Cerpen : Cerita Dulu

Pagi-pagi aku sudah bangun, walaupun kepenatan melayan tetamu semasa kenduri kesyukuran menyambut kepulanganku daripada rantau orang masih berbaki, aku cuba bertahan. Cutiku masih berbaki seminggu sebelum aku memulakan tugas baruku sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Ada tempat yang ingin ku kunjungi, aku ingin ke Muar. Tempat yang banyak mengabadikan kenangan zaman remajaku.
Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA. Walaupun aku hanya menuntut di situ selama dua tahun iaitu semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima, namun tempat itu benar-benar mencatatkan seribu satu kenangan dalam lembaran hidupku. Tempat ini mengajar aku menjadi lebih matang tanpa melupakan kenikmatan yang harus aku nikmati sebagai seorang remaja. Namun tahun akhirku merupakan tahun yang tidak mampu aku lupakan sehingga saat ini.
Perjalanan dari kampungku di Batu Pahat ke Muar hanya mengambil masa tidak sampai dua jam. Sudah hampir 10 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke daerah yang dikenali Bandar Maharani ini. Betapa daerah kecil ini sudah banyak berubah selari dengan arus kemodenan. Hatiku disapa hiba apabila melintasi jambatan yang merentasi Sungai Muar untuk memasuki kawasan Tanjung Agas di mana terletaknya SAMURA. Melihat kebiruan air muara sungai Muar aku teringat kenangan menaiki bas sekolah yang kami gelar ‘coaster’ melintasi jambatan itu setiap minggu untuk ‘outing’, setiap minggu ke bandar Muar. Bas itu kami gelar coaster kerana bas itu sudah terlalu uzur sehingga terasa seperti menaiki rollercoaster ketika menaikinya.Semakin hampir dengan dengan aku dengan destinasiku, debaran hatiku makin kuat. Dalam hatiku tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan sekolahku. Tentunya sudah banyak berubah.
Memang benar sekolahku itu sudah berubah namun suasananya masih juga sama. Dari jauh ku lihat bumbumg sekolah yang bewarna merah bata. Di hadapan sekolah sudah dibina sebuah pusat membeli belah, seingatku semasa aku menamatkan pengajianku di sini pembinaannya masih lagi dalam perancangan awal. Hatiku berbelah bagi sewaktu sampai ke pintu pagar. Adakah aku sudah bersedia menghadapi masa silamku.
Aku membelok memasuki kawasan sekolah. Pintu utama sekolah sudah dilebarkan. Pasti masalah kesesakkan terutama sewaktu waktu bermula cuti semester dapat diatasi. Kulewati padang SAMURA yang dahulunya menjadi tempat riadah aku dan teman-teman, masih teringat betapa malasnya kami ingin turun riadah. Kami sentiasa turun riadah lambat namun antara pelajar yang paling awal masuk ke dewan makan untuk makan malam.
"Assalamualikumwarahmatullah hiwabarakatuh…perhatian kepada semua warga aspuri, sila kosongkan asrama lima saat dari sekarang…5…4…3…4..1" Suraya pengawas yang paling terkenal dengan keskemaannya sudah mula menjerit, sedangkan aku baru sahaja selesai menunaikan solat asar. Di luar musollah Alisa teman baikku sudah memoncongkan mulutnya. Alisa memang tidak menggemari sikapku yang suka berlengah.
Satu keunikkan sekolahku ini, diantara dua padang di sini terdapat sebuah tanah perkuburan islam. Jika disebut SAMURA pasti semua orang akan terbayangkan tanah perkuburan ini. Aku masih ingat ketika aku memperkenalkan diri dan sekolahku semasa menyertai kem Bahasa Inggeris peringkat sekolah berasrama penuh.
"Oh, I see. So you came from the school that has a graveyard. Is it really haunted?" antara reaksi yang aku terima.
