Novel : Benci Bilang Cinta 11

BAB 11

Anisah kembali mendapatkan sahabatnya di kedai makan berhampiran. Dia menghilangkan penat sebelum memesan minuman. Beg plastik yang dipenuhi dengan novel dan majalah diletakkan di kerusi sebelahnya.

"Lamanya kau beli buku?" tegur Fatin. Azrin di sebelah hanya tersengih sahaja.

"Banyak sangat nak kena pilih, tu yang ambil masa.." jawab Anisah tersenyum.

"Mau makan apa? Roti tulur ada, capati ada.." tanya mamak yang sudah sedia dengan pen dan kertas untuk mengambil pesanan.

"Tak mau makan. Minum saja!" seloroh Anisah.

"Mau minum apa kici?" tanya mamak itu lagi yang agak-agak blur sedikit.

"Kasik saya teh o suam satu.." pinta Anisah. Mamak itu hanya menggoyangkan kepalanya tanda faham. Kemudian dia segera menyampaikan pesanan itu dengan 'bahasa' mereka kepada kawannya. Anisah hanya tersengih sahaja.

"Buku apa Nisa beli?" Azrin mencelah.

"Buku novel.." pendek sahaja jawapan Anisah. Sedang mereka berbual, tiba-tiba matanya tertancap ke arah lelaki yang terlanggar dia di kedai buku tadi. Kelihatan lelaki itu sedang bergurau mesra dengan gadis di sebelahnya. Matanya hanya memandang sahaja pasangan sejoli tersebut.

'Siapa dia?', tanya dia dalam hati.

"Nisa, awak pandang siapa?" tanya Azrin apabila melihat Anisah leka memandang ke arah lain. Dia langsung tidak mengambil port perbualan mereka.

"Err.. takde apa-apa.."

Setengah jam berlalu, mereka segera ke kaunter bayaran. Kebetulan pula, lelaki yang melanggar Anisah di kedai buku tadi juga ingin membuat bayaran. Sebaik mereka bertembung, lelaki itu terkejut.

"Awak perempuan yang saya langgar dekat kedai buku tadi tu, kan?" tanya lelaki itu. Anisah hanya mengangguk. Azrin dan Fatin saling memandang. Mereka tidak memahami.

"Sorry for that incident. Saya nak cepat tadi.." jelas dia.

"It's ok.."

"By the way.. what's your name?" tanya dia meramahkan diri.

"Sorry ye, encik. Kami nak cepat ni.." Anisah sengaja tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Selesai membuat bayaran, dia segera menarik tangan Fatin untuk meninggalkan tempat itu. Azrin hanya mengangkat bahu lantas mengikut sahaja langkah mereka. Lelaki itu terpinga-pinga.

"Siapa lelaki tu, Nisa?" tanya Fatin tidak puas hati apabila mereka jauh dari kedai tersebut.

"Aku pun tak kenal. Dia terlanggar aku masa dekat kedai buku tadi." jawab Anisah.

"Seems familiar muka dia.." Azrin pula mencelah. Anisah hanya membisu. Dia merasakan amat berlainan sekali perasaannya apabila bertemu dengan lelaki itu.

'Siapa dia? Kenapa suaranya seakan-akan suara Amsyar? Tapi wajahnya..' hati Anisah kembali resah. 'Mustahil! Ramai orang mempunyai suara yang sama..' bisik hatinya lagi.

******************

Anisah hanya menatap gambar perkahwinan mereka. Teringat segala memori mereka dahulu. Di saat awal perkahwinan mereka sehinggalah ke hari terakhir mereka berjumpa. Air matanya mengalir ke pipi. Sungguh! Dia rindukan saat itu..

'Kau ni buat aku rasa geram, je! Lama-lama bila tengok.. comel juga kau, ni!' itulah pujian kali pertama dan terakhir yang diberikan oleh Amsyar kepadanya. Walaupun hanya sekali tetapi dia berpuas hati. Akhirnya Amsyar perasan juga akan kecantikan wajahnya sepanjang perkahwinan mereka.

'Kau rasa apa yang perlu aku buat dengan benda alah tu?' tiba-tiba rasa malu pula bila memikirkan insiden pakaian dalamnya berada di dalam bilik Amsyar. Dia tersenyum sendirian. Amsyar.. walaupun kadang-kadang dia agak serius, namun bila datang 'gila'nya pasti ada je yang tak kena.

Anisah membuka pintu bilik Amsyar. Sudah lama bilik ini terbiar kosong. Dia duduk di atas katil. Melihat di segenap pelusuk bilik.

'Kalau Amsyar tahu aku masuk bilik dia tanpa pengetahuannya, tentu dia akan bising!' seloroh Anisah dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan kontrak yang mereka buat suatu ketika dulu. Segera Anisah bangun. Dia perlu mencari kontrak tersebut. Anisah bergerak ke meja komputer Amsyar. Laci dibuka dan dibelek. Takde! Kemudian dia beralih ke laci sebelah lagi. Juga tidak ada!

'Mana Amsyar letak kontrak tu?' bisik dia. Dia mencari untuk kesekian kalinya.

Hampir setengah jam menggeledah, dia hampir berputus asa. Anisah kembali duduk di atas katil. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah almari bilik.

'Agaknya dekat dalam almari, kot?' tanya dia dalam hati. Anisah bangun dan terus menghampiri almari pakaian Amsyar. Dia membuka almari itu, begitu banyak pakaian Amsyar yang tergantung kemas. Amsyar memang pembersih dan kemas orangnya. Bau haruman minyak wangi yang terlekat di baju Amsyar membuatkan Anisah rasa tenang. Dia rindukan bau minyak wangi ini. Tangannya menguis-nguis laci di dalam almari tersebut.
Lima minit mencari akhirnya dia jumpa fail yang mengandungi kontrak tersebut.

