Novel : Buku Harian Asrul 5

Sudah tiga hari peperiksaan SPM berakhir. Setelah peperiksaan berkahir aku hanya duduk di rumah dan menolong apa yang patut. Televison, akhbar dan majalah sahaja menjadi peneman aku kala kebosanan. Aku mula menjauhkan diri aku daripada Ahshraf, amir dan adam. Mungkin ini adalah salah satu cara terbaik untuk aku menjauhkan diri aku daripada orang kaya. Kerana aku sentiasa menyusahkan kawan-kawan aku.. takut nanti pula aku akan dipandang serong oleh orang lain, pernah ada orang mengatakan aku berkawan dengan orang kaya dan tidak sedarjat dengan aku, hanyalah untuk mengambil desempatan. Banska kali aku fikirkannya dan walaupun pelbagai lontaran kata-kata yang dilemperkan Namur itulah manusia. Langkah terbaik, aku perlu menjauhkan diri akiu daripada mereka. Untuk mengelakkan dariapda catan daripada orang lain.

Aku melihat raut wajah ibuku yang asyik membuat kuih tempahan orang. Wajah yang bersahaja membuatkan aku terus memandangnya. Pernah sekali aku mendengar ceramah Ustaz Akhil Hayy sewaktu aku melayari laman youtube.com di internet, ceramhnya berkaitan dengan ibu dan bapa. Potongan ayat yang diujarkan oleh Ustaz Akhil masih lagi segar dalam ingatan aku. Dia berkata bahawa kita boleh membuat pahala dengan hanya memandang raut wajah ibu dan ayah. Tika aku memandang wajah ibu, aku teringat akan kata-katanya.

Sungguh ayu wajah itu. Sungguh suci. Ibu memang seorang yang cantik dan menawan. Aku pernah membelek album gambar-gambar remaja ibu dan ayah. Ibu ketika gadis remaja sungguh ayu dan cantik. Tidak kurang hebatnya ayah dengan gaya bagaikan seorang leftenan askar. Dalam mengingtkan gambar usia remaja ibu dan ayah, aku tergelak kecil. Teringat aku dengan kata-kata rakan yang lain. Mereka menganggap ayah aku adalah seorang tentera atau askar dari gaya dan potongan badannya ketika remaja. Tambah lagi dengan wajahnya yang seakan-akan bengis. Kali pertama Adam, Amir dan Adanan berjumpa dengan bapa aku, mereka seakan-akan takut dan segan. Mereka katakan ayah aku seorang yang garang. Mereka hanya melihat dari air mukanya sahaja. Tapi dalamnya jauh berbeza. Ada betulnya pepatah orang barat "don’t judge book by the cover" atau jangan menilai sesuatu dari luarannya.

Sedang berkhayal aku masih memandang tangan ibuku menukar-nukar acuan kuih goyang di dalam kuali. Satu persatu acuan di keluarkan daripada kuali. Kemudian acuan itu direndam ke dalam bancuhan tepung dan dibiarkan selama beberapa saat. Setelah bancuhan tepung melekat sekata pada acuan kuih goyang yang panas, acuan itu kemudiannya akan direndam semula ke dalam kuali yang panas itu. Setelah direndam dalam kuali hampir dua minit, acuan itu kemudian akan di angkat dan bancuhan tepung itu tadi akan tertanggal dari acuan dan digoreng sehingga warna keemasan. Proses yang sama diulang-ulang sehingga bancuhan itu selesai. Itu adalah cara membuat kuih goyang. Jika banyak tempahan yang diterima, banyak juga yang perlu ibu buat. Tempahan yang banyak selalu pada musim perayaan dan majlis kenduri.

Membuat kuih adalah kerja sampingan ibu aku secara kecil-kecilan untuk menampung wang perbelanjaan seharian. Ibu aku juga bekerja sebagai buruh kilang. Pekerjaan di kilangnya adalah rutin. Masuk kerja pukul 3 petang dan balik pada pukul 11 malam. Kebiasaannya ibuku akan membuat kuih pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 petang. Bergantung kepada jumlah tempahan yang diterimanya. Dari raut wajahnya aku dapat rasakan betapa penatnya dia membuat kuih. Tapi aku juga dapat rasakan dia puas, puas kerana ramai yang memintanya membuat kuih dan mengatakan kuih buatannya enak dan sedap. Bagi aku, penat bukan alasan tetapi kepuasan dalam melakukan sesuatu perkara adalah penting. Seperti kerja, kita kerja perlu ada kepuasan dan kesesuaian dengan kita. Bukan kerja kerana terpaksa atau sebaliknya. Jika kita kerja terpaksa, kerja kita tidak akan ikhlas dan mejadikan kerja sebagai satu bebanan.

