Cerpen : Kasih Tercipta

Hari ini genap sebulan aku menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tak pernah aku cintai.Masakan lelaki itu yang menjadi suamiku sedangkan kami tidak pernah kenal apatah lagi berhubungan antara satu sama lain.Dia lelaki asing yang hadir dalam hidupku tatkala aku di awang-awangan.Lalu aku diijabkabulkan tanpa rela kepada seorang lelaki bernama Danish.

"Sekarang kita suami isteri.Tapi aku tak nak tengok muka kau 24 jam ada depan mata aku.Faham?"

Gila ke apa dia ni?Ingat aku nak sangat tengok muka dia tu?Tolonglah.Banyak lagi kerja yang aku boleh buat.Tak ingin aku.Loya tekak aku ni ha.

"Kau faham tak apa yang aku cakap ni?"

"Tapi saya peliklah.Awak pandai psikologi orang.Kalau awak nak tahu,saya pun tak nak tengok muka awak.Loya tekak saya ni,tahu tak?"

"Aku memang pandai psikologi orang,lagi-lagi orang bodoh macam kau ni.Dah!Aku nak pergi kerja.Nanti mengamuk pulak bos aku kat pejabat."

"Awak kena pergi kerja ke?Tak ada rehat ke?Awak cutilah sehari,paling tidak pun seminggu."

"Ohh..cuti seminggu?Habis tu,awak nak saya makan apa?Pasir?"

Danish membulatkan matanya.Aduh..susah dapat bini macam ni.Dahlah bodoh,bengap pulak tu.Kalau macam nilah baik tak payah ada bini langsung.Buat sakit hati je.

******************************************************

"Apasal aku tengok muka kau macam tension aje?Apa masalah?Ceritalah bro.Aku pun nak tahu."

"Huh!Sakit jiwa aku.Nasib akulah dapat bini macam dia.Kau tahu tak?Dia tu macam terencat akal.Ada ke patut dia tanya soalan bodoh kat aku.Huh!Nasib..nasib.."

"Kau ni pun satu.Susah sangat ke nak jawab soalan dia tu?Dia tanya kau jawab.Kalau kau tanya dia jawab.Susah ke?"

"Kau cakap senanglah.Kau tu tak ada bini.Macam aku ni,masaklah aku kalau aku kena layan dia macam tu.Boleh jadi gila aku lama-lama.Tak nak aku."

"Tapi lawa apa bini kau.Sedap mata memandang,cantik,pandai masak.Kalau akulah dapat bini macam tu,aku tak kisah dia siapa.Orang gila pun aku sanggup ambik."

"Wei melampaulah tu.Kau ni tak agak-agak.Orang gila pun kau ada selera.Dah..dah..Aku malas nak dengar pasal dia lagi.Mana fail yang aku mintak tadi?"

"Ni failnya.Nasihat aku bro,kau cuba rapatkan hubungan antara kau dengan dia.Mana tahu lama-lama tersangkut.Boleh dapat anak cepat."

Danish membaling fail di tangannya.Bertaburan kertas di lantai.Saiful cepat-cepat keluar dari bilik itu.\'Arif dengan perangai Danish yang malu tapi mahu.

*************************************************

"Assalamualaikum..Ada orang tak?"

"Kejap,kejap.Saya tengah salin baju ni.Tunggu kejap."

Afirah memakai pakaian ala kadar.Baju kurung yang disematkan ke badan menampakkan kejelitaan yang disembunyikan selama ini.Dia menempek bedak di tangannya.Cukuplah tu.Dah lawa dah pun..Afirah tersenyum.

"Kejap,kejap.Saya ambil kunci.Saya letak mana tadi?Awak tahu tak kat mana?"

"Kenapa pulak kau tanya aku?Manalah aku tahu kau letak kat mana.Lain kali letak dalam bilik mandi baru tak hilang."

"Haa!Baru saya ingat."Briefcase di tangan Danish terlepas.

"Yang kau jerit tak tentu pasal ni kenapa?Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu?"

"Saya minta maaf,ye?Terima kasihlah sebab ingatkan saya.Betullah awak cakap tadi.Saya letak dalam bilik air masa saya mandi tadi,takut orang lain curi.Kalau terjadi apa-apa,siapa yang susah?Awak jugak kan?"

"Dah tu,yang kau tunggu kat sini lagi kenapa?Pergilah ambil kunci tu.Huh!"

Seketika Afirah muncul bersama kunci di tangan.Muka Danish merah menahan panas yang membahang.Afirah tergopoh-gapah membuka gril dan akhirnya gril itu dapat dibuka.

"Huh!Dapat bini macam ni.Nasib baiklah kau kahwin dengan aku.Kalau dengan orang lain aku rasa malam ni kau kena tidur kat luar.Biar tahu rasa!"

