Novel : Tika itu, bilakan tiba? 1

Adakah ini realiti atau sekadar mainan mimpi seorang anak kecil sepertinya? Terlalu banyak persoalan yang tak ada jawapannya. Dia cuba mencari jawapan, dia cuba mentafsir mimpi yang datang saban malam kebelakangan ini. Tapi, akalnya tak mampu. Akal anak kecil itu terbatas. Tak mampu merungkai satu misteri yang kian lama makin sukar untuk terurai sementelah lagi melibatkan seorang yang amat dia hormati kini. Insan yang menjadi tempatnya meluah rasa. Meluah keperitan setelah memikul gelaran sebagai anak yatim piatu.. yatim piatu? Dia sendiri kurang arif tentang itu.

Dan malam itu, sekali lagi mimpi yang sama datang bertamu. Seorang tua berkelubung putih datang menemuinya sambil menunjukkannya sehelai kertas berwarna kuning. Lelaki tua itu menyuruhnya mencari jawapan kepada semua persoalan melalui kertas kuning tersebut..

" anakku, jawapan itu ada disini, carilah kertas ini sebagai petunjuk bagi merungkai semua persoalan itu, anakku. Dan waspadalah dengan Walid.."


Bermulalah pencariannya sambil dibantu oleh Amna, saudara angkatnya yang sudah dianggap sebagai saudara kandungnya sendiri.. akhirnya, pencarian yang panjang itu membuahkan hasil yang amat memeranjatkannya. Dia terkaget. Amna juga terkejut. Tak percaya dengan bukti yang diperolehi namun bukti tetap bukti. Lembaran kertas itu membongkar segalanya.. tanpa sedar rintik-rintik peluh mula menghujani baju kedua-dua anak kecil ini lantaran rasa takut dan khuatir yang tiba-tiba mereka rasai kini..


" Amna, kita mesti mendedahkan hal ini. Ini adalah kebenaran yang dah lama saya nantikan.. kita...." namun,kata-kata itu terhenti seketika tatkala melihat raut wajah Amna berubah warna. Warna duka yang menghiasi wajah comel Amna telah menghentikan bait katanya sekaligus menghalau pergi ketakutan dan keghairahan yang baru sahaja dirasainya sebelum itu...


" saya, tak apa-apa.. tapi, ada ker sesiapa yang nak percayakan cakap kita nanti? " balas Amna bila tangan lembutnya mengusap bahu Amna yang seolah berada dalam dunia khayalannya tadi..

"nanti, saya fikir saya ada bukti yang kukuh untuk membuktikan hal ini. Saya lebih kenal siapa dia Walid lebih dari orang lain." Sekali lagi Amna berbicara sebelum terdiam.Dalam diamnya, Amna mengimbas kembali kekagetannya tika melihat ulah Walid yang agak pelik baginya kebelakangan ini. Tapi, tika itu dia mengandaikan kepelikan itu berpunca dari beban tugas yang makin meraja saat itu.. tanpa diduga makna disebalik kepelikan dan keganjilan itu amat memeranjatkan...


Tanpa melengahkan masa, Amna dan Alia menggapai telefon cuba menghubungi pihak yang berkenaan tapi tindakan keduanya yang tidak berfikir panjang terlebih dahulu mengundang bahana. Tanpa disedari, tingkah mereka sedang diperhatikan melalui cermin –cermin yang menghiasi setiap ruang bilik tersebut yang bertindak seperti CCTV dan merakamkan setiap tingkah keduanya dan rakaman itu disambung terus ke computer riba di bilik utama.. mereka terlupa tentang itu, bila perasaan takut sudah menguasai diri dan emosi.

Sementara itu, di bilik utama Rayman ketawa galak bagaikan orang gila. Setiap apa yang berlaku dalam banglo mewah ini berada dalam pengetahuannya..

"huh!!! Berani mereka mahu melawan aku.. nak telefon polis??? Hahahaha!!!! Silakan dengan hormatnya..mereka belum kenal siapa aku yang sebenarnya" Rayman ketawa lagi penuh emosi, penuh dengan dendam.. matanya yang kecil dan tajam itu seolah menyimpan dendam lama yang kian membusuk saban waktu. pantas wajahnya mengadap kembali komputer riba dihadapannya dan menghubungi seseorang.

**************

Amna dan Alya masih lagi cuba berlagak selamba sambil menanti ketibaan pihak polis. Hati masing-masing tetap bimbang andai Walid dapat mengagak apa yang sedang mereka berdua cuba lakukan. Bagaikan mahu melompat kedua-dua anak kecil ini tatkala melihat kereta polis mula memasuki perkarangan banglo mewah tersebut.. gembiranya hanya ALLAH yang tahu. Tapi, hal yang sebaliknya pula yang berlaku...........