Aku sendiri seram sewaktu mula-mula menjejakan kaki di sekolah ini, apatah lagi dimomokkan dengan pelbagai cerita seram oleh senior. Namun lama-kelamaan aku sudah terbiasa dengan suasana ini. Malah aku, Alisa dan Wana memang gemar melepak di gazebo yang terletak bersebelahan kawasan perkuburan itu. Lorong ke kawasan taman itu dinamakan Lorong Taubat. Aku dapat merasakan ketenangan ketika berada di situ. Aku teringat Apek atau Hazri rakan sekelasku pernah bercerita bahawa pagar kubur adalah laluan paling selamat untuk ‘fly’ atau keluar malam secara haram.
Aku letakkan keretaku di Dataran SAMURA atau lebih dikenali sebagai SAMURA Squares. Di sinilah biasanya para pelajar berlatih kawad.Aku masih ingat semasa aku menyertai pertandingan kawad peringkat daerah mewakili Persatuan Puteri Islam,aku, Alisa, Sarah dan Suria berlatih sehingga lewat malam, kadangkala sehingga tengah malam. Memang memenatkan namun ia secara tidak langsung merapatkan hubungan kami apatahlagi kami satu kelas sehingga dikenali sebagai ‘pinky girls’.
Sebenarnya aku datang untuk menghadiri perjumpaan pelajar SAMURA untuk genersai 23 atau dikenali sebagai ‘batch 23’. Kulihat jam tanganku, jarum baru menunjukkan pukul 8.30 pagi, majlis hanya akan bermula pukul9.30 pagi.Kehadiranku aku rahsiakan dari pengetahuan semua teman-temanku termasuk Alisa.Aku mahu memberi kejutan kepada mereka. Aku tahu selama ini mereka tertanya-tanya ke mana aku menghilang.Aku terus menyepikan diri selepas aku mendapat keputusan SPM yang agak teruk.Hatiku bagai dihampas kaca apabila aku tak layak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi awam atau kolej matrikulasi.Aku hanya mampu mengambil program asasi di kolej swasta.Sejak itu aku berjanji aku takkan menjejakkan kaki ke SAMURA selagi aku tidak berjaya.Aku hanya berhubung dengan Alisa melalui e-mail, daripada Alisa jugalah aku mendapat jemputan majlis ini.Alisa adalah salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.Dia juga kini sudah menjadi guru bahasa Inggeris di SAMURA, namun kukatakan padanya bahawa aku tak pasti samaada aku dapat menghadiri majlis ini atau tidak.
Aku melangkah ke dewan besar aku mahu menjengah ke situ sebentar, aku mahu mencari Alisa.Dari kejauhan aku melihat Alisa sedang berbual mesra dengan Hafiz atau Macha yang kini sudah bergelar suaminya sambil mengendong anak sulung mereka.Aku mengambil keputusan membiarkan mereka, aku akan menegur mereka sebelum majlis bermula. Walaupun dewan ini telah disusun dengan meja bulat dan kerusi namun auranya masih sama seperti 10 tahun dulu.Masih terbayang dalam mindaku suasana dewan ini yang riuh rendah dengan lagu sorak apabila berlangsungnya pertandingan antara rumah.Keesokkan harinya kami semua pasti kehilangan suara. Rumah Bestari, Budiman, Pujangga dan Sarjana, setiap satunya mempunyai lagu sorak yang menarik.
Aku mendaki anak–anak tangga menuju ke tingkat tiga blok tingkatan lima.Setapak demi setapak kakiku melangkah, aku bagaikan disuntik semangat baru untuk melangkah ke zaman remajaku. Blok tingkatan lima sunyi sepi kerana para pelajar pulang bermalam wajib ke rumah.Ku susuri koridor tingkat tiga, aku tersenyum mengingatkan kenangan aku bersama-sama teman-teman.Masih segar memori suatu Sabtu,waktu itu aku dan Alisa ke kelas untuk mengambil barangku yang ku tinggalkan di dalam loker di kelas.Pada kebiasaannya tidak ramai pelajar yang dating ke kelas pada hari Sabtu, cuma segelintir pelajar sahaja yang lebih selesa belajar di kelas.
