Novel : Kisah cinta 3

Hampir dua minggu Eric belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin. Pada mulanya dia menolak untuk berpindah ke kawasan pekan kecil ini. Namun atas desakan dan pujukan ayah dan ibunya dia terpaksa menurut. Dia terpaksa berpindah ke situ kerana mengikut ayahnya yang bertukar tempat kerja. Dia merasa berat hati untuk meninggalkan semua sahabatnya di Bandaraya Johor Bahru dan yang penting buah hatinya; Joanna, gadis kacukan Melayu Belanda.
Dia juga sayang untuk meninggalkan tempat-tempat yang selama ini menjadi tempat dia dan sahabatnya dan teman wanitanya membuang waktu setelah tamat waktu persekolahan.
"Ma,bukan Eric nak bantah arahan pihak atasan papa yang kita kena pindah. Tapi Eric tak naklah pindah ke kawasan hulu tu. Mama tak ingat ke masa kita pergi bercuti tahun lepas. Di sana tak ada apa-apalah,ma. Membosankan. Tak ada City Square, Plaza Angsana. Bosanlah,ma."Eric cuba meyakinkan ibunya dengan membawa ibunya mengimbas kembali percutian mereka tahun lepas di sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Penyabong.
"Mama rasa tempat tu okey. Tak ada masalah bagi mama. Tempat yang boleh dikatakan sangat indah dan penduduknya peramah. Eric,mama dulu pun dari kampung. Mama tahu macam mana rasanya tinggal di kampung. Mama pasti, Eric akan suka tinggal di sana."
Eric berputus asa. Dia pasti harus meninggalkan Joanna yang manja itu. Sewaktu dikhabarkan bahawa dia akan berpindah mengikut keluarganya sahaja, Joanna sudah merajuk. Dia tahu Joanna tak sanggup berpisah dengannya walaupun tanpa disedari Joanna hanya menggunakan Eric hanya untuk kepentingan kewangannya sahaja. Tanpa Eric, Joanna tak mungkin dapat berbelanja sedikit mewah.
Akhirnya, Eric meninggalkan jua Bandaraya Johor Bahru dengan hati yang berat. Joanna juga memberi kata putus mengenai hubungan mereka. Itupun setelah Eric melihat kecurangan Joanna dengan salah seorang pelajar dari sekolah yang berdekatan.
Semasa di pekan kecil ini, Eric terkadang teringat kembali kenangan dan keseronokan ketika dia menetap di Bandaraya besar dulu. Kini dia tidak lagi dapat melepak dengan sahabat-sahabatnya di pusat-pusat membeli-belah sambil menjamu mata melihat pemandangan yang kurang menyenangkan dan diharam oleh agama Islam.


Suatu hari dia mengambil keputusan untuk mengikut teman barunya untuk menikmati pemandangan air terjun di sebuah kampung yang terletak sedikit pendalaman iaitu di Kampung Tanjung Resang.
Air terjun ini terletak di atas sebuah bukit dan jalan untuk pergi adalah amat sempit. Namun keindahan panorama di situ amat berbaloi. Udaranya sungguh nyaman dan airnya cukup jernih sehingga dapat melihat dasarnya.
Tak ramai yang mengetahui mengenai air terjun ini. Hanya penduduk tempatan yang mengetahui dan hanya penduduk terdekat yang selalu berkunjung dan beriadah di situ.
"Elly, kau jangan pergi tinggi-tinggi sangat. Nanti kau hilang kang, aku juga yang susah,"ujar Karim sengaja mengusik Elly.
"Eh, masa bila pula diorang ni semua ada. Aku ingat budak lelaki sahaja,"kata Eric. "Joe,masa bila minah-minah ni semua datang. Tak perasan pun diorang ada tadi,"tanya Eric kepada Joe.
"Itulah kau,berangan sangat. Diorang dah sampai sini dulu daripada kita semua. Siap berkhemah lagi tu dari semalam tau. Kalau kau nak tahu, aktiviti ni dioranglah yang rancang. Kitorang just mengikut je. Lagipun bukan selalu dapat beriadah macam ni. Kan tak lama lagi nak trial,so tak nak tension-tension diorang arrangelah semua ni. Best kan,bro,"terang Joe yang juga merupakan pelajar tingkatan 5S.
"Aku tak nampak pun khemah diorang. Mana?" tanya Eric lagi.
"Tu, kat dalam sana sikit. Ada tempat lapang sana."
"Ohhh.."
Eric melihat gaya lincah Elly dan teman-temannya memanjat batu-batu besar untuk ke tingkat atas air terjun ini. Lalu kakinya juga turut sama mengikut jejak Elly, Nia, Fiza dan Anne ke tingkat atas. Ternyata pemandangan dari atas lebih menarik dari tingkat bawah. Airnya lebih dingin dan dasarnya sedikit dalam berbanding tingkat bawah.
"Eh, kau buat apa kat atas ni?"sergah suatu suara tatkala Eric asyik melihat pemandangan di situ.
"Er,saya naik sebab saya nak tengok pemandangan kat atas nilah,"jelas Eric kepada Elly.
"Kau tahu tak tempat ni budak perempuan nak mandi?Apasal kau naik?"sergah Elly lagi.
"Saya minta maaf Elly tapi pemandangan kat sini lebih cantik dari tingkat bawah. Boleh tak kalau saya duduk kat sini. Saya janji saya takkan ganggu awak dan kawan-kawan awak,"pinta Eric.
Kemudian, kelihatan teman-teman lelakinya yang lain datang menyertai mereka di atas. Sama seperti reaksi Eric pada mula-mula naik ke tingkat atas mereka juga kagum melihat keindahan tempat itu. Elly tidak mampu lagi untuk menghalang mereka semua dari terus naik dan akhirnya dia membiarkan sahaja mereka.
"Elly, kau jangan bengang sangat dengan diorang tu. Makin dihalang makin dibuat. Biarkan saja selagi mereka tak ganggu kita sudah."pujuk Anne. Elly hanya mendiamkan diri. Mereka semua bergembira sambil mandi manda. Elly duduk kejauhan sedikit dari kumpulan tersebut sambil di tangannya terpegang sebuah kamera untuk mengambil gambar pemandangan yang dirasakan cantik. Sekejap-sekejap tangannya memetik kamera menghala ke arah rakan-rakannya. ‘Siaplah korang,aku masuk gambar korang dalam friendster aku. Hehe..’
Eric memerhati setiap gerak-geri Elly. Dia dalam diam mengagumi keperibadian gadis itu walaupun Elly tidak pernah untuk memberinya peluang menjadi sahabat. Terkadang Eric menjadi bingung dengan perangai Elly. Mengapa dia tidak pernah memberi peluang kepada Eric untuk menjadi lebih rapat seperti sahabat lelakinya yang lain? Sedangkan dengan pelajar lelaki lain dia boleh ketawa dan tersenyum. ‘Ah,mungkin aku budak baru kot. Dia tak biasa lagilah tu.’

