Novel : When Love Comes 5

Chapter 5

Sinaran mentari pagi yang menyilaukan mata mengejutkan Ezreena daripada tidurnya yang lena. Entah kenapa dia rasa amat mengantuk pagi itu walaupun dia tidur awal malam tadi. Mungkin keletihannya akibat bermain bola jaring pada perlawanan petang kelmarin menyebabkan tubuhnya hilang banyak tenaga. Walaupun sudah sehari berlalu, tenaganya masih belum pulih seratus-peratus.

Ezreena menjeling ke arah jam di sebelah bantalnya. Secara automatik dia terus melompat turun dari katil. Alamak, dah pukul 8.45 pagi? Aku ada kelas pukul 9, macam mana ni? Sempat ke aku nak bersiap dalam masa 15 minit je? Nak kejar bas pukul 9 confirm dah tak sempat. Aduh, macam manalah aku boleh tak sedar jam berbunyi pagi tadi ni?

Dia memandang sekilas ke sekeliling bilik. Teman-teman sebiliknya pasti semua sudah ke kelas. Sampai hati betul diorang ni tak kejutkan aku, gumamnya. Nasib baiklah dia sedang 'bercuti', kalau tak tentu dah terlepas Subuhnya pagi itu.

Ezreena yang masih menggelabah segera mencapai peralatan mandinya dan bergegas ke bilik mandi. Setelah mencuci muka dan mandi-asal-basah-jer, dia bergegas pula ke bilik dan mencapai mana-mana baju di dalam almari pakaiannya. Nasib baiklah semua baju dan tudungnya telah digosok pada hujung minggu yang lalu, kalau tidak terpaksalah dia pakai baju yang tidak bergosok pagi itu.

Setelah bersiap ala kadar, Ezreena melangkah keluar dari bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 9.12 pagi, jadi bas yang berulang-alik menghantar para pelajar dari asrama ke fakulti telah lama bergerak. Terpaksalah dia menapak untuk ke fakultinya yang terletak hampir 1 kilometer dari asrama.

Setelah lebih kurang sepuluh minit berjalan, akhirnya Ezreena tiba di fakulti. Perjalanan ke bilik kuliah pula memakan masa lebih kurang 5 minit, jadi dia hanya tiba di kelasnya lebih kurang jam 9.30 pagi.

Di hadapan pintu bilik kuliah, Ezreena berhenti sebentar untuk mengambil nafas. Sepanjang perjalanannya dari asrama tadi, sekali-sekala dia berlari-lari anak supaya cepat sampai ke fakulti, sebab itulah nafasnya agak semput.

Setelah menarik nafas beberapa kali dan merasakan kadar pernafasannya sudah kembali normal, Ezreena bersedia untuk membuka pintu. Tetapi baru sahaja dia memegang tombol pintu...

"O mak kau, pintu jatuh!! Eh, pintu jatuh pulak," jeritnya perlahan apabila tiba-tiba sahaja pintu dibuka dari dalam.

Entah bagaimana Ezreena boleh melatah pula ketika itu. Selama ini dia tidak pernah melatah, jika ada pun hanya jarang-jarang sahaja. Ezreena segera mengangkat wajahnya untuk melihat siapakah gerangan orang yang telah membuka pintu dan menyebabkannya melatah tadi.

'Alamak, mamat poyo ni la, mesti dalam hati dia tengah golek-golek gelakkan aku sebab melatah tadi.' Ezreena membebel-bebel di dalam hati apabila lelaki di hadapannya itu memandangnya sambil tersengih nakal. Wajahnya segera ditundukkan apabila merasakan mukanya sudah mulai merah menahan malu.

"Tumpang lalu, saya nak masuk," ujarnya perlahan dengan wajah yang masih menunduk.

Tak tahulah sama ada lelaki itu dapat mendengarnya atau tidak tetapi nampaknya pendengaran lelaki itu tajam juga. Lelaki itu segera melangkah ke tepi untuk memberi laluan kepada Ezreena.