"Lisa agak-agak Macha datang kelas tak? Mesti kau rindu kat lesung pipit dia kan…hehehe"aku mengusik Alisa.Dia dan Hafiz memang sudah digosipkan sejak kami tingkatan empat lagi walaupun realitinya mereka tidak bercinta tetapi hubungan mereka tak pernah baik, seperti anjing dan kucing sahaja lagaknya.
"Huhh…tak ingin aku nak jumpa dia," Alisa menjuihkan bibirnya.
"Hahaha…macam muncung tengiling," aku seronok mengiat Alisa.
Dugaan ku salah,suasana dalam kelasku agak riuh.Ramai pelajar lelaki berkumpul di situ, mungkin mereka semua belajar bersama-sama. Setelah memberi salam aku melangkah dengan selamba.Sesungguhnya aku memang jenis yang tidak bergaul dengan lelaki.Kehadiran mereka selama ini aku tidak ambil endah.Aku hanya bercakap dengan mereka jika ada hal penting sahaja.
"Nanas…nanas…nanas…nanas..," tiba-tiba ku terdengar sorakkan daripada kumpulan pelajar lelaki.Aku tahu maksud ‘nanas’.Gabungan nama panggilan aku iaitu Nana dan salah seorang pelajar lelaki di kelasku yang digelar Ginas.Nama sebenarnya ialah Alif Nazrin.Aku cepat-cepat mengambil barangku.Seboleh-bolehnya aku mahu beredar dengan segera.Aku toleh ke arah kumpulan pelajar lelaki itu dengan muka masam, mataku tepat ke rah Ginas yang hanya tersengih sambil menjunkitkan bahu.
Dengan pantas ku tarik tangan Alisa keluar dari kelas 5 Cekap.Sangkaanku sorakkan itu akan berakhir di dalam kelas namun sangkaanku itu meleset, sorakkan itu telah merebak.Sewaktu aku menuruni tangga ku lihat ramai pelajar lelaki beratur di sepanjang koridor.Saat itu hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku.Mukaku sudah merona merah.Gosip aku dan Ginas sudah merebak ke satu sekolah apatahlagi Ginas adalah atlet sekolah.Sudah tentu dia dikenali ramai.Sejak itu aku tidak berani ke sekolah pada hari Sabtu.Aku benar-benar serik.
Aku tersentak apabila lagu Mirai dendangan penyanyi Jepun,Kiroro berkumandang menandakan satu mesej sampai ke dalam peti masuk telefonku. Aku tersenyum,lagu ini sudah lama sebenarnya. Ia amat popular semasa aku tingkatan lima malah ia dianggap lagu Batch 23.

-Salam,hari ni b23 ada reunion.bezny kalo ko ad. Aku rindu kat ko.
Kan bez kalo kita leh lepak kat kelas lps 2 bergosip. Like old days…

Rupa-rupanya mesej dari Alisa.Kesian Alisa, sudah lama dia ingin berjumpa denganku,cuma aku yang masih belum bersedia.Selama lapan tahun hanya e-mail dan telefon setia menghubungkan dua orang sahabat.
-Salam kembali. Ye ke aku ada lagi bez. Takut aku kaco papa and mama baru memadu kasih.By da way ko nampak chubby la skrg…comei la
p/s:cantiklah baju kau,meletup…warna biru siap manik-manik lagi..hehehe
Aku menjawab mesej itu.Mampukah Alisa meneka dimana aku sekarang.
-where r u exactly Nana?
Mesejku berbalas.
-huhuhu…find me if u can.
Aku pasti Alisa sudah dapat mengagak di mana aku mberada di waktu ini.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas 5 Cekap.Suasana di dalam kelas itu tidak jauh berubah.Susunan mejanya juga tidak jauh berbeza.Meja disusun berkumpulan, satu kumpulan terdapat empat meja untuk memudahkan para pelajar berbincang.Meja guru pula diletak di bahagian kanan di hadapan kelas.Mejaku terletak di kumpulan yang betul-betul berada di hadapan meja guru. Aku, Alisa, Suria dan Sarah duduk satu kumpulan.Aku tersenyum sendiri mengenangkan gelagat kami pada waktu itu, pantang ada waktu terluang kami pasti mengambil peluang untuk melelapkan mata.Hal ini bukan sahaja terjadi kepada kami sahaja malah hal ini terjadi kepada semua warga SAMURA.