Masih dalam keadaan baik walaupun hampir 2 tahun benda itu berlaku. Setiap peraturan dibaca satu persatu.

"Abang, sampai sekarang Nisa akur dengan kontrak ni. List makanan yang Nisa selalu buat tu siap Nisa binding lagi. Sebagai bukti sepanjang ketiadaan abang.. Nisa rindukan abang.. Pulanglah abang! Nisa yakin abang masih hidup" Anisah mengesat air matanya.

Dia sambung membaca. Dan sampailah ke peraturan yang terakhir.

Terakhir: Setelah tiga tahun berkahwin, sekiranya tidak ada keserasian.. pasangan boleh menuntut cerai.

Anisah tersenyum lagi. Sudah setahun tujuh bulan berlalu.

'Aku masih ada setahun lebih lagi sebelum tamat tempoh perkahwinan kami.. Adakah aku masih ada jodoh dengan Amsyar?'

Anisah memandang ke arah tandatangannya. Dan kemudian ke arah tandatangan Amsyar.. Tekadkah Amsyar ingin menceraikannya selepas tiga tahun ni? Kalaulah Amsyar ada, tentu dia akan cuba memikat hati Amsyar.

Serius! Berat badan Anisah kembali susut dari hari ke sehari. Kini beratnya hampir 45kg. Dulu beratnya 75kg.. Tidak sia-sia dia berdiet.. bukan diet sangat pun. Maybe sebab rindu membuatkan dia tidak lalu makan. Pertama kali dalam hidupnya, dia rindu yang teramat sangat kepada lelaki yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dulu. Kerana Amsyar dia tekad kuruskan badan.

'Kalau abang lihat Nisa sekarang, tentu abang janji takkan cari lain..' seloroh dia. Dia mengetap bibir apabila teringatkan permintaan melampau Amsyar untuk berkahwin lain. Sampai sekarang dia tidak tahu siapa gadis yang dicintai suaminya. Sampai akhir hayat lelaki itu, perempuan itu tidak datang bersemuka dengan dia mahupun keluarga Amsyar.

Anisah mencapai gambar Amsyar di meja sisi. Memang tidak dinafikan. Wajah Amsyar seiras Zachery X-Factor. Smart dan handsome. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki petang tadi. Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan bermisai. Tidak pasti wajah sebenarnya. Tetapi dia berkulit cerah seperti Amsyar. Suaranya.. Ya Allah! Adakah lelaki itu Amsyar? Tapi siapa perempuan di sebelahnya tadi? Tidak kenalkan Amsyar padanya? Ya Allah, andaikata itu adalah Amsyar.. Kau temukanlah kami kembali..

********************

"Arrrggghhh!!!" Zarif terjaga dari tidur. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia bermimpi lagi. Mimpi yang sama.. Dia cuba mengingati apa yang berlaku namun setiap kali dicuba otaknya bagai nak pecah.

"Abang mimpi lagi?" tanya Melisa. Dia agak terperanjat apabila secara tiba-tiba lelaki di hadapannya meronta-ronta. Masuk kali ini sudah berapa kali lelaki itu bermimpikan perkara yang sama. Namun sehingga sekarang menemui jalan buntu.

Masih Melisa teringat sewaktu ayahnya membuat research berkaitan tumbuhan liar di hutan dulu dan terjumpa Zarif yang terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya luka dan penuh dengan darah. Lelaki itu lemah. Segera dia meminta pertolongan orang asli di situ untuk membawa pulang dan dirawat kecederaannya. Hampir 5 hari Zarif tidak sedarkan diri. Bila dia sedar, dia tidak mengenali siapa dirinya.

Sehingga kini dia cuba membantu Zarif mencari identitinya. Gambarnya sudah dihantar di surat khabar namun tiada seorang pun ahli keluarganya yang menuntutnya.

Zarif termengah-mengah. Dia berkeringat. Melisa segera mencapai tuala kecil lantas diberikan kepada Zarif.

"Sudah banyak kali abang mimpikan perkara yang sama.."

"Entahla, Mel. Abang mimpi masa abang bertarung dengan maut. Tapi kali ini lain sedikit.."

"Apa yang lain?"

"Ada perempuan dalam mimpi abang.. tapi abang tak nampak wajahnya.. Kabur.."

"Abang rasa dia tu siapa?"

"Entah la.."

Timbul rasa cemburu di hati Melisa. Adakah perempuan itu isteri abang Zarif? Atau teman istimewanya? Hmm.. hopefully bukan!

"Abang nak air?" tanya Melisa apabila melihat Zarif kembali tenang. Lelaki itu tersenyum lantas mengangguk.

"Sayang juga Mel dekat abang, ye? Ni yang buat abang sayang sangat dengan Mel" gurau Zarif lalu dicuit hidung tunangnya. Melisa hanya tersipu-sipu malu.

"Siapa lagi nak sayangkan abang kalau bukan bakal isteri abang ni.." balas Melisa pula. Zarif hanya ketawa. Melisa meninggalkannya sendirian. Zarif mengeluh. Kenapa sehingga sekarang dia tidak mengenali siapa dirinya?

'Aku mesti cari identiti aku, kalau tidak susah la untuk aku mengahwini Melisa..' janji Zarif di dalam hati.. 'Tapi.. siapakah perempuan yang wujud dalam mimpiku tadi? Pentingkah dia dalam hidupku sebelum ini?' Pertanyaan itu hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan..

***********************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.