"Thanks.." ujar Ezreena perlahan sebelum melangkahkan kakinya untuk masuk. Setelah Ezreena masuk barulah lelaki itu melangkah keluar dari bilik kuliah itu.

"Sorry for being late, madam," ujar Ezreena sebaik masuk ke dalam bilik kuliah.

"Any good reason?" soal Puan Noryn. Ezreena hanya menggeleng perlahan. Malulah jika dia hendak berterus-terang tentang sebab kelewatannya pada hari itu. Lagipun dia memang tiada sebab yang kukuh.

"Hmm, never mind. You may sit now," ujar pensyarah itu lagi.

"Thank you, madam,"

'Fuh, nasib baik la Puan Noryn tak kata apa-apa lagi,' bisiknya lega.

Ezreena segera mencari tempat duduk yang masih kosong. Dia dapat merasakan yang pandangan semua orang yang berada dalam bilik kuliah itu masih lagi tertumpu ke arahnya. Ada di kalangan mereka yang tersenyum menyindir, mungkin dapat mengagak kenapa dia lewat pagi itu.

'Ah, lantaklah diorang nak fikir apa pun, bukannya aku sengaja 'ter'overslept pagi tadi,' bisiknya.

Sepanjang kuliah pagi itu berlangsung, Ezreena tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pensyarah di hadapan. Fikirannya masih lagi memikirkan tentang nasib malang yang dialaminya hari itu. Selain itu, dia juga berasa tidak selesa, seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya.

Ezreena meliarkan pandangannya ke sekeliling, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang sedang memandangnya, tetapi semua orang kelihatan begitu khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Noryn. Kecuali... Ya, kecuali mereka.

Di suatu sudut di sebelah kanan bilik kuliah itu, empat orang jejaka sedang seronok bergelak ketawa seolah-olah Puan Noryn tidak wujud di hadapan mereka. Mereka kelihatan asyik sekali bersembang dan dari ekor matanya Ezreena dapat melihat dengan jelas mereka yang sesekali memandang ke arahnya sambil tersengih mengusik.

'Mesti diorang ni tengah mengumpat aku pasal tadi. Eeeiii, bencinya... Menyampah betul la aku ngan budak-budak tu,' bisiknya.

Serta-merta peristiwa yang berlaku sebentar tadi menerpa benaknya. Peristiwa di mana dia telah melatah di hadapan seorang lelaki. Lelaki itu merupakan salah seorang daripada empat jejaka yang digelarnya sebagai 'Geng Sengal' itu.

Geng Sengal atau GS itu dianggotai oleh Ayman, Syahrer, Afique, dan Khairel. Ayman Hazeeq, yang dari lagak dan sikapnya jelas menunjukkan bahawa dialah ketua dalam kumpulan itu, merupakan seorang yang sangat suka berlagak dan seringkali ponteng kelas. Dalam seminggu hanya sekali dua sahaja wajahnya ditayangkan di dalam kelas. Tetapi entah apa petua yang diamalkannya, dia sentiasa berjaya mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan.

Ahmad Syahrer Eskandar pula merupakan teman Ayman yang paling rapat dan setia. Ke mana-mana pun Ayman pergi, Syahrer pasti ada bersamanya. Kadang-kadang mereka nampak macam sepasang kekasih pulak. Perangai mereka berdua pun lebih kurang sama sahaja, cuma Syahrer jarang sekali ponteng kelas. Dia juga kelihatan lebih pendiam berbanding Ayman tetapi dalam diamnya dia merupakan seorang yang nakal dan paling kuat mengusik di antara mereka berempat.

Afique Hakim pula merupakan jejaka paling kacak di antara mereka dan seringkali menjadi pujaan pelajar perempuan dalam kelas mereka. Oleh sebab itulah, dia sering berbangga dengan ketampanan yang dimilikinya.