" kami terpaksa menahan adik Alya diatas tuduhan cuba membuat panggilan palsu dan fitnah.Sila ikut kami ke balai"

Ungkap kata tanpa nada yang keluar dari bibir polis yang berkumis tebal itu membuatkan Alya dan Amna terkejut . Masing-masing saling memandang antara satu sama lain sambil dahi dikerutkan. Apa yang sedang berlaku sebenarnya??? Ligat kedua-duanya berfikir.

"Encik, apa maksud encik panggilan palsu?? Maaf , kami tak faham.." Alya cuba berdiplomasi. Lagaknya tak berpadanan dengan umurnya yang masih muda itu..

" erm , tadi pihak kami telah mendapat maklumat palsu dari adik Alya mengenai Datuk Rayman. Sekarang sila ikut kami ke balai"...

Sekali lagi Alya menggelengkan kepalanya. Dia betul-betul terlupa siapa Walid yang sebenarnya pada mata masyarakat sekarang. Amat mustahil mereka akan mempercayai setiap kata-katanya. Dia tahu apa yang sedang menantinya andai dia mengikut sahaja polis itu pergi. Perkara yang sama telah berlaku pada kedua ibubapanya 3 tahun yang lalu. Kehilangan yang masih lagi misteri.

Matanya menangkap seraut wajah sinis Walid yang sedang memandang dari jendela atas.. tangan Walid digerakkan ke leher sebagai isyarat MATI!!! Alya terkesima. Dahinya mula berpeluh. Amna disisi memegang erat tangannya seolah-olah memberikannya satu kekuatan untuk melawan. Sesekali raut sayu wajah Umi dan wajah tenang Abi menghiasi matanya bergilir-gilir. Ketenangan yang mula diperoleh tiba-tiba menghilang tatkala wajah Walid mengambil alih.. tidak rela Walid lelaki yang bertopengkan manusia lain itu ketawa kemenangan..

"Amna, kita terpaksa lari. Jangan biar polis-polis ini berjaya menangkap kita" bisik Alya perlahan sebelum bertindak merempuh polis dihadapannya. Amna terkesima sebelum turut serta berlari mengekori langkah Alya. Alya dapat menangkap seraut wajah yang sedang melihatnya dengan wajah yang terkejut. Dia seolah mesra dengan wajah itu.di mana dia pernah lihat?Namun, langkahan kaki tetap diteruskan.

Kelebihan mengetahui setiap lokasi rahsia dalam rumah itu digunakan sepenuhnya oleh Amna dan Alya untuk melarikan diri. Mereka menggunakan terowong rahsia yang hanya diketahui oleh Amna, Alya dan Walid untuk keluar dari rumah tersebut. Teringatkan walid, hati Amna tersentuh. Dimanakah Walid yang sebenarnya menghilang?? Satu lagi misteri yang belum terungkai.

Sebelum tangan kecil Alya menekan satu butang merah di belakang pintu sebuah bilik rehat di tingkat satu itu yang muncul selepas Amna menekan anting-antingnya, dia terlebih dahulu menekan-nekan loket rantainya sambil berlari ke arah bilik rehat tersebut dan satu suis terkeluar dari loket rantainya.dia kemudiannya menekan suis tersebut.. Automatic fungsi semua cermin yang ada dalam rumah tersebut tidak lagi dapat berfungsi sebagai CCTV sekaligus Walid tidak dapat melihat kelibat mereka lagi menerusi computer riba..

Alya dan Amna segera masuk kebilik rehat dan masuk dengan pantas ke dalam satu terowong masa yang terbuka selepas butang merah itu ditekan sebelum terowong itu kembali tertutup.

Akhirnya, Amna dan Alya berjaya sampai ke pusat Bandar dengan selamat selepas melalui beberapa terowong masa .. lantas keduanya merendahkan kepala sujud pada yang Esa tanda syukur yang teramat sangat kerana sudah berjaya lari dari genggaman Walid.. sebelum keluar dari pondok kecil yang menghubungkan banglo mewah Walid dengan pusat Bandar tersebut, kedua-duanya menukar pakaian dan mula menyamarkan diri bagi mengelakkan mereka berjaya dikesan terutamanya oleh konco-konco Walid..Alya juga segera mengubah kedudukan terowong masa tersebut di screen kecil dalam pondok kecil supaya tak lagi disambungkan dengan banglo mewah Walid.

*****************

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.