"Habis tu malam ni saya kena tidur kat luar ke?"

"Dah!Aku malas nak layan orang tak betul macam kau ni.Aku nak naik atas dulu,mandi.Aku nak keluar malam ni.Kau jaga rumah."

Danish meninggalkan Afirah di ruang tamu.Nasib dialah dapat bini yang kurang sikit dari perempuan lain.Tapi kadang-kadang dia terfikir macam mana dia sanggup beristerikan orang yang sama sekali tidak dikenalinya.Pertemuan yang tidak sengaja dan langsung tidak pernah diharapkannya ternyata akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

***************************************************

Tumpuan Afirah terganggu apabila telefon di ruang tamu berbunyi.Afirah bingkas bangun mengangkat gagang.Suara kasar lelaki kedengaran di hujung talian.

"Hello.Puan Afirah ada?"

"Ye,saya sendiri."
"Saya Inspektor Zamri.Encik Danish kemalangan.Dia ada kat hospital sekarang ni.Kalau Puan Afirah nak tengok keadaan dia silakan."

Gagang telefon terlepas di tangan.Danish kemalangan?Entah-entah polis salah orang tak?Tapi..Afirah pantas menyarung tudung.Hujan yang lebat beserta kilat sabung-menyabung tidak Afirah peduli.Fikirnnya hanya tertumpu kepada Danish sahaja.Ya Allah,Kau selamatkanlah suamiku.Doanya tak putus-putus.

Pintu bilik dibuka menampakkan tubuh Danish yang kaku.Serta-merta air matanya menitis di pipi.Tidak sanggup rasanya melihat orang yang disayanginya terbaring di katil itu.Adakah dia mencintai Danish?Sedikit sebanyak perasaan itu hadir di dasar hatinya.

"Awak bangunlah.Saya datang ni.Bukalah mata tu cepat.Jangan buat saya risau.Tolonglah demi saya."

Afirah mencapai tangan suaminya.Mulanya dia teragak-agak tapi disebabkan situasi tika itu,dia terpaksa.Tak apalah,bukannya orang lain pun.Suami aku jugak.

Bagaikan ada semangat baru Danish membuka matanya.Melihatkan Afirah di sebelah bertemankan air mata di pipi membuatkan dia tersenyum.Tiada lagi herdikan mahupun kata-kata kesat yang keluar dari mulut Danish.Afirah hanya tertunduk malu pantas melepaskan pautan tangan Danish.

"Maafkan saya.Saya tak bermaksud.."

"Shhh..Abang tak nak dengar apa-apa lagi.Tak salah kan kalau Afirah pegang tangan Abang.Terima kasih sebab teman Abang malam ni."

Abang?Aku kena panggil dia macam tu ke?Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena marah.Tak payahlah.Panggil saya,awak ajelah.

"Teruk ke awak accident sampai nak kena masuk hospital?Saya tengok tak adalah teruk sangat.Luka sikit aje."

"Mestilah teruk sayang.Kalau tak,tak adanya Abang masuk hospital malam ni.Boleh Abang mintak sesuatu dari sayang?"

"Apa dia?Cakaplah."Afirah tidak selesa dipanggil sebegitu.

"Boleh panggil saya Abang tak?Abang kan suami Afirah.Tak salah kan?"

Alamak!Dia suruh panggil Abang pulak.Nak ke tak nak?Nak ke tak nak?Alah..susah-susah sangat panggil ajelah.Habis cerita.

"A..bang.Okay?"

"Haa barulah Abang boleh tidur.Thanks sayang."

"Tapi.."

"Sayang tidur okay?Esok Abang dah boleh keluar.I love you."
Dia ucap I love you kat aku?Bestnya.Tak pernah aku rasa macam ni.Afirah meleret senyuman manis.

"I love you too."

Afirah membalas ungkapan yang sama.Danish,seorang insan yang sanggup berkongsi hidup bersamanya sehinggalah ke malam ini.Malam yang membuatkan Danish dan Afirah meluahkan apa yang terpendam di hati.Bagi Afirah,kasihnya bukan atas rasa simpati tetapi cinta yang perlahan-lahan mulai membelai-belai jiwanya.Danish pula enak dibuai mimpi,mengharapkan wajah Afirah sentiasa menemaninya di kala tidurnya.Afirah cukup istimewa di matanya dan kasihnya hanya untuk Afirah seorang,tidak mungkin ada galang-gantinya.Dia akui takdir yang telah tercipta untuknya mempunyai hikmah-Nya dan dia kini mengharapkan kebahagiaan yang berpanjangan bersama isteri yang dicintainya,Afirah.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.