Di sebabkan oleh itu, aku hendak mencari kerja yang sesuai dan menyeronokkan. Mencari kerja yang tidak menambahkan beban masalah. Kerja apa-apa pun akan aku terima jika sesuai dan tidak menjadi beban kepada aku dan orang lain. Keputusan aku untuk kerja sementara menunggu keputusan spm juga bukanlah dipaksa atau desakkan daripada orang lain. Tetapi ia adalah satu kemahuan yang aku sendiri mahukan. Aku ingin mencari wang lebih untuk kegunaan aku sendiri. Disamping itu juga, aku ingin mengumpul sedikit tabungan untuk melanjutkan pelajaran. Bagi aku, ini adalah satu kepuasan untuk aku dan orang disekeliling aku.

"Bang, kuih dan sejuk ni, isi dalam tin" Aku tersentap dan terkejut. Sedang asyik aku mengelamun panjang. Suara ibu memanggil aku. Mata aku terus berbinar-binar. Wajah yang sedang asyik memandang raut wajah ibu aku terus aku ukirkan senyuman. Senyuman spotan aku lontarkan.

"Ok. Jap" aku terus membalas.

Aku akan menyusun kuih goyang yang telah sejuk ke dalam tin kosong supaya tidak masuk angin. Ini adalah kerja aku. Daripada aku lepak dan goyang kaki, lebih baik aku tolong ibu aku setidak-tidaknya dapat mengurangkan kepenatanya. Aku terus berdiri sambil membetulkan kedudukan baju yang terlipat. Lalu aku atur langkah kaki menuju ke dapur.

"Abang, kenapa tak keluar dengan kawan-kawan" pertanyaan ibuku membuatkan aku tersentap seketika. Tatkala diriku menghampirnya, berjela-jela soalan yang tepat mengena sasaran mata aku. Fikiran aku kosong dan entah melayang kemana, suara yang selalunya menemaniku seakan-akan memberikan aku erti yang berbeza. Seolah-olah suara itu kedengaran sinis.

"adoiii.." desirku di dalam hati. Ibu tidak tahu bahawa aku bergaduh dengan kawan-kawan lain. Kalau ibu tahu, mesti berpanas telinga aku dibakarnya. Bara membara seperti lava yang ingin meletup. Dia amat marah kalau aku dengan kawan-kawan berselisih pendapat. Maklumlah kami dibesarkan bersama-sama dan seperti adik beradik. Tetapi pandangan ibu memberikan satu pandangan yang tajam. Aku mengalih padanganku dari menatap matanya. Tangan aku amsih lagi bergerak dan menyusun kuih di dalam tin. Aku terdiam seribu bahasa.

"abang, kalau ada masalah cepat-cepatlah selesaikan. Nanti makin melara pula masalahnya. Mak bukan tak kenal kau, kalau ada masalah atau selisih pendapat mesti kau duduk kat rumah dan suka menyendiri. Bukannya nak selesaikan." aku diceramah lagi setiap kali aku bertetang kata dengan kawan aku.

Sedang asyik ibuku melontarkan kata-kata yang membisa di telinga aku, suara hentakan kaki ke lantai mula kedengara. Suara itu semakin lama semakin kuat kedengaran.

"abang, ada orang telefon" tersentap apabila adik aku memanggil aku daripada belakang sambil menghulurkan telefon bimbit aku. Aku terus mengambil telefon bimbit itu dan melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Aku terus memandang tanpa menjawab panggilan tersebut.

"siapa tu?" ibu yang pelik melihat keadaanku mula bersuara.

"adam"

"kenapa tak angkat? Jawablah jangan macam tu. Mungkin ada perkara yang mustahak?" wajah ibu mula berkerut sambil mulutnya dimuncungkan. Hendak atau tidak aku terpaksa menjawab panggilan dariapda adam.

"hello"

"alhamdulilah, kenapa tak jawab panggilan aku sebelum ini. Aku ada perkara mustahak nak bagi tahu kau" suara adam terus menyinggah telingga aku sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu.

"maaflah, aku sibuk. Ada apa? Apa yang mustahak sangat?" jawab aku ringkas.

"asrul, datang hospital sekarang. Amir dia...dia..." kata-kata adam terhenti. Aku terdengar suara tangisan adam melalui talian telefon. Kata-katanya tersekat dan terhenti membuatkan aku penuh curiga. Apa yang disedihkan dan cuba disampaikan oleh adam sebenarnya. Fikiran aku mula mengosong dan melayang terhuyung hayang dibawa jauh fikrian yang tidak-tidak.