"Tiada bantal yang lebih selesa melainkan meja di kelas…" aku masih ingat ungkapan yang sering diungkapkan oleh warga SAMURA.
Pada masa itu Macha, Bonzer, dan Aney memang suka mengenakan kami.Mereka akan bangun secara serentak untuk mengejutkan kami.Kesian Sarah, dia selalu dikejutkan.Aku jarang dikenakan oleh mereka kerana aku selalu terdengar rancangan mereka.
"Grukkkk…."serentak bunyi kerusi tertarik.
"Opocot…"Sarah melatah.Serentak dengan itu jugak aku terdengar bunyi ketawa mereka bertiga.
"Huhhh…terkejutnya aku," selepas beberapa minit barulah aku mengangkat kepala dengan mimik muka terkejut yang dibuat-buat.Reaksiku inilah yang selalu membuat mereka bengang.
Dari khabar yang aku dengar dari Alisa, Bonzer, Macha, Aney dan Ginas telah bergelar pegawai tentera berjawatan besar.Mereka telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Malaysia selepas tamat SPM. Bagaimanalah agaknya tubuh Ginas yang kurus kering itu lengkap dengan uniform.Aku pasti dengan latihan yang diterima pasti fizikalnya juga telah berubah.
Aku menjenguk dari tingkap di sebelah tempat dudukku.Dari atas aku dapat lihat kantin sekolah dan taman Botani yang dibina hasil titik peluh pelajar-pelajar Batch 23.Aku memang suka mengelamun di tingkap ini.Aku masih ingat guru Matematik Moden kami, Puan Hashimah.Beliau memang terkenal sebagai seorang guru yang bersuara kuat dan peka.Beliau akan ‘menyerang’ para pelajar yang leka semasa kelasnya.Namun aku jarang menjadi mangsanya kerana aku selalu diselamatkan oleh Alisa.Alisa amat menggemari subjek ini, namun oleh kerana matanya yang sepet Puan Hashimah selalu tersalah anggap bahawa dia sedang tidur.
"Alisa!!!!!!.....awak tidur ya?" suara lantang Puan Hasyimah bergema di seluruh SAMURA.Suara itu bukan sahaja mengejutkan aku malah pelajar lain yang sudah tertidur atau sedang mengelamun melayan perut yang sudah berkerocong.Aku berpura-pura sibuk menjawab soalan sedangkan Alisa sedang terkulat-kulat menahan malu kerana ditegur di atas kesalahan yang tidak dilakukan.
Aku bergerak ke bahagian belakang.Di bahagian belakang kelas pula disusun loker, rak buku dan meja belajar.Sudut ini dikhaskan untuk para belajar berehat.Aku sendiri memang gemar melepak di situ.Aku menyingkap alas meja,masih jelas kelihatan silangkata yang menggabungkan namaku dan Ginas di situ.Ini semua adalah perbuatan rakan-rakan Ginas.Masih jelas dalam mindaku bagaimana bersungguh-sungguh Ginas cuba memadamnya setelah aku mengamuk. Namun usahanya cuma sia-sia kerana ia tidak dapat ditanggalkan.
"Aaaaaa…Nurul Diana binti Aziz a.k.a Nana.Ia that really you?" Alisa sudah tercegat di depan pintu di samping Macha yang sedang mendukung seorang bayi comel.
Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berpelukan.Jarak waktu yang memisahkan kami telah mewujudkan perasaan rindu yang menggunung tinggi.Walaupun aku saban hari berhubung dengannya melalui e-mail dan telefon namun ia tak mungkin dapat menyamai dengan perasaan bersua muka.
"Auuuu…sakit tau. Makin tembam aku…" aku menjerit kesakitan bila Alisa mencubit pipiku.
