halalkan makan minum saya sepanjang disini. Kalau awak nak ceraikan saya sekalipun saya terima je. Tak kisah pun. Kalau awak tak nak ceraikan saya, saya beri kebenaran pada awak sekiranya awak nak madukan saya. Saya ikhlas. Good bye." Shahril terkebil-kebil melihat tindakkan dramatik Zulaika. Tak disangka-sangkakan olehnya. Sekarang apa dia nak jawab dengan mak dan ayahnya. Bukannya dia nak menghalang Zulaika. Suami tak guna betul. Dia seperti merelakan pemergiaan Zulaika.

Kini, sudah genap dua minggu Shahril hidup menyepi. Tiba-tiba dia rasa rindu pula pada Zulaika walaupun mereka tidak serapat mana pun. Dia mula terkenang-kenangkan wajah comel Zulaika. Ke mana sahaja dia pergi, dia rasa macam di ekori oleh bayang-bayang Zulaika.
"Kenapa dengan aku ni? Macam mana boleh asyik teringatkan dia je? Tak... Tak boleh jadi ni... Hatiku milik Mirah sorang je. Bukan orang lain," bentak Shahril. Dia cuba berlawan dengan kata hatinya sendiri. Dia tidak mahu beralah. Berjaya tak Shahril...? Atau dia jatuh tersungkur menahan rindu yang makin hebat melanda jiwanya.

Shahril mengambil langkah mudah. Dia mencari kelibat kekasihnya Mirah untuk menjelaskan perkara sebenar. Dia kan dah tak hidup serumah dengan Zulaika. Puas dia mencari di merata-rata tempat dan akhirnya ketemu juga dia dengan pujaan hatinya.

"Mirah."

"A.. Shh... Shahril?"

"Apa khabar sayangku?"

"Bolehlah. Awak?"

"Sihat cuma rindu kat ayang."

"Shahril please. No more sayang-sayang all. I dah pun kahwin. Tak manis kalau suami I dengar."

"What?"

"Ya. I’m happy with him. Sebelum ni I memang sayangkan U. But no more today. My love is only for my husband. Maaf." Hancur hati Shahril ketika itu setelah mendengar kebenaran dari kekasihnya. Oppssss... maaf... bekas kekasihnya. Tidak disangkakan... Gadis yang dipujainya berpaling tadah. Sedihnya hati.... Semenjak dari hari itu, Shahril suka bersendirian. Malahan dia tidak langsung ingat pada perkahwinan mahupun isterinya Zulaika. Dia seperti lelaki yang hilang pedoman hidup.

Suatu pagi, tidur Shahril dikejutkan oleh bayangan Zulaika.

"Siapa pula budak pompuan yang aku mimpikan ni?" bisik Shahril bersendirian. Melampau betul dia. Sampai lupa isteri sendiri. Dia bersiap-siap menuju ke rumah bondanya yang tersayang. Sampai je kat situ....

"Shahril??? Ingat lagi rumah mama ya."

"Heeeeee.. mama ni... Mana pula Shahril lupa rumah mama? Kan dalam dunia ni Shahril hanya punyai mama seorang je."

"Pandailah bodek anak bongsu mama tu. Habis isterinya Zulaika nak campak kat mana," sampuk Shahrul, abang Shahril.

"Isteri? Masya-Allah! Cam mana Shahril boleh lupa dia."

"Ya Rabbi! Budak ni teruk betul." Mulalah mama membebel-bebel. Si Shahril kembali termenung teringatkan wajah yang menjelma pagi tadi. Patutlah bayangan dia muncul. Rupanya isteri aku. Aku rindulah kat dia. Apa dia tengah buat sekarang ni ya? Shahril terfikir sendirian. Manakala di kampung, Zulaika di sergah oleh kawannya Salimah.

"Woi! Ko buat apa ni? Masak apa? Tak pernah aku tengok orang buh kicap dalam kari ikan. Resepi baru ya?"

"Alamak. Hancurlah kari ikan aku...." jerit Zulaika sambil meletakkan kembali botol kicap pekat ke dalam peti ais. Salimah dah mula mentertawakan si Zulaika.

"Ko ni apa kena?"

"Aku... emm... entahlah. Sejak akhir-akhir ni selalu benar teringatkan mamat sewel tu."

"Mamat sewel mana pula ni? Ko biar betul Zulaika. Ko tu dah kahwin. Jangan duk ingat jantan lain."

"Mana ada. Mamat sewel yang aku cakap tu... suami akulah. Siapa lagi."

"Astaqfirullahazim. Dosa cik kak oii." Zulaika terdiam. Memang berdosa dia meninggalkan suaminya. Entah macam mana keadaan dia. Zulaika sebenarnya bukan tak sayangkan si Shahril tu. Cuma takut kasih-sayangnya tak disahut. Dia dah tanamkan hidup-hidup kenangan cintanya sejurus selepas sah bergelar isteri kepada Shahril.

Kini, dah hampir dua bulan lamanya mereka berpisah. Namun tuntutan cerai tidak pernah difailkan ke atas Zulaika. Shahril pun dah mula sayangkan Zulaika. Cuma dia tidak berani meluahkannya sehinggalah suatu hari dia terserempak dengan Zumaika, kakak Zulaika. Perkembangan diri Zulaika diketahuinya. Zulaika masih tunggu Shahril... Itulah yang diluahkan oleh Kak Zumaika. Shahril gembira. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil keputusan menjemput kembali Zulaika. Kali ni seikhlas seorang suami. Dia patut bersyukur kerana isterinya masih setia menantikan kehadirannya.

"Zue..."

"A...awak? Buat apa kat kampung saya?"

"Bukan awak. Tapi... abang. Datang nak jemput Zuelah."

"Buat apa?"

"Buat apa??? Buat pekasam."

"Apa?"

"Yalah! Untuk apa abang nak jemput Zue? Tak kan tak dapat nak teka."

"Confused?"

"Hai... Isteri abang ni. Orang nak ajak dia balik pun boleh confuse lagi."

"Hah? Nak ajar balik. Are you okay?"

"Apa yang tak oknya pula? Tak pelah. Biar abang berterus-terang. Abang sebenarnya rindukan Zue. Abang pun dah mula sayangkan Zue seperti mana Zue sayangkan abang."

"Aikkkk... Bila masa pula Zue sayangkan abang."

"Kalau tak sayangkan abang kenapa tak terus panggil awak je. Kenapa panggil abang?"

"Yang tu Zue tersilap."

"Boleh silap ke?" Zulaika dah merona merah wajahnya. Tak sangka akan terkena sendiri. Namun akhirnya mengukirkan senyuman manis buat suaminya.

"Betul abang sayang kat Zue?"

"Betul. Dan Zue?"

"Sayang."

"Sukanya abang. Kita balik ya."

"Nape cepat sangat."

"Tak kan tak faham?"

"Hisk abang ni. Gatal pula."

"Ngan isteri abang je. Kan abang dah berbaik semula. Kita balik?"

"Ya."

Akhirnya, begitulah cik kak dan cik abang kita meneruskan kehidupan mereka. Cuma yang bezanya.... dulu tak romantik. Sekarang... kalahkan Romeo and Juliet.

-TAMAT-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.