Novel : Siapa Amira? 7

Rec> Pls... jgnlah kejam sampai mcm tu.
Apa sgtlah salah I.
I bukan ganggu u sampai nak minta duit.
Walaupun keadaan I tersepit mcm ni.
I pun tak nak termkn budi.
Apa lagi bila tau pasti
I takkan sempat nak membayar semula.
Pertama kali tgk wajah u, I tau kwn I berckp benar.
U katanya tak mudah mengecewakan org.
Tapi mengapa kali ni susah benar utk u nak terima I?
Pls lah... jgn kerana permintaan yg kecil
U jadi zalim begitu sekali.
Lebih2 lagi dgn org mcm I.
U akan menyesal kalau u tau keadaan I sebenarnya.

Tahu pun takut. Tetapi masih hendak banyak cerita lagi. Dia terus membalas mesej itu untuk menakut-nakutkan Amira lagi. Langsung tidak dihirau rayuan Amira.

Ans> Kalau tak mahu I jadi zalim
So respect my decision that I don't want
To do anything abt u...
I ada thousand way to noe who u realy are...

Lama selepas itu baru mesej balasan Amira diterimanya.

Rec> Kalau dah mmg u tak sudi terima perkenalan I
tak usahlah susah2 cari seribu cara
utk tau siapa sebenarnya I.
I boleh hormat pendirian u
kalau u tak sudi sambut salam perkenalan ni
atas alasan u setia pada gf u.
Tapi betul ke u ni setia?
Baiklah... I janji takkan ganggu u lagi
kalau u sanggup tunaikan permintaan I.
Walaupun u tak nak kwn dgn I utk masa2 seterusnya.
I harap sgt... yg selama kita bersms ni...
U dah anggap I sebagai kwn...
Pls... I Cuma mahu ada org yg akan kenang I
Bila I dah takda nanti.

Susah untuk dijawap pertanyaan Amira. Betul ke dia setia dengan kekasihnya sendiri? Itu semua tidak penting. Yang penting betul ke Amira tidak akan mengganggunya lagi? Kerana dia ingin sekali hidup tanpa gangguan lagi, maka dia setuju menurut apa kehendak Amira.

Ans> Kita sesama Islam tak kira tua atau muda
Tetap bersaudara...

Hanya seringkas itu jawapan dia. Takut untuk menjawap lebih panjang kalau tanpa keikhlasan.

Amira mengambil masa yang lama lagi untuk membalasnya.

Rec>Terima kasih.. walaupun bukan itu jwpan yg I minta.
Tapi I tau niat u sebenar...
Sebelum I mengakhiri.. I nak berterus trg dgn u.
Sebenarnya nama I... bukan Amira...

Terhenti sejenak dia membaca mesej itu. Sudah dia agak, seseorang yang menyamar. Mungkin gadis yang pernah terfikir di fikirannya dahulu? Kalau benarlah gadis itu...

Rec> I gunakan nama Amira kerana
Amira adalah panggilan org Arab utk Putri.
I suka dgn nama Putri.
Dan Putri adalah kwn yg I ceritakan tu.
U tentu kenal dan igt dgn Putri, kan?

Putri? Apa Putrisya kah yang dimaksudkan? Dia teringat memang dia pernah e-mailkan gambar berserta telefon nombornya pada Putrisya beberapa bulan sebelum hubungan mereka putus.

Jadi memang sudah jelaslah kebenaran tentang apa yang menjadi fikiran dia. Persoalannya sekarang, betulkah gadis misteri ini kawan Putrisya? Atau Putrisya yang menyamar menjadi Amira? Sambungan mesej Amira terus dibacanya.

Rec> Seperti yang u mahu, ini msg terakhir I.
I dah janji takkan ganggu u lagi.
1 hari nanti bila u rasa rindu nak baca msg gila dari I,
u bertanyalah pada Putri.
1 pesanan I pada u. Tu pun jika u sudi mendgr.
Sekali tewas bukan bererti kalah buat selamanya.
Sesekali menjatuhkan sedikit keegoan takkan merugikan
jika hasilnya nanti... sgt lumayan.
Percayalah Dani... jika kita terus memendam perasaan,
maka selamanya kita kecundang...
Baca dan fahami kata2 ni...
Maaf dari I utk segalanya...
Assalamualaikum...

Terpegun dia membaca ayat yang terakhir pada mesej Amira. Apa maksudnya? Dalam kebingungan sempat dia mencipta ayat terakhir sebagai membalas mesej Amira.

Ans> Maafkan I juga...
I dah agak mesti ur msg
got related to Putrisya...
Anyway I sesama Islam
akan selalu mendoakan yg terbaik utk mereka...
Semoga Allah akan melindungi
dan memberi kekuatan dgn iman yg teguh
kepada org2 seperti u...

SELEPAS hari itu, Amira atau siapa pun gadis misteri itu memperkotakan janjinya. Tidak lagi mengganggu dengan mesej-mesej misteri.

Walau tanpa sebarang gangguan lagi, dia masih belum dapat menikmati kehidupannya yang normal seperti dahulu. Kali ini yang mengganggu fikirannya ialah kata-kata dari mesej terakhir Amira. Apa tujuan Amira memberinya kata-kata yang begitu? Siapa Amira padanya sampai kata-kata itu begitu menghantui fikirannya kini.

Dua minggu sudah berlalu tetapi dia masih belum mendapat jawapan bagi persoalannya. Dia perlu melakukan sesuatu.

Dengan nekadnya pada satu hari dia cuba menghubungi talian Amira dengan menggunakan nombor lain. Supaya Amira tidak mengenali pemanggilnya. Tetapi...

Bersambung.. Insya-Allah

ps/ Penantian memang suatu penyiksaan, tetapi kesabaran adalah tunggak keimanan. Harap teman pembaca sabar menanti posting selanjutnya. Selamat membaca dan moga terhibur.

~Putri Lily~

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.