"Oh my God it’s really you.Itu untuk pastikan yang aku tak bermimpi. Pipi kau still gebu macam dulu…and you still use the same santences for all this year," kami semua tergelak mendengar kata-kata Alisa itu.
"Let me take a look at you. Kau dah banyak berubah,walaupun pipi kau still gebu macam dulu tapi kau dah kurus la.Kenapa, tak makan eh?" Alisa memang begitu,dia seorang yang perihatin.
"Habisla kau Nana,dia dah sebut pasal makan.Kau tengok aku sekarang perut pun dah boroi sikit. Hari-hari dia paksa aku makan, kalau aku tak makan muncunglah bestfriend kau sorang ni," Hafiz yang diam sedari tadi bersuara.
"Yela abangtu,dia yang makan tak ingat dunia salahkan kita pulak…"Alisa mencubit lengan suaminya.
"Tengoktu Nana, tadi kau sekarang aku pulak kena penyepit ketam dia,"Hafiz juga masih seperti dulu, masih suka bergurau.
"Dah…dah…korang ni sebelum kahwin sampai dah jadi papa dengan mama masih suka bergaduh lagi…buat malu je kan baby ,"aku bersuara sambil mengambil Anas Diana puteri sulung Alisa dan Hafiz.Aku benar tidak sangka janji Alisa ketika zaman remajanya dikotakan.
"Nana, nanti bila aku ada anak perempuan satu hari nanti aku nak namakan dia…Anas Diana, kau tahu Anas tu maknanya kawan tau…kawan kepada Diana,"kata Alisa padaku pada suatu petang ketika kami sedang berehat-rehat di gazebo kubur.
"Wah terharunya aku….Anas Diana binti Mohd Hafiz.Wah sedap-sedap…,".
"Eeeee,meh aku cubit pipi kau yang gebuni….tak nak la kawin dengan mamat bengong tu,menyampah tau tak,"tiada siapa sangka usikanku menjadi nyata.
"Woi berangan ke?"suara Alisa mengejutkan lamunanku.
"Mane ade, teringat kisah lama la, rindu aku kat korang semua…Anas dapat tak hadiah yang Auntie Nana kirim?" perhatianku kembali tertumpu pada Anas Diana, wajahnya lebih mirip ibunya namun aku perasan bayi kecil ini mempunyai sepasang lesung pipit seperti ayahnya.Terkekek-kekek bayi comel ini ketawa apabila aku menganggahnya.Aku berharap suatu hari nanti aku juga akan dikurniakan anak yang comel seperti ini.
"Thanks ya Nana.Susah-susah je kau kau hantar hadiah untuk anak aku jauh dari UK pulak tu…kalo dah rindu kenapa aku tak nak jumpa kitaorang sume.Kawan-kawan kita semua tertanya-tanya mana kau menghilang…tambah-tambah sorang mamat tu," Alisa bersuara sambil merangkul lengan suaminya.Mereka kini benar-benar bahagia.
"Bukannya apapun Lisa…aku beli untuk anak angkat aku sorang ni. Kira tebus kesalahan jugak la ni…anak angkat dah umur 7 bulan baru mak angkat nak jumpa. Aku bukannya tak nak jumpa korang semua tapi aku dah janji dengan diri aku sendiri selagi aku tak berjaya selagi tu la aku tak akan jumpa korang. Lagipun sapa sangat la ingat kat aku..aku bukannya popularpun dulu. Tak macam si Hafiz ni, kaki mencapub," sudah lama aku tidak menggunakan perkataan asrama yang bermaksud mencari publisti itu.
"Well…what to do, aku memang popular…hehehe.Tak de siapa ingat konon.Abis si Ginas tu bukan orang…gorilla? Setiap kali ada perjumpaan mesti dia dok soal siasat aku dengan Lisa…Nana mane?Dia tak datang ke? Dia buat ape sekarang? Dah kahwin ke?Dia single lagi ke?Mengikut firasat nujum pak belalang aku la dia tu dok tunggu kau la," kata Hafiz sambil mengurut dagunya yang tiada janggut itu.