Elly perlahan-lahan turun dari batu tempat dia berdiri. Eric duduk di batu berhampiran. Elly menjeling geram. ‘Tak ada kerja lain ke mamat ni. Tengok orang macam tengok makhluk asing.’ Mahu sahaja Elly menendang Eric.
Tiba-tiba Elly hilang imbangan badannya. Eric yang yang berada berhampiran Elly segera bergegas untuk menolong Elly daripada terjatuh ke dalm air. Elly masih terhuyung-hayang di atas batu tempatnya berdiri. Dia hampir jatuh dan oleh kerana refleksi ketakutan dia memejam matanya dan terus berdoa agar dia tidak jatuh ke dalam air. Elly menjerit.
Tiba-tiba dia terasa ada sepasang tangan yang gagah menyambar pinggangnya dan menahan dirinya dari terjatuh.
Jeritan Elly membuatkan rakan-rakannya melihat ke arah jeritan tersebut. Mereka bergegas ke batu tempat Elly berada dan cuba membantu Elly. Sesampainya mereka ke sana,mereka melihat Eric sedang mengempung Elly ke daratan. Elly masih lagi memejam erat matanya. Dia dapat merasakan pipi gebunya kemerahan dan mukanya setebal buku rujukan Biologynya.
"Elly, kau tak apa-apa? Kau tak luka? Kau tak patah?"tanya Nia, Anne dan Fiza bertubi-tubi sesampainya mereka berdua ke daratan. Elly yang masih malu dengan tindakan Eric terus bangun dan turun menuju ke tingkat bawah, ke khemah mereka diikuti oleh sahabat-sahabatnya.
Eric dikerumuni sahabatnya yang masih tinggal seperti dikerumuni oleh semut yang bertemu gula. Bertubi-tubi soalan ditujukan kepadanya. Apa yang terjadi? Apa yang dilakukan terhadap Elly? Dan bermacam-macam lagi. Eric segera menerangkan kejadian tadi kepada mereka semua. Setelah mereka berpuas hati dengan keterangan Eric mereka juga bergerak turun ke tingkat bawah melihat keadaan Elly.
Sesampai mereka di bawah, kelihatan Elly dan rakan-rakannya duduk di luar khemah. Elly menangis lantaran terkejut dengan peristiwa sebentar tadi dan juga malu diperlakukan begitu oleh Eric. Dia ditenangkan oleh Nia yang lebih rapat dengannya dan juga lebih lembut berbanding Anne dan Fiza.
Mereka menuju ke arah Elly dan duduk mengelilinginya. Elly berbisik kepada Nia bahawa dia mahu pulang. Nia mengarahkan Fiza serta Anne untuk berkemas. Mereka berdua dibantu oleh Karim, Joe, Bell, Rafiq, Syahrul dan Eric. Setelah usai berkemas, mereka menuju ke arah motor masing-masing. Namun Elly tidak mampu untuk membawa motorsikalnya. Mujurlah Eric membawa kereta bapanya, lalu ditumpangkan Elly. Pada mulanya Elly tidak mahu namun setelah dipujuk dan ditemani Nia dia bersetuju. Motornya dibawa oleh Syahrul yang tadi menumpang kereta Eric.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.