Manakala Khairel pula seorang yang serabai dan tidak banyak cakap, tetapi apabila dia bersuara, pasti ada sahaja kata-katanya yang menyinggung perasaan orang lain dan menyakitkan hati.

Setiap kali mereka berempat berkumpul bersama, kelas pasti akan riuh dengan suara usikan dan gelak-ketawa mereka. Mangsa favourite usikan mereka adalah Faizul yang suka tidur di dalam kelas. Setiap kali melihat Faizul yang sering duduk di barisan hadapan sekali tersengguk-sengguk dan tidur dengan selamba, mulalah terdengar usikan nakal daripada mereka berempat.

Tetapi kadang-kala ada juga pelajar lain yang menjadi mangsa usikan mereka. Contohnya pada hari ini, mangsa mereka adalah Ezreena yang datang paling lambat dan telah melatah di hadapan Syahrer. Mujurlah mereka tidak mengusiknya terang-terangan, tetapi cuma dengan sengihan dan pandangan nakal sahaja. Itupun sudah cukup membuatkan Ezreena bertambah geram dengan mereka.

'Ish, korang ingat cantik sangat ke rupa korang sengih macam tu hah? Macam datuk kambing tengah ragut rumput adalah,' rungut Ezreena geram.

'Eeeiii.. rasa nak cucuk-cucuk je pen ni kat mata diorang tu.' Pen di tangan digenggam sekuat-kuatnya dan dicucuk-cucukkan di atas kertas di hadapannya.

'Argh.. bila la nak abis kelas ni?? Aku tension tul la tengok budak-budak sengal tu. Dah la tak boleh nak concentrate langsung ni. Cepat la abis kelas, aku dah lapar ni,' rungutnya lagi.

Tiba-tiba kedengaran suara Letto yang mendendangkan lagu Ruang Rindu berkumandang di segenap ruang bilik kuliah itu. Ezreena terkejut mendengar irama itu. Segala peristiwa yang sedang bermain di fikirannya sebentar tadi terus hilang. Dia memandang ke sekeliling dengan muka yang blur. Eh, apasal semua orang pandang aku ni? Pelik sangat ke rupa aku? Aku ni alien ke? Ke Puan Noryn tengah tanya soalan kat aku? Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Kenapa aku rasa macam kenal jer lagu tu ha? Macam dekat je bunyi dia.

\'Eh, alamak, handphone aku yang berbunyi rupanya. Patutlah diorang semua pandang aku semacam jer,\' fikirnya. Dengan kelam-kabut Ezreena menyeluk begnya yang terletak di kerusi sebelah. Alamak, mana pulak handphone aku ni, bisiknya sambil tangannya sibuk menyelongkar isi beg. Macam manalah aku boleh lupa nak silent handphone tadi. Arghhh...

Dia memandang lagi ke sekeliling dan mendapati semua mata masih tertumpu ke arahnya, termasuk Puan Noryn. Kemudian pandangannya dihalakan pula ke arah kanan. Sengihan di bibir jejaka-jejaka sengal tadi semakin melebar melihat Ezreena yang sedang gelabah. Adoi, manalah handphone aku ni, takkan boleh hilang pulak. Tangannya masih lagi menyelongkar begnya yang sederhana besar dan penuh dengan bermacam-macam isi itu.

\"Sorry..\" ucap Ezreena perlahan sambil tersengih setelah berjaya mengeluarkan telefonnya dari beg dan men\'diam\'kan telefon itu. Eeeiii.. malunya.. Mesti muka aku dah macam pakai satu tan blusher ni. Mana aku nak letak muka ni. Adoi...

\'Hish, sapalah pulak yang gatal nak hantar mesej kat aku waktu-waktu macam ni? Tak pasal-pasal aku malu depan satu kelas,\' bisiknya geram setelah situasi agak reda dan Puan Noryn kembali menyambung lecturenya. Mesej yang baru diterima tadi dibuka dan dibacanya.