"Banyak la kau punya firasat, apahal pulak dia dok tunggu aku. Kitaorang bukannya pernah bercintapun.Dah 10 tahun tau…tak habis-habis lagi ke gosip tu.Hantar kat ,melodi pun kena reject…dah sejuk tau tak," memang kebenarannya aku dan Ginas memang tiada apa-apa hubungan selama ini.
"Orang cakap tak percaya…tapi tak pe jap lagi dia sampai la tu.Boleh la melepaskan rindu dendam kat boyfriend lame. Ni kau balik Malaysia bercuti ke for good?" nampaknya harini aku sekali lagi akan menjadi bahan usikkan pasangan suami isteri ini.
"Banyaklah kau punya rindu…aku balik untuk selama-lamanyalah,next week aku mula mengajar kat UTM. Enam tahun aku kat UK,habis master terus sambung phd sambil kerja…dah sampai masa aku berbakti untuk negara pulak.Aku dah tak larat nak duduk sana sorang-sorang".
"Wow sekarang aku kena panggil Dr.Diana la ni.Bagusla macam tu…banyak benda yang aku nak tau pasal kau. There so much things to catch up for ten years. Malam ni Dr.Diana tak payah balik, tido je rumah kitaorang," kali ini Alisa tidak mahu melepaskanku lagi.
"Aku mana bawak baju…takkan kau nak suruh aku pakai baju ni sampai esok.Lain kali je la eh…,"aku memang tidak bercadang untuk bermalam di Muar.
"Sorry Dr.Diana…I did not accept no as answer.Nak kena demerit ke? Baju aku kan ada macam tak biasa pulak,"Alisa sudah mencekak pinggang.Semasa zaman sekolah dahulu kami memang selalu bertukar-tukar baju apabila sudah bosan memakai baju sendiri.
"Huhuhu…ok teacher. Garang betul la teacher ni…Hafiz garang betul bini kau sorang ni," riak wajah Alisa benar-benar membuatkan aku ingin ketawa.Riak inilah yang sering aku lihat sepuluh tahun dulu apabila aku memberi alasan yang tidak boleh diterimanya.
"Kau jangan tak tau aku kahwin dengan warden SAMURA tau…berani nak lawan cakap,"Hafiz mengusik isterinya.
"Dah jom turun lagi 15 minit majlis nak mula,saya kena tengok persiapan akhir.Abang tu kalau tak mengusik saya memang tak sah.Nana kau nak turun dengan kami ke, nak stay lagi?"Alisa sudah mengambil Anas dariku dan bergerak kepintu.
"Tak apalah you guys turun dulu, bila majlis nak mula baru aku turun. Aku belum daftar nama, kau daftarkan untuk aku eh…aku nak kenang memori zaman muda-muda dulu,"aku masih mahu berada di kelas 5 cekap ini.
"Alah macam la kita ni tua sangat umur baru nak masuk 28 tau…kau sorang-sorang kat sini baik-baik.Tempat ni keras tau..almaklumlah SAMURA ni diperbuat daripada batu," Hafiz masih lagi sempat lagi bergurau sebelum beredar bersama Alisa.