Aku bangkit dari duduk, aku mengatur langkah sambil menuju ke ruang tamu, aku menangis kerana aku tidak tahan melihat kawan baik aku turut menangis. Aku tidak tahu mengapa tetapi perasaan aku mengatakan ada perkara yang buruk telah berlaku. Perlakuan aku dapat ditangkap oleh ibu. Dia dan adik aku, Azim memerhatikan aku daripada dapur. Tanpa di sedari air mata aku mula membasahi pipir. Aku masih lagi mengharapkan sebutir kata daripada adam yang dapat menyelesaikan segalanya. Namun hanya tangisan yang aku terima. Semakin lama semakin kuat tangisan itu. Aku menyesal kerana aku tidak tahu apa yang berlaku pada amir. Aku menyesal kerana aku menjauhkan diri aku daripada kawan-kawan baik aku. Apa yang perlu aku lakukan.

"hello, asrul. Dengar sini baik-baik. Aku nak kau datang ke hospital sekarang juga. Sekarang?" suara ashraf terdengar daripada telefon bimbit. Tangisan adam tidak lagi kedengaran. Aku terus mematikan diri dan membisu. Aku takut kalau-kalau perkara buruk berlaku yang berlaku antara kawan-kawan aku.

"kau dengar tak? Datang sekarang?" sambung ashraf. Dengan suara yang keras dilontarkan, dia betul-betul membuatkan aku terkejut. Aku tersedar dari kakuan itu.

"ok ok. Aku datang sekarang" jawab aku dengan keadaan cemas. Aku terus mematikan talian telefon sambil mengatur langkar menuju ke bilik. Ibu dan adik aku hanya memerhatikan aku daripada dapur. Dari jauh aku dapat melihat kerutan wajah mereka dan aku tidak boleh mengatakan perkara yang berlaku kerana aku sendiri tidak tahu perkara yang sebenar. Apa yang aku tahu, sesuatu perkara buruk telah berlaku dengan amir. Ashraf dan adam dalam keadaan yang baik kerana aku baru sahaja berbual-bual dengan mereka di talian. Sedangkan amir, jika dia dalam keadaan baik, mesti suaranya turut kedengaran.

Dengan fikiran yang sudah tepu dengan pelbagai soalan, aku mula bergegas salin pakaian. Tiba-tiba suara ketukan pintu bilik aku daripada luar kedengaran.

"toookkk...toookkk"
"abang, ni mak. Ada apa ya?" suara ibu terdengar diluar muka pintu.

"tak ada apa-apa mak. Abang nak keluar kejap. Ada perkara mustahak. Mak suruh azim isikan kuih tu ya." Jawab aku dengan keadaan yang kelam Kabul.

"tak apa. Jangan bimbang."

Tidak lama kemudian, aku keluar daripada bilik, ibu masih berada dihadapan bilik aku. Ibu melihat air mata aku mula berjuraian dan dalam keadaan yang cemas. Tanpa banyak soal, ibu tahu situasinya dan membenarkan aku keluar. Aku hanya mampu diam membisu serta berserah kepada tuhan. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku.

"ya tuhan, maafkanlah kesalahan aku. Aku menyesal membuat kawan-kawan aku marah dengan aku. Aku tahu aku ada buat salah dengan ashraf, adam dan amir. Tetapi aku lakukan semua itu adalah untuk kebaikan kami semua. Aku menjauhkan diri mereka kerana aku dapat rasakan diri aku tidak layak berkawan dengan mereka. Ashraf , adam dan amir berasal daripada keluarga yang kaya dan berada. Orang tua mereka berpangkat datuk dan datin. Aku hanyalah anak pekerja buruh dan tidak kaya seperti mereka. Apabila aku memikirkan balik, tidak sepatutnya aku menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka. Kedudukan kami jauh berbeza dan sukar untuk aku melupakan darjat kami. Sebab itulah aku mula menjauhkan diri dariapda Ashraf, Adam dan Amir. Tetapi semakin aku menjauhkan diri aku daripada mereka, hidup aku mula merasa gusar dan kosong". Aku mengelamun panjang sambil membawa motorsikal seorang diri. Hanya beberapa kilometer sahaja rumah aku dengan kawasan hospital.

Aku takut, tindakan aku selama ini mejauhkan diri daripada mereka, membuatkan mereka marah dengan aku. Aku rasa serba salah dan malu untuk berhadapan dengan mereka. Tetapi kali ini aku nekad untuk terus berjumpa dengan mereka. Lebih-lebih lagi saat-saat genting seperti ini. Aku perlu ketahui perkara yang sebenarnya dan aku juga ingin tahu keadaan sebenar amir.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.