'Heish, sengal tul la. Ingatkan mesej penting ke apa ke tadi. Rupanya mesej entah apa-apa ni jer. Tak guna betul la, buat aku malu jer,' rungutnya setelah membaca mesej daripada Maxis yang mempromosikan iklan tentang entah apa benda yang dia sendiri tidak faham.

Dengan perasaan geram Ezreena lantas menekan butang-butang pada telefonnya dan memilih 'delete'. Eeeiii, bencinya aku.. tak pasal-pasal aku malu lagi. Dahlah pagi tadi masuk lambat, pastu handphone ni pulak buat konsert lagu jiwang tengah-tengah kelas. Malu la aku, dahlah budak-budak sengal tu tak habis-habis gelakkan aku dari tadi.. Waaaa, cepat la abis kelas, aku dah tak tahan lagi ni.. rungut Ezreena dalam hati.

Lima minit sebelum kelas tamat, Ezreena sudah siap mengemaskan semua alat tulis dan buku-bukunya. Beg pun sudah sedia digalas di bahunya. kini dia hanya perlu menunggu waktu kelas tamat sahaja. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari bilik kuliah itu dan menghilangkan diri dari pandangan semua rakan sekelasnya, terutama sekali Geng Sengal itu.

Sebaik sahaja Puan Noryn keluar dari bilik kuliah itu, Ezreena terus melangkah keluar tanpa bertangguh lagi. Langkahnya cepat-cepat diatur menuju ke tempat menunggu bas.

\"Weyh, Reen. Apasal kau jalan laju sangat ni?? Kot ye pun nak kejar bas slow-slow la sikit, bas tu takkan tinggal kau la. Ni tak, jalan macam kena kejar hantu jer. Penat aku nak kejar. Dahlah aku panggil pun kau buat tak dengar jer,\" rungut Qartiqa yang baru sampai di situ. Nafasnya tercungap-cungap kerana penat mengejar Ezreena tadi.

\"Hehe.. sorrylah Iqa. Bukannya aku sengaja tinggalkan kau, aku cuma nak cepat jer tadi,\" jawab Ezreena tersengih.

\"Huh, yelah tu. Eish, mana bas ni? Lambat pulak dia hari ni,\" keluh Qartiqa.

\"Alah, sabarlah. Kejap lagi sampai la tu. Kita pun baru jer sampai kan,\" balas Ezreena.

Tidak lama kemudian, bas yang dinanti pun tiba. Setelah masuk ke dalam bas, Ezreena cepat-cepat mengambil tempat duduk kegemarannya iaitu yang terletak berhampiran dengan tingkap. Dia gemar duduk berhampiran tingkap apabila menaiki bas kerana dari situ dia dapat melihat pemandangan di luar dengan jelas.

Setelah semua penumpang masuk, bas mulai bergerak perlahan-lahan. Ketika itulah, Ezreena terpandang seseorang yang sedang menunggang motosikal lalu di sebelah bas itu. Perlahan sahaja lelaki itu menunggang motosikalnya. Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba sahaja lelaki itu memandang tepat ke arah Ezreena yang berada di dalam bas. Pandangan mereka bertaut seketika.

Wajah Ezreena terasa hangat tatkala mata mereka bertemu. Sesaat.. dua saat berlalu.. Setelah beberapa ketika, Ezreena segera mengalihkan wajahnya dari memandang lelaki itu apabila dia mula merasakan sesuatu yang aneh. Tubuhnya tiba-tiba terasa hangat. Darahnya bagaikan dipamkan dengan sangat cepat ke seluruh tubuh.

'Eh, apasal ni? Kenapa tiba-tiba aku rasa macm ni?' fikir Ezreena. Dia mengipas-ngipas sedikit tubuhnya dengan tangan, cuba untuk melegakan perasaan yang sedang dialaminya ketika itu. Setelah itu dia kembali memandang ke luar. Lelaki tadi kini telah pun memecut motosikal Yamaha merahnya jauh ke hadapan.

******************************************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.