Aku kembali bersendirian.Tak sangka gosip zaman remaja menyatukan Alisa dan Hafiz.Gosipku pula, adakah ia akan menjadi kenyataan?Hanya Tuhan yang tahu.Kau memandang ke sebuah meja yang betul-betul berhadapan meja belajar.Di situlah Ginas duduk.Aku akui aku pernah menyukai Ginas, dia seorang pelajar yang pintar, dia juga jenis perahsia,jarang dia membicarakan tentang hal peribadi.Dia amat berbakat dalam bidang sukan dan dia sangat pandai melukis.Semasa kami di tingkataan lima dia pernah melukis potret semua pelajar dalam kelas kami. Sehingga kini potret itu masih aku simpan dan aku bingkaikan.Antara sifatnya yang aku suka ialah dia seorang yang agak alim,dia sering mengimamkan solat berjemaah, dia juga akan melindungi aku dengan cara membiarkandirinya terus menjadi usikan apabila gosip tentang kami diungkit, dengan cara ini aku tidak diusik.Dia seperti memahami sikapku yang tidak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Aku sendiri tidak tahu mengapa kami digosipkan,sedangkan kami jarang bercakap apatahlagi bercinta.Puas aku memikirkan sebabnya namun aku masih belum menemui jawapannya.Mungkin juga kerana kadang kala kami selalu terperangkap dalam keadaan yang boleh merancakkan gosip tersebut.Aku teringat satu kejadian,oleh kerana cuaca panas ketika prep petang aku mengambil keputusan untuk mengulangkaji pelajaran di meja belajar yang terletak di bawah kipas.Entah bagaimana aku terlelap sambil menompang dagu. Ketika kau terlelap Ginas tiada di tempatnya. Selepas 15 minit aku terjaga apabila terdengar suara orang ramai yang sedang ketawa.Apabila kucelikkan mata aku lihat semua mata tertumpu pada aku dan Ginas.Rupa-rupanya dia juga terlelap di mejanya dengan wajahnya di palingkan ke arahku.Jika dilihat sekali imbas keadaannya seperti kami sedang bermain mata.Hanya Tuhan sahaja tau betapa malunya aku ketika itu sedangkan dia hanya bersikap selamba.
"Oooo…ni kerja korang eh datang prep petang main mata," Hafiz sambil menepuk-nepuk bahu Ginas.Kawan-kawan sekelasku yang lain sudah terburai ketawa.Entah sudah berapa lama kami diperhatikan.
"Eh Macha takkan jeles kot,ko pegi la renung Lisa…biar aku je renung Nana sambil mata tertutup,"balas Ginas yang sudah kembali menyambung tidurnya dengan selamba.
Aku tersenyum bersendirian mengingatkan peristiwa itu. Zaman remajaku sangat indah. Dihiasi dengan suka, duka, usikan yang diiringi dengan tawa. Alangkah indahnya jika saat-saat itu dapat aku ulangi.
"Asssalamualaikum.Hai…senyum sorang-sorang nampak, ingat kat saya ke ?" tiba-tiba satu suara menyapaku.
"Waa…laikumussalam…Nas…,"buat seketika lidahku kelu seketika sebelum menjawab pertanyaannya tadi,"perasan je mane ade orang ingat kat dia,".
"Nana ingat kes kita kena tangkap tengah main mata tu kan…kalo tidak buat apa Nana renung tempat Nas," Ginas duduk di tempat yang diduduki 10 tahun dahulu cuma bezanya dia menghadap ke arahku. Dengan kemeja hitam berbelang kelabu yang lengannya dilipat hingga lengan,seluar slack hitam dan kasut kulit sama warna dia kelihatan begitu bergaya. Seperti sudah berjanji kami memakai baju sama warna. Hari ini aku menggayakan sepasang kurung moden dari fabrik sutera bewarna hitam berbunga kelabu yang dihiasi manik-manik. Aku masih ingat pada suatu ketika dahulu kami juga sering diusik ketika prep malam kerana sering memakai baju warna sedondon ke prep malam.
Aku hanya tertunduk malu.Wajahku sudah merona merah,malu kerana tekaan Ginas memang benar.Entah berapa lama dia memerhatikan tindak-tandukku tanpa aku sedari.
"Nana…Nana…dah sepuluh tahun, eventhough you are more beautiful but you are still the same Nana that I use to know," Ginas bersuara lagi sambil merenungku.
"Apa yang tak berubah?I change a lot you know,"aku masih menundukkan wajah. Renungannya membuatkan aku berdebar-debar.
"Apa yang tak berubah? Nana masih Nana yang akan blush macam sekarang bila kena usik, lagi satu Nana still lagi tak berani tenung Nas dengan mata Nana yang cantik tu…and did I mention that you still have your sweet smile yang buatkan Nas selalu tak sabar nak datang kelas," pengakuan Nas menyebabkan aku merenungnya kembali.Adakah selama ini dia juga menyimpan perasaan terhadapku.
"And you have change a lot…dah tak perahsia lagi,tak tau malu dah. Complete dengan ayat jiwang lagi. Kalau dulu susah sangat nak berterus-terang .Ingat lagi soalan truth or dare yang Nas dapat masa majlis akhir tahun tu,sampai sekarang tak jawab…apa pendapat Nas tentang Nana?," suasana kami ketika itu membuatkan aku lebih berani berbicara lebih terbuka.
"Sebab sikap Nas yang suka berahsia tu la Nas terpaksa tunggu Nana selama 10 tahun…Nas tak sanggup lepaskan Nana lagi.Hari ni Nas nak jawab soalan tu dan bagitau Nana satu rahsia besar…Nas dah tunggu Nana lama sangat untuk bagitau rahsia ni,"ada riak kekesalan di wajahnya. Sungguh aku berdebar-debar menanti bicaranya yang seterusnya.
"Nas rasa awek yang namenya Nana tu comel sangat, tapi dia tu liat sikit…dia tak suka layan budak lelaki.Kalo kena kacau muke dengan budak lelaki muke dia macam nak makan orang tapi hati dia baik sangat.Dia selalu ambik berat kalau kawan-kawan dia tak sihat.Dulu dia pernah letak ubat demam bawah meja sorang budak lelaki senyap-senyap,siap dengan air sekali,"kata-kata Ginas itu benar-benar buat aku terkejut.Bagaimana dia tahu yang aku adalah orang yang meletakkan ubat di bawah mejanya ketika dia demam dahulu.
"Macam mane Nas tau,Nana yang letak? Entah-entah orang lain kot…" aku masih lagi cuba mengelak namun tiada kesungguhan di situ.
"Tak nak mengaku lagi tu,cik adik oi awak ingat tak ada orang nampak ke?Nas nampak Nana yang letak masa Nas nak masuk kelas.Masa tu lah Nas jatuh hati kat awek baik hati itu. Luar nampak sombong tapi rupa-rupanya baik hati, prihatin pulak tu…" Ginas sudah berpindah ke kerusi kosong di hadapanku.
Aku hanya mampu menguntum senyuman.Terlalu banyak cerita indah yang kami kongsi walaupun kami jarang berbicara.Kenangan yang kami kongsi tanpa dirancang dan hadir tanpa bicara.Aku merenung jejaka di hadapanku, betapa aku merinduinya selama ini,cuma aku tak pernah menyedari kehadiran rasa itu.
"Nana ingat tak masa kita kena usik main mata tu…sebenarnya Nas memang tengah tenung muka Nana pun…malah Nas selalu curi-curi pandang Nana…dalam kelas,dalam library,dekat padang,atas pentas,kat dewan makan….Your present make my day complete. Tapi masa tu Nas takut untuk berterus-terang …. Gosip Nanas tu pun sebenarnya rancangan kawan-kawan Nas untuk satukan kita… Nana garang sangat masa tu, kalo Nas cakap masa tu pun mesti Nas kena reject,"kata Nas itu membuatkan aku dan Ginas sama-sama tergelak.
"Tau tak pe…kalo mase tu Nas propose , confirm blum abis cakap lagi Nana dah reject,"ketawa kami masih bersisa.
"Sekarang macam mane, dah 10 tahun dah takkan kena reject lagi kot? Nas bawak benda ni setiap kali perjumpaan dengan harapan Nas akan jumpa bakal pemiliknya.Nana would you like to accompany me for rest of my life?" aku benar-benar tergamam melihat Ginas mengeluarkan sebentuk cincin platinum yang dihiasi sebutir batu permata.
"Ya Allah…,"aku hanya mampu menyebut nama Dia pencipta seluruh alam.Airmata gembira sudah mengalir di pipiku.Sesungguhnya ke hadiranku di SAMURA bukan sahaja dapat mengimbau kenangan lalu tetapi aku juga telah